Photobucket

Sunday, January 29, 2012

Amalkanlah ❝Jazakillahu khairan kathira❞

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:49 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Entri hari nie tiada kaitan dgn gambar di atas. ^___^


Hari nie Wana share ilmu yg diajar oleh seorang sahabat yg ambil  kos Bahasa Arab tentang UCAPAN TERIMA KASIH

Biasanya kalau ada orang beri kita sesuatu, bagi yg mengenang budi dia akan ucapkan 
terima kasih atau 
thank you atau 
syukran atau 
arigato atau 
merci atau 
xie-xie atau 
shukriya atau 
salamot & lain²

Sejak akhir² nie, saya suka guna syukran jazilan kpd orang yg berbuat baik kpd saya.

Ada seorang sahabat menegur saya & berkata:
Wana, kenapa tidak menggantikan perkataan  syukran dgn jazakillah khairan kathira? Pernah dengar tak? Nie ucapan terima kasih sambil mendoakannya.

Memandangkan saya beria² utk mengetahui, sahabat saya semangat berkongsi ilmu yg diketahui kpd saya.

:)Dengan itu, saya pun ingin berkongsi & sama² kita mengamalkannya. Moga bermanfaat.

Jazakallahu khairan kathira(utk seorang lelaki).

Jazakillahu khairan kathira(utk seorang perempuan).

Jazakumullahu khairan kathira (utk ramai).

:)Dan ini adalah maksudnya:
Jazakallahu khairan
Semoga Allah memberi/menambah kebaikan kepadamu.

Jazakallahu khairan kathira
Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yg banyak kepadamu.

:)Kalau seseorang mengucapkan Jazakallahu khairan kathira kpd anda, baiknya anda membalas:

Wa iyyaka(utk seorang lelaki).

Wa iyyaki(utk seorang perempuan).

Wa iyyakum(utk ramai).

:)Dan ini adalah maksudnya:

Wa iyyaka

Dan ke atas kamu juga.

 


P/s: Perbetulkan kalau saya salah...


Wallahualam

Friday, January 27, 2012

Sahabat, aku HADIR & PERGI...♥ ♥ ♥

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:40 PM


Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi krn masih memberi nikmat IMAN & ISLAM sehingga saat ini. :)


Allahurabbi, begitu lama (11 hari) tidak mengupdate blog sejak meninggalkan bumi Murabbi (UPSI).


Sekali lagi syukur kehadrat Illahi krn akhirnya saya dapat menghabiskan pengajian selama 3 tahun setengah di UPSI. Bukan setakat menghabiskan pengajian malah turut ditarbiyah oleh Allah dgn pelbagai perkara.
´.✿ "Ya Allah, aku rindu saat bersama sahabat²ku di UPSI" .´

Saat meninggalkan UPSI terlalu berat kaki ini melangkah sehingga berhari² nangis apatah lagi waktu membuat video khas utk sahabat² KHAR di UPSI. Menangis macam sebelum tinggalkan SAMSHSB dulu. Janji tak mahu nangis tapi ternangis juga. Huhuhu... 


Sebelum pulang ke Labuan, saya & sahabat² sempat hadir ke Walimah Kak Yani & Cikgu Nizam. Yg paling "best" kami ke Walimah mereka menaiki bas sekolah yg telah ditempah khas utk ke sana. Memang GEMPAKlah. Geng BAS SEKOLAH!!! :)


Saya dapat tahu kak Yani nak kahwin lebih awal daripada sahabat² lain. Sangat terkejut waktu kak Yani bagitahu saya. -O.o-
´.✿ "Wana, akak nak tunaikan satu hasrat wana sebelum meninggalkan Semenanjung Malaysia. Pastikan beli tiket selepas 15 Januari tau." .´


Hasrat tue (nak ke walimah kak Yani) pernah saya suarakan semasa dalam usrah dulu. :)


Sangat gembira akhirnya kakak usrahku yg dikatakan "bekeng" akhirnya bertemu jodoh. Dia bukan "bekeng" tapi tegas terutamanya pada kaum muslimin. Pada adik² yg comel macam saya, kak Yani sangat baik. Hihihi...

Selepas saja dari Walimah aku terus bergerak ke LCCT dgn dihantar oleh sahabat² (Fiezah, Fasihah, Aini & Kak Nani). Ya Allah, saat berpisah di LCCT lagi membuat hatiku meruntun pilu apatah lagi bersalaman dgn Fiezah. Kaku lidah hanya tangisan menyelubungi. Entah bila lagi kami akan bersua muka.


Seorang sahabat mengirimkan aku email tentang hadir & pergi kita dalam sebuah persahabatan.


Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan² yg  hadir & pergi.


 
:PAda yg hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia  hadir & pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa² & mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dgn dia.


:PAda pula yg hadir & begitu setia dgn kita tapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya utk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa "lebih baik dia tidak wujud" drpd dia tidak memberi apa² manfaat utk kita sehinggalah dia pergi buat selama²nya.

Ketika itulah, 
 baru kita rasa betapa dia sangat penting utk kita. 


 baru kita perasan kebaikan yg dia pernah buat utk kita atau utk insan lain di sekeliling kita.

Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan krn tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.


:PAda pula yg sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah & juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja utk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih drpd "tempat utk meluahkan perasaan, tempat yg kita cari apabila menghadapi masalah" tapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan² terlupa akan kewujudannya.

Namun dia masih setia. Bila² masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada utk kita tapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dgn sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.

Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.


:PAda pula yg hadirnya berbeza dgn apa yg kita duga
 Mungkin kita rasa dekat sangat dgnnya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dgnnya tapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dgn kita. Kadangkala kita dapat capai & genggam tangannya, tapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.

 Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tapi kita tidak tahu apa makna di sebalik senyumannya. 


 Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dgn sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.

Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi & mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yg membuatkan dia menangis. Dlm keadaan seperti ini, kita perlu sedar sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. 


Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati utk memberitahu kita supaya meninggalkannya & jangan menyusahkan hidupnya.

:PAda juga yg hadirnya memberikan sinar dlm hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang & kita rasa tidak mahu berpisah dgnnya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.

 Kadangkala kita sendiri tidak sedar yg kita telah menjadi seorang yg sangat baik apabila bersama dgnnya tapi akhirnya tanpa sebarang sebab, tiba² kita ditinggalkan. 


 Kadangkala kita langsung tidak faham & tertanya², kenapa kita ditinggalkan?

Kita rasa kita sudah lakukan yg terbaik utknya tapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam krn kehadirannya benar² bermakna dlm hidup kita. Dlm keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. 


Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup utk membuka hati kita utk kehadiran insan lain. Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat drpd insan² lain di sekeliling kita, hanya masa yg dapat menyembuhkannya.

:PAda pula yg hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan & dorongan kpd kita agar meneruskan kehidupan. 


 Dia umpama pakar kaunseling utk kita. 


 Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita & mengubah tabiat buruk kita yg mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.

Secara tidak sedar, kita sudah pulih drpd luka lama di atas nasihat  & sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri & mungkin dia rasa kita dah betul² pulih. Lalu dia meninggalkan kita.

Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan & siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.

Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yg akan menghulurkan bantuan & tangan mana yg akan berpeluk tubuh & seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat² memerlukannya krn apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kpd sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yg akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yg pernah kita bantu dahulu.

Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa² balasan drpd manusia. Berharaplah hanya utk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai & ditinggalkan suatu hari nanti & mungkin kita akan dapat yg lebih teruk drpd apa yg pernah kita lakukan pada orang lain.




P/s: Buat sahabat² hargailah sesiapa sahaja sahabat² yg berada di sekeliling antum/na.


Wallahualam.

Monday, January 16, 2012

Doaku Buat Sahabat ^__^

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:42 AM

Ya Allah,
Ya Rahman, 
Ya Rahim, 
Kau ampunilah dosaku yg telah kubuat,
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental & fizikal, 
Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan, 
Kau peliharalah lidahku drpd kata² nista, 
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu, 
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan...

Ya Allah, 
Sekiranya sahabat²ku ini adalah sahabat² yg akan membimbing tanganku dititianMu, 
Kurniakanlah aku sifat kasih & redha atas segala perbuatannya,
Limpahkanlah aku dgn sifat terbuka & tawaduk akan segala ilmu yg dicurahkan,
Sekiranya sahabat²ku ini adalah yg terbaik utkku di duniaMu, Peliharalah tingkah laku serta kata²ku drpd menyakiti perasaannya,
Sekiranya sahabat²ku ini sahabat yg dirahmati olehMu,
Maka, 
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah & ragamnya, 
Tetapi, 
Sekiranya sahabat²ku ini ditakdirkan bukan utk diriku seorang, 
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu...

Ya Allah,
Sekiranya sahabat²ku tergoda dgn keindahan duniaMu,
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya,
Sekiranya sahabat²ku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan Mu utk aku memperbetulkan keadaannya..
Sekiranya sahabat²ku menyintai kesesatan, 
Kau pandulah aku utk menarik dirinya keluar dari terus terlena... 

Ya Allah...
Kau Yg Maha Megetahui apa yg terbaik utkku, 
Kau juga Yg Maha Mengampuni segala kesilapan & ketelanjuranku, 
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai, 
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawabku sebagai hamba
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu,
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawabku sebagai daie
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu.
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawabku sebagai khalifah
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu.
Sekiranya aku engkar & derhaka, 
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu... 

Ya Allah, 
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu...

Ya Allah, 
Kuatkan hati & semangatku, 
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,
Jadikanlah aku yg disenangi sahabat²
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi hamba yg solehah,
Hanya padaMu Ya Allah kupohon segala harapan, 
Kerana aku pasrah dgn dugaanMu, 
Kerana aku sedar hinanya aku, 
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru,
Kerana aku leka dgn keindahan duniamu, 
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu, 
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu... 


Ya Allah, 
Ya Tuhanku,
Aku hanya ingin menjadi SAHABAT yg dirahmati, 
SAHABAT yg dikasihi, 
SAHABAT yg solehah, 
SAHABAT yg sentiasa di hati... 

Amin...
Amin Ya Rabbal Allamin...

Thursday, January 12, 2012

Tudung Labuh, Ilmu Banyak?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:41 AM

Awak ambil kos Pendidikan Islam...

Tak…

Habis tu??? Aaaa... Mesti ambik kos Bahasa Arab kan???

Tak juga, saya ambil program KOSMETIKlah… Hihi.. Tipu, saya kos Matematik je

Saya ingatkan ustazah tadi…

Hmmm... 


Soalan² sebegini selalu diajukan pada mereka yg bertudung labuh termasuklah tudung bidang 60. So dlm entry nie tudung labuh tue juga adalah tudung bidang 60 tau.


Asal tudung labuh je ingat ustazah... 
Asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama...


Arhhh... Tidak...


Teringat waktu awal praktikal kat SAMSHSB yg lalu, lagi parah pelajar² ingatkan saya & sahabatku (Fiezah Halim) baru habis belajar kat Mesir. 


Allahurabbi...


Siap tanya kami tentang soalan BA, Al-Quran, Hadith & lain² berkenaan subjek agama semasa jaga peperiksaan.

Haishhh… 


Ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz, bukan juga anak ustazah, pernah sekolah agama pun bukan..

Ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!

Iya betul biasanya ustazah yg pakai tudung labuh.


Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh?

Sebagaimana firman Allah:
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada² mereka. " (An-Nur: 31)

Ada juga yg menyangka apabila seseorang itu bertudung labuh bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yg bertudung labuh sarat dgn ilmu² ukhrawi termasuklah saya.

Dah tu kenapa bertudung labuh?

Awak… 


Islam menyarankan muslimah utk bertudung labuh krn penuh dgn hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya.

Eh, tudung pun boleh jadi cikgu Matematik???

Boleh dikatakan begitu.


Cuba anta wa anti bayangkan, agak² ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pergi disco


Ya, kalau ada pun cuma segelintir yg tak tahu malu. Huhuhu...


Apabila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak.


Yalah, takkan yg bertudung labuh nak terlompat², terkinja² tengok konsert, menjerit² macam kena histeria. 


Kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata harap je pakai tudung labuh tapi perangai….. (ayat biasa orang kata bila melihat pemakai tudung labuh buat perkara yg luar tabii)

Nauzubillah…

Apabila jalan kat mana² jarang lelaki yg berani tegur lebih², paling tidak pun mereka bagi salam.

Assalamualaikum ustazah… Tak jawab dosa tau

Tengok yg nakal pun tiba² jadi budak baik. :)


Sudah menjadi fitrah, lelaki akan tertarik pada wanita dgn susuk tubuhnya yg menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi lelaki yg lemah imannya. 


Tapi kadang² ada juga lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh krn keindahan akhlaknya. (Mungkin FAKTA, Mungkin AUTA). 


Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tapi dalam masa yg sama mereka ingin mendampingi wanita yg bertudung labuh yg mungkin boleh membantu mereka dgn ilmu yg wanita itu ada.

Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?

Kenapa saya

Sebab saya tengok awak alim je

Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???

 Awak lelaki kalau benar² mahu berubah, awak seharusnya cari yg sama jantina dgn awak krn itu lebih terjaga & jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yg jauh lebih alim dari saya.


✐ Buat sahabatku wanita, kalau benar² mahu berubah kita seharusnya cari yg sama jantina dgn kita juga krn itu lebih terjaga & jauh dari fitnah. Ramai juga muslimah² yg alim & terdidik dgn didikan agama dari ibu bapa mereka mahupun sekolah mereka dahulu.

Sahabat saya, dia juga bukan ustazah tapi kos Sains (Matematik) dgn Pendidikan.

Iya, walaupun saya bertudung labuh tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong nak kongsi ilmu. Setakat ilmu yg ada dapat daripada majlis ilmu, bacaan & usrah bolehlah saya share krn ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah & membuatkan saya sentiasa ingat. 


Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yg mungkin krn hanya dgn ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. 


Krn ilmu itu cahaya, penunjuk jalan.

Apatah lagi ilmu yg diamalkan, pasti terpancar nur dari dlm hati. 


Cuba bayangkan, kalaulah kita tunggu ILMU penuh di dada baru nak berubah ke arah yg lebih baik sampai bila²pun tak tercapai rasanya.


Semakin belajar ilmu semakin kita terasa kerdil & banyak lagi perkara yg tak tahu. Itulah yg dialami olehku.


Saya juga perlu dibimbing & tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yg terbaik, apa yg saya mampu lakukan, saya akan cuba sedaya upaya mengamalkannya krn indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yg tudung singkat/tudung biasa itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya utk berubah kpd yg lebih baik, sama² kita doakan. InsyaAllah.

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yg teguh dlm menjalani hidup yg penuh dgn cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik  & turunnya. Dan berubah kpd yg tidak baik itulah yg kita risaukan di mana ia terjadi pada kita saat iman kita lemah. Nau'zubillah...

* Semoga kita terus ISTIQAMAH dlm perjuangan ISLAM.


*Teruskan berdoa kpd pencipta kita yg satu, ALLAH SWT krn sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.


ISLAH NAFSI, WAD'U GHAIRAK


Wallahualam.


Jom Baca:
 SEBAB KAUM HAWA PERLU PAKAI TUDUNG
 TUDUNG LABUH ITU INDAH
 TUDUNG LABUH ITU KOLOT
 KAUM HAWA BERBONGGOL UNTA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...