3 bulan yg lalu (17 Januari 2012) kami kehilangan seorang sahabat perjuangan (Al-Marhum Cikgu Fikri) yg bertemu Allah akibat kemalangan jalan raya.
Sebulan yg lalu (6 Mac 2012) kami kehilangan 2 sahabat perjuangan (Al-Marhumah Adik Fatini & Al-Marhumah Adik Hidayah) kembali bertemu Allah akibat kemalangan jalan raya. <Baca di sini>
Bulan ini (9 April 2012) sekali lagi kami mendapat berita yg menyayat hati iaitu seorang lagi sahabat perjuangan, Al-Marhum Ustaz Shahrizan telah kembali ke Rahmatullah setelah akibat kemalangan jalan raya semasa menuju ke sekolah untuk mengajar.
Al-Marhum semasa berada di walimah Al-Marhum Cikgu Fikri
Ya Allah, betullah janjimu bahawa ENGKAU akan menjemput semula hambaMU bertemu dgnMU tanpa mengenal usia.
Mereka kembali ke Rahmatullah dalam usia yg muda setelah menggunakan usia mudanya berintima dalam PERJUANGAN ISLAM.
Al-Marhum pernah mengedar risalah agama di Sabah
Pada malam sebelum kejadian, Al-Marhum telah menghadiri USRAH bersama Ustaz Idris Ahmad. Al-Marhum merupakan SU Dewan Ulamak PAS Kawasan Jempol. Selepas menghadiri usrah dgn Ustaz Idris Ahmad, Al-Marhum berehat di rumah isterinya di Taman Zahrah, Rasah, Seremban. Berita pemergian Al-Marhum menyebabkan Ustaz Idris Ahmad serta semua ahli usrah yg hadir sangat terasa akan pemergiaannya.
ALLAHUAKHAR!!!
Wahai diri ingatlah,
Setiap yg bernyawa pasti akan mati,
Tiada yg kekal abadi kecuali Dia.
Wahai diri ingatlah,
Apa yg kau miliki hari ini semuanya pinjaman,
Biarpun jasad atau nyawa,
Hembusan nafasmu atau aliran darahmu,
Tiada satu pun kau yg punya,
Segalanya milik Dia Yang Esa.
Wahai diri ingatlah,
Ajal maut adalah ketentuan Ilahi,
Ia pasti akan tiba menjemput engkau,
Mungkin esok atau lusa,
Bila masanya tiada siapa yg tahu,
Kecuali Dia Yang Maha Mengetahui.
Wahai diri ingatlah,
Kesengsaraan di dunia ini cuma sementara,
Sakit di dunia hanya seketika,
Bila mati tiba,
Semuanya akan berakhir,
Di dunia sana dunia abadi,
Harta & rupa tiada sebarang makna,
Yg dihitung cuma amalan & ketakwaan.
Wahai diri percayalah,
Mati itu bukan pengakhiran kehidupan,
Mati itu detik permulaan,
Kita akan dibangkitkan semula,
Kubur persinggahan menuju dunia akhirat,
Berbekalkan segala amalan di dunia,
Kita bakal meneruskan pengembaraan,
Menempuh perjalanan yg sangat jauh,
Tiada siapa yg tahu bagaimana nasib kita kelak,
Menempuhi Padang Masyar merentasi Siratul Mustakim,
Pengembaraan menuju syurga yg hakiki,
Semoga mati menjadi detik permulaan,
Mengecapi kebahagiaan yg hakiki.
Aku mengenali Al-Marhum Ustaz Shahrizan semasa berada di semester satu memandang Al-Marhum merupakan salah seorang sahabat Rakan Surau Ar-Rashidin, KHAR, UPSI.
Perkara yg aku paling tidak dilupakan semasa Al-Marhum menjadi unit disiplin dalam satu kem yg aku hadiri. Apabila diingat kembali aku pasti tersenyum sbb Al-Marhum banyak kali denda aku & setiap ayat yg dikeluarkan dari mulutnya TEGAS tapi LUCU.
Beberapa ayat yg masih segar di ingatan.
❝Denda yg pertama, ana nak dalam kiraan 3 anti dah berada di atas dataran bukit tu & lari 3 pusingan. Kalau tak anti turun semula, ana kira semula. Faham.❞
❝Ana tengok anti nie dah macam wali² saja dengan jubah yg panjang. Memandangkan 2 biji manik pun tak boleh jaga, denda kedua ambil tikar yg paling besar & itu barang amanah kamu yg baru.❞
❝Ya Allah, tikar yg besar gedabak pun anti tak boleh jaga. Macam mana nak jaga ahli lain? Sekarang ana nak anti lari 2 pusingan keliling tasik & cari orang yg ambil tikar anti.❞
❝Anti jadi MPP jangan lembik, kena kuat sebab mereka² nie ada di sekeliling anti (sambil tunjuk semua sahabat yg lain).❞
Walaupun asyik didenda oleh Al-Marhum tapi aku tidak marah kerana semua itu pengajaran buatku. TERIMA KASIH USTAZ sebab memberi ilmu sepanjang menjadi Unit Disiplin.
InsyaAllah sedikit perkongsian bagaimana Al-Marhum meninggalkan kita semua & saat pemergiannya. Sumber nie aku perolehi drpd FB kak Ezzah.
Allah...Allah...Allah...
Sayu rasa hati mendengar detik² pemergiannya. Moga Al-Marhum tenang di alam sana & kita sabar menerima takdirNYa.
Perkongsian ni diceritakan oleh zaujah Al-Marhum kpd kak Safura & ana (kak Ezzah) diminta untuk tolong sampaikan.
Kebiasaannya, setiap minggu Al-Marhum akan bertolak dari Seremban (rumah zaujah) pulang ke Palong II pada awal pagi Isnin sebelum Subuh supaya sempat solat Subuh bersama pelajar²nya. Tapi pada hari kejadian, Al-Marhum bertolak agak lewat dari Seremban lebih kurang jam 5 pagi disebabkan Al-Marhum mengalami sakit perut.
Dlm perjalanan ke sekolah lebih kurang jam 6 pagi (di Serting), Al-Marhum ingin memotong sebuah kereta & belakang kereta tersebut ada sebuah motor (saksi kejadian). Dlm masa yg sama, ada sebuah kereta datang dari arah bertentangan. Disebabkan ingin mengelak dari melanggar kereta tersebut, Al-Marhum tergesa² masuk semula ke sebelah kiri menyebabkan keretanya terbang & Allahuakbar dgn takdir Allah, kereta Al-Marhum jatuh ke dlm gaung berdekatan yg agak dalam. Sebelum terjatuh, kereta Al-Marhum berlanggar dgn beberapa batang pokok menyebabkan dia tersepit & meninggal dunia di tempat kejadian mungkin krn parah di kepala. Allah... Menurut kak Safura lagi, Al-Marhum mengalami luka di sebelah kiri muka.
Utk makluman sahabat², petanda² Al-Marhum akan meninggalkan kita semua turut diceritakan oleh maknya. Menurut mak Al-Marhum, seminggu sebelum meninggal Al-Marhum sempat berjumpa dgn semua ahli keluarga dia & keluarga sebelah zaujahnya. Al-Marhum sempat memohon maaf & berpesan pada maknya, andai dia pergi dulu Al-Marhum nak mak dia kebumikannya di makam Sheikh Hj. Mohamad Said Sikamat, Seremban. Allahurabbi seolah² Al-Marhum tahu dia akan meninggalkan kita semua. Sebab tu, mak dia minta Al-Marhum dikebumikan di sana. Rupa²nya permintaan terakhir dari arwah.
Pada bulan terakhir, zaujah Al-Marhum (Kak Farah) juga dapat merasakan yg dia akan kehilangan sesuatu & akan menangis apabila terkenangkan Al-Marhum. Allah dah bagi perasaan tu awal² lg pd Kak Farah. Allah. Menurut Kak Farah lagi, sebelum dia keluar rumah pagi tu, arwah memang nampak gembira sangat seolah² dia tahu kekasih yg Agung sedang menunggu.
Alhamdulillah, Al-Marhum pergi dlm keadaan ibunya redha padanya & sangat menyayanginya. Mak Al-Marhum bagitahu,
❝Ijan ni, makin besar makcik makin sayang pada dia.❞
Ya... Kerana dia menjadi pejuang & kebanggaan agama.
Alhamdulillah jenazah Al-Marhum diimami & ditalqinkan oleh ulama' besar N9 dari keturunan Sheikh Haji Mohd Said.
Damailah sahabat di sana bersama para anbiya’, syuhada’ & solehin.
Moga syurga Allah menjadi destinasi yg abadi untukmu.
Ameen.
Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'fu'anhu... AL-FATIHAH.
Buat isteri & keluarga Al-Marhum,
❝Salam takziah. Semoga anak yg dikandung oleh kak Farah setabah "umi"nya & mewarisi darah perjuangan Islam "abah"nya yg telah kembali ke Rahmatullah.❞
Wallahualam.