Photobucket

Sunday, October 31, 2010

PeRKoSaaN VISuaL yang TAK DISEDARI

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:33 PM


Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah/cermin tembus pandang (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).


Banyak tempat di mana orang memasang  cermin dua arah/cermin tembus pandang  di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki.

Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja.

Saat inilah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau  cermin dua arah/cermin tembus pandang ?

Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan  cermin dua arah/cermin tembus pandang  tapi untuk di Public Area do this thing:



【ツ】LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI).【ツ】

Letakkan hujung kuku anda di atas permukaan cermin.

:P Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahawa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).

:P Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah kerana cermin itu adalah cermin dua arah/cermin tembus pandang !

Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI".

Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL"!

´. Para wanita: beri tahu teman-teman anda yang lain.

´. Para lelaki: beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..

Tolong sebarkan informasi ini dengan fowardkan kepada semua kawan-kawan anda =)

Thursday, October 28, 2010

BeLaJaR DeNGaN PeNeBaNG PoHoN

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:58 PM



Sahabat …


Ada seorang saudagar kaya-raya & rendah hati ingin memberi pekerjaan kepada seorang petani yg kuat. Suatu hari dipanggillah seorang petani tersebut,


"Wahai pak man yg memiliki tubuh yg sangat kuat, aku ingin memberimu hadiah 1000 keping emas, tapi ada syaratnya."

“Apa syaratnya tuan?” Tanya sang petani.


“Saya akan memberikan 1000 keping wang emas kepadamu jika kamu mampu menebang 1000 pohon di kebunku dalam waktu 100 hari, jika dalam 100 hari kamu menebang pohon kurang dari itu maka hadiah tersebut tidak akan aku berikan” jawab sang saudagar.


Wow ... Bererti dgn menebang sebatang pohon dia akan dibayar dgn sekeping wang emas? Dgn modal badan yg kuat & kapak yg tajam serta impian untuk membahagiakan orang² yg dicintainya, sang petani menyanggupi, “ Saya akan melakukannya tuan.”


Syarat itu berusaha dipenuhi dgn diperlihatkan keberhasilannya menebang 20 pohon dgn mudah di hari pertama, setelah itu sang petani itu pun pulang untuk rehat sambil membawa kapak yg digunakan menebang pohon tersebut.


Sang petani berfikir apabila di hari pertama saja sudah berhasil menebang 20 pohon, hampir boleh dipastikan jika syarat itu pasti terpenuhi.


Ternyata setelah tiba hari ke-100 syarat itu "gagal" terpenuhi kerana sang petani hanya mampu menebang 500 pohon.

Lalu di mana letak kegagalannya???

Padahal tubuh sang petani kuat & semangatnya begitu tinggi?


Apakah kerana tidak terbiasa menebang pohon?


Tapi di hari pertamakan sudah berhasil menebang 20 pohon?


Jadi kalau dihitungkan 100 x 20 = 2000 pohon?

Bahkan seharusnya boleh selesai dalam 50 hari?

Lalu di mana letak kesalahannya???


Setelah diteliti akhirnya ditemukanlah sebuah kesalahan yg sangat nyata, iaitu sang petani itu hanya menggunakan kapaknya setiap menebang pohon secara terus-menerus & lupa mengasahnya sehingga hari demi hari kapak itu menjadi tumpul & tidak setajam ketika hari pertama.


Sahabat …


Apabila kisah di atas kita hubungkan dgn kehidupan kita, ternyata masih banyak di antara kita yg melakukan kesalahan yg sama dgn yg dilakukan sang petani tersebut.



Sang petani sebenarnya sudah bagus, dia berani mengambil tawaran sang saudagar & menggapai impian 1000 keping emas untuk membahagiakan orang² yg dicintainya. Kerana berapa banyak orang yg tidak berani mengambil tawaran & menggapai impian yg besar. Mereka mempunyai prinsip hidup seperti air mengalir saja. Tidak perlu tujuan & cita² yang besar. Dan sang petani tidak seperti itu, dia berani menggapai impian yg besar & berani membayar harganya.


Tetapi impian besar & semangat tinggi tidak cukup…

Kita mempunyai cita² & impian yg besar…


Menjadi manusia yg BERJAYA dalam segala hal…


BERJAYA sebagai peribadi yg baik & soleh/ah sampai akhir hayat…


BERJAYA membina keluarga yg sakinah mawaddah wa rahmah…


BERJAYA dalam karier & bisnes…

BERJAYA menjadi manusia yg bermanfaat bagi orang banyak…


Dan BERJAYA yg sesungguhnya iaitu selamat dari seksa neraka & mendapat rahmat Allah dimasukkan ke dalam syurga…

Itu semua adalah impian & cita² yg besar...


Semakin besar impian pasti semakin sulit mencapainya,


Dan pasti akan menghadapi tentangan & masalah yg besar

Tapi kita lebih suka menjadi orang yg tidak suka perubahan.

Kita malas mengasah kemampuan diri kita…

Manusia adalah makhluk yg kompleks…

Banyak hal yg harus diasah untuk mencapai impiannya…

Mengasah kesihatan fizikal kita dgn berolahraga


Mengasah kemampuan berfikir dgn banyak membaca & belajar


Mengasah rohani kita dgn banyak membaca Al-Quran, hadir di majlis taklim/zikir & beribadah


Mengasah jiwa kita dgn memberikan cinta & kasih sayang kepada orang lain


Mengasah kemampuan skill dgn berlatih & berorganisasi


Mengasah kemampuan berbisnes kita dgn belajar kepada orang BERJAYA


Mengasah kepemimpinan kita dgn memimpin diri sendiri & keteladanan


Mengasah kesedaran kita dgn banyak merenung & bermuhasabah


Mengasah semangat kita dgn berkumpul bersama orang² positif

Insya Allah dgn selalu mengasah hal tersebut di atas, apapun impian kita akan tercapai selama Allah berkehendak...


Yang jelas sesuai firman-Nya :

INNALLAAHA LAA YUGHOYYIRU MAA BI QOUMIN HATTAA YUGHOYYIRUU MAA FII ANFUSIHIM


" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah 'dirinya sendiri' (maa fii anfusihim)."

Wallahualam

Thursday, October 21, 2010

Sudut Pidato (Speakers' Corner) UPSI

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:21 AM

Sejarah Sudut Pidato (Speakers' Corner)

"Suatu Sudut Pidato (bahasa Inggeris: Speakers' Corner) adalah suatu kawasan di mana penuturan awam dibenarkan, Sudut Pidato yang asal dan terkenal terletaknya di sudut timur laut Taman Hyde di London, England. Para pidato di sana dibenarkan untuk berucap asalkan polis menganggapkan ucapan mereka mengikut undang². Bertentangan dengan mitologi masyhur ia tiada keimunan dari undang², dan tiada juga sebarang tajuk diharamkan. Dalam amalan polis melayani dengan agak toleransi & memasuk campur hanya apabila mereka menerima sebarang rungutan atau apabila mereka mendengar bahasa kasar.


Ada beberapa bilangan kawasan² lain ditandakan sebagai Sudut Penutur di taman² lain di London, (contohnya Finsbury Park, Clapham Common, Kennington Park dan Taman Victoria) dan juga kawasan lain di United Kingdom."

Sumber: Wikipedia


Sudut Pidato (Speakers' Corner) UPSI




Terima kasih buat semua yang menjayakan Speakers' Corner...

Terima kasih kepada semua yang hadir semasa Speakers' Corner 20.10.2010..

Tahniah dan Terima kasih pada semua peserta yang berani untuk berbicara dan melontarkan pandangan, berkongsi ilmu dan lain²...

1. Saudara Azri Amatan (sem 7)
2. Saudara Sanjiya (sem 5)
3. Saudari Harianti (sem 1)
4. Saudari Kasmini (sem 1)
5. Saudari Atiqah (sem 5-wakil MPP)
6. Saudara Farhan (sem 5)
7. Saudari Naimah (sem 1)
8. Saudara Fauzie Mando (sem 3)
9. Saudari Fauzi Ismail (sem 1)

Paling membanggakan 4 daripada 9 orang peserta adalah pelajar semester 1

dan

5 daripada 9 orang peserta adalah pelajar Sabah...

Sesungguhnya antara ramai2 pelajar UPSi anda semua orang yang berani untuk bersuara dan melontarkan pandangan...


Saya berharap untuk Sudut Pidato (Speakers' Corner) akan datang lebih ramai pelajar yang menyertai dan jika tidak menyertai pun sekurang²nya menghadiri Sudut Pidato (Speakers' Corner) untuk memberi motivasi kepada sahabat yang ingin menyertai Sudut Pidato (Speakers' Corner)


"Demi masa!..Sesungguhnya, manusia itu di dalam kerugian..kecuali...
1-yang beriman
2-yang beramal soleh,
3-yang berpesan dengan kebenaran.
4-yang berpesan dengan kesabaran"

Saturday, October 16, 2010

Jadilah Seperti PENSIL

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:31 AM


Seorang anak bertanya kepada neneknya yang sedang menulis sebuah surat.


“Nenek lagi menulis tentang pengalaman kita ya? Atau tentang aku?”


Mendengar pertanyaan si cucu, sang nenek berhenti menulis dan berkata kepada cucunya,

“Sebenarnya nenek sedang menulis tentang kamu, tapi ada yang lebih penting dari isi tulisan ini iaitu PENSIL yang nenek pakai. Nenek harap kamu bakal seperti pensil ini ketika kamu besar nanti”, ujar si nenek lagi.

Mendengar jawaban ini, si cucu kemudian melihat pensilnya dan bertanya kembali kepada si nenek ketika dia melihat tidak ada yang istimewa dari pensil yang nenek pakai.

“Tapi nek, sepertinya pensil itu sama saja dengan pensil yang lainnya”, Ujar si cucu.


Si nenek kemudian menjawab,

“Itu semua tergantung bagaimana kamu melihat pensil ini. Pensil ini mempunyai 5 kualiti yang boleh membuatmu selalu tenang dalam menjalani hidup, kalau kamu selalu memegang prinsip² itu di dalam hidup ini”,

Si nenek kemudian menjelaskan 5 kualiti dari sebuah pensil.

Pertama:


Pensil mengingatkan kamu kalau kamu boleh berbuat hal yang hebat dalam hidup ini. Layaknya sebuah pensil ketika menulis, kamu jangan pernah lupa kalau ada tangan yang selalu membimbing langkah kamu dalam hidup ini. Kita menyebutnya Allah, Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendakNya”.


Kedua:


Dalam proses menulis, nenek kadang beberapa kali harus berhenti dan menggunakan rautan untuk menajamkan kembali pensil nenek. Rautan ini pasti akan membuat si pensil menderita. Tapi setelah proses meraut selesai, si pensil akan mendapatkan ketajamannya kembali. Begitu juga dengan kamu, dalam hidup ini kamu harus berani menerima penderitaan dan kesusahan, kerana merekalah yang akan membuatmu menjadi orang yang lebih baik”.


Ketiga:


Pensil selalu memberikan kita kesempatan untuk menggunakan pemadam, untuk memperbaiki kata² yang salah. Oleh itu, memperbaiki kesalahan kita dalam hidup ini, bukanlah hal yang jelek. Itu boleh membantu kita untuk tetap berada pada jalan yang benar”.


Keempat:


Bahagian yang paling penting dari sebuah pensil bukanlah bahagian luarnya, melainkan arang yang ada di dalam sebuah pensil. Oleh itu, selalulah hati² dan menyedari hal² di dalam dirimu”.


Kelima:


Sebuah pensil selalu meninggalkan tanda/goresan. Seperti juga kamu, kamu harus sedar kalau apapun yang kamu perbuat dalam hidup ini akan tinggalkan kesan. Oleh itu, selalulah hati² dan sedar terhadap semua tindakan”


Allahuakbar....

Semoga kita boleh mengambil hikmah dari kisah ini…

"Barangsiapa MENUNJUKKAN pada KEBAIKAN, maka baginya PAHALA seperti orang yang MELAKUKANnya ." (HR.Muslim)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...