Photobucket

Saturday, August 25, 2012

Sport & Recreation Intro Camp di Lembah Lenggong

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:00 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera. 

Tadi belek² blog Teratak Pendidik utk membaca entri yg dah ditulis masa mula² berjinak menulis di blog.


Kadangkala membuat cik Wana tersenyum, kadangkala membuat cik Wana malu. Kenapa? Baca sendirilah baru tahu.

Salah satu entri lama yg dibaca bertarikh 14 Disember 2009 bertajuk Jom ke Lembah Lenggong, Perak. Cik Wana baru perasan tak kongsi pun cerita yg berlaku di sana. Dgn kekuatan otak yg dikurniakan Allah berbantukan gambar yg comel, cik Wana nak kongsi cerita walaupun sudah hampir 3 tahun ia berlalu.


Alhamdulillah, 14 hingga 16 Disember 2009 yg lalu kami selamat melakukan aktiviti sukan & rekreasi yg dijalankan di Lembah Lenggong, Perak. Kalau tak silap nama program tue Sport & Recreation Intro Camp anjuran Biro Sukan & Rekreasi, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK), Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


Walaupun saya bukan rakan exco (REXCO) nie tapi saya berpeluang utk pergi memandangkan waktu nie cuti sem & ada beberapa orang peserta yg tarik diri utk ikut krn masih berada di kampung halaman. Alhamdulillah rezeki saya.

Pada waktu nie, saya diamanahkan sebagai AJK Makanan & Masakan. Tak ingat dah siapa ahli AJK saya. Sepanjang di sini kami makan makanan yg dimasak oleh AJK saya & kami kiranya orang penting ^^.

Sepanjang program nie saya rapat dgn adik Puteri Nor Aisyah. Seingat saya, bila malam menjelma memang tak pernah tidur di khemah bersama ahli khemah memandangkan menemani Aisyah yg sakit di bilik bersebelahan dgn bilik felo. Sangat asyik, bilik ber'air cond' & tandas yg selesa sedangkan yg lain tidur di khemah & berkongsi tandas. Langsung tidak merasakan erti berkhemah =)


Walaupun tidak merasai suasana tidur di khemah tapi suasana perkhemahan tetap dirasai. Kami berkhemah betul² sebuah sungai yg air nampak jernih tapi deras. Alhamdulillah tiada peserta pun mengigau terjun sungai waktu malam sebab bila malam saja mesti sungai surut & batu² kelihatan.

Suasana pada siang hari memang cantik apalagi kalau nak bergambar. Tapi kalau malam menjelma insyaAllah gigi yg putih pun tak nampak sebab gelap gelita.

Antara aktiviti yg dijalankan sepanjang program adalah; 
River Crossing [sangat mencabar sebab arus sungai deras, yg pakai kasut insyaAllah kasutnya hilang & yg pakai stokin hampir hilang juga dibawa arus sungai]

Flying fox [agak menarik juga sebab nie pertama kali main flying fox tempat nak berlepas agak tinggi & perjalanan agak jauh. Thumbs up]

Berakit [Rakit nie diperbuat drpd paip & pelampung hitam. Selepas rakit siap, rakit kami diperiksa agar tidak pecah semsa dlm perjalanan. Sangat mencabar.  Hampir 3 jam meredah arus sungai mengawal rakit supaya sampai ke destinasi yg ditetapkan & kumpulan kami hampir di bawa arus]

 Aktiviti lain ingat tapi lupa. Haha. Dapat bayangkan tapi tak pasti buat apa waktu tu.

Selepas program berakhir, ole² yg kami bawa balik ialah sunburn & sakit badan. Walau bagaimanapun, pengalaman sepanjang program sukar diulang semula apatah lagi ia tidak mungkin berlaku lagi dlm hidupku. 


InsyaAllah kenangan tidak dapat dilupakan. Wallahualam

Thursday, August 23, 2012

Perkahwinan Barakah Cik Cinderella

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:46 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd semua pembaca blog TERATAK PENDIDIK.  Maaf Zahir & Batin drpd cik Wana kalau ada silap & salah.

Taqabbalallahu minna wa minkum, shiyamana wa shiyamakum. Ja’anallaahu minal aidin wal faidzin
“Semoga Allah menerima amal² kita, Dan semoga Allah menjadikan kita termasuk dari orang² yg kembali dari perjuangan Ramadhan sebagai orang yg menang.”

Tahun nie ekonomi merosot sebab 1 sen duit raya pun tak dapat malah cik Wana yg kena keluarkan duit utk bagi duit raya. Haha. 

Tapi tahun nie tak dapat bagi lagi sebab duit gaji banyak melencong utk hal yg tak disangkakan. Mudah²an rezeki datang lagi ^^.

Cerita rezeki nie, Alhamdulillah ramai sahabat sekeliling yg mendirikan Bahtera Rumahtangga pada Bulan Syawal yg Mulia nie antaranya:
Kak Hajar Hussin & Zauj
Kak Raudhatul Jannah & Zauj

   Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin

Entri nie pun khas buat semua yg bakal mendirikan Bahtera Rumahtangga pada bila² masa. Jom baca.



Opss, opss, excuse me! Tumpang lalu ye... erk... maaf mak cik... erk akak! Hehe.

Terkocoh² dia meloloskan dirinya di celah² orang yg sudah mula membanjiri majlis perkahwinan itu. Dia sepatutnya menjadi pengapit kawannya, mujur sempat sampai! Kalau terlambat mahu kena ban friendship mereka selama 15 tahun tu!

Pintu kayu jati dikuak perlahan, takut menganggu tetamu istimewa di dlm yg tengah bersiap. Now dah pukul 11 pagi, sepatutnya dah readylah. Pagi tadi dia dah nikah, tapi buat antara family sahaja. Kebetulan dia sendiri tak dapat nak hadir pagi tu, so mampu hadir sebagai pengapit bertauliah sahaja.

Pandangan mata kedua sahabat itu bertaut. Tersengih² dia memandang keayuan wajah pengantin pada hari ini. Penat berbaur dgn perasaan serba salah sebab tak dapat datang nikah si Anisa pagi tadi. Anisa menjeling manja, saja nak balas dendam!

Anisa, sorrylah tadi aku memang tak sempat nak sampai. Ni dari KLIA tau aku berkejar datang ke majlis sanding ko! Straight dari Terengganu, Nady cuba meraih simpati. Sekejap saja seulas senyuman mekar di bibir mulus teman baiknya itu.

Aku saja je nak merajuk dgn ko. Aku faham, Anisa segera merapati Nady, mereka bersalaman & berpelukan. Dlm setahun juga mereka tak berjumpa. Sibuk dgn tanggungjawab & karier masing².

Ko sorang je? Mana mak andam? tanya Nady sambil merenung ke segenap ruang bilik Anisa. Kini, bilik Anisa terhias indah sebagai bilik raja sehari. Warna pilihan hati Anisa ialah putih & gold. Memang dewi kayangan sangat.

Aku tak perlukan mak andam. Solek simple je.

Eh? Kan lebih cantik kalau bersolek lebih sikit? Sekali sekala Anisa oi, sampuk Nady.

Tabarruj kan tu? Anisa tersenyum manis. Semanis kurma madu gitu. 

Sebenarnya, tak baik bersolek lebih² & berpakaian sehingga menarik perhatian orang. Bermewah² dlm perkahwinan pun, tak digalakkan dlm Islam, betul tak Nady?

Er... tabarruj... betul juga kata ko. Aku tak terfikir pulak. Em, kalau sehari je takkan tak boleh? Nady memandang wajah mulus Anisa. Anisa memang natural beauty. Wajahnya bukanlah Pan Asian, tapi keayuannya terserlah dgn kelembutan semula jadi dlm dirinya. Tak make up tebal, sebenarnya Anisa dah manis dipandang. Sekadar memakai sedikit celak, lip gloss & bedak di pipi supaya nampak lebih segar.

Anisa tersenyum lagi. Ai, memang murah betul dgn senyuman si Nisa hari ni. Hari kebahagiaan mungkin? getus hati kecil Nady.

Tabarruj haram. Tiada pengecualian. Aku berharap sangat perkahwinan kami ni dirahmati Allah & live happily ever after. Ini pun majlis sanding, bukanlah sanding pun, cuma utk makan² nak kabo kitorang dah kahwin. Pelamin tu buat pun utk korang bergambar, jelas Anisa sambil membetulkan baju kurungnya yg berwarna cream itu. Simple sangat! Cuma baju kurungnya jenis embroidery tapi tak terlalu menonjol. Baju nikah pagi tadi juga, cuma dia menambah veil berwarna keemasan perak di atas kepalanya utk memberi sedikit kelainan.

Eh, tak de makan beradab & photoshoot ke? Nady mengetap bibirnya. Takkan sempoi sangat! Tak bestlah beb.

Makan beradab...ada. Cuma aku request photographer perempuan. Ambil gambar utk kenang²an aje. Memang plan dgn Zafran nak buat sederhana je, tambah Anisa.

Nady terdiam. First time dia terdengar pasal photographer perempuan. Bukannya tak ada, tapi selalunya wedding ni, photographer lelaki yg diupah. Jaranglah kalau photographer perempuan tu.  Eh, memang tak ada kot sepanjang aku pergi wedding kawan² lain. Semuanya photographer lelaki yg shoot gambar.

Nisa, meh aku tolong pinkan veil ko ni. Macam senget sikit, pelawa Nady apabila melihat Anisa terkial² cuba mencucuk pin di tudungnya supaya veilnya tidak jatuh nanti.

Nady, aku ada terbaca dulu. Masa tu aku jahil lagi. Pasal isu ambil gambar wedding oleh photographer lelaki. Actually nak ambil gambar utk simpanan diri, dibolehkan. Kalau utk tatapan umum, jadi haram. Sebabnya jatuh haram tu apabila aksi² pasangan tu sangat mesra, berpelukan & segala bagai di depan photographer lelaki. Ada yg duduk atas riba suami, meniarap sama², lepas tu yg shoot gambar tu, lelaki. Aksi tu, sepatutnya lebih sopan & terjaga. Mungkin orang akan cakap skema....tapi ni agama dah gariskan. Sebab tu utk selamat, aku ambil photographer perempuan. Lagi pun, pilihan utk hire photographer perempuan tu ada, & bergambar bukanlah suatu yg wajib, kita pon bukannya darurat nak guna photographer lelaki, cerita Anisa panjang lebar. Nady ketap bibir. 

Aku kongsi apa yg aku tahu, Nady. Harap kau faham.

Eh, tak de apalah. Aku faham. Apa yg ko cakap tu, really make sense. Mungkin sekarang ni trend menguasai segalanya. Trend mengatasi hukum hakam agama. Bagus juga ko dapat praktikkan dlm perkahwinan ko, jawab Nady dgn perlahan. Dia terfikirkan tunangnya, seorang part time photographer.

Dah okay ke veil aku tu? tanya Anisa sambil memandang wajah Nady melalui cermin muka. Termenung pula cik akak ni. Mesti teringatkan tunang dia. Tapi, benda betul aku kena kongsi secara berkias.

Veil ko dah kemas dah.

Terima kasih. Cantik ko buat, puji Anisa sambil mencubit pipi Nady. 

Termenung ya. Jangan risau. Slow talk boleh, insyaAllah.

Nady mencebik. Uish, minah ni bukan cubit manja. Kuat juga cubitan dia. Terasa geli hatinya, Anisa seakan² dapat membaca isi hatinya.

Anisa, secara jujur aku suka tengok perkahwinan ko ni. Sederhana sangat. Simple & honestly takdelah macam raja sehari tapi masih nampak meriah dgn sanak saudara ko yg happening tu. Aku tengok baju ko pun, cantik tapi so simple! Memang cut cost abes ek? usik Nady sambil tergelak.

Amboi mulut. Aha kitorang tengah budgetlah juga ni. Ni baju wedding mak aku. Cantik lagi kan. Hehe recycle jek.


Tok! Tok!

Siapa? tanya Anisa.

Abang ni.

Anisa memandang Nady. Dia bingkas bangun utk membuka pintu utk suaminya.

Sorry kacau Nisa dgn kawan. Dah ready ke? Jap lagi dah boleh keluar. Terus makan beradab, ujar suami Anisa. Lelaki itu mengangkat tangan pada Nady sebagai tanda 'hai, selamat berkenalan'. Nady menganggukkan kepalanya.

Oh cepatnya. Tak sedar lak masa. Thanks abang tolong remind Nisa. Kejap lagi Nisa keluar dgn kawan ya. Oh Nady, kenalkan my husband, Zafran Zaki. Abang, kawan Nisa since sekolah rendah ni, Nadiah, boleh panggil Nady.

Assalamualaikum Nady. Terima kasih selama ni tolong jaga Nisa utk saya, ucap Zafran Zaki sambil tersenyum.

Err waalaikumussalam. Hehe, no hal. Dulu dia ni nakal tau. Sekarang aje sopan santun penuh tatasusila. Mungkin lepas jumpa En. Zafran kot, balas Nady. Gagap kejap dia mendengar salam drpd suami Anisa ni. Fuh, tawaduk habis gaya!

Banyaklah tatasusila! Bang, kejap lagi kita orang keluar ek, Anisa mencelah. Zafran Zaki sekadar mengangguk sambil menunjukkan thumbs up kpd isterinya. Kemudian, dia beredar keluar.

Eh?? Tak de kompang ke, berarak ke? soal Nady. Macam habis pelik wedding ini! Itu & ini tak ada! Eh, jaga ayat ko.

Anisa menggeleng. Gelengan Anisa tu sudah cukup utk menjelaskan persoalan di hati Nady. Nak kata kagum, entahlah. Nak kata rugi, tak juga. Sebab siapa dia nak judge Anisa. Allah Maha Mengetahui segalanya.

Minta maaflah wedding aku biasa je Nady. Tak meriah sangat, tak de kompang, karaoke ke apa, ujar Anisa, merendah diri.

Anisa, it's okay. Cuma aku terkedu kejaplah. Aku macam...wow. Ko betul² buat apa yg ko cakap. I mean, good for you. Honestly. Aku doakan wedding ko dirahmati & diredhai Allah, Nisa. Aku nak sangat tengok ko happy. Bukan senang ko nak jumpa seorang lelaki yg betul² ikhlas, kan? kata Nady sambil memegang bahu Anisa. Hatinya cukup tersentuh dgn kata² sahabatnya tadi. Bukan dia nak memperlekehkan. Cuma, culture shock man! Mungkin tahap pendedahannya dlm ilmu agama sangat nipis. Ada certain benda yg Anisa sebut tadi, dia tak pernah tahu.

Terima kasih ko share dgn aku....ilmu yg bermakna ni. I'll keep it in my mind for my wedding.

Em, Nady. Terima kasih datang. Sebenarnya tak senang aku & Zafran utk yakinkan mak Zafran nak buat wedding simple camni. Kalau ikutkan mak Zafran, dia nak buat grand habis. Sebab Zafrankan anak bongsu lelaki dia sorang aje. Sebenarnya, ni pun idea Zafran juga. Dia berkeras nak buat simple camni. Aku pun, syukur.

Alhamdulillah. Semoga perkahwinan ko diberkati. Eh jom kita keluar. Tak pasal En. Zafran ko tu kebuluran pulak. Nady menarik Anisa ke muka pintu. Baju dah cantik, muka dah cun, cuma perut aje perlu diisi. Mari!

Aku tahu, ko bab makan nombor satu. Don't worry, aku dah ready nasi putih utk ko. Ko kan tak suka makan nasi minyak.❞ Anisa ketawa. Nady mencebik, tetapi hatinya berbunga riang krn sahabat lamanya masih mengingati makanan allergiknya itu.

Anisa, ku doakan kau bahagia! 

Credit to ISLAM

 Subhanallah, sungguh indah majlis perkahwinan begini dgn pasangan yg faham tentang Islam. InsyaAllah perkahwinan penuh barakah drpd Allah. Moga cik Wana pun dapat jodoh begini agar dapat membina keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Amin

 Ayuh kita bersiap siaga utk menjadi perisai kekuatan bahtera baitul muslim yg bakal dibina. Persiapkan diri kita dgn kalsium IMAN, riadah AMAL & vitamin TAQWA utk menjadi tulung rusuk syabab yg hebat HATI & IMANnya demi mendaulatkan kembali kegemilangan ummat Islam yg TERHEBAT!!!

Wallahualam

Friday, August 17, 2012

Ramadhan: Sebelum, Semasa, Selepas. Itukah Kita?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:46 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Salam Ramadhan Al-Mubarak [28 Ramadhan 1433H]

Ramadhan kian menjauh... T_T


Sebelum Ramadhan,

Courts Mammoth, Sen Q, Hup Seng & sewaktunya sudah hidu bau "duit"...
Ramai Muslim merasa "biasa² aje" krn ia "bulan puasa" macam tahun lepas...
Peniaga sudah tempah tapak bazar utk berniaga "ribu²an"...
Tukang jahit dah buka tempahan pakaian Raya "vogue to da vast"...
Kuih Raya pun macam² jenis ada utk ditempah...
Terfikir² nak balik kampung entah mana satu...
Terbayang² moreh & bubur lambok masjid kali ni "best" ke...
Angan² bonus gaji 2 bulan utk "beraya sakan"...
Kelam-kabut qadha' puasa Ramadhan tahun lepas...


Semasa Ramadhan,

Semangat Terawih berkobar² tapi solat fadhu 5 waktu masih celop...
Sahur tengah malam tapi solat Subuh kantoi lagi...
Tengah hari sudah terfikir makan apa bila berbuka puasa...
Perut ber"dondang sayang" pun merungut tak tahan...
Selamba sental makan walaupun bukan "buruh binaan[gastrik lagi katanya]... 
Berlumba² borong juadah tapi tak dapat habis sebab kenyang pula...
Baru sekarang "teringat" jamu 8 asnaf zakat makan berbuka puasa...
Tangan pun macam "rajin" nak sedekah...
Tadarrus Al-Quran macam tak pernah baca "1 tahun"...
Cuci mata, mulut tempayan, busuk hati masih tak dapat nak jaga...
Malam dihabiskan utk siapkan tempahan kuih, lemang & juadah Raya...
Iktikaf dlm "kelambu" sempena 10 malam akhir Ramadhan [Lailatul Qadar?]...
Berjemaah "bersusun" di depan tol lebuhraya utk balik kampung...
Zakat fitrah pun dekat habis Ramadhan baru terkial² bayar...


Selepas Ramadhan, 

Bangun awal semata² tak mahu miss solat Raya...
Bergaya sungguh dgn pakaian berwarna-warni macam pelangi...
Tak pernah jengah masjid tapi pagi Raya datang solat Aidilfitri...
Minta maaf kpd ayah ibu cuma di pagi Raya saja...
Selepas solat, bertebaran "serang" beraya rumah saudara & kawan²...
Undangan rumah terbuka 30 hari penuh Syawwal...
Perut kempis kembali "chubby" gitu...
Berkira² utk puasa sunat 6 hari di bulan Syawwal...
Tabiat kembali "jahil" selepas puasa sebulan Ramadhan...
Solat fardhu Zuhur & Asar luput sebab beraya & leka dgn siaran Raya...
Tidak merasa sedih krn "berangkatnya" bulan Ramadhan yg baru pergi...


Kini, 

Amalan semasa bulan Ramadhan rupanya "palsu" belaka...
Beramal krn ia "ikut²an" bukannya krn "belajar"...
Tiada lagi perlumbaan tadarrus Al-Quran...
Terlupa lagi nasib anak yatim & fakir miskin yg kembali tersisih...
Kembali "sepi" ruang masjid di kala malam tanpa tangisan taubat...
Takkan lagi "penuh" saf² solat 5 waktu seperti penuhnya solat sunat Tarawih...
Pakaian kembali "ketat" mengundang fitnah...
Makan & minum bercampur "syubhah"...
Sia² "amalan" 1,000 bulan utk padam dosa 11 bulan yg lalu...
Krn kita masih menyangka...
"Bulan puasa" macam tahun lepas juga...

Thursday, August 2, 2012

Ana Melamar, Enti Menerima

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:51 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Salam Ramadhan Al-Mubarak [13 Ramadhan 1433H]

Tersenyum membaca artikel  Mohd Afiq Mohd Saleh iaitu Pensyarah Pengajian Islam Kolej VETA, Universiti AL al-Bayt, The Hashemite Kingdom of Jordan.

Menarik... Tertarik...

Sangat JELES tengok gambar nie T_T

Rasanya dari tajuk entri & gambar mesti kalian tak sabar nak baca entri cik Wana. Sabar deh. okaja*

Sebelum tue nak bagitau yg penggunaan "Saya" dlm artikel nie bukan bererti cik Wana tau. Jangan salah sangka. okaja*

Satu, Dua, Tiga... Jom teruskan bacaan!!!

ANDALUSIA

Dijat ada seorang sahabiah muslimah yg mahu berkahwin ujarnya kpd saya pada suatu malam. Kami bersembang melalui internet.

Selepas bertanya khabar sepatah dua kpdnya, dia terus menyatakan hasrat seorang dari kawannya yg mahu berkahwin. Katanya seorang hafizah & juga bekas pelajar dari jurusan agama keluaran Al-Azhar.

Tapi dia masih belum ada calon, sambungnya lagi. 

Saya faham. Tapi dlm hati saya masih terdetik, 
Masakan muslimah yg bertaraf ini masih tidak bercalon? 

Namun saya membetulkan semula tanggapan hati itu bahawa; Jodoh bukan ketetapan manusia yg sembarangan.

Dijat tak ada pengalaman nak mencari di mana, umurnya 29 tahun, ujarnya lagi membuatkan saya bertambah terkejut. 

Saya mulai mengerti maksudnya, meminta agar saya membantu muslimah ini utk dicarikan calon suami dlm kalangan penuntut jurusan agama di Jordan.

Akhirnya, saya menolak permintaan drpdnya, krn saya sendiri belum pernah melakukan kerja² mencari jodoh sebegini. Lagipun, penuntut di sini majoritinya berumur 25 tahun ke bawah. Agak sukar utk mendapatkan lelaki seusia dgnnya – 29 tahun!

Saya tidak pasti, bagaimana sembang² malam itu boleh berlanjutan kpd soal Baitul Muslim. Selepas satu, satu yg kami perkatakan hinggalah tiba kpd topik yg menarik perhatiannya.

Awat boleh jadi lagu tu? soalnya, pelik selepas saya menceritakan bahawa masih ramai muslimah di Mesir mengalami situasi yg sama seperti sahabatnya itu.

Bukankah di sana ada sistem Baitul Muslim? soalnya lagi.

Ya, memang ada, jawab saya ringkas. 

Saya mahu dia faham bahawa Baitul Muslim bukanlah jalan utama menyelesaikan masalah ini tetapi hanya alternatif atau pemudah caranya sahaja. Kalau pun tidak wujud Baitul Muslim & orang lelaki bijak memainkan peranan sebagai seorang lelaki muslim, masalah ini akan segera selesai – tiada lagi ‘andalusia’ (anak dara lanjut usia).

Jadi, apa penyelesaiannya? Organisasi perlu berbincang perkara ini, tegasnya. 

Adik saya yg seorang ini mempunyai sikap look forward & rajin berfikir sesuatu.

Muslimat kita terlalu ramai. Muslimin pula macam tiada ‘nafsu’ & buat don’t know saja. Dlm masa yg sama muslimah tertunggu² lamaran dari muslimin, balas saya agak panjang.

Di Mesir, kalau seorang muslimin hendak mencari calon amat mudah. Tapi entah di mana silapnya, muslimah kita di sana masih ramai yg ‘menganggur’ & belum berpunya, kali ini saya cuba memberinya pengalaman & situasi.

Peluang sudah terbuka luas, tapi masalah tidak juga selesai, ini bermakna ada something wrong pada salah satu pihak, samada muslimin atau muslimat. 

Saya segera menyalahkan muslimin dgn alasan mereka tidak menggunakan peluang yg sedia ada – muslimah yg baik² sangat ramai, mengapa masih tiada muslimin yg datang melamar? Akhirnya saya menoktahkan kesalahan pada pihak muslimin terlebih dahulu.

Dijat ada cadangan, dia segera bersuara.

Apa dia?

Drama Tahajjud Cinta – POLIGAMI 

Wah, lekasnya dia menyimpulkan resolusi seperti itu. Alternatif yg bisa menggegarkan dunia sekejap. 

Langkah mayat saya dulu kata seorang muslimah. Itulah yg mungkin akan diucapkan oleh seorang yg bernama WANITA!!!

No, no, no, saya segera menjawab & membantah.

Kenapa? dia pula kurang berpuas hati dgn jawapan saya.

Pertama, muslimin masih lagi mencukupi. Kedua, soal kefahaman seorang muslimah & kesediaan mereka terhadapnya. Bukan semua wanita mampu menerima cara itu, jelas saya.

Lelaki mudah saja memberi poligami sebagai penyelesaian tapi yg menerima adalah wanita, sambung saya lagi.

Habis tu, aulawiyatnya pula bagaimana?

Aulawiyatnya masih lagi seimbang utk zaman ini. Monogami adalah tuntutan manakala poligami hanyalah alternatif terakhir, ujar saya.

Kalau macam tu, tiada isulah. Maknanya muslimah tiada masalah dlm mencari jodoh, dia membuat kesimpulan awal. 

Saya membalasnya bahawa isu pokok tetap ada seperti yg telah saya sebutkan di awal perbincangan, iaitu masalah drpd pihak muslimin yg tidak mahu mencari & membiarkan muslimah terkontang-kanting.

PERANAN MUSLIMIN & LELAKI



Kalau macam tu, Bampit nak tanya Dijat dahulu, Dijat sendiri sudah ‘berpunya’ atau belum? saya memulakan topik perbincangan kedua, main topic kpd sembang² kami malam itu.

Calon tu ramailah, hehe, dia berjenaka, saya tahu jenakanya itu benar. 

Maklumlah dia orang besar & glamour sewaktu menuntut di kampus dahulu.

Ramai calon itu problem kedua, kenapa Dijat masih belum bercalon? soal saya pula.

Dijat belum nak berkahwin lagi. Bahaya ni, soalan dari doktor cinta, saya pula yg terkena. 

OK, soalan yg kedua. Dijat rasa, masalah Dijat ni termasuk tak dlm problem kenapa muslimat kita belum ada yg berpunya?

Termasuk!

Dia mulai faham, saya gembira perbincangan ini telah membuahkan sedikit hasil.

Saya membuat hipotesis awal.

Kalau seorang yg mempunyai situasi seperti Dijat, maka seorang muslimah akan terkorban, cuba bayangkan jika 1000 orang muslimin yg berpendirian seperti itu juga, agak² macam mana nasib muslimah kita? saya memberi sesuatu utk dia berfikir. 

Dia akui kebenarannya.

Resolusi pertama telah kami perolehi, bahawa peranan utama dlm merealisasikan objektif Baitul Muslim terletak di bahu seorang lelaki terlebih dahulu. Lelaki harus mendahului dlm proses mencari agar tiada lagi timbul isu lambakan muslimah yg tidak berkahwin.

Saya kira, jika isu pertama ini telah selesai tapi masih wujud lagi muslimah² yg tidak menemui jodoh, barulah kita beralih kpd alternatif kedua iaitu POLIGAMI

Saya rasa, para muslimah mesti bersetuju, drpd hidup tersisih lebih baik berkongsi kasih, tentu masih ada yg kasih.

PERKAHWINAN ITU DAKWAH


Dia membuka topik perbincangan baru.

Yg Dijat nampak berdasarkan pengalaman, isu yg lain adalah segmen pemikiran seseorang dlm memilih jodoh, mungkin pandangan ini terlalu idealistik

Maksudnya? saya menduga.

Perkahwinan sesama fikrah atau bidang. Ada yg menganggap, jika tidak berkahwin sesama fikrah perkahwinan itu dianggap telah gagal.


Saya bersetuju dgn pandangannya. 

Cuma perlukan sedikit huraian lagi.

Sepatutnya, kita harus menganggap bahawa perkahwinan itu sebagai salah satu cabang dakwah. Dgn sesiapa pun kita berkahwin, perkahwinan itu tetap dikira sebagai saranan Baitul Muslim selagi ia termasuk di dlm batas tuntutan Islam dlm perkahwinan, hujahnya panjang.

Jika si isteri kurang baik atau berlainan fikrah, itu adalah tugas suami utk mendidik atau mentarbiyyah isterinya. Maka jadilah perkahwinan itu sebagai salah satu cabang dakwah di samping utk melebarkan sayap dakwah, malah pahalanya mungkin bertambah², cukup bernas idea yg dilontarkan olehnya, sependapat dgn saya.

Masalahnya, apabila orang menganggap perkahwinan itu sebagai satu masalah, maka jadilah perkahwinan itu bermasalah. Apabila mereka berkahwin tidak sesama bidang, dia dianggap futur (gugur) dari medan dakwah yg pernah diceburi sebelum ini. Keras sungguh pandangan ini.

Maknanya, doktor tidak bolehlah berkahwin dgn ustazah?

Detik saya di dlm hati, memang benar apa yg dikatakan olehnya. Perkahwinan itu sebagai satu medan dakwah. Setiap pasangan berperanan mentarbiyyah & mendidik pasangannya.

Dijat rasa rugi kalau berkahwin sesama bidang atau fikrah, dia memberi pendapat.

Tak boleh juga kalau kita berpandangan macam tu. Jika kita dijodohkan dgn sesama fikrah atau bidang itu suatu kelebihan, jika sebaliknya pula ia sebagai suatu peluang, jawab saya membetulkan sedikit pendapat yg kurang jelas.

Kelebihannya utk memperkemas & memperkuat lagi cabang dakwah, peluang pula utk menyebarkan & meluaskan kerja dlm arena dakwah, tambah saya lagi.

Kalau semua orang berfikiran macam tu, semua masalah tadi mesti akan selesai, kan?

Betul.


Saya gembira dia mulai faham. Saya juga banyak memikirkan sesuatu atas cetusan & ideanya. Lalu saya membuat satu resolusi baru.

Pendek kata, berkahwin sesama bidang atau fikrah adalah satu galakan. Termasuklah jika berlainan bidang, juga satu saranan & galakan. Tapi perkara yg lebih utama, kita menyelamatkan muslimah kita drpd dia diambil oleh orang lain, yg boleh menyebabkan mereka jauh atau gugur dari arena dakwah, jawab saya menggulungkan perbincangan pagi itu. 

Rupanya di Malaysia sudah menjangkau jam 3 pagi. Dia sudah mengantuk katanya.

Akhirnya, saya membuat satu kesimpulan terakhir sebelum menutup bicara pagi itu.

Selepas semua kefahaman yg kita bincangkan di atas ni diterapkan kpd semua masyarakat, siapa yg harus memulakan dahulu langkah ini? Muslimin atau muslimat? soal saya utk dia memberikan pandangannya sendiri.

Muslimin!


Jawapan yg diberikan olehnya padat dgn kefahaman.

Aiwah, muslimin kena mulakan dulu & muslimat akan menyokong serta memperkuatkan lagi, saya menambah pendapatnya.

Nampaknya Dijat kena cari calonlah ye? selorohnya.

Mestilah, kalau tidak semakin ramailah muslimah kita yg terabai, jawab saya.

Kalaulah seorang muslimat kita boleh melahirkan 5 orang pejuang Islam, kalau 10 orang yg “terkorban”, kita dah hilang 50 orang pejuang Islam dgn sia², wahhhh, ruginya kita!!! saya beranalogi.

Kalau macam tu, Bampit tolonglah surveykan kalau² ada muslimah yg sesuai utk Dijat di Jordan, dia berseloroh lagi.

Kalau betul² mahu, kenalah serius. Kalau main² Bampit tak mahu carikan. Siapa yg tak mahu jadi adik ipar bekas Presiden MPPMJ, semua berebut² tau, gurau saya sengaja mahu mengenakannya supaya dia serius memikirkan soal jodohnya yg semakin dilupa²kan.

Aduhh, Bampit baliklah dulu. Nanti kita boleh bincang panjang.


Saya tersenyum di hadapan laptop.

Saya seronok berdiskusi dgnnya, ada saja idea baru yg jarang saya fikirkan. Saya lebih meminati cara berdiskui santai & ilmiah berbanding mendengar ceramah atau membaca buku. Di samping mendapat idea baru, apa yg penting melalui cara ini kita mendapat respon & feedback secara langsung.

Pagi itu, saya mulai berfikir sesuatu. Utk kebaikkan ummah & kemaslahatan muslimah.

Tugas saya & tugas sekalian muslimin.



 Ayuh teman², inilah pesan Nabi saw kpd kita: 
FAL-YATAZAWWIJ

Sabda Rasulullah, 
Yaa ma’syarasy syabaab, manistatho’a minkumul ba’ah, fal yatazawwij. Fainnahu aghadhdhu lil bashari wa ahshanu lil farji, wa manlam yastathi’ fa’alayhi bish shaum, fainnahu lahu wijaa.❞ 
[Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yg mampu menikah, maka menikahlah. Krn menikah lebih dapat menahan pandangan & lebih memelihara kemaluan. Dan barang siapa yg tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa; sebab berpuasa dapat menekan syahwatnya]



Ya Allah temukan aku dgn JODOH yg baik utk melahirkan keturunan yg baik. Jom amalkan membaca Surah An-Anbiya' ayat 89 & Surah Ali Imran ayat 38. ^_____^

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...