Photobucket

Saturday, April 21, 2012

Pelajar UPSI Maut Jatuh dari Bangunan E-Learning!!!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:00 PM 11 comments


Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah...

Aku terkejut dapat berita ini sebab kejadian berlaku di tempat aku menuntut ilmu dahulu. Lagi buat aku terkejut aku pernah mengenali, bertaaruf & berbalas sms dgn Al-Marhumah Adik Fatimah yg meninggal dunia itu. 

Aku mengenali Al-Marhumah yg datang bersama keluarganya semasa dia mula-mula mendaftarkan diri di UPSI dalam kos Pendidikan Awal Kanak-kanak pada 2 tahun yg lalu. Aku sempat juga sedikit taaruf dgn arwah sepanjang dia menjalani Minggu Suai Kenal Mahasiswa/i UPSI ambilan Julai 10/11. Arwah seorang yg pendiam tetapi murah senyuman. 

"Diharap JANGAN ADA SESIAPA yg cuba untuk menimbulkan apa-apa spekulasi atau dakwaan yg tidak baik kpd Al-Marhumah. Sebaiknya kita bersama-sama mendoakan Al-Marhumah supaya tenang & diberikan tempat terbaik di sana."

Al-Fatihah buat Al-Marhumah Adik Fatimah Mina Binti Md Juferi. 
Moga ditempatkan bersama orang-orang yg soleh/ah.

Tanjung Malim - Seorang pelajar perempuan UPSI maut dipercayai jatuh dari bangunan lima tingkat di Universiti ini petang tadi.

Menurut sumber, seorang saksi yang telah melihat mangsa sedang terjatuh dari tingkat yang tidak dapat dipastikan. 

Saksi tidak dapat ditemuramah lanjut akibat dari trauma kejadian tersebut.

Kejadian telah berlaku sekitar jam 5.15 petang di belakang bangunan itu. Mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kakinya. Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan yang tiba sejurus kejadian ini berlaku.

Siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi menentukan punca kematian sebenar.



Sumber berita & gambar daripada blog PILIHAN ANDA


DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali. 
Wallahualam

11 123 Bingkisan Sahabat:

Allahyarhamah yg saya kenali seorang yg sangat3 baik.

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab). Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma & tidak berupaya ditemubual lagi). Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam 10 malam td. Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah. (Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ)

Sumber : Seorang pensyarah FSKIK..Encik Salman Firdaus Sidek

SpeedSprinter: terima kasih ats maklumat..agak sedih dgn berita yg dikeluarkan oleh sinar harian..main tangkap muat & nak mengaut keuntungan je tue..

Inilah lumrah dan realiti dalam media cetak hari ini.. Ceritanya sedikit sahaja, tetapi terlebih menghurai.. Sy menyangkal kebenaran berita didalam Sinar Harian Online.

Al-Fatihah buat Al-Marhumah Adik Fatimah Mina Binti Md Juferi.
Moga ditempatkan bersama orang-orang yg soleh/ah.

lagi satu bnyk fakta yg salah dlm sinar harian on9 tu

Salam alaik,
Al-Fatihah, Perhatian buat smua pljr PAKK kita baru kehilangan seorg shbt yg bernama Fatimah Mina bt Mohd Juferi sem 4, PAKK. Arwah menghembuskan nafas terakhir pd ptg td di Bngunan E-Learning. Dihrp shbt2 skalian snantiasa mndoakan ksejahteraan dan kbhagiaan arwah serta ditempatkan dlm golongn ory yg beriman. Saya berhrp drpd shbt2 skalian tdk beranggapan negatif terhdp kmatian arwah, krana ALLAH shj yg mengetahuinya. Saya mewakili drpd pihak arwah memohon maaf skiranya spnjg prgaulan dgn shbt2 trdpt slh dan silap yg dilakukan drpd pihak arwah sndri. Sekiranya arwah pernah berhutg dgn shbt2, bolehlah inform pd saya Nik Amalina Al-Zamakhshari, 0139725370 slaku wakil drpd pihak arwah. Apa2pun iringi pmergian arwah dgn doa dan AL-FATIHAH..

semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi.aminnn~

Ca Cik Duyung --> InsyaAllah..Amin a rabbalalamin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...