Photobucket

Saturday, June 25, 2011

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:42 PM

Padamu yg Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin aku beritahu padamu..
Aku hidup & besar dari keluarga bahagia..
Ibu bapa yg begitu sempurna..
Dgn cinta yg begitu mekar..
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yg tak terhingga..
Maka, padamu aku katakan..
Saat Allah memilih mu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yg begitu indah..



Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dgn begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yg mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka waktu itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kau pun bukanlah lelaki yg sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan bersatu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau & aku akan menjadi ‘kita’..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu & tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka genggam tanganku dalam mengibarkan panji² dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah padaNya ta’ala..



Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yg paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah..
Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dgn hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tetapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dengan bijak &n hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..



Padamu yang Allah tetapkan sebagai pelindungku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yg terindah,
Kata²mu adalah titah untukku,
Selama tidak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah pelindung yang indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku & anak² kita nyaman & aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga..
Yang dadanya akan diisi dengan amanah² dakwah,
Yang roh & jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkat, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..



Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu..
Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke SyurgaNya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

Dari Ummu Salamah, berkata, “Rasulullah SWT bersabda : “Seorang perempuan jika meninggal & suaminya meredhainya, maka dia akan masuk syurga.” (HR. Ahmad dan Thabrani)



Walaupan ini nukilan yang diciplak dari blog "Paradigma MUKMIN" tapi ingin kutitipkan buat sahabat² yang bakal @ pun telah bergelar zaujah pada zauj tercinta.. 

Monday, June 20, 2011

B. Cereus punca Nasi Goreng Beracun

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:57 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Alhamdulillah Allah masih memberikan kita nikmat paling besar iaitu Islam & Iman dlm kehidupan kita. Saya tidak berhajat utk bercerita tentang Iman ataupun Iman dlm entri kali ini tapi ingin berkongsi berkenaan nasi goreng.

Waktu pagi² begini sedapnya kalau kena penangan sarapan nasi goreng. Tapi pagi ini cuma bersarapan dgn roti telur & teh-O yg dibuat sendiri. 


Nyummy hingga menjilat jari.

Teringat kisah sewaktu sem 3 dahulu serumah dgn kak YAN, kak HARNAH, FIZA, MIRA, MIZA, EARNI, & MUN.

Waktu tu hobi memang makan nasi goreng.

Teringat kisah ini



Nak kata saya ini peminat nasi goreng tidaklah tepat sebab ada lagi makanan lain yg saya paling saya suka. Sejak akhir² ini nasi goreng menjadi hidangan kami seharian di rumah 1-8-11. Selalunya saya & kak Yan yg masak. Kak Harnah hanya masakkan nasi.


Saya dah rasa nasi goreng Labuan, nasi goreng Sabah & nasi goreng Kedah. Nasi goreng Melaka lagi tak pernah rasa sebab tuan punya negeri selalu beri alasan tidak reti masak guna "rice cooker". (Alasan saja tu, dia malas nak masak... Hehehe... Orang tu dirahsiakan...)

Sebenarnya ayah saya yg mengajar kami adik-beradik memasak nasi goreng. Petua macam mana nak masak nasi goreng pun beliau ajar. Zaman dahulu, kami selalu masak nasi goreng tanpa perencah tapi sedap. Rindu pula nak masak nasi goreng menggunakan kuali.




Saya mendapat email drpd seorang sahabat mengenai nasi goreng. Mari sama² kita ikuti kisah ini.

 Makan nasi goreng di siang hari memang menyeronokkan. Apatah lagi jika nasi itu sudah siap dimasak sejak semalam lagi. Tidak perlu lagi menunggu nasi dimasak utk menyiapkan nasi goreng. Tapi sekarang sudah masuk jam 2 petang & kalian mengalami muntah² & cirit-birit pula. 


 Mungkinkah ini disebabkan oleh nasi goreng tesebut? 


 Ya, kemungkinan besar & penyebabnya ialah bakteria bernama Bacillus Cereus.

 B. Cereus datang dlm pelbagai bentuk. Salah satunya kerap ditemui di dlm nasi yg belum dimasak. Jika nasi yg sudah dimasak dibiarkan pada suhu bilik, bakteria yg masih hidup akan membiak & menghasilkan toksin penstabil haba yg menyebabkannya mampu bertahan dlm keadaan berasid & kepanasan seperti semasa menggoreng.

 Di kedai masakan, nasi dlm jumlah yg besar biasanya dibiarkan sejuk pada suhu bilik. Peti ais dikatakan akan menyebabkan nasi menjadi melekat sesama sendiri & akan menghasilkan nasi goreng yg tidak bermutu. 


 Sebab itulah nasi tersebut dibiarkan pada suhu bilik. Penyejukan pada suhu bilik ini, akan menghasilkan kondisi yg amat sesuai bagi pertumbuhan bakteria & penghasilan toksin tersebut.

 Sebagai contoh, satu kejadian telah berlaku melibatkan katering makan tengahari di sebuah pusat penjagaan kanak². Nasi yg telah dimasak dibiarkan sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan ke dlm peti ais. 


 Keesokan harinya, nasi tersebut digoreng dgn minyak & ketulan isi ayam & kemudiannya dihantar ke tempat pusat penjagaan kanak² itu & dibiarkan 1 hingga 1 1/2 jam sebelum dimakan. 


 Dlm masa 6 jam kemudian, seramai 14 drpd 67 kanak² & pekerja yg makan nasi goreng tersebut, mengalami pening, muntah, sakit perut & cirit birit. 


 B. Cereus telah dikenalpasti sebagai penyebabnya. Apa yg menyedihkan ialah tidak seorang pun dlm kalangan pekerja restoran itu atau pekerja pusat penjagaan kanak². itu yg mengetahui bahawa nasi tersebutlah puncanya.

 Namun demikian, keracunan B. Cereus hanya berlanjutan antara 6 ke 24 jam sahaja & ia biasanya berkaitan dgn komplikasi jangka masa panjang. 


 Walau bagaimanapun, apa jua jenis makanan beracun sudah sepatutnya dijauhi.

 Bagaimana utk mengelakkan keracunan B. Cereus


 Masukkan lebihan nasi ke dlm bekas sempit & simpan di dlm peti ais utk menggalakkan penyejukan yg drastik. 


 Jika nasi itu akan digunakan utk nasi goreng, masukkan ke dlm peti ais dlm jangkamasa satu jam drpd masa memasak nasi gorengBiarkan nasi di dlm peti sejuk sehinggalah sedia utk digoreng. 


 Setelah siap masak, biarkan nasi goreng itu dlm keadaan panas sehingga sampai masa menghidang.

Macam mana, adakah kalian percaya? 


Kalau kalian baca dgn betul artikel ini, sebenarnya kebarangkalian nasi goreng yg dibeli di kedai makan selalunya menyebabkan keracunan krn perlu menyejukkan kuantiti nasi yg banyak sebelum digoreng.



Kesimpulannya, masih boleh makan nasi goreng.


"Selamat Menjamu Selera"

Tuesday, June 14, 2011

HaRaM MENIKaHI GaDIS SaTU KaMPUNG

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:16 PM

Memandangkan dari hari Isnin aku sudah mengajar di kelas sepenuhnya, masa bergayut di blog pun tidak kesampaian. "BERGAYUT"? Macam monyet je nak gayut². Bila kawan rumah aku dengar maka dia ajar bukan bergayut tapi "BLOG WALKING". Ohhh..

Baru 10 minit lalu aku "BLOG WALKING".


Tiba²...
Ketika aku berjalan
², mata aku dicuri dengan begitu rakus.

Siapakah gerangan yg berani mencuri pandangan mata aku yg menawan ni?

Rupa
² cuma "post" blog yg bertajuk "haram menikahi gadis satu kampung". Bergetar lutut membacanya..


Maka aku pun tertarik nak anda juga baca "statement" tu. Ni aku "copy statement" tu bagi anda semua baca...



HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG BERITA GEMPAR!!!!! 


HARAP² TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YG TELAH TERLANJUR MENIKAH... APA NAK BUAT???

"Haram menikahi gadis satu kampung". JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan & diskusi antara para pemimpin, JAKIM & ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 Oktober tahun 2003:


"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI² UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"


Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan & bantahan yg sangat sengit antara yg pro & kontra. Bahkan banyak pihak yg menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yg tidak munasabah & terburu². Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yg mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut: 


Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung? Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi 4 orang wanita sahaja sudah berat, apalagi 1 kampung @ sekampung....!!! Hehehe... Jangan marah... Nanti kena jual (",)


Astagfirullah al-azim. Geram bila baca.. TERTIPU.. Bagi yg dah terkena tu, mesti anda tengah gelakkan aku sebab terkena "statement" macam ni.. Redha je bila terkena. Sekurang² mengurangkan bebanan di kepala. Senyum meleret² selepas membaca. 


TERIMA KASIH bagi penulis asal "statement" ini

Sunday, June 5, 2011

Membaca Gudang Ilmu

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:11 AM

Assalamualaikum. Semoga hari ini anda menjadi manusia yang luar biasa daripada biasa². Hari ni nak kongsi pasal buku. Alhamdulillah dah banyak buku yang dikhatam dibaca tapi tak khatam hafal. Baca sekadar mengetahui jalan cerita. Kalau suruh tulis jalan cerita buku² yang dah dibaca konfirm tak ingat. Tapi insyaAllah wana nak kongsi juga manalah tahu tiba² terdetik hati nak baca juga buku² nie kan.

1. BANDUAN AKHIR
 

Buku nie dapat sebab jadi fasi "time" Kem Hijrah Mahasiswa  (HIJRI) anjuran Rakan Surau & LPS KHAR. 

Siapa BANDUAN AKHIR

Buku merungkaikan kisah tentang banduan akhir iaitu banduan yang akhir hidupnya di tali gantung termasuklah kisah yang paling panjang dalam buku ini iaitu Saddam Hussien. Saddam Hussien ditakdirkan menemui ajalnya di tali gantung. Hanya sejarah yang akan menilai beliau; sebagai bapa pemodenan Iraq atau diktator zalim yang dibenci rakyatnya.

"Sekarang beliau hanyalah sampah dalam sejarah." 

Demikian kata Jawad Abdul-Aziz yang kehilangan bapa, tiga orang saudaranya serta 22 orang sepupunya dalam peristiwa pembunuhan di bandar Dujail pada 1982.


Berbeza pula dengan Sheik Yahya al-Attawi, seorang ulama di Masjid Besar Saddam. Kata beliau:

"Saddam seorang syahid dan Tuhan akan menempatkan beliau kelak di sisi para syuhada. Usahlah bersedih atau merungut kerana kematian beliau ialah kematian seorang pejuang yang mulia." 

Kematian Saddam disambut baik oleh Barat. Tony Blair, Perdana Menteri Britain, sebuah negara yang mengharamkan hukuman mati juga turut menyatakan kegembiraannya atas kematian Saddam.



Pemimpin Libya, Muammar Gadaffi pula mengumumkan perkabungan selama tiga hari sempena menghormati kematian Saddam.


-- Video ni cara menunjukkan Saddam Hussien digantung


Di sebalik baca kisah BANDUAN AKHIR pula berlaku satu peristiwa yang menyedihkan dalam hidup keluarga kami terutamanya ibuku. Di saat habis baca buku ini 2 April 2011, aku terima panggilan telefon tentang pemergian datukku. Sedih sebab dah 7 tahun tak jumpa datuk sebelum dia berangkat ke daerah baru. Kenapa 7 tahun? Panjang ceritanya sampai tak boleh dipendekkan.


Nak "flashback" hari kejadian, patutlah "time" baca salah satu "part" dalam buku BANDUAN AKHIR iaitu tanda² kematian rasa penghayatan sedikit berbeza. Kalau rajin baca ye tanda² kematian nie..

100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya & hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan² mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan² bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar & berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti & hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan & urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut². Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut & mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu & jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan² bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba² ianya berselera untuk makan.

3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan & kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis & ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi & bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan² jatuh & ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur² masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan² jatuh ke depan & sukar ditegakkan.

1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun² di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat & ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah & berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita & sekarang akan mematikan pula.

Firman Allah Yang bermaksud:
"Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali² engkau menjadi dari orang² yang ragu²." (Ali-Imraan: 60)


Al-Fatihah buat datukku.


2. TRAVELOG SEORANG DA'I

Buku seterusnya adalah TRAVELOG SEORANG DA'I. Dah tajuknya TRAVELOG maka jalan cerita dalam buku ni berkisarkan perjalanan hidup Ustaz Abdul Rahman Mohamed. Betapa payahnya menjadi seorang da'i terlalu banyak ujian yang dihambarkan tapi itu bukan halangan buat penulis untuk terus menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Kalau kita berada di tempatnya mungkin kita tidak setabahnya untuk menghadapinya. Mungkin kita biasa dengar dengan bait kata² ini 
"Jalan dakwah ini bukan mudah, ia dihamparkan dengan duri² yang menyakitkan. Kalaulah ia dihamparkan dengan karpet merah sudah pasti ramainya yang berada di jalan dakwah"

Tapi jangan risau dan berputus asa bak kata dalam buku ini "SESUNGGUHNYA BESERTA KESUSAHAN ITU ADA KESENANGAN." Kata² diambil dari maksud surah al-Insyirah ayat 5. Bilamana wana berada dalam kesusahan ayat ini menjadi penguat hati bahawa Allah tidak akan memberikan kesusahan semata² buat hambaNya.

Antara yang boleh diambil sebagai panduan:
1.Usaha seorang ibu yang tidak kenal penat & lelah dalam mencari sesuap rezeki dalam mendidik anak².


2.Walaupun sudah berada dan berkawan dengan ‘kawan yang tidak elok’ masih ada ruang untuk berubah.


3. Semangat untuk belajar walaupun dah berumur.


4. Kreatif dalam menyebarkan Islam di Singapura walaupun dalam tekanan pihak atasan.


5. Sanggup buat sesuatu yang belum pernah dibuat oleh orang lain. Contoh membuka kedai bahan agama & kaset ceramah agama Islam di kawasan 'hitam' atau kawasan pelacuran. Akhirnya selepas 2 tahun tempat itu 'bersih'.


6. Usaha yang gigih.


7. Dapat mengajak dan membawa isteri & anak² BERSAMA beliau dalam usaha harian.


8. Bersemangat gigih dalam menegakkan kebenaran. Lawan kes di mahkamah.


Semoga daku diberi kekuatan untuk menjadi seorang da'i juga.

3. VT


Sebut saja Hilal Asyraf, mesti peminat setia novel islamik sudah tahu betapa "best"nya karya Hilal Asyraf ni. "Time" baca buku nie barulah saya tahu Hilal Asyraf nie seumur dengan saya sebab lahir tahun 1989. Kalau tak belek² kulit buku VT mesti saya tak tahu walaupun dah banyak baca buku beliau.


Seperkara yang menjadi tanda tanya sepanjang baca buku ini "Kenapa VT?" Dan persoalan itu terungkai bilamana nak "part" akhir baru bagitau VT = Volleyball Team. MasyaAllah sangat lambat otak saya berfikir. 



Dalam buku ni mengisahkan sekumpulan pemain bola tampar MATRI yang tidak lagi berjaya mendapat johan selepas 10 tahun yang lalu. Kemudian, datang seorang pelatih yang melatih pelajar² ini. Pada mulanya, pelajar² ini sangat degil, kasar & sama waktu dengannya.

Saiful(nama salah satu watak) bukan sahaja berjaya melatih mereka dari segi fizikal malah melatih dari segi emosi, sosial & rohani. Sangat teruja membaca buku nie ibarat kata Fiezah  kalau baca buku nie terasa kita pun tengah main bola tampar. 

Alhamdulillah atas usaha & kebergantungan tinggi pada Allah nama MATRI lebih menyerlah selepas mereka bersungguh² dalam latihan. Akhirnya, mereka berjaya mendapat pingat emas & menewaskan SSNP.



Watak dalam novel ini, diadaptasi daripada watak pemain yang sebenar. Buku ni agak unik  & menarik kerana tiada watak perempuan dalam novel tersebut kecuali pemain VT. Jauh sekali "part" cinta antara manusia melainkan cinta kepada Allah. Novel ini juga menerapkan motivasi kepada remaja. Tidak lari juga, dakwah dalam bersukan. Dakwah yang ditonjolkan dalam bentuk santai, sangat menarik!

"Matahari hanya akan malap apabila kiamat
Begitulah kata² ini digunakan supaya mereka tidak putus asa dalam bermain bola tampar.

4. HERO

Buku terakhir hasil karya terbaru Hilal Asyraf "HERO". Berulang kali Illya "promote" dekat saya untuk baca buku nie. Akhirnya termakan dengan pujuk rayunya.

Baca dari satu "part" ke "part" yang seterusnya tak jumpa pun "best"nya seperti yang dikatakan Illya. Tapi saya tak katakan pun buku nie tak "best". Mungkin bukan pilihan jiwa saya kot baca kisah tentang lawan² atau musuh². Kehadiran Husna dalam buku ini sebenarnya menarik hati saya untuk terus membaca. Nak tahu kenapa? Jawapannya "baca dulu baru tahu".

Apa² tahniah pada Hilal Asyraf atas penulisan buku HERO ini. Gabungan watak² dalam buku² yang pernah ditulisnya merangkap buku² yang pernah saya baca (Sinergi, Terasing, VT).

.................................................................

Semoga setiap pengajaran dalam semua buku yang dibaca menjadi titik tolak untuk terus memanjat tangga ke syurga. 
Menanam benih untuk makan di akhirat esok. 
Mencari saham untuk simpanan hari selepas mati. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...