Photobucket

Thursday, July 30, 2009

Bulan Syaban Datang Lagi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:33 AM

Alhamdulillah kini masuk 7 hari sudah umat islam melalui bulan syaaban.. Hanya tinggal 22 @ 21 hari lg kita akan memasuki bulan ramadhan.. 


Adakah itu benar??? 


Semuanya hanya Allah yg tahu. 


Mungkin kita sempat bertemu bulan Ramadhan tapi mungkin jg ramadhan lalu adalah ramadhan terakhir bagi kita..


Rasa sebak & pilu apabila mengenangkan tentang kematian..


Takut sekiranya amalan yg dibawa ke akhirat tidak mencukupi..


Siapalah aku??? 


Hamba yg dhaif & sentiasa melakukan dosa... 


Ya Allah ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa keluargaku, dosa guru²ku, dosa pensyarah²ku,dosa sahabat² seperjuangan & dosa seluruh umat islam samada masih hidup ataupun yg telah mati...


Sesungguhnya kami mendambakan keampunan dan kasih sayang daripadaMu...


Oleh itu, marilah kita bermuhasah diri di bulan syaaban ini untuk meningkatkan lg ibadat kpdNya.. Tapi hanya berkata² semuanya tidak akan menjadi sekiranya tidak disulami dgn pergerakan dan tindakan... 


Maka ayuhlah sahabat kita manfaatkan bulan syaaban ini... Kita tidak tahu mungkin syaaban ini adalah terakhir bagi kita...


Syaaban dan Kelebihannya

REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan. 



Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah² antara Rejab & Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat & keberkatannya. 


Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati & jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang² Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan. 



Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: 
“Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? 


Maka umatnya menjawab: 
"Hanya Allah & RasulNya yang lebih mengetahui.”


Baginda meneruskan sabdanya: 
“Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

KEUTAMAAN SYAABAN:
Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. 



Rasullah bersabda yang bermaksud: 

“Allah mengangkat amalan² semua hambaNya pada bulan ini.”

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. 



Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: 
“Barang siapa yang membesarkan Syaaban & bertakwa kepada Allah swt serta taat & juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa²nya & menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit².”


Kasih & ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. 


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya & malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari & Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: 

“Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan & Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan & aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”


Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: 
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan² yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi² yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Walahualam...

Tuesday, July 28, 2009

Musim H1N1, Amalkan Doa ini

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:29 AM

Telah lama menjadi perbualan di dlm negara kita, akhirnya wabak ini dikenalpasti telah menular dlm kalangan pelajar UPSI.


Inilah saat² yg ditunggu² semua pelajar U m'dapat cuti memandangkan kebanyakan U seperti UUM, UPM & UITM telah ditutup akibat wabak ini.


Wajarkah kita bergembira dgn keadaan seperti ini? 


Semestinya jawapan 'TIDAK' memandangkan terdapat segelintir sahabat kita disyaki dihidapi wabak ini. 


Tentu sahabat yg kurang sihat ini berasa dlm kesusahan, ketakutan & pelbagai lagi perasaan yg tidak dapat digambarkan. 


Jangan bersedih sahabat krn ini merupakan ujian drpd Allah.


Bagi yg sihat sama²lah kita berdoa kpd Allah semoga sahabat kita sihat & kita semua dijauhi drpd penyakit yg tak diingini ini. 


Tapi bagaimana pula dgn perasaanku?


Adakah aku gembira @ sebaliknya?


Jujur aku katakan pada awalnya dgn pengumuman cuti aku gembira memandangkan ada masa lagi utk menyiapkan assignment krn sedikit tekanan yg kurasai pd minggu ini utk menyiapkan assignment yg banyak bakal dihantar minggu ke-5 & kuiz yg bertalu² pd minggu yg sama. 


Tapi perasaan sedih & pilu menyelubungi hati krn w/pun cuti tapi aku tetap menjadi teman yg setia pd kolejku tercinta. 


Semua orang dlm rumahku akan pulang pada pagi ini & akhirnya aku ditinggalkan sendiri sehingga 9 Ogos.


Begitulah lumrah menjadi musafir di negeri orang.


Ingin pulang tapi hajat takkan kesampaian.


Satu perkara yg menyedihkan aku apabila ibu mengatakan 2 orang adikku sakit selepas pulang dari Melaka krn menyertai perkhemahan kebangsaan JPA.


Mereka juga dikuarantin & m'dapat perhatian drpd hospital. 


Masuk 4 hari sudah mereka deman tapi pihak hospital tidak membawa ke hospital krn masih dlm keadaan terkawal. 


Ya Allah selamatkanlah ahli keluargaku, guru²ku, pensyarah²ku, sahabat²ku & seluruh umat Islam drpd penyakit ini.


Ya Allah ini adalah ujian drpdMu.


Ini adalah tanda² hari kiamat di mana akan ada satu penyakit muncul.


Inilah masanya kita semua bermuhasabah diri & berdoa kpd Allah semoga dijauhi drpd malapetaka ini.


Perbanyakkanlah solat hajat & jangan terlalu gembira dgn keadaan ini.

*Marilah sama² kita mengamalkan doa ini.


Friday, July 24, 2009

Ibuku Permata Hatiku Dunia & Akhirat

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:20 AM

Nama akak di atas ni Norhaedah & boleh panggil  Cik Ida.

Cewahhhhh
H[e]h[e]h[e]h[e]h[e]
Nielah mak kesayanganku dunia & akhirat...


Terima kasih atas segala pengorbananmu & doa yg kau iringi sepanjang perjalanan hidupku.

Anakmu doakan mak sentiasa sabar & tabah melayan kerenah anak²mu...


Dah 38 hari saya bermusafir mencari ilmu di bumi Upsi meninggalkan keluarga tercinta demi mencari keredhaan Allah.

Semoga aku berjaya dunia & akhirat. 


Walaupun pelbagai ujian satu persatu muncul di depan mata tanpa disedari
  1. Handset hilang (bukalah pintu hati org yg ambil hp saya tu)
  2. Duit dirompak bersama handset (tak sempat nak kira berapa, nasib baik MSK hari tu dapat makanan free kalau tak kebulur kot)
  3. Ptptn tak masuk lagi. H[u]h[u]h[u]h[u]
  4. Banyak hutang buku perlu dibayar (kira² RM200 + fotostat + print)
  5. Hutang² lain tak tersebut pula oleh gigiku
Saya harus tabah & sabar kerana ini adalah lumrah alam. Saya tahu Allah menyayangiku krn itulah ujian diletakkan dibahuku yg lemah ini... 

Terima kasih pada sahabat² yg sentiasa memberi perangsang, kasih sayang & apa² jelah kpd saya.  Maybe saya tak dapat nak ganti sumbangan kalian pada saya tapi insyaAllah Allah akan ganti yg lebih baik di akhirat sana.

Ampun & maaf atas segala keterlanjuran bahasa, kata, kelakuan  & macam² lagi.

Andaikata suatu hari kita tak bersua muka halalkan segala²nya yg pernah diberikan kepadaku.

*Maaflah tak pandai nak tulis & berkata². Ayat pun tunggang terbalik. Macam tak belajar BM pulak masa kecik² dulu.

Wallahualam

Sunday, July 19, 2009

Al-Fatihah Tragedi Selatan Thailand

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:26 PM

Sejarah hitam keganasan Tentera & Polis
















Gambar ini saya perolehi di Mahasiswakini.com. 
Hiba hati ini melihat gambar² tersebut.
Ke mana hilangnya keperimanusiaan?
Untuk keterangan lanjut layari website Mahasiswakini

Wednesday, July 15, 2009

Syam, Aisyah dan Nurul

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:32 AM


Nama muhammad nor syam bin herman

ble panggil syam
lahir pada 22 disember 1999 bersamaan 14 RAMADHAN 1420
anak ke 7 daripada 9
belajar di sekolah kebangsaan pantai
sangat nakal dan suka membuli
bakat terasah melalui bermain alat muzik(recorder)
pandai menari dan berenang
kakak harap syam jangan nakal kalau sda besar dan belajar bersungguh-sungguh walaupun sekarang malas belajar



suka dengan kereta lama
Love syam so much


    Ni noraisyah binti herman..

      ble panggil ica..
        ica lahir pada 2 jun 2001 bersamaan 11 RABIULAWAL 1422..
          merupakan anak ke 8 daripada 9
            belajar di sekolah kebangsaan pantai
              mempunyai cita-cita yang tinggi
                ingin menjadi seorang guru
                  suka merajuk dan menangis
                    selalu dibuli oleh abang2nya
                      harap ica belajar bersungguh-sungguh untuk masa hadapan dan jangan hanya sewaktu kecil sahaja semangat berkobar-kobar.insyaAllah

                      dianugerahkan sijil pelajar cemerlang

                      Love ica so much


                        Nama budak ni nurul hidayah binti herman..

                          nama timangan adik nurul..
                            nurul anak ke-9 dari 9 org adik-beradik..
                              nurul lahir pada 30 april 2003 bersamaan 28 safar 1424..
                                nurul suka makan mee goreng..
                                  sekarang nurul bertadika di Tadika perpaduan batu arang..
                                    nurul seorang yang lambat menerima pelajaran akibat masalah ketika kelahirannya..sewaktu lahir nurul langsung tidak menangis dan dimaklumkan kemungkinan besar sawan. oleh itu, nurul terpaksa dimasukkan dalam kaca tempoh 1/2 bulan..alhamdulillah hampir sebulan baru mengeluarkan tangisan yang ditunggu-tunggu selama ini dan doktor mengesahkan sihat tanpa sebarng penyakit..sehingga kini terdapat parut di atas tangan akibat jarum yang dipasang untuk memasukkan air sepanjang dalam kaca..kalau nak diimbas kembali, nurul tidak seperti kami sewaktu dilahirkan kerana dia memiliki kulit yang sangat putih seperti anak cina dan rambut keperang-perangan..tetapi kini kulitnya sudah berubah kerana suka main-main panas tapi rambut tetap seperti dulu..saya sayang adik..


                                    sambut hari guru, hari ibu di tadika

                                    Love nurul so much

                                    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...