Photobucket

Wednesday, June 30, 2010

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:45 PM


Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.


Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.


"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.


Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.


"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.


"Tak. Maksud saya…"


"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.


"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.


Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.



Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.


Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.


Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.


Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.


"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.



"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.


"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.


"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.


Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.


"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.


Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.


"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut


"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.


"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.


"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.


Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.


"PERJUANGAN, " jawab Syazni.


***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!


Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!

Takbir ! Allahuakbar!


Sumber: I Luv Islam

I Luv my Family

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:14 AM

I Luv my family...

Go to fullsize image

Rasa itulah ayat yg selalu diucapkan bila dah jauh dr keluarga...

Alhamdulillah rasa bebanan rindu berkurang selepas bersama keluarga sebulan yg lalu iaitu 17 Mei hingga 3 Jun 2010. Setelah 1 tahun tidak bersua muka akhirnya pd 17 Mei lalu dapat menatap wajah orang yg kukasihi menunggu di hadapan balai ketibaan airport Labuan dgn linangan air mata.

Kudakapi tubuh ibu ayahku untuk melepaskan rasa kerinduan yg telah bertandang dalam diri. Buat pertama kali aku tidak lagi menitiskan air mata mungkin telah banyak air mata rindu dicurahkan semasa di bumi Tanjung Malim.

Sepanjang cuti masa bersama keluarga dimanfaatkan sepenuhnya sebagai seorang anak & kakak. Aku belajar mengawal emosi untuk menangani karenah adik² & kucing². Wah, mantap di situ... Kucing pun jadi sebahagian dlm kehidupan keluarga kami.

Seorang adikku (Ayu) sedang menjalani PLKN di Papar, Sabah maka sepanjang aku berada di rumah kami tidak pernah berjumpa. InsyaAllah panjang umur kita jumpa ya. Pelbagai cerita yg kami kongsi termasuklah semasa Ayu disyaki H1N1 selepas pulang dr Melaka semasa program JPA 3. Famous Ayu memandang dia merupakan pembawa kes H1N1 yg pertama di Labuan.

Masa 2 minggu di rumah memang tidak cukup apatah lagi walaupun di rumah sibuk memikirkan tentang Kemboja (pasal pasport deh....)

Kini hampir sebulan aku meninggalkan keluarga & Labuan dgn membawa harapan baru agar bermulanya episod perjuangan yg baru.

12 hari lagi akan bermula semester lalu & banyak perkara yg perlu aku selesaikan semester ini. Caiyok² wana.... Moga Allah beri kemudahan & kekuatan dari semua aspek. Aminnn....

InsyaAllah, adikku Ella pula bakal meninggalkan keluarga untuk menyambung pelajaran di UMS, KK & semakin sunyilah rumah kami.

Pesan buat Ella:

Dik, syukur pada Allah sebab bukan semua org dapat melanjutkan pelajaran. Ingat kita bukan org senang & tanggungjawab yg berat kita pikul sebagai seorang anak. Jaga hubungan dgn Allah. Jaga Aurat. Cari sahabat yang baik untuk dijadikan teman. Selamat menempuhi hidup sebagai mahasiswa.

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati
² ini
telah berkumpul krn mengasihiMU,
bertemu utk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati
² ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya...
Kekalkanlah kemesraan antara hati
² ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati
² ini dgn limpahan iman & keyakinan
& keindahan tawakkal kepadaMU
Hidup suburkanlah hati
² ini dengan
ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati
² ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik
² sandaran
& sebaik
² penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini...


Gambar di atas merupakan gambar raya 3 tahun lalu memandangkan 2 tahun sudah aku beraya di perantauan. Sebenarnya sekarang ni bingung sama ada ingin pulang beraya atau beraya kali ke-3 di UPSI memandangkan taklifan dipegang melahirkan rasa tanggungjawab membantu Jue untuk menguruskan pelajar Sabah Sarawak yg tidak pulang beraya nanti.

Apa² keputusan akan dimaklumkan nanti. Gitu.... (",)

Rasanya sampai sini sahaja aku berceloteh memandang siren Sekretariat Keselamatan bakal berbunyi sebentar lagi kot. Bunyi alunan ayat suci al-Quran kini sedang berkumandang di Surau Al-Falah.

Syukran Jazilan buat Sekretariat Keselamatan yg bertungkus lumus membangunkan semua SMS MSK 10/11. Hanya Allah bisa membalas jasa anda semua. InsyaAllah.

Wallahualam

Tuesday, June 29, 2010

We are Ready....???

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:06 AM

Alhamdulillah, syukur pada Allah masih diberi nikmat yang tidak terhitung dengan jari jemari. Hari ini masuk hari ke-11 wana dan sahabat-sahabat berkampung di Kolej Zaba untuk berbengkel + menjalankan gerak kerja Minggu Suai Kenal ambilan Julai 10/11.


Pada MSK kali ini wana ditaklifkan sebagai Timbalan Penolong Pengurus(TPP) 1 bagi Sekretariat Aku Janji, PTPTN dan Bersama Fakulti bagi membantu Kak Shikin dan Rizal. Terima kasih buat Kak Shaiha memberi kepercayaan pada kami untuk menjalankan tugas ini. Buat anak buah sekretariat kami (Kak Sue, Kak Hani, Kak Ayu, Kak Hamni, Atiqah, Atika, Anis, Mimi, Syah, Sutha, Bella, Mazni, Liyana, Fatin, Arif) terima kasih yang tak terhingga sudi memberikan tenaga dari segi fizikal, idea dan lain-lain untuk membantu kami. Kami memohon maaf sekiranya sepanjang kita bekerjasama ada perkara yang membuat hati kurang senang. (",)

Bengkel MSK kali ini amat berbeza dari bengkel MSK yang lalu memandangkan banyak perubahan telah dilakukan seperti pertambahan 2 sekretariat baru iaitu Sekretariat Kerohanian dan Sekretariat Latihan Dalam Kumpulan (LDK), di samping pengisian sepanjang bengkel santai dan kurang hiburan yang melampau dan aktiviti kerohanian yang lebih baik dari bengkel MSK lalu. Memang sesuai dengan tema yang dibawakan pada MSK kali ini "Mahasiswa Berinovasi Pencetus Transfomasi".

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel seperti taklimat (keselamatan, protokol, kesihatan, jamuan, kebersihan, penginapan, pengangkutan, akademik dan PTPTN), LDK, perancangan MSK setiap sekretariat dan gerak kerja. Selain itu, Timbalan Pendaftar Kanan dan TNC HEPA juga turut hadir semasa bengkel untuk memberi amanat kepada semua Sekretariat Minggu Suaikenal (SMS).

Bermula 28 Jun hingga 3 Julai merupakan jangka masa yang diberikan oleh kami untuk menjalankan gerak kerja setiap sekretariat. Untuk sekretariat kami 50% hampir selesai tapi Slot Bersama Fakulti masih mempunyai sedikit permasalahan. Moga-moga Allah memberi ketenangan dalam hati dan pemikiran agar kami dikurniakan cara yang lebih berstrategi menyelesaikan masalah ini.

Alhamdulillah sepanjang bengkel + gerak kerja MSK, wana banyak mengenali sahabat-sahabat baru dari pelbagai kursus, semester, negeri dan lain-lain. Walaupun secara jujurnya seringkali terlupa nama mereka, wana akan sentiasa tanya kembali hingga pada satu tahap penat dah rasanya mereka nak jawab. Gitulah kiranya.....

Sebelum akhiri luahan hati, mungkin harapan buat sahabat yang mengenali diri yang dhaif ini agar menegur silap atau kekasaran yang dilakukan secara sedar atau tidak sedar.

Syukran jazilan buat sahabat yang menegur kesilapan yang wana lakukan.

Buat renungan sahabat yang kukasihi.....


" Tiap jiwa (yang bernafas) itu akan merasai mati" (Ali Imran:185)

Allah berfirman :


Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
(Al-A’raf : 34)



Sebagai renungan dan panduan untuk kita bersama...



Setiap pertemuan pasti ada perpisahan....



Setiap kehidupan pasti ada kematian.......




We are Ready....?




Renung-renungkan dan Selamat Beramal





Wallahhua'lam..

Thursday, June 24, 2010

UPSR+PMR+GURU TETAP

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:41 AM




Sejak akhir² ini, akhbar & media seringkali memaparkan isu pendidikan tidak kira pendidikan peringkat rendah mahupun peringkat tinggi. Sebagai seorang bakal guru tidak dapat dinafikan perlu mengetahui perkembangan semasa terutamanya isu berkenaan pendidikan agar fikiran tidak seperti katak di bawah gelas.


Kalau dulu pemansuhan PPSMI, kini cadangan pemansuhan UPSR & PMR. Banyak reaksi yg bakal dilihat atas dasar untuk memansuhkan UPSR & PMR samaada dari sudut positif atau negatif.

Jom kita lihat apa yg dipaparkan oleh akhbar² tempatan....


Tarikh hapus UPSR, PMR tidak ditetap

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran tidak menetapkan sebarang tempoh untuk melaksanakan cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) & Penilaian Menengah Rendah (PMR), kerana masih memerlukan masa untuk meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak.

“Kementerian tidak menetapkan sebarang tempoh sama ada sebulan atau 2 bulan, tetapi yg pasti kita akan mengambil masa yg sesuai kerana tidak perlu kita bergopoh dalam soal sepenting peperiksaan. Jadi bila sudah berpuas hati kita akan beritahu keputusan.


“Apa pun kita akan tunggu, apabila semua pihak sudah menyuarakan pandangan, maklumat ini akan dikumpul & kementerian juga akan memanggil pihak yg berkepentingan dalam soal pendidikan untuk berbincang,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010, di sini, semalam.


Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi & Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Kusaini Hasbullah.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari hingga 24 Jun itu disertai lebih 200 peserta yang mewakili Kementerian Pelajaran, KPT, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).


Beliau yg juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika mengulas kenyataannya sebelum ini yang mahu pakar pendidikan & masyarakat menyatakan maklum balas mereka mengenai cadangan pemansuhan UPSR & PMR.


Mengenai maklum balas yg diterimanya setakat ini, katanya, ia adalah baik kerana ada pihak yang bersetuju supaya kedua² peperiksaan itu dihapuskan & ada juga yang mahu salah satu peperiksaan itu dikekalkan.

“Apa²pun, kita akan menunggu selepas kita berpuas hati apabila semua pihak dapat menyuarakan pandangan,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap, beliau berkata, proses lantikan & penempatan guru akan diperkemaskan lagi dengan adanya perkongsian data antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) & Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).


Muhyiddin berkata, perkongsian data itu akan membolehkan proses lantikan dilaksanakan dengan lebih cekap, pantas & berkesan kerana calon yg lulus kursus perguruan tidak perlu lagi dilantik sebagai guru sandaran terlatih, sebaliknya boleh terus dilantik sebagai guru tetap.

Sumber: Berita Harian (23 Jun 2010)



Ujian Khas ganti UPSR ke SBP?


PUTRAJAYA 22 Jun – Satu Ujian Khas mungkin bakal menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai penilaian untuk penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, bagaimanapun ujian itu tidak akan diwajibkan kepada semua pelajar, bahkan diadakan untuk mereka yg berminat memilih sekolah tersebut bagi menyambung pelajaran di peringkat menengah.

“Mungkin Ujian Khas ini akan diselaraskan tetapi bukan dijadikan peperiksaan wajib sebagaimana yg pernah dibuat oleh Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

“Banyak juga kes pelajar yg mendapat 5A tetapi mereka tidak berminat memasuki sekolah berasrama penuh.

“Bagaimanapun perkara ini masih di peringkat cadangan & banyak lagi cara lain yg boleh digunakan untuk memilih pelajar memasuki sekolah ini. Ia akan diumumkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan RM130,199.70 untuk Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia sempena lawatan 37 anak yatim & 12 guru dari asrama itu ke Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Sumbangan itu diterima daripada pelbagai badan korporat & individu negara ini termasuk Kementerian Dalam Negeri & sekolah² negeri Johor bagi pengurusan asrama itu yang dibina sejak 4 tahun lalu akibat bencana tsunami.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, setakat ini kementerian menerima maklum balas positif daripada pelbagai pihak termasuk tokoh akademik tentang cadangan memansuhkan UPSR & PMR bagi membolehkan satu sistem pendidikan secara holistik diadakan.

Di peringkat kementerian, katanya, kajian sudah dijalankan termasuk melihat kepentingan menjadikan vokasional sebagai sistem pendidikan arus perdana bagi mewujudkan sistem 2 aliran iaitu akademik & vokasional.

“Bagaimanapun, maklum balas daripada masyarakat cukup penting kerana pendidikan merupakan perkara dinamik yg perlu ditransformasikan berdasarkan kehendak semasa.

“Kementerian sudah menjalankan kajian kerana sistem pentadbiran sudah berubah sama ada kita mahu menggunakan sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan ataupun sebaliknya,” katanya.



Semua Calon Lulus Kursus Diserap Guru Tetap
PUTRAJAYA 22 Jun - Semua calon yg telah lulus kursus perguruan tidak akan lagi dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih sebaliknya diserapkan sebagai guru tetap tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana kerajaan bukan sahaja dapat menjimatkan kos & masa tetapi juga memberikan status perjawatan yg lebih baik kepada guru terlatih itu.

''Dalam pengambilan yg akan datang, kita tidak perlu ada guru sandaran terlatih lagi dan kalau ada jawatan yang kita perlukan, penempatan boleh dibuat secara langsung ke mana² sekolah yg sesuai.

''Apa yang penting kita hendak guru yang cukup baik & terpilih diberikan jawatan tetap selepas proses tapisan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, bagi melaksanakan tindakan tersebut, sewajarnya perkongsian maklumat dari segi data pelatih antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi & SPP dapat diperkemaskan.

Ini supaya proses pelantikan ke jawatan tetap itu dapat dilaksanakan dengan cekap, pantas & berkesan.

''Buat masa ini pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan dikendalikan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran & Unit Pusat Universiti Kementerian Pengajian Tinggi.

''Mereka yang telah lulus latihan kemudiannya akan dilantik sebagai guru oleh SPP," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menggariskan 5 syor yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti guru.

''5 syor itu adalah mengadakan kempen merekrut calon² guru terbaik, memastikan guru² menumpukan sepenuhnya kepada tugas mengajar & bukannya tugas perkeranian.

''Selain itu, meningkatkan akauntabiliti institut pendidikan guru melalui pengenalan sistem penarafan berdasarkan tahap kecemerlangan masing², merekrut guru² berkualiti dalam bidang kritikal & menambahbaik laluan kerjaya guru," katanya.


Apa kata anda???

InsyaAllah kita akan lihat isu² pendidikan untuk akhbar akan datang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...