Photobucket

Thursday, December 27, 2012

Memori Sambutan Tahun Baru 2012 di Selangor

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:57 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Beberapa hari lagi tahun 2012 akan melabuhkan tirai & tahun 2013 mengambil gilirannya. Tiada yg menarik pun.

Tapi saat ni membuatkan cik Wana teringat kenangan lalu memandangkan itu kali pertama & terakhir menyambut Tahun Baru bersama² sahabat² yg dikasihi krn Allah dgn pengisian yg amat berilmiah. Subhanallah.


"Jaulah Ghuraba' Generation"

Alhamdulillah 31 Disember 2011 & 1 Januari 2012 dipenuhi dgn aktiviti yg bermanfaat. Tidak rugi rasanya meninggalkan buku  selama 2 hari sempena studyweek bagi memenuhi aktiviti bersama sahabat.

Bermula drpd Tanjung Malim menuju ke Kapar utk PERASMIAN  PEMBUKAAN PASTI IMTIYAAZ, Kampung Sungai Serdang. Singgah ke DARUL ISLAH LIL-BANAT utk bergambar. Melampau! Sebenarnya Ustaz Anhar ada suruh singgah & kami tidak melepaskan peluang yg ada utk bergambar. Sejuk mata melihat adik² muslimah Darul Islah yg kesemuanya berpurdah.



Perjalanan diteruskan menadah ilmu di teratak Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin Meru, Klang. Kehidupan seorang ulama' yg sederhana, teratak yg sentiasa bersih & kemas tetapi up-to-date dgn teknologi terkini.



Tidak sempurna jaulah tanpa singgah di teratak kak Atiqah Hasbi di Shah Alam walaupun ia tidak termasuk dlm tentatif. Walaupun ia aktiviti adhoc tapi Alhamdulillah kami belajar ilmu memasak dari tuan rumah. 

Lokasi terakhir yg ingin dituju adalah di Dataran Shah Alam utk Sambutan Tahun Baru Islamik 2012 kelolaan Kerajaan Negeri Selangor. Agak kelewatan memandang semua parking penuh.

Seriously, teruja dgn keadaan di sana krn dipenuhi lautan manusia yg berbondong² memenuhi dataran. Dijangkakan kehadiran hampir 100,000 orang terutama golongan muda pada Program Jom Santai Bersama GeMS - Generasi Idaman Selangor itu. 




Sebenarnya Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak merupakan antara acara yg paling ditunggu² walaupun banyak juga individu yg bersama² menjayakan program itu

Antara selebriti agama yg hadir selain Ustaz Azhar Idrus adalah Ustaz Akhil Hayy, Imam Muda Asyraf & Ustaz Syed Hisham manakala artis popular pula Sham Kamikaze, Dakmie & Shahir.


 


✿.✿.M U KA D I M A H ✿.✿.


Hihi... Sebenar bahagian atas tu nak mengimbas memori lalu & bahagian bawah nie tujuan sebenar update blog. Teruskanlah membaca. 

Ini ada sedikit ilmu drpd Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak pada malam 'count-up' (31/12/11, Sabtu)


1. Apakah hukum sambut countdown?
UAI: "countdown tu mende"...???
Zizan: !@#$*... emm..."Count tu kira. Down tu bawah... 2011 ke 2012..."
UAI: "count up la gitu..11 ke 12...."
Zizan: !@#*.... =)

Kata ulama' countdown bukan perayaan, ianya jatuh haram mengikut cara (perbuatan) kita. Jatuh haram sekiranya sambut dgn buat maksiat, minum arak, judi, ambil dadah & lain².


2. Apakah hukum main bunga api?

Ulama'² sepakat menyatakan setiap perbuatan yg ada membazir, tidak harus (sama ada makruh atau haram). Jika beli sedikit mercun kemudian bakar, makruh krn membazir sedikit duit. Sekiranya membazir berlebihan jadi haram. Contohnya beli sampai beratus², beribu² ringgit. Kalau bunga api utk sambutan tahun baru terang² haram krn ambil duit rakyat beratus² ribu ringgit, pembaziran yg nyata.


3. Pandu kereta seorang² pada pukul 3 pagi. Sampai kat lampu isyarat ia lampu merah. Boleh tak nak teruskan krn tiada kenderaan lain ketika itu, jalan sunyi?

Peraturan kerajaan buat bagi menyelesaikan mashalahatan rakyat. Lampu isyarat dicipta utk jalan yg sibuk/sesak. Di jalan kampung ada lampu isyarat tak? Tiada sebab jalan kampung tak sibuk. Boleh jalan, jika yakin tiada kenderaan lain ketika itu (dari arah kiri, kanan, depan) & yakin tiada mudarat kpd orang lain. Peraturan manusia boleh ditukar mengikut keadaan tetapi UNDANG² ALLAH (Al-Quran) tak boleh diubah sampai bila².


4. Betul ke alat muzik tu najis? 
UAI: "Betul... Sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu"....=)

Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan. Kalau binatang seperti anjing & babi serta haiwan mati (bangkai) juga najis. Jika main alat muzik sampai lalai, tu yg jadi haram. Bunyi²an ni dibenarkan, dalilnya dlm kitab² bab Nikmat Syurga: "Allah ada sediakan bunyi²an di dlm syurga nanti..."


5. Isteri kena hiburkan suami di rumah. Kalau suara isteri tak sedap kena nyanyi juga ke?

Tujuan hiburkan suami utk mengeratkan kasih sayang dlm rumah tangga. Hiburkan suami bukan dgn nyanyi je, macam² cara boleh. Isteri hiburan suami dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dgn cara cakap boleh hiburkan suami, cara berjalan juga. Nie tidak, bila kat opis berjalan "catwalk", dlm rumah pula "elephantwalk". Cara layanan juga hiburkan hati suami.



6. Hiburan itu haram sebab melalaikan. Apa pendapat ustaz?

Manusia memang suka kpd permainan & hiburan. Islam bukan agama menghalang (semuanya haram) tetapi agama mendidik. hiburan dibenarkan cuma kita yg tak pandai jaga diri (lalai dari perkara wajib, mabuk, maksiat). Tu yg jd haram tu. Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja atau beribadah. Boleh bermain supaya tak bosan. Allah juga hendakkan supaya hamba²nya sihat & cergas utk melakukan kerja & kewajipan² lain. Niat dlm hati, hiburan krn Allah.


7. Saya tengok vcd kuliah ustaz. Ustaz kata, perempuan tak wajib pakai tudung. Lepas tu vcd lekat, tak boleh nak tengok ayat seterusnya. Betul ke perempuan tak wajib pakai tudung?

Betul perempuan tak wajib pakai tudung, yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT. Aurat ialah apa² bahagian pada anggota badan yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram. Kalau pakai tudung tapi nampak juga rambut kat dlm (tudung nipis bayang), haram juga. Kalau pakai tudung tapi rambut keluar (jambul), haram juga. Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek, haram juga. Pakai tudung singkat, haram jugak. Jadi tutuplah aurat. WAJIB!!! Faham molek.


8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha. Batal tak?
UAI: "Batal...sekiranya si ayah terkentut..." =)

Tak batal sebenarnya kecuali jika si anak itu dlm keadaan bernajis. Dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah  ﷺ sedang sujud & cucu baginda ﷺ iaitu Saidina Hussin tiba² naik atas belakang baginda. Baginda ﷺ sujud lama². Tidak terus bangun krn fikirkan cucunya tak puas lagi bermain & juga bimbang sekiranya Saidina Hussin terjatuh jika baginda ﷺ bangun. Dlm solat, boleh meraikan kanak².


9. Babpe (kenapa) ustaz tak berpasangan dgn Zizan masuk Raja Lawak?

Ustaz mengajar utk tarik minat orang muda. Kalau mengajar lurus mendatar (straight) aje, orang muda tak berapa suka. Datang 2, 3 kali pastu tak datang dah sebab bosan. Kena pelbagaikan cara. Alhamdulillah, orang muda datang kuliah. Yg tak suka datang kuliah, jadi suka datang kuliah. Kita nak hasilnya.


10. Saya suka tengok cerita hantu sampai takut nak ke dapur waktu malam. Isteri saya lagilah takut. Apa hukum tengok cerita hantu?

Sengaja tengok suatu benda yg buat kita takut tetapi benda takut tu tak berfaedah adalah makruh. Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kpd akhirat (ALLAH), contohnya tengok orang mati adalah sunatJika takut pada benda yg hanya lakonan (filem/drama) maknanya kita 'tak sihat'. 


11. Saya nak derma tabung masjid RM10 tetapi terambil duit RM50 & termasuk ke dlm tabung masjid. Boleh tak saya nak minta balik (baki)?

Boleh minta balik dgn syarat kena bersumpah dulu. Jika imam tak yakin dgn dia, imam tak wajib bagi. Fikirkan hikmah... Mungkin Allah nak bagi ganjaran yg besar pada kita. Redha sajalah.


12. Kenapa wanita suka berbelanja? Isteri saya janji, sekali ni je tapi beli juga. =)

Wanita macam budak² suka membeli. Contohnya budak², pantang tengok mainan terus je nak padahal mainan dah banyak kat rumah. Macam juga wanita, padahal baju, kasut banyak dlm almari yg tak pakai lagi. Nak beli lagi... Wanita memang suka tengok benda yg cantik. Memang tugas suami cari duit, isteri habiskan duit. Kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lagi? Kalau bukan isteri, siapa lagi yg nak beli periuk, kuali & lain². Suami jangan marah, isteri besar jasanya. Tolong beranakkan anak², jaga anak², basuh baju, masak, kemaskan rumah & lain².


13. Saya rajin berkerja, taat perintah agama & solat tak tinggal. Boleh tak nak jadi menantu ustaz?

Boleh. Dlm hadis pun Nabi ﷺ berpesan, jika ada seorang lelaki yg beragama datang meminta anakmu maka segerakanlah menerimanya. Nabi ﷺ tak syaratkan mengambil menantu yg PANDAI AGAMA (ulama, ustaz, al-hafiz) tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA (bersolat 5 waktu, berpuasa penuh &lain²).


14. Apakah hukumnya mengambil wudhu' dlm keadaan bogel?

Ulama' sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu' berbogel di khalayak ramai. Jika di dlm bilik air rumah hukumnya makruh.


✿.✿.✿ T A M A T ✿.✿.

Alhamdulillah memang menarik "Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak".  Memang santai. Walaupun agak lucu jawapan UAI tapi insyaAllah boleh diterima pakai bagi menjalani kehidupan sebagai umat Islam.

InsyaAllah Program Jom Santai Bersama GeMS - Generasi Idaman Selangor kembali lagi dgn membawa tema Karnival Pendidikan Selangor & Sambutan Ambang 13.

Jangan lepaskan peluang. Wallahualam


Friday, December 21, 2012

Istidraj. Don't Make Allah Let Us Astray.

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:52 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 telah diumumkan pada 19 Disember 2012. Agak excited nak tahu keputusan terutama subjek Matematik memandangkan pernah mengajar separuh silibus Tingkatan 2 subjek Matematik kat Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih (SAMSHSB), Klang, Selangor Darul Ehsan utk 2 kelas.

Tahniah cikgu ucapkan kpd pelajar SAMSHSB yg memperolehi keputusan cemerlang dlm PMR 2012.

Tahniah cikgu ucapkan kpd pelajar 2 Ibnu Nafis 2011 & 2 Ibnu Qayyium 2011 yg memperolehi keputusan A utk Matematik dlm PMR 2012.

Yg kurang cemerlang jangan kecewa sebab kalian dah USAHA & ISTIQAMAH utk DOA. REDHA & SABAR dgn keputusan yg diberikan, mungkin kali ini bukan REZEKI utk berjaya dlm PMR 2012. Cuba lagi utk SPM 2014 kelak.



  

Jom baca sedikit bingkisan utk panduan dunia & akhirat. 


ISTIDRAJ
It is when Allah gives you rezki
not to help you
but to let you go astray
---------------------------
Nauzubillah min zalik
Moga rezeki yg kita peroleh
adalah tanda kasihNya
bukan istidraj drpdNya


Eh, eh, engkau yg bajet alim tu. Tudung labuh, tak cakap dgn lelaki, jalan pun tunduk sampai langgar tiang, usrah sana, usrah sini, dakwah sana, dakwah sini. Aku nak tanya kau ni.


 Awak cakap dgn saya ke?


Haah, kaulah. Siapa lagi? Takkan aku cakap dgn dinding pula. Aku tengok akademik kau tak adalah bagus sangat. Apa cerita kawan? Doa kau tak makbul ke?


 Oh. Bukan macam tu. Sebenarnya...


Kau tengok aku, couple, tiap² weekend keluar dating, tengok wayang, hang out dgn kawan². Dapat juga result cemerlang, dekan tiap² semester. Tak payah nak doa sangat pun sebab aku yakin, aku memang pandai. Hehe (gelak bangga)...


 Sebenarnya saya nak...


Alah, tak payahlah nak bagi macam² alasan lagi. Hakikatnya, hidup kita ni kita yg tentukan semuanya. Kalau jadi baik alim sekalipun, belum tentu Allah akan tolong kita. Hidup aku bebas, tak terkongkong, enjoy saja. Bestnya.


 Awak, tolonglah bagi saya habiskan kata² saya dulu. Boleh tak? Sebenarnya saya nak kata yg kita jangan terlalu bangga yg kita berjaya sedangkan pada masa yg sama kita lakukan perkara yg dimurkai Allah. Mungkin juga itu adalah istidraj.


Istidraj tu apa?


 Allah bagi kita kejayaan demi kejayaan adalah bertujuan utk lebih menyesatkan kita hari ke hari. Mahukah kita terus²an sesat dlm hidup ini?  


Nauzubillahi min zalik. 



 Adakah kejayaan sebegini yg kita impikan, kejayaan yg disaluti murkaNya? Semoga kejayaan & rezeki yg kita peroleh adalah tanda kasihNya & bukan sama sekali istidraj drpdNya.


Allah. Alangkah bahagianya jika aku cemerlang kedua² sahsiah & akademik. Cemerlang dunia akhirat. Aku mesti berubah. Yeah..!!




✿ ~ ✿✿ ~ ✿✿ ~ ✿✿ ~ ✿✿ ~ ✿✿ ~ ✿

Terima kasih & tahniah krn kalian dipilih Allah utk membaca entri cikgu Wana utk hari ini. Entri nie pun "salin & tampal" drpd sahabat blogger yg lupa nak tulis namanya. Moga ia bermanfaat & pahala berterusan buat penulis asal. Wallahualam


Biar miskin harta
Tapi kaya dgn senyuman
Biar kurang senyuman
Tapi kaya dgn amalan
--------------------------------
Jom amalkan senyum selalu

Tuesday, December 18, 2012

AKHWAT atau DAKWAH?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:26 PM



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Jom baca. Moga ia bermanfaat bagi yg membaca. ^___^


= = = = = = = = = = = = = = = = =

Tik tok tik tok.


Bukan bunyi hujan yg turun merintik². Juga bukan bunyi alarm jam murahan yg dibeli oleh housemate di pasar malam kebanggaan masyarakat global seksyen 6. Kotak hitam berskrin empat segi tepat di atas meja di sebelah buku calculus yg terdampar lemah kucapai dgn penuh syak wasangka. Terpapar jelas pada skrin bersegi empat tepat itu, one message received. Lalu ku tekan² bebutang yg ada, entah bagaimana inti pati pesanan ringkas tadi terburai.


"Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. Hari Sabtu lepas saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F"


Mesej Ukhti Balqis Rexora Safiah tiba² muncul di ruangan skrin tadi tanpa diduga. Agak berderau darah Melayu suci & sejati aku apabila insan yg semakin kupendam perasaan kpdnya menegur aku. Tersenyum seketika di situ bagai kera mendapat cadbury.


"Hehe.. saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite dah jadi Presiden Kelab Bidadari Syurga. Tak silap awak pun dapat anugerah muslimat harapan sempena Bukan Dakwah & Tarbiyah kan?"



Dgn laju aku membalas mesej sekaligus menghiraukan assignment yg berlambakan di depan mata. Sungguh bersemangat aku dgn ukhti Balqis Rexora Safiah sehingga tidar sedar larut malam. Semakin dibalas mesej, semakin aku balas ibarat Lee Chong Wei & Lin Dan yg membalas pukulan shuttle. Heh. Pantang muamalat muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul 12 tengah malam, itupun aku langgar dgn jayanya.


Kerana apa?

Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?


"Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?" 


Tanya ukhti Balqis Rexora Safiah kelmarin dgn penuh keterujaan membuatkan tidurku semalam menjadi tidak lena. Aku mula rasa serba salah, mula merasakan sesuatu yg tidak kena.


"Awak, awak..kenapa awak panggil kita Balqis Rexora Safiah je? Bahasakan awak saya? Kenapa tidak enta enti macam yg awak gunakan dgn akhwat yg lain"?


Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku dgn dia. Ego apakah yg aku pertahankan ini? Ego aku dgn Allah di atas hubungan yg tidak pasti. Adakah aku talam dua muka? Mempunyai dua identiti? Kala iman naik, alim aku mengalahkan ahli sufi yg bertapa di Gunung Santubong. Kala nafsu melonjak, ghairah aku kembali jahil.


Naik gila kau fikir. Aku benar² bersalah. Sangat berdosa dgn Tuhan. Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak krn wanita, kecantikan, nama & candu dunia. Ya, pada asalnya aku & ukhti Balqis Rexora Safiah berukhuwah krn Allah, Tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yg didengari mula merobek & mencemarkan niat suci ini.


Hubungan yg mula dipertahankan dgn ego atas dasar dakwah. Gerak kerja bersama. Dibaluti dgn sutera Rabithah menjadikan hati teruja dgn keasyikan berukhawah. Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah hanya menjadi lesen berhubung.


"Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?" 


Aku mula berani membuang ego.


"................"


Tiada jawapan.


"Awak apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut. Ukhuwah kita harus diletakkan semula atas dasar taqwa bukan perasaan suka. Bukan sayang. Apatah lagi cinta. Sayang kita pun hanya sekadar saudara se-islam bertunjangkan rasa takut & gentar kpd Allah. Kita orang dakwah. Dakwah bukan utk suka²"


"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki & seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa² & bersuku² agar kamu saling mengenal. Sungguh, yg paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yg PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti"
(Surah Al-Hujurat: 13)


TAKWA.


Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kpd Taqwa, maka dgn apakah kita berada di jalan dakwah?


Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu?


Perlukah?


Aku juga mencari jawapan. 

Terlalu rigidkah aku utk aku mengatakan TIDAK PERLU? 
Terlalu syadidkah aku utk bertegas TIDAK PERLU?


Mari kita fikir²kan semula ukhwah kita di mana sebenarnya?
Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?

Kita bukan orang biasa². Kita bernafas dgn oksigen dakwah. Kita hidup hanya krn mencari redha Allah. Tidak semua tempat. Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas²nya tersendiri krn Allah nak jaga kita. Krn Allah sangat sayang kita.


Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku.

Wallahualam

Sumber: Nasi & Lemak

Monday, December 10, 2012

Tips Penjagaan Kain Baju

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:03 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Nak kongsi beberapa petua yg mungkin agak bermanfaat bagi para suri rumah yg rajin cuci baju tak kira menggunakan tangan atau mesin basuh. ^_^

Selepas nie, tak perlu runsing kalau pakaian kesayangan terkena gula² getah, dakwat, cat & lain².

Jom baca.


Gula² Getah Melekat Pada Pakaian

Letakkan pakaian tadi dlm peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa & kalian akan dapati gula² getah mudah ditanggalkan dari pakaian.



Pakaian Terkena Dakwat

 Bancuh sedikit susu dgn sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup & rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dlm bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh & bilas pakaian itu seperti biasa.

 Titiskan air limau yg bercampur dgn garam pada tanda dakwat & gosok²lah dgn tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.

 Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yg bercampur cuka. Berus & basuhlah seperti biasa.



Pakaian Terkena Karat

 Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yg terkena karat. Kemudian rendamkan dgn air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.



Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian

 Sapukan sedikit kapur makan & biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.



Pakaian Terkena Cat

 Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dgn air sabun, berus & bilas seperti biasa.



Membersihkan Tekat Benang Emas

 Sulaman drpd benang emas amat sukar dibersihkan. Bagi mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan².



Memutihkan Kain

Kain putih yg lama disimpan akan menampakkan warna yg kusam & tidak berseri. Cara utk mengembalikan serinya ialah dgn cara:

 Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu. Campurkan dgn air. Masukkan sabun & rendamkan kain tersebut semalaman. Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.



Menanggalkan Kesan Minyak Hitam Pada Pakaian

 Titiskan beberapa titik minyak tanah & sapukan pada bahagian yg hitam. Gosok perlahan² supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dgn air sabun & bilas seperti biasa.

 Basahkan kain & sapukan sabun mandi di tempat yg ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa & ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.



Mengeringkan Kasut Sekolah

 Gumpal beberapa helai kertas surat khabar & sumbatkan ke dlm kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

Jangan lupa cuba tau.

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...