Photobucket

Wednesday, December 11, 2013

Best Quotes [11 Disember 2013]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:59 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera..


Selamat bercuti semua.. 


Opsss... 


Bukan semua tapi untuk pelajar-pelajar sekolah saja ^^


Alhamdulillah, sehingga saat & ketika ini masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumiNya ini. 


Alhamdulillah, Allah juga masih memilih kita untuk merasai nikmat IMAN & ISLAM. Moga ia berterusan hingga menuju ke SyurgaNya. InsyaAllah.


Ayuh teman-teman, andaikata hari ini belum zikir ucaplah sekurang-kurangnya SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, ALLAHUAKHBAR. Macam kat bawah tu:


Allahuakhbar!!! 


Dalam merasai nikmat cuti sekolah, Allah menguji aku dengan perkara yg remeh buat sesetengah orang tapi susah bagi aku. Huhu..



Mohon doa sahabat-sahabat agar Allah permudahkan ujian yg diberikan kepadaku.


"SABAR HERWANA HERMAN. ALLAH BERSAMAMU "
SENYUM =)


Wallahualam.

Wednesday, November 27, 2013

AIR LIUR BASI: Najis

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:45 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Moga semua pembaca blog Teratak Pendidik di bawah lindungan Allah. Ceh, perasan ada pembaca. Hihi...


Berdasarkan tajuk entri pada hari ini, sebenarnya cik Wana pun baru tahu AIR LIUR BASI itu NAJIS pada hari ini. Alhamdulillah.


Jom baca hasil dapatan ilmu yang saya perolehi hari ini. Moga ia bermanfaat buat diriku & kalian yang membaca.


Mengikut Imam As-Syafie, air liur basi hukumnya najis. Air liur basi adalah air yang keluar dari perut, bukan yang ada di dalam mulut. Cara nak kenal air liur basi atau tidak, ada dua petanda iaitu ia berbau dan meninggalkan 'peta' bila kering.


Sebab itu, untuk orang yang selalu solat Subuh tanpa mandi, pastikan rambut dan tubuh kita tidak terkena air liur basi. Bimbang tak sah pulak solat nanti.


Semak juga bantal masing-masing. Kalau ada air liur basi, cara membasuhnya sama macam basuh pakaian yang terkena najis. Mesti dibasuh dahulu sebelum dimasukkan dalam mesin basuh. Jangan main campur je semua. Nanti pakaian lain pun bernajis jadinya.


Perkara kecil sahaja tapi ada kesannya pada ibadah kita. Kalau nak penerangan lebih jelas jom tengok video Ustaz Azhar Idrus ^_^. 


------------------------------------------------------------
SEBARKAN KEBAIKAN. SALING BERPESAN-PESAN.



Wallahualam 

Tuesday, November 26, 2013

Best Quotes [26 November 2013]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:23 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Hari nie nak share quote yang diambil dalam facebookku:

Ada orang kata bahagia itu diiktiraf dengan harta, ada juga yang kata bahagia itu tandanya bila hati dekat pada Pencipta



p/s: Tiada mood nak tulis tentang PRK UPSI 2013 nie. Aku tengah bersedih dengan perpindahan ramai guru-guru lama di SM Sains Labuan. =(

Thursday, November 21, 2013

Let's Follow Ahmad Ammar

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:20 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah hingga akhir ini masih diberi nikmat IMAN & ISLAM. Moga ia nikmat ini terus bersama kita sehingga berada di dalam syurga kelak. InsyaAllah. Amin Ya Allah.


Melalui tajuk entri yang tertulis, rasanya telah ramai sekali orang yang telah melihat video mahupun membaca kisah ALMARHUM AHMAD AMMAR. AL-FATIHAH


Sebenarnya 19 November 2013 yang lalu, tanpa disengajakan stalker facebook adik beradik IMAN di UPSI. Sengaja untuk melepaskan kerinduan & mencari kekuatan menjalani kehidupan ini.


Dalam keasyikan stalker, hati tertarik dengan satu video yang dishare oleh adik Siti Hafsah. Pada mulanya, macam malas nak tengok sebab videonya agak panjang iaitu lebih kurang 30 minit. Tetapi, itulah kuasa Allah mahu memberi peluang diri ini sentiasa muhasabah diri akhirnya dapat juga melihat video itu dengan pengakhiran airmata meleleh tanpa disedari.


Bagi yang belum melihat video mahupun membaca kisah anak muda ini, ayuh luangkan masa sebentar. Menitis airmata pun tak mengapa. 


Moga ia menjadi sumber inspirasi meneruskan tugas dakwah walaupun hanya sekecil biji sawi.





Kami menghantar anakanda kami ke bumi Al-Fateh bagi mempersiapkannya untuk ummah. Rupa²nya Allah mempersiapkannya untukNYA. - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar)  


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar! Tiada kuduga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika ditanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi & misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila aku nawaitukan anakku ini untuk Allah dan RasulNYA, perancangan Allah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH! Terima kasih Ya Allah! - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar) 

APABILA AHMAD AMMAR BERTEMU BIDADARINYA


Pemuda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana.


Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki.


Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a, para² auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang² kenamaan di sana.


Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.


Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Subhanallah!!!


Whatsap dengan kakaknya NABILA AZAM
Berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda allahyarham. Lihat video ucapan imam di sana, ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata. Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.


Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid. Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.


Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah. semoga kita sama² belajar dan menerima sesuatu dari video ini.



Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Begitu hebat penangan as-syahid Ahmad Ammar. Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. InsyaAllah.


  

Boleh juga baca kisahnya di blog Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com) di <SINI


https://www.facebook.com/hashtag/letsfollowammar

Wallahualam

Tuesday, November 12, 2013

WANITA HAID, bolehkah masuk ke Masjid?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:37 PM



Assalamualaikum & salam sejahtera.


Telah lama tidak menulis di sini. Aku sibuk... Sibuk... Sangat sibuk...


Alhamdulillah, kemusykilan yg telah lama berlegar² di benak fikiranku akhirnya terjawab setelah membaca satu artikel di blog novelis yg aku minati iaitu Ustazah Fatimah Syarha.


Sengaja cik Wana menyalin semula ke dlm blog Teratak Pendidik walaupun pengunjungnya tidaklah seramai pengunjung blog Sebarkan Bahagia agar ia menjadi panduan utk kemudian hari. InsyaAllah.


Jom baca intipati Wanita haid, bolehkah masuk ke masjid?

Muslimah sejak zaman Nabi lagi cinta terhadap Masjid. Kita?


Ini isu khilaf


Bila sebut isu khilaf, semua pihak ada hujah. Semua pihak bukan suka² hati keluarkan hukum. Jadi, semua pendapat layak kita hormati.


Perlu diperjelaskan juga.


Ia bukan isu khilaf bagi orang yg belajar atau mengajar fiqh berpandukan pendapat² lama semata² iaitu berpandukan pendapat imam yg empat sahaja. 


Ia suatu isu khilaf bagi orang yg belajar & mengajar fiqh dgn cara menghargai pendapat lama & meraikan pendapat baru/kontemporari. Dgn cara kedua inilah, saya belajar & diajar tentang fiqh.


Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan dlm buku Fiqh Thaharah, dulu ketika ditanya persoalan ini beliau menjawab;

wanita haid tidak boleh masuk ke masjid, sesuai dgn pandangan jumhur fuqaha'.


Namun beliau berkata lagi, 

Ternyata saya telah membuat mereka berada dlm kesempitan dlm masalah yg sebenarnya terdapat kelapangan/kemudahan.


Beliau mengkaji nash² sahih, kuat & jelas indikasi hukumnya. Beliau dapati hadis yg tidak menghalalkan wanita haid & junub masuk masjid itu penuh dgn sanad² lemah & tidak jelas. Tidak boleh dijadikan sumber hukum.


Kekhuatiran adanya ceceran darah haid kini tiada lagi. Sebab wanita pada zaman ini telah memakai 'pad' yg mampu menahan jatuhnya darah. Sila rujuk lanjut Fiqh Thaharah.


Saya & jutaan muslimah serata dunia berbahagia memilih kemudahan ini. Jika ada dlm kalangan kalian yg tidak mahu memilihnya, saya hormati. Sama² berlapang dada. 


Adab memperlakukan hal khilaf, biarkan kita berbeza, jangan berpecah dgn saling menghina.


 Wanita haid boleh berada dalam masjid yg penting mesti menjaga kebersihan rumah Allah dgn kata lain tidak menumpahkan darah haid dalam rumah Allah.


Moga perkongsian ini bermakna buat semua.



Wallahualam.

Wednesday, August 21, 2013

JODOH Bukanlah Terlambat Datang

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:45 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.



Salam Aidilfitri.
Minal Aidin Wal Faizin.
Taqabbalallah Minna Wa Minkum.


Alhamdulillah ramai sangat sahabat, kenalan & adik² yg bertunang & bernikah sejak akhir tahun lalu & tahun ini. Tumpang gembira & jeles terutamanya pada adik²




✿ Yang bertunang, jangan lama² tau.

Yang bernikah, selamat bercinta hingga ke syurga.

Barakallahu lakuma Wa baraka 'alaikuma Wa jama'a bainakuma Fi khair




Hurmmmm.... Sebenarnya banyak² entri saya malu nak tulis pasal JODOH, BAITUL MUSLIM, PERKAHWINAN or yg sewaktu dgnnya. Tapi realiti insan yg normal akan merasa gusar tatkala usia semakin bertambah tetapi masih belum bertemu JODOH.


Wahai diri, JODOH BUKANLAH terlambat tapi BELUM tiba saat yg TEPAT utk kita krn JODOH itu:

Sudah ditetapkan,
Sudah ditentukan,
Sudah digariskan,
Sudah ditakdirkan,
OlehNya & tetap menjadi rahsiaNya juga agar kita terus berikhtiar & meminta kpdNya.


Andai kita telah diberitahu olehNya siapa JODOH kita, pasti kita tak usah bersusah payah mencari & menemukannya.


..Manisnya IMAN, Indahnya PENANTIAN..

Jika dirimu sekarang sedang MENUNGGU seseorang utk menjalani kehidupan menuju redhaNya, maka bersabarlah.

ALLAH akan menjawabnya dgn lebih INDAH di saat yg TEPAT.



Dan JODOH itu bukan hanya utkku, utkmu atau utk mereka, tapi utk semua hambaNya. Krn utk itulah kita diciptakan berpasang²an agar dgnnya yg nanti menjadi JODOH kita. Kita merasa nyaman dlm melabuhkan fitrah kasih sayang, cinta & nafsu yg ada dlm diri kita, di jalan yg dihalalkanNya. Yakni dlm PERNIKAHAN.


Jika saat ini kita masih sendiri, itu bukan bererti JODOH terlambat datang, tapi waktunya saja yg belum tiba buatmu menemukan dirinya pasangan tulang rusukmu. Usah risau dgn sendirimu, usah bertanya² yg hanya membuatmu kian gusar & gelisah.


Tapi sebaiknya, cubalah terus perBAIKI diri, bergaul dgn orang² BAIK & SOLEH/AH, jangan lupa JAGA prasangka & niatmu utk menemukannya krn dari sanalah sesungguhnya akan mendekatkan dirimu pd apa yang kita cari, kita inginkan & kita harapkan.


InsyaALLAH, jika telah SIAP dirimu maka ALLAH akan menyegerakan semua pintamu, sesuai dgn kadar KESIAPANmu. Dan ALLAH selalu LEBIH TAHU itu.


''Ya Ilahi Rabbi, Engkaulah pengenggam hati & jiwa kami, & Engkau jugalah yg dapat membolak-balikkan hati & kehidupan kami. Dan JODOH itu telah menjadi ketetapanMu atas kehidupan kami, maka biarlah itu yg terbaik disisiMu, agar ia dapat menjadi penyempurna hidup kami, dlm beribadah kpdMu. Aamiinnn.

Tuesday, July 23, 2013

www.tudungnur.com: Ceritaku dan Tudung Bidang 60

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:08 PM



Assalamualaikum & salam sejahtera...


InsyaAllah hari ini cik Wana nak share satu kisah... Kisahnya bermula di sini...


"Cikgu nak tanya satu soalan ini, harap cikgu bolehlah jawab."


Rasa berdebar mendengar intro soalan yang diajukan oleh pelajar aspuri kepadaku semasa kami usai sahaja solat Maghrib secara berjemaah di Surau An-Na'im, Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL) yang lalu.


"Tanyalah, tapi kalau soalan susah nanti cikgu cari talian hayat, hihi."


Sambil tersenyum dan berdoa dalam hati agar mereka tidak bertanya soalan yang cepu mas terutamanya bab 'bila nak kahwin?.'


"Cikgu bekas pelajar sekolah ini, lepas tu cikgu pula ajar Matematik dan Kimia tapi.... kenapa boleh terjebak pakai tudung labuh ini? Sekolah kita hanya adseorang dua sahaja pelajar yang pakai tudung labuh itupun sebab sekolah lama mereka sekolah agama sebelum masuk sini. Kami tengok gambar cikgu kat majalah sekolah dulu semua pakai tudung biasa saja. Sharelah cerita, mana tahu suatu hari nanti kami juga boleh jadi seperti cikgu."


Tersenyum aku sebaik sahaja mendengar soalan yang diutarakan oleh pelajar itu. Secara tidak langsung terimbas kenangan-kenangan lalu yang membawa aku memilih penampilan seperti ini. Kisahnya bermula pada zaman sekolah lagi. Ayuh sama-sama kita selusuri, moga ada yang membaca turut sama-sama berkeinginan sepertiku jua suatu hari nanti.



Hikmah 1: Zaman Sekolah

Ketika di tingkatan 4, aku bersama Najlaa, Rahmah, Syahrul, Razali dan Shahmen terpilih mengikuti satu program Islamik iaitu Nadwah Kepimpinan Islam (NKI) 2005 yang telah diadakan di SBPI Rawang, Selangor. Rasgembira memandangkan itu merupakan kali pertama mewakili sekolah ke semenanjung


Sebaik sahaja sampai di tempat program, terasa kaki ingin melangkah kembali ke sekolah memandangkan hampir 80% pelajar perempuan yang hadir memakai tudung labuh. Malu plus segan bermain-main di sanubari kerana diri ini hanya bertudung singkat. Bagaimana aku ingin berprogram selama 5 hari ni? Tidak disangka-sangka ada juga pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang bertudung labuh


Sebenarnya aku jenis teruja dan suka melihat orang bertudung labuh sebab nampak ayu dan cantik sahaja. Sejuk matmelihat wajah mereka. Kebetulan, aku sudah lama tidak melihat orang bertudung labuh memandangkan ketika aku di tingkatan 1 sehingga 4 di SMSL, kami tidak mempunyai seorang pun ustazah. Kami hanya diajar oleh beberapa orang ustaz. 


Terasa kerdil sepanjang berada di program ini. Melihat pandangan peserta lain terhadap kami semakin membuatkan aku mengambil masa untuk mengenali peserta-peserta lain.


Nasib baik aku berada di kumpulan yang sangat memahami dan banyak ilmu terutamanya bab agama yang aku pelajari daripada mereka.


Dan ketika hari terakhir program aku pernah berkata 


"Mudah-mudahan aku juga seperti kalian."


Mungkin kata-kata yang di"amin"kan oleh sahabat-sahabat yang baik dan solehah menjadi asbab aku sebegini.







Hikmah 2: Zaman Matrikulasi

Semasa aku sedang sibuk mendaftarkan diri hari pertama di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), tiba-tiba aku terserempak dengan seorang wanita bertudung labuh.


"Dik, boleh akak cakap sesuatu. Cara pakai tudung dah baik dan cantik. Tak selempang tudung tapi kenapa tak pakai stoking kaki."


Agak terkejut dengan pertanyaan wanita itu. Aku menarik muka tidak puas hati dengan teguran itu. Saat aku sedang sibuk boleh pula dia menahan aku semata-mata ingin memberitahu tentang stoking.


Tapi sebenarnya semasa mendaftar di KML aku memang tidak memakai pakaian yang sepatutnya (baju kurung dan berkasut) memandangkan surat kemasukan ke KML tercicir. Walau bagaimanapun, aku tetap dibenarkan mendaftar dengan status 'tercicir dan dibenarkan memakai pakaian biasa'.


Entah bagaimana, sepanjang orientasi KML sentiasa pula terserempak dengan wanita itu. Rupa-rupanya dia merupakan salah seorang fasilitator orientasi KML ketika itu.


Pada hari terakhir orientasi, Allah memberi peluang aku untuk hadir ke Surau Al-Irfaan, KML mendengar pengisian insan pertama yang menegur aku di KML. Allahurabbi, menitik air mata mendengar pengisian daripada kakak itu. Rupa-rupanya, dia seorang muallaf yang baru memasuki Islam beberapa bulan yang lalu dan memilih untuk membawa penampilan sebagai seorang muslimah yang bertudung labuh.


"Terima kasih kak Balqis Khairina, Allah hadirkan dikau untuk menegur aku."



Bermula di KML aku berjinak-jinak memakai stokinwalaupun masih memakai tudung singkat, bergaul dengan sahabat-sahabat Al-Irfaan dan meneruskan keterlibatan dalam usrah seperti zaman sekolah dulu.


Teringat aku semasa hari terakhir usrah di KML akan pesanan kakak usrah yang perlaku bawa ketika masuk universiti nanti iaitu:
Berubahlah jadi yang lebih baik.

Kalau nak cari sahabat, cari di surau universiti masing-masing.


Hikmah 3: Universiti 


Aku bermula dengan 5 helai tudung bersaiz 48 semasa memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Aku membawazam dan harapan tinggapabila menjejak kaki ke UPSI. 


Alhamdulillah, seperti Allah sedang menjaga aku bermula melangkah kaki di UPSI di mana aku ditakdirkan sebilik dengan seorang kakak tahun akhir yang bertudung labuh iaitu Kak Mastura. Kak Mas banyak membawa aku ke program agama di peringkat kolej yang selalu diadakan di Surau Ar-Rasyidin, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). 


Di Surau Ar-Rasyidin aku mulmengenali ramai sahabat yang berkeinginan sepertiku. Kami selalu bersama-sama ketika program, berbuka puasa bersama-sama, solat berjemaah dan berprogram bersama-sama. Alhamdulillah bermula di Surau Ar-Rasyidin ukhuwah kami sentiasa bertaut, saling membantu dalam pelbagai perkara.


Hari demi hari banyak perkara yang aku pelajari yakni bukan sahaja di bidanakademik malah di bidanagama. Memandangkan aku hanya kembali ke Labuan ketika hujung semester genap (2, 4, & 6), keluargaku sedikit terkejut dengan pilihanku. Tapi Alhamdulillah, mereka menerima dengan hati terbuka. 



Hikmah 4: Roomate

Secara jujurnya agak susah mencari tudung bidang besar di Tanjung Malim, Perak. Seluruh pekan dilawati tapi  tidak berjumpa juga dengan pilihan hati. Dalam kesibukan mencari tudung yang menepati syariat Islam, ditakdirkan pula semasa pengajian di UPSI, aku sebilik dengan pengguna tegar Tudung Nur.  Hampir setiap semester pasti dia akan memesan Tudung Nur melalui pos. Di situlah aku mula mengenali Tudung Nur


Semasa praktikal di Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih (SAMSHSB), Klang, dia turut menolong beberapa orang guru untuk membeli Tudung Nur melalui laman web http://tudungnur.com/.


Suatu hari aku dan Fiezah ke satu program di mana kebetulan ketika itu terdapat jualan tudung labuh dan jubah. Di situlah aku pertama kali membeli Tudung Nur jenis Tudung Kaktus sebanyak 3 helai daripada pengedar Tudung Nur.  Pengedar itu turut memberikan aku alamat kedai Tudung Nur sekiranya ingin mencari Tudung Kaktus yang pelbagai corak dan warna.


Memandangkan selesa memakai Tudung Kaktus, aku bercadang ingin ke kedai Tudung Nur untuk memilih sendiri tudung yang bersesuaian denganku.


Allahuakhbar. Allah Maha Mendengar!!! Allah mendengar dan mengetahui suara hatiku.


Akhirnya suatu hari aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke kedai Tudung Nur di Gombak. Kebetulan ketika itu aku menghadiri program di Taman Melewar. Banyak sangat tudung membuatkan aku rambang mata untuk memilih tetapi jenis Tudung Kaktus juga jadi pilihan hati daripada pelbagai tudung yang ada. Alhamdulillah dapat lagi menambah tiga koleksi Tudung Kaktus yang berlainan warna dan corak.


Tudung Kaktus menjadi pilihan hati berbanding jenis tudung yang lain memandangkan ia 
mudah diurus, 

tahan kedut,

tak perlu gosok, 

ringan

sesuai dengan bentuk mukaku. 

Walau bagaimanapun, aku hanya memakai Tudung Kaktus ketika memakai jubah dan baju sukan yang tidak banyak corak.


Sehingga hari ini aku memiliki 10 helai Tudung Kaktus pelbagai warna dan corak.




Setakat ini sahaja celotehku. Wallahualam.



"Terima kasih Ya Allah, Engkau hadirkan sahabat-sahabat terbaik buatku di sepanjang aku melayari kehidupan sebagai seorang pelajar dan mereka masih tetap menemaniku walaupun kami sudah bertebaran di bumiMu. Engkau rahmati, sayangi dan jagalah mereka semua. Tetapkan hati kami agar sentiasa ISTIQAMAH dalam melaksanakan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...