Photobucket

Thursday, December 28, 2017

Perigi Cari Timba

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:01 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera... 

Hai... Hai... Hai...

Nampaknya rajin pula nak update blog. Musim cuti sekolah!!! Musim ramai org yg melangsung PERKAHWINAN. 

Tahniah semua sahabat yg TELAH, SEDANG & BAKAL melangsungkan PERKAHWINAN. 


"بارك الله لكما وبرك عليكما وجمع بينكما في خير"

Yg tengah SEDIH-SEDIH tue JOM baca entry saya. 

Perigi Cari Timba
"Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula? Nak kerja atau sambung lagi buat master?" Ain bertanya.

Pada malam itu, Alhamdulillah diizinkan oleh Allah s.w.t sempat bertukar khabar, bertanya berita kpd seorang kenalan yg berstatus kakak, yg Ain kenal hampir 15 tahun silam. Dia juga antara insan yg Ain amat kagumi & hormati. Akhlaknya baik & dlm bidang akademik mendapat anugerah dekan itu biasa. Mantap pokoknya.

"Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. InsyaAllah kakak rasa nak sambung master," jawabnya. 

Dgn keputusan yg cemerlang, bukan satu hal yg sukar utk mendapat tawaran ini. Walaupun dgn usia yg muda, seawal 25 tahun.

"Ngomong², sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?" Ain cuba mencuit dgn nada bercanda.


"Ermmm, itu yg akak nak cerita & minta pendapat Ain ni."


"Owh... beres. Ceritalah, kalau boleh Ain bagi pandangan, ya Ain bagi. Jika tak boleh, sekurang²nya menjadi pendengar yg baik," jelas Ain.


"Ada seorang yg suka pd akak tapi akak tak berapa berminat krn akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah."


"Bagus, seharusnya macam itulah," komentar Ain. 


Bertambah rancak perbualan.


"Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga dgn umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yg berani," jelasnya.

Sudah menjadi polemik dlm kalangan masyarakat apabila kita bercerita tentang dua kutub insan ini faktor akademik & taraf hidup menjadi permasalahan.

Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah di jalan raya yg "lurus". 

Itu baru dibuka cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal.

Lantas kebimbangan yg dikongsi itu, sebenarnya wajar & tidak dapat tidak, kita harus mengakuinya. 

Ralit masyarakat kita, umur 25 tahun adalah umur yg paling "cun" utk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. 

"Jadi sampai sekarang, tak ada lagilah lelaki yg masuk merisik khabar?" tanya Ain.

"Ermmm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dgn seorang lelaki ini. Baik perangai & insyaAllah soleh. Cuma itu di peringkat akak, jika dia, akak belum tahulah bagaimana."


"Jadi nak minta pandangan Ain, macam mana nak buat?" tanyanya.

Mainstream Masyarakat

Selalunya setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. 

Bagi lelaki yg faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dgn panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari Al-Quran & Sunnah.

Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab & kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa & lumrah bagi masyarakat.

"Apa kata, akak yg mulakan dulu. Maksud Ain, akak yg merisik lelaki tu?" Cadangan "ganjil" Ain.

"Ishhh Ain... seganlah. Tak buat dek orang," pintasnya.

Ya... perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang yg dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w & para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dgn cara satu hala.

Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dlm masa yg sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri.

Lupakah kita dgn kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w dgn wanita syurga, Siti Khadijah. 

Dlm kisah cinta, cinta terbaik yg harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yg bersifat satu hala, tapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan & masa.

Seganlah!

Ya segan krn tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dlm menata hidup umat Islam. Cukup cantik & cukup sempurna berbanding keterikatan adat yg menyempit.

Menyusahkan.

Yg wajib, tidak dibuat. Yg sunat, dilihat wajib. Yg haram, itu dipertahan!!!

Sebenarnya, ada sesetengah adat & syariat yg boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yg mengaku beriman dgn Allah & Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.

Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing & janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yg pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!

Cara Menghubung

"Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanya nombor telefon keluarga dia. Anehlah & malu lagi," jelasnya.

"Haa.. ada caranya & malu itu tandanya ada iman," pintas Ain.

Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramai wanita ke pusat membeli-belah dgn menayang pusat, bertepuk tampar dgn lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleseran di tempat awam tanpa segan & malu. 

Buta hujung, buta pangkal.

Mahu meminang lelaki yg baik utk diri sendiri? Ah... malu. Malu tidak bertempat.

Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?

"Saya cadangkan akak risik dia melalui org tengah. Org tengah ini bukan sebarang org boleh jadi. Dia harus org yg amanah dgn rahsia & baik akhlaknya. 

Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dlm meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w juga melalui org tengah. 


"Jadi mengunakan org tengah adalah jalan terbaik & lebih mulia bagi seorang wanita," terang Ain.

"Biasanya org tengah itu siapa?" tanyanya.

"Biasa org tengah itu, pasangan yg sudah bernikah. Dan pasangan ini baik antara akak & lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasrat melalui isteri & akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami." jelas Ain.

"Menarik tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula." 

"Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan utk sehari dua. Kita cuba utk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low class atau segala macam title yg diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tapi Allah lihat kita hamba yg high class."


"Hurmm..."

"Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadis laku" di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun tak apa. Allah lebih mengetahui," Ain memberi semangat.

"Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah."

"Di sini peranan org tengah menjadi penghubung yg paling penting. Jika org tengah itu amanah & bijaksana dlm melaksanakan misinya, Insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai krn kerahsiaan amat terjaga. Apa²pun, doa, usaha & tawakal itu kuncinya," jawab Ain.

"Perigi mencari timba" atau "timba mencari perigi" masih dlm lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa tugasan utama kita di dunia. 

Sudah solehkah kita? 
Sudah solehahkah kita? 

Dgn menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dgn izin Allah dipermudahkan.

Lelaki baik utk wanita baik. Wanita baik utk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!

"Wanita² yg keji utk lelaki yg keji. Dan lelaki yg keji utk wanita² yg keji (pula) & wanita² yg baik diperuntukkan bagi lelaki yg baik & lelaki yg baik diperuntukkan bagi wanita yg baik (pula)." (Surah An-Nur: 26)

Biar memilih asal jangan salah pilih.

Biar memilih asal jangan salah pilih.


Macam mana? Menarik tak entry nie? Moga memberi inspirasi buat Muslimah sekalian.

Ini bukan kisah saya. Wallahualam.

Wednesday, December 27, 2017

Itulah namanya JODOH

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:42 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Wah, sudah lama tidak menulis. Awak² mesti rindu cik Wana kan? Apa²pun terima kasih buat yang tidak jemu singgah di Teratak Pendidik. Moga mendapat manfaat. 


Mohon maaf tak sempat nak sambung cerita pendakian gunung. InsyaAllah akan datang

Memandangkan sekarang musim kahwin nak share sesuatu. Jom baca ☺





Member: "Bab, aku kadang² sedihlah."


Syabab: "Kenapa?"


Member: "Tunang aku gemuk. Aku lagi kurus dari dia. Lepas nikah nanti sure double gemuk. Tambah² lepas dapat baby."


Syabab: "Small matter. Tak payah sedih."


Member: "Ko kata small lah. Aku ni ha yang kena angkat dia."


Syabab: "Ish. Tak elok cakap macam tu. Kan dia sayang ko, ko pun sayang dia. Dah tunang nak nikah minggu depan dah pun. Syukur & redha je."


Member: "Tapi..."


Syabab: "Ko beruntung sebenarnya. Sebab kecantikan dia hanya ko yang nampak."


Member: "Ha? Gemuk camtu cantik?"


Syabab: "Ya. Cuba kau bayangkan apa jadi bila dia kurus slim nanti? Mesti lagi cantik dari kecantikan yang dah cantik sekarang. Cuba kau fikir, Dafi dulu gemuk bila kurus jadi hensem. Ugly Betty gemuk, bila kurus jadi cantik. Yang bestnya, dia tak kurus sebelum kahwin dengan kau. Kau bayangkan kalau dia kurus sebelum kahwin, alamat dia pun tak hingin nak kawin dengan kau. Sure dia nak pilih yang kacak bergaya sepadan dengan dia. Tapi bila dia kurus after kahwin dengan kau, dia adalah isteri kau yang sah & dia wajib setia pada kau je. Berdosa bila dia curang cari yang lain. Faham? So kau anggap je dia adalah permata yang tersembunyi dalam tiram. Cantik dan berharga. Untuk kau je."


Member terdiam. Entah mengiyakan atau tidak statementku itu.


Aku berlalu pergi ke kedai Mak Esah membeli cempedak goreng & terus blah laju² tanpa menoleh ke belakang lagi.


Cempedak gorengku, bukan cempedak gorengmu.


"... Kadang² kita jangan harapkan sangat kesempurnaan dari pasangan, kerana kita MEMANG TAKKAN JUMPA YANG SEMPURNA tetapi ada yang ALLAH ciptakan KHAS untuk kita, sesuai dengan diri kita & kita boleh hidup bersamanya, dengan segala kekurangan & kelebihan dirinya ..."


P/S : Itulah namanya JODOH. ☺ Dan saya terus berfikir di mana sesatnya JODOH saya.



Tuesday, December 26, 2017

Pendakian Gunung Trus Madi via Sinua (Hari Kedua)

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:33 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hai semua. Ada tak yang mengikuti kisah pendakian cik Wana nie? Terima kasih yg sudi membaca. Maaf sekiranya ayat tak berapa nak betul. Almaklumlah cikgu Matematik yg tak pandai nak mengarang.

Jom ikuti sambungan hari pertama

❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤

Day 2 (2/12/2017: Sabtu)
Pendakian Gunung Trus Madi via Sinua

Walaupun tidur dalam sleeping bag tetap kesejukan, entah berapa kali terbangun. Rasanya jam 11 pm & 1 am bangun ke tandas. Dan 4.30 am dah tak boleh tidur sebab macam terasa panjang pula malam tu. Saya & beberapa orang dah bangun urus diri. Tandas ada 3 saja, terpaksa bergilir². Kesejukan air tak perlu nak cerita panjang, kena gigi saya pun dah menggigil.

Usai solat subuh, saya siapkan shake F1 & F3 utk sarapan pagi bagi mengisi perut di sepanjang perjalanan. Air dah 1.5 liter terisi sementara menunggu jam 8 am. Ke tandas tak perlu kira memang hobi di awal pagi.

Dalam jam 7 am semua pendaki berkumpul di kantin untuk menimbang barang masing² sekiranya nak minta pertolongan porter (orang² yang dibayar untuk membantu membawa barang² para pendaki)

1 kg = RM 6
Itu bayaran bagi barang² yg dibawa oleh porter. Minimum 10 kg barang, tak cukup 10 kg bayaran tetap utk 10 kg. Kami berlima (abg Jamil & wife, Cici, Aliffah, Wana) kongsi letak barang 2 kg seorang dgn bayaran RM 24 sbb pilih ulang alik khidmat porter. Lupa pula tanya nama porter kami.

Barang saya semuanya 8.5 kg tapi 2 kg guna khidmat porter maka 6.5 kg perlu diangkat. Sebenarnya air yg berat. Risau tiada air bersih kat atas. Huhu. Sebelum jalan dah letak yoko² sbb tau akan sakit bahu. Nasib baik beg sy jenis yg tak menyakitkan. Ada bnyk kenangan beg itu. Pertama beli di Kemboja tahun 2010 & pernah bawa buku seberat 20 kg bawa ke kabin masa naik flight Air Asia ke Labuan.

Berbalik pada cerita pendakian, selesai timbang menimbang kami bergambar² kenangan pula. Ada 29 pendaki + 1 pendaki baru datang. Dan ada 10 org guide merangkap porter. Semua muda² &a kebanyakan masih belasan tahun. Nama guide pertama yg saya kenal adalah Randy.
8.15 am bermulalah perjalanan pendakian. Lebih kurang 2 km pertama tu laluan yg di kelilingi sawah. Belum ada pacat. Muka masih ceria berjalan.
Sebelum melalui jalan berpacat perlu melalui jambatan gantung. 10 org saja boleh lalu. Rasanya agak gayat juga. Nak ambil gambar pun rasa tangan bergegar.
Sebaik saja jambatan gantung masuklah fasa laluan berpacat. Dianggarkan 7.4 km laluan pendakian ke base camp 2 adalah laluan pacat melompat². Utk makluman ada 2 jenis pacat tau di sini, warna berbelang itu pacat harimau & yg warna coklat pacat biasa.

Pacat harimau akan serang dari atas manakala pacat biasa serang dari bawah. Nak elak pacat, pakai stokin pacat & sembur ubat pacat. Tp malangnya tidak berhasil juga petua tu, memandangkan musim hujan banyak sangat pacat menunggu mangsa.

Sepanjang 1 km sebelum sungai jalannya santai, sekejap mendaki sekejap turun sekejap lurus.

Masa lalu di sungai kami perlu buka kasut untuk mengelakkan kaki melecet menuju base camp 2 kerana kebasahan. Waktu nie la ada sudah terlihat pacat di kaki orang.
Tak panjang pun sungai tu dalam 50 m je. Difahamkan awal pagi airnya paras betis saja tapi agak deras juga. Yg penting sejuk.

1 km seterusnya jalan pendakian masih santai turun naik lurus. Masuk kilometer seterusnya perjalanan terus mendaki. Saya mengambil langkah kecil tapi kurang berhenti² untuk elakkan cepat penat.

Pada jarak 8.6 km dr puncak @ setelah 3 km mendaki, kami berhenti di perhentian pertama. Waktu tu masa menunjukkan 10.30 am bermakna sudah 2 jam 15 minit mendaki.
Waktu nie saya minum air glukosa bagi extra tenaga. Pendakian disambung. Kali ini tiada lagi turun naik, tapi terus naik. Langkah pun semakin perlahan, Aliffah pun dah agak kepenatan. Sy pun penat tp masih lagi mampu berjalan selangkah demi selangkah tapi agak perlahan.

Setelah 1 jam 10 minit seterusnya mendaki pada 6.6 km dr puncak @ setelah 5 km mendaki, kami berhenti di perhentian kedua pada jam 11.40 am. Waktu nie lama sedikit kami berehat sbb guide/porter maklumkan lepas nie jalan lebih penat. Lebih kurang 2.4 km lagi sampai ke base camp 2.

Dalam 10 minit juga kami berehat menghilangkan lelah. Walaupun baru 5 km mendaki penatnya berganda². Tapi masih mampu tersenyum.

Air glukosa dah abis. Air mineral dah tinggal separuh. Nasib baik Cici Rania baik hati sanggup derma airnya sebab nak kurangkan berat beg.

Guide sentiasa memberi harapan 3 km saja lagi sampai ke base camp 2. Tapi saya penat sudah dengar sebab dari tadi 3 km. Adei.

Belum sampai 0.5 km kami berjalan, hujan sudah membasahi bumi. Cepat² pakai raincoat tapi sempat juga kebasahan menyebabkan sy mula kesejukan.

Jalan yg berbatu² tadi mula lembab & pacat² pula keriangan sebab boleh beraksi lebih agresif. Waktu nie la seekor pacat harimau singgah di muka tapi sempat dilastik & seekor pacat harimau sudah gendut menghisap darah di pinggang. Harap hisap lemak² sekali. Sy nasihatkan muslimah yg pakai baju labuh mcm sy pakai baju tight di dlm utk elakkan dinodai pacat.

Bertemankan mp3 & coklat, sy meneruskan perjalanan. Langkah kecil tapi laju terpaksa dibuat memandangkan kaki start cramp mungkin sebab sejuk. Tak sampai 10 minit berjalan, sy pusing belakang tiada sudah Aliffah & pendaki lain.

Cemas sekejap terasa seorang² di hutan hanya bertemankan lagu di mp3 & bunyi²an dlm hutan. Sy tunggu dlm 5 minit tapi seorang pun tak muncul maka terpaksa ambil keputusan meneruskan perjalanan kerana tiba² terasa ingin membuang air kecil.

Mendaki terus mendaki. Berbekalkan papan tanda kecil yg menunjukkan kilometer sy berjalan hingga tiba di kawasan lapang, terang & berbatu². Ingatkan dah sampai tapi masih berpampang 5.2 km dari puncak @ 6.4 km sudah pendakian. Maknanya lebih kurang 1 km lebih sy berjalan sendiri tanpa guide & pendaki lain

Sy masuk ke kawasan hutan terjumpa Geoff yg sedang berehat. Terus dia cakap dgn saya

"Kalau tak penat, sempat kejar tu mereka di depan. Baru saja jalan."

Macam tau² saja si Geoff pundi kencing nak meletup.

Sy mempercepatkan langkah mengejar mereka di hadapan. Kali nie agak best berjalan di Mozie Forest nie sebab tanah gambut, banyak akar, banyak lumut & kalau berjalan terasa ada spring. Best melompat².

Dalam 0.1 km sempat sy mengejar ChiChi & anak² saudaranya bersama 3 org guide/porter yg gelarkan nama mereka pemain bola. Neymar baju hijau, Ronaldo baju hitam & Messy baju purple.


Best juga berjalan dgn mereka. Banyak telatah mereka dgn harapan palsu dekat lagi sampai base camp 2.

Mcm agak jauh jg mendaki. Kali nie perlu panjat². Tongkat sakti yg dibawa pandai terbenam dlm akar². 0.1 km mcm mengambil masa 10 minit. Adik² guide pun penat sudah menjawab pertanyaan sy "bila kita mau sampai ni? " haha.

Akhirnya setelah 7.4 km mendaki selama 6 jam 10 minit, jam 2.25 pm sy sampai ke base camp 2 iaitu 4.2 km lagi menuju puncak.

Sampai saja base camp 2 tempat pertama dituju adalah tandas sebelum misi membuang pacat. Menahan kencing salah satu penyebab berlakunya batu karang tapi kencing di perjalanan lagi menyusahkan diri. Huhu.

Setelah itu, sy duduk tempat orang memanaskan diri semata² minta tolong cabut pacat yg bergantung di stokin, seluar & kasut. Degil pacat tu, dah dicabut melekat pula di tangan. Kena tangan budak² guide juga baru selamat. Tak banyak pun. 4 ekor saja yg masih slim & ramping. Tak berjaya menembusi stokin pacat cik Wana.

Selesai buang pacat masuk ke camp utk urus diri. Terkejut saya keluar asap dr mulut mereka Jane Alfred Lojuntan, Chaun Abel, Emily Ndrew, Veron & Azlan. Ingat mereka merokok utk panaskan badan. Perhatikan banyak kali baru perasan itu asap sebab kesejukan. Alahai. Ni lah kerana tandas & pacat boleh² tak sedar betapa sejuknya base camp 2. Iski sekejap main² asap tu tp lupa ambil video.

Waktu nie Cici dah selamat dibuai mimpi. Sementara tunggu Aliffah sampai pi lawat kawasan base camp 2. Subhanallah sgt cantik pemandangan bahagian belakang. Snap² gambar & abadikan gambar kenangan bersama Messy & Ronaldo.

Kerana kesejukan mula mencengkam tubuh kebetulan pula tadi pakaian basah masuk semula ke camp utk tukar pakaian. Alhamdulillah Aliffah sudah selamat sampai. Sempat lagi tanya, OK ka?

Tanpa buang masa, terus kami menikmati nasi goreng ayam yg kami beli di kantin tadi memandangkan perut sudah berbunyi minta diisi. Hurmmm.. Tak sempat abis dah berhenti makan. Sy tak suka sikap diri sendiri yg agak demand dgn makanan iaitu mual makan makanan yg sejuk. Huhu. Nasib baik Aliffah kelaparan, dialah bantu abiskan. Kalau tak menangis nasi.

Selesai makan kami urus diri. Air tiba² mati. Terpaksa tak mandi. Haha. Tau² saja kesejukan. Almaklumlah org pulau tak biasa sejuk. Tukar pakaian saja. Nasib baik ada air di tangki utk berwudhu. Solat atas katil masing², kiblat pun senget sedikit saja.

Usai saja solat jamak takhir Zohor Asar, maka bermulalah sesi berhibernisasi di dalam sleeping bag. Sejuk sgt². Ada guna juga bawa botol tupperware, isi air panas pastu peluk. Tapi sebelum tu kemas barang dulu utk dibawa ke puncak memandangkan jam 6 pm nanti kawasan camp gelap gelita. Hanya bergantung dgn torchlight masing².

Tak sempat nak tidur, bangun dah budak Cici pula ajak bergambar. Bab bergambar mmg sy suka. Batalkan niat tidur, Aliffah yg tidur sanggup bangun utk bergambar. Haha.


Dalam jam 4.30pm rasanya kesemua pendakian berjaya sampai ke base camp 2. Masing² dengan aktiviti sendiri. Ada yg menyalai kasut, stokin & pakaian. Ada yg memanaskan diri. Ada yg bercerita di pondok tiada atap. Ada yg minuman panas. Ada yg makan. Makanan panas paling sedap ketika ini adalah maggi.

Sebut bab makan teringat Jane yg sentiasa mengunyah. Asam, biskut, milo, maggi semua dia makan siap minta Azlan masakkan nasi lagi. Nasib baik metabolisma tinggi, tetap kurus.
Sambung aktiviti kami, baru bergambar sekejap terus kami dipanggil taklimat oleh En. Dolly. Beberapa pesanan En. Dolly:
1. Trus Madi ada 3 puncak. Sekurang²nya sampai puncak 1.
2. Nak sampai tower kena jalan lagi 300 m
3. Pastikan pakai baju sejuk sama sarung tangan sebab sejuk.
4. Jalan pastikan dalam kumpulan. 5 orang pendaki 1 guide.
5. Laluan ke puncak mencabar. Guna tali. Bergayut di akar. Trail 80/90 darjah. Keluarkan skill meniarap, merangkak dll
6. Headlamp sgt penting sbb jalan malam. Hati² dgn pokok nanti kepala benjol.
7. Kalau hujan pendakian terpaksa ditangguh utk keselamatan.

Time taklimat dah risau dgn keadaan diri. Risau kalah dgn kesejukan saja. Tapi my adik Ella Herman pesan, pandai panas juga masa mendaki sebab penat berjalan.

Habis taklimat kami bergambar² lagi sementara tunggu waktu Maghrib. Maghrib saja terus gosok gigi & solat jamak takdim Maghrib Isyak. Matlamat lepas minum shake F1 HL terus tidur. Tepat jam 6.30 pm sy pun sudah masuk dlm sleeping bag bersedia untuk dibuai mimpi.

Tapi malangnya agak susah nak tidur sebab terlalu sejuk. Siku & lutut dah bertemu, rasanya macam udang dah gaya tidur. Pusing kanan pusing kiri semata² nak dptkan haba sebab bergerak.

Jam 8.45 pm terbangun utk ke tandas. Waktu tu hampir semua pendaki sudah lena dibuai mimpi. Bunyi dengkuran pun amat kuat sekali memecah kesunyian malam. Kesejukan tak perlu nak kata. Makin sejuk. Nasib tak hujan saja.

Sambung tidur. Siap pakai stokin & sarung tangan sudah. Alhamdulillah tertidur juga walaupun sejuk.

Bersambung......

Monday, December 25, 2017

Pendakian Gunung Trus Madi via Sinua (Hari Pertama)

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:05 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sudah lama cik Wana tidak menulis di blog kesayangan ini. Terlalu sibuk. Sibuk dengan hal² dunia. Huhu.

Sekadar ingin berkongsi cerita awal Disember 2017 yang lalu. Moga bermanfaat bagi yang ingin mendaki Gunung Kedua Tertinggi di Malaysia.

❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤

Day 1 (1/12/2017: Jumaat)
Pendakian Gunung Trus Madi via Sinua
Jumaat yg barakah, seawal jam 7.15 am dah meninggalkan rumah menuju ke terminal feri berbekalkan meehon goreng & telur dadar masakan ibu tercinta. Malangnya dlm perjalanan terperangkap 15 minit sbb ada perarakan Maulidurrasul. OK Sabar. Apa²pun tq my adik Ella Herman hantar kakakmu yg comel ini. Hahaha.
Memandangkan cuti, ramai orang kat terminal feri meninggalkan pulau Labuan ke seberang (Sabah, Sarawak, Brunei). Mengantuk juga menunggu giliran speedboat LM16 di saat itu baru LM02.
Alhamdulillah dlm jam 10 setelah 2 jam menunggu akhirnya naik speedboat ke Menumbok dlm masa 30 minit je.
Sampai di Menumbok terus ke kereta abg Jamil. Time tu rasa terbeban sudah membawa barang. Nie baru jalan sekejap bahu dah sengal². Mulalah otak berfikir nak kurangkan barang naik gunung. Yg tak perlu simpan dlm kereta.
Dlm perjalanan ke Keningau, 2 orang budak nie memang dah cop tidur. Saya pula tak biasa tidur dlm kereta melainkan mengantuk yg teramat. Time tu berabis melayan hp sambil² melihat pemandangan di sepanjang perjalanan. Perhhh.. Akhirnya nampak sendiri jalan Kimanis yg orang selalu sebut berbukit². Mencabar.

Jam 1 pm kami singgah kat Dimie Pedalaman Resort, Hotel & Restoran. Ingat utk buang air je, rupanya abg Jamil & isteri nak makan. Kami bertiga makan pisang goreng.
Dah kenyang kami bergeraklah menuju kg Sinua lebih kurang 4 jam lagi sebelum sampai base camp 1. Time tu konvoi sbb ada yg tak tahu jalan.
Sepanjang perjalanan menikmatilah line telefon sbb dah dimaklumkan akan terputuslah perhubungan bila sampai nanti.
Penangan pisang goreng 5 ketul terlenalah cik Wana bersama Cici & Aliffah. Bangun² dah sampai kg Sinua & line telefon pun dah babai. Ok betulkan niat nak mendaki utk melihat kebesaran Allah.
Adei 1 km nak masuk base camp 1 jalannya tak berturap. Melompat² duduk bahagian belakang. Nasib baik tak hujan kalau tak kotor kereta.
Dalam 4.30 pm, akhirnya sampaikan base camp 1. Cantik. Tenang. Dah rasa kesejukan. Almaklumlah org pulau mai tempat bergunung.
Tak terkejut pun tengok base camp 1 sbb dah kena bagitau awal² begitulah keadaannya. Berebut cop katil walaupun sama je semua. Hahahah.
Selepas solat jamak takhir Zohor Asar pastu kemas² barang. Time nie barang yg betul² nak dibawa ke atas je kami letak dlm beg. Yg penting headlamp, stokin, stokin pacat, sarung lengan, sarung tangan, sepersalinan pakaian, jaket, energy bar, sarung, tuala kecil, air 3 liter, vaseline, tongkat, baju hujan, coklat, teamix Herbalife, F1& F3 Herbalife, botol tupperware, minyak gamat, spray pacat, minyak kapak, spray nyamuk & sleeping bag. Macam² juga dibawa naik. Risau sebab kenal diri jenis darah manis. Serangga suka.
Sementara masih terang pi la kami bergambar. Bak kata Cici nanti balik muka dah penat tiada selera bergambar. Hahaha.
Dalam jam 6 gitu, mula gelap gelita & kesunyian kg Sinua dipecahkan dengan bunyi generator sebagai sumber elektrik.
Masa untuk mengurus diri. Orang lain makan, saya buat shake F1 & F3 HL saja. Usai sahaja solat jamak takdim Maghrib Isyak kemudian diikuti taklimat oleh En. Dolly. Menakutkan je cara En. Dolly bagi taklimat. Time tu dah membebel sendiri "dapat naik ke tak nie?
Sambil² mendengar taklimat, saya sibuk spray tangan kaki dgn BuzzAway spray. Dah dapat rasakan kehadiran nyamuk yg banyak sekali. Tq Kimiko Faith Jackson sbb tinggalkan spray sbgai kenangan.
Habis saja taklimat terus masuk kelambu. Kehadiran nyamuk yg banyak sudah tidak dipedulikan memandangkan sy dah rasa kesejukan mencengkam kulit. Akhirnya tewas dgn kesejukan, malam tu dah start tidur dlm sleeping bag. Macam mana agaknya kat base camp 2? Sekali lagi membebel sebab tak bawa selimut. Hahaha.
Sekejap saja tutup mata terus terlena dibuai mimpi.
SELAMAT MALAM DUNIA.
Bersambung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...