Photobucket

Friday, December 30, 2011

Tudung Labuh itu KOLOT?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:35 PM

Selepas UPSR, saya di hantar ke sekolah agama oleh ibu bapa. Bukan atas kehendak sendiri. Saya juga tidak membantah. Hanya krn sepupu perempuan saya turut belajar di situ, saya tidak keberatan.

Saya juga pernah menghadiri temuduga utk memasuki Kospint yakni Imtiaz sekarang. Hampa krn tidak terpilih.

Seperti yg umum maklum, belajar di sekolah agama menuntut pelajar perempuan memakai tudung labuh. Saya ketika itu masih belum faham kenapa perlu memakai tudung labuh.

Adakah tudung segi tiga masih belum menutup aurat?

Tetapi, soalan itu hanya berlegar di fikiran. Tidak pernah diluahkan & tidak pernah dikaji.

Timbul rasa jengkel juga di hati, "selekehlah pakai tudung labuh", "nampak gemuk", "tak smart langsung".

Oleh sebab itu, apabila diadakan aktiviti sukan atau apa² aktiviti di luar waktu persekolahan, saya akan menyarung tudung segi tiga biasa menggantikan tudung besar itu. Saya kurang rasa bersalah krn senior juga begitu.

Tiada lagi tudung labuh apabila menghadiri latihan kawat pd waktu petang, atau latihan utk hari sukan krn tiada seorang pun guru yg menegur. Kalau ada pun, bukan saya yg ditegurnya. Saya rasa selamat utk memakai tudung segi tiga.

Begitu juga apabila keluar dr asrama, selain drpd outing pd waktu persekolahan, terutama apabila bersiar² dgn keluarga atau kawan², saya tidak pernah sekalipun memakai tudung labuh sekolah apatah lagi mahu mempunyai koleksi tudung labuh yg lain. Sungguh waktu itu, tudung labuh bagi saya adalah kolot. Ketinggalan zaman.

Bermula dr tingkatan 1 hinggalah tingkatan 3, tiada input yg saya dapati sama ada dlm waktu persekolahan atau selepas waktu persekolahan berkenaan kebaikan memakai tudung labuh. Tiada sesiapa pun yg menceritakan kpd kami sebab² para pelajar perempuan di sekolah ni diwajibkan pakai tudung labuh.

Yg ada hanya guru yg menyindir kami dgn kata²:
"Korang ni bila kaki dah langkah luar pagar sekolah, tudung labuh entah ke mana, baju ketat, seluar ketat, tudung kecil". 

Saya hanya mencebik. 
Apa salahnya tudung kecil!!!

Di mata saya tudung labuh hanya dipakai oleh ustazah. Tapi, pemikiran itu berubah sedikit apabila guru Sains saya memakai tudung labuh juga. Tapi, saya malas memikirkan tentang perihal tudung labuh ini.
"Yg penting aku dah tutup aurat sepenuhnya, ok lah".

Meskipun spotcheck tudung selalu dilakukan, kami tidak pernah serik. Undang² sekolah kami tidaklah seketat sekolah agama yg gah & hebat yg lain. Tudung pelajar perempuan tidak boleh atas drpd paras siku.

Peraturan ini boleh diterima lagi krn ada sekolah yang mewajibkan tudung pelajarnya mesti bawah pergelangan tangan. Tapi, para pelajar yg "rimas" telah dididik oleh para senior supaya memendekkan tudung dlm erti kata yg lain, tudung yg labuh diubah suai agar ianya atas drpd siku.

Bagi kami, tudung sebegini nampak lebih kemas. Stok tudung labuh tetap ada utk kecemasan yakni spotcheck. Hanya dipakai apabila tersebar khabar angin bahawa pagi itu akan dilakukan spotcheck.

Usai keputusan PMR diumumkan, saya mendapat tawaran ke sebuah MRSM di pantai timur. Alhamdulillah. Bolehlah keluar dr kongkongan sekolah agama ni. Mimpi saya ialah peraturan akan lebih longgar, pelajar boleh pakai apa² sahaja yg disukai, ber'couple' tidak akan jadi halangan, pendek kata moden.

Tapi, impian itu bertukar 180 darjah. Kami diwajibkan solat Subuh, maghrib & Isyak secara berjemaah, diwajibkan memakai stoking apabila keluar dari asrama, dilarang ber'couple', tidak boleh memakai scarf kepala yg menutup hanya separuh, track suit yg mencekik di bahagian bawah dilarang sama sekali, handsock diwajibkan.

Tambahan lagi, di dlm kelas pelajar perempuan mestilah duduk belakang pelajar lelaki menyerupai saf dlm solat, tudung yg jarang akan dihukum, tudung yg tidak melebihi bahu akan didenda, seakan² peraturan bertambah ketat berbanding sekolah agama saya dahulu.

Dan tentunya peraturan ini sebenarnya telah termaktub sebagai perintah Allah S.W.T sendiri. Cuma tidak diperincikan sahaja. Allah S.W.T menyuruh kita menutup seluruh anggota badan kecuali tangan & muka. Maknanya, kaki juga aurat wahai diri. Peraturan ini dianggap mengongkong bagi pelajar yg jiwanya masih terbelenggu dgn dosa termasuk saya.

Tapi, Alhamdulillah jauh di sudut hati saya, saya mengagumi peraturan ini. Seolah²,
´.✿ Allah S.W.T ingin menjaga kami para pelajar wanita drpd terjerumus dlm dosa. 
´.✿ Allah S.W.T ingin menjaga kami drpd pandangan jahat lelaki berhati kotor. 
´.✿ Allah S.W.T ingin mendidik kami ke arah lebih solehah.

Bermulanya detik saya mengenali Allah S.W.T lebih dekat. Majlis² ilmu yg dihadiri mula membuka hati saya yg tepu dgn dosa. Selain itu, ada beberapa senior yg bertudung labuh yg membuatkan hati saya terdetik:
"Kenapa mereka memilih pakai tudung labuh sedangkan MRSM tidak mewajibkan pelajarnya bertudung labuh"?

Kagum. Mereka satu dlm sejuta. Permata di celahan kaca.

Satu kejutan apabila melihat seorang sahabat yg baru dikenali ketika orientasi yg pd awalnya bertudung segi tiga secara drastik bertukar kpd tudung labuh. Lalu, saya bertanya mengapa. Beliau dahulu bersekolah agama, ceritanya lebih kurang seperti saya.

Katanya, hatinya terdetik utk berubah apabila menghadiri satu ceramah yg disampaikan oleh Ustaz Zolkolnain Singah, ustaz yg kami kagumi, berkenaan mayat seorang lelaki yg berusia 18 tahun di Timur Tengah yg digali semula selepas 3 jam utk dibedah siasat. Meskipun hanya 3 jam berada dlm liang lahad, mayatnya hampir tidak dikenali.

Rambutnya beruban, mulutnya dipenuhi darah, riak wajahnya ketakutan seolah² baru melihat sesuatu yg dahsyat, matanya tersembul keluar, tulang rusuknya patah seolah² dipukul oleh sesuatu, badannya dipenuhi darah & lebam kesan paluan! La haulawala quwwata illa billlah.

Ayahnya memaklumkan apabila ditanya bahawa anaknya itu sepanjang hidupnya tidak pernah solat, minum arak & berzina. 

Lalu terdetik dlm hati sahabat saya andai kata beliau mati: 
´.✿ Apakah sudah bersedia dgn amalan yg dilakukan?
´.✿ Adakah auratnya sudah sempurna ditutup?

Perubahan yg dirasakan agak payah tetap dilaksanakan demi kematian yg bakal menjelma. Ya, sahabat sekeliling memandangnya dgn kehairanan. Tetapi, semangatnya utuh.

Di awal tahun tingkatan 5, kami diwajibkan menyertai Kem Jati Diri yg menuntut kami beraksi lasak. Memanjat, berkayak, berenang dlm lumpur, berlari, mengangkat beban, denda kami adalah push up.

Saya terfikir bagaimana sahabat saya yg bertudung labuh itu menghadapi semua ini. Bayangkan dlm lumpur, dgn tudung labuhnya, dia masih kental beraksi. Saya kagum.

Lalu, saya mula mencari sebab kenapa perlu bertudung labuh. Allah S.W.T telah mengilhamkan. Meskipun saya bertudung seperti kebanyakan orang lain, yakni tudung segi tiga yg bagi saya sudah menutup aurat, tetapi saya berasa rimas & takut utk berada di hadapan lelaki.

Tudung saya tidak menutup sepenuhnya bahagian belakang. Seolah² mereka nampak apa yg sepatutnya mereka tidak nampak. Iaitu tali baju dalam. Maaf kerana agak peribadi. Tetapi ya, saya langsung tidak selamat. Apatah lagi jika memakai baju yg jarang & nipis.

Satu lagi sebab, meskipun tudung saya melepasi dada, tetapi andai kata angin bertiup kencang, tudung akan terselak lalu dgn mudahnya dada kelihatan. Lalu saya meneliti kakak² yg bertudung labuh, apabila tudung mereka ditiup angin, ia masih tidak menampakkan dada mereka. Krn tudung itu labuh lalu ia menutupi bahagian sisi dada mereka. Subhanallah.

Ditakdirkan kami sekelas ketika tingkatan 5. Waktu itu saya mula mengubah cara pemakaian tudung sedikit demi sedikit. Drpd tudung bawal ke arah tudung cotton yg tebal.

Kemudian beralih ke tudung bidang 60. Terdetik juga mahu memakai shawl. Pendek kata saya masih mencari identiti. Tapi di sekolah, saya tetap bertudung segi tiga kecil. Masih belum berani utk konsisten.

Sehinggalah suatu ketika, entah kenapa, saya tiba² teringatkan tudung labuh saya yg dipakai sewaktu sekolah agama dahulu yg kini hanya terperuk dlm almari. Lalu, saya meminta ibu mengirimkan tudung tersebut krn saya mahu menjahit tudung labuh saya sendiri.

Bermakna saya mahu memakai tudung labuh. Keinginan itu disuarakan kpd ibu & kpd sahabat saya tadi. Mereka gembira. Saya mendapat semangat. Lalu proses menjahit siap cuma tinggal mahu memakai ataupun tidak.

Tiba waktu prep, saya meminta roomate menemani saya menuju ke kelas. Alhamdulillah, kami tidak bertembung dgn sesiapa pun waktu itu. Saya selamat tiba ke kelas. Pandangan pertama sahabat sekelas tidak akan dilupakan.

Rasa malu menyelubungi lalu saya menyendiri di satu sudut utk seketika. Tapi sahabat sekelas saya ibarat adik-beradik sendiri, mereka berpura² tidak perasan akan perubahan itu demi menjaga hati saya. Lalu, prep pun berjalan seperti biasa. Saya tidak rasa janggal lagi.

Bermula dr hari itu, beberapa sahabat juga telah mula bertudung labuh, tapi kami masih golongan minoriti. Beberapa pelajar lelaki yg mungkin tidak tahu kerap mengusik dgn kata² yg lebih kurang, 

"kaya betullah korang, banyak duit nak beli kain!", "boleh buat sapu lantailah kalau macam ni", "wei, ustazah, ustazah!".

Ketika kami masih "diusik", Allah S.W.T telah menenangkan hati kami melalui tulisan Fatimah Syarha dlm kolum beliau menerusi majalah Solusi. Masih saya ingat tajuknya "Corat-coret Kisah Tudung Labuh".

Pengalaman Fatimah Syarha bertudung labuh menaikkan lagi semangat kami utk istiqomah. Lalu, saya & sahabat terus menfotostat kolum itu & ditampal ke semua kelas. Sebagai usaha kami membela wanita yg bertudung labuh.

Kelegaan yg amat. Bermula dr hari itu, kami kurang menerima usikan² mereka.

Terima kasih Allah S.W.T krn memberi ilham kpd Fatimah Syarha utk menulis tentang tudung labuh. Hebatkan Allah S.W.T!!!

Kuncinya hanya satu, jika kita berubah krn manusia, perubahan itu tidak akan kekal. Jika berubah krn Allah S.W.T, tidak kira banyaknya dugaan, kita akan tetap konsisten. InsyaAllah.

Semoga pengalaman yg biasa ini dapat membantu.


>>ILUVISLAM<<

Wednesday, December 28, 2011

Imtihan yg Terakhir Kali

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:18 PM



Sahabatku,
Inginku ucapkan najah fil imtihan
Buat sahabat seperjuanganku,
Iringilah perjuanganmu dgn, 
Doa & tawakkal kpd Allah,
Bersungguh²lah sahabatku,
Jadilah manusia yg berjasa pada Islam,
Dlm tujuan mendapat redha Allah...



Sahabatku,
La Tansa bizikrillah wa la taiasu min rahmatillah!!!
Jangan sesekali kamu lupa dgn Allah, 
Nescaya Allah akan lupa kamu sebagaimana, 
Kamu lupa pada-Nya,
Jadikanlah Allah sebagai tempat pergantungan
Sepanjang hidup kamu, 
Berpegang teguhlah dgn “tali Allah”,


Sahabatku, 
Inginku mengingatkan bahawa,
Perjuangan kita masih belum berakhir sebaik sahaja, 
Titisan qalammu menoktahi di atas kertas imtihanmu yg terakhir,
Malah ia adalah titik perjuanganmu yg baru,
Dlm arena Dakwah & Tarbiyah serta Jihadmu...



Sahabatku,
Maralah ke depan menuju era pembangunan Islam,
Mengukuhkan panji & syi`ar Islam drpd dirampas, 
Dirampas dari kaum yg ingkar akan perintah & suruhan Allah...



Sahabatku,
Perjalanan para du`at (penyebar agama Allah) tidak akan pernah terhenti, 
Begitu juga para Tullabul `ilmi (penuntut Ilmu) yg sentiasa dahagakan ilmu,
Mereka tidak akan pernah berhenti selagi,
Kematian tidak menemui mereka...




Sahabatku,
Bersamalah menuju ke menara gading,
Teruslah menguasai ilmu selagi hayat di kandung badan, 
Kemudian binalah “baitul muslim” yg kukuh,
Krn “baitul muslim” adalah asas pembentukan daulah Islam...



Sahabatku,
Ingatlah kata² akhirku,
Sebelum kamu melangkah ke alam realiti,
Realiti yg penuh dgn cabaran,
Kukuhkanlah Iman kamu dgn pelbagai persediaan,
Teguhkanlah jati diri kamu supaya kamu, 
Tidak mudah “patah” drpd panahan nafsu dunia...





Tuesday, December 27, 2011

Ibu Solehah Pembentuk Generasi BertaQwa

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:41 PM

Suatu petang, di sebuah masjid di perkampungan Mesir. 

Seorang ustaz sedang mengajarkan murid²nya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba² masuk seorang anak kecil yg ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira² 9 tahun.

Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dgn senyumnya yg lembut, dia bertanya kpd anak yg baru masuk tadi, 
"Ada ayat yg kamu hafal dlm Al-Qur’an?"

"Ya," jawab anak itu singkat.

"Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?" pinta ustaz.

Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,
“Adakah kamu hafal surah Tabaraka (Al-Mulk)?” 

“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. 

Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dgn kemampuan hafazan si anak kecil itu, meskipun usianya lebih muda berbanding murid²nya yg ada.

Dia pun cuba bertanya lebih jauh: 
“Kamu hafal surat An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dgn sangat lancar sehingga kekagumannya semakin bertambah. 

Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah² yang lebih panjang.
“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan & membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. & ustaz itu semakin teruja dgn pertanyaan terakhir,
“Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an?”

“Ya,” jawabnya dgn jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, 
“Subhanallah wa masyaallah, tabarakkallah.”

Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kpd murid barunya,
"Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibu bapamu. Ustaz ingin berkenalan dgnnya".

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya seperti pesan ustaz kpdnya. Melihat ayah dr anak tersebut, si ustaz bertambah kaget krn gayanya tidak langsung seperti orang alim, terhormat & pandai.

Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, 
“Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dr anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya di sebalik anak kecil ini ada seorang ibu yg sekuat seribu lelaki. Di rumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yg semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun,  & sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.

Ibu mereka ketika anak² itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an & selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti & tak pernah bosan. Dia selalu katakan kpd mereka,
"Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yg menentukan makan malam ini."

"Siapa yg paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yg berhak memilih ke mana kita boleh bersiar² nanti."

"Itulah yg selalu dilakukan ibunya sehingga tercipta semangat bersaing & berlumba² antara mereka utk memperbanyak & mengulang² hafalan Al-Qur’an mereka," jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yg boleh melahirkan anak² yg luar biasa. Hanya seorang ibu yg biasa. Setiap kita & semua ibu bapa tentu bercita² anak²nya menjadi generasi yg soleh, cerdas & membanggakan. Tapi tentu perkara itu tidak mudah.

Apatah lagi membentuk anak² itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih & susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,
"Di sebalik anak ini ada seorang ibu yg kekuatannya sama dgn seribu lelaki."

Ya, perempuan yg telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yg baik utk kehidupan anak² adalah tidak mudah. Hanya orang² yg punya kemahuan & motivasi yg boleh melakukannya. & tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yg lain.

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yg mewariskan kesolehannya ke dlm kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yg pernah diwasiatkan Rasulullah saw kpd kaum lelaki utk mereka jadikan pendamping hidup di antara sekian banyak wanita.

Dgn menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya seperti sabda Rasulullah saw, 
“Wanita dinikahi krn 4 perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yg taat beragama, nescaya engkau beruntung.” (HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yg dikenalkan kpd kita dlm cerita di atas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak²nya baru belajar bercakap. Tidak. Tapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan utk mengakrabkan mereka dgn bacaan² Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dlm keadaan kehamilannya yg berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu utk membaca Al-Qur’an, memperdengar janin yg ada di rahimnya, dlm keadaan berbaring, duduk mahupun bersandar. Perjuangan itulah yg berat tapi itu pulalah yg kemudian memudahkan lidah anak²nya merangkai kata demi kata dr ayat² Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Semoga dr kisah di atas dapat kita ambil pelajaran & menjadikan teladan.

Monday, December 26, 2011

Percubaan Pertama Masak SPAGHETTI

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:43 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Entry kali nie nak share tentang aktiviti yg DG kami buat utk perjumpaan kali nie.

Masa mula² ummi DG (Ukhti Dalilah) sms nak main masak² tak tanya pula nak nak masak apa. Just balas "InsyaAllah, baiklah"

Seusai saja solat Asar kami berkumpul di rumah ummi DG. Wana pergi seorang² sebab Ukhti Linda (adik DG II) tak dapat datang. Dia balik rumah makciknya di Kajang.

Sampai² kat rumah ummi DG, ummi DG bagitahu nak masak SPAGHETTI resepi adik DG I (Ukhti Ain Fikri). Wah, waktu tue gembira sangat sebab dah lama nak tahu cara² masak SPAGHETTI.

Sementara tunggu semua adik-beradik DG datang, saya & ummi DG mencuci semua bahan² yg akan digunakan utk masak SPAGHETTI. Bahan² yg digunakan ialah 
´.✿ Spaghetti sepaket,
´.✿ 2 batang lobak merah, 
´.✿ 2 biji bawang besar, 
´.✿ 4 biji tomato segar & ranum, 
´.✿ 1 tin (400 ml) susu sejat, 
´.✿ 1 tin (400g) tomato puri, 
´.✿ Ayam yg telah disembelih dgn cara ISLAM, 
´.✿ 3 sudu besar minyak masak, 
´.✿ 1 kiub stok pengganti HAJI NAIK MOTOR (aji na moto ^_^)
´.✿ Garam & gula secukup rasa

Apabila bahan² dah cukup bolehlah memulakan proses potong memotong & masak memasak. Jom ikuti resepi yg diajar pd KAMI ^_^

1. Sebelum tue, ayam yg dah siap dibasuh dgn bersih akan dimasak dahulu dgn air.

2. Bawang besar, tomato & lobak dipotong dadu sekecil²nya (2.5mm x 2.5mm)
P/s: Tak perlu ukur guna pembaris pun. Agak²lah nampak kecil tue kira oklah ^_^.



3. Inilah hasil setelah bawang, lobak, tomato dipotong dadu. Ayam yg telah direbus pun bolehlah dicarik² menjadi kecil.
:)Waktu potong memotong, adik DG III (Ukhti Azlina), share satu ilmu tentang buah²an & sayur²an. 
:)Sebenarnya, kelebihan banyak² buah²an & sayur²an yg ALLAH ciptakan nie dapat dilihat dari struktur buah²an & sayur²an itu sendiri. 
Contohnya lobak baik utk mata dapat dilihat dalam lobak sendiri apabila ia dipotong. 

:)Percaya tak? Kalau was² juga jom tengok video kat bawah nie. Sebelum tengok video nie, tutuplah lagu kat blog wana dulu ye.



Subhanallah. Kagum tak?

"Setiap yg Allah ciptakan tidak kira walau ia sebesar zarah sekalipun ia pasti ada kebaikan & tujuannya serta hikmahnya."

4. Berbalik dengan aktiviti masak memasak kami, apabila dah proses potong memotong bolehlah proses masak memasak pula dijalankan. Wana akan terangkan berdasarkan gambar di bawah. So pandai²lah padankan kenyataan dgn gambar.



1. Rebus air dlm periuk, bila air mendidih baru masukkan SPAGHETTI. Kacau sekali-sekala & masukkan satu sudu teh minyak agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

2. Panaskan minyak & masukkan bawang besar cincang bila minyak dah panas. Jangan dibiarkan garing, cukup sekadar bawang layu.

3. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu.

4. Masukkan ayam dah dicarik².

5. Masukkan semua lobak & masak sehingga lembut.

6. Bila nampak semua susu telah diserap ayam, masukkan tomato puri.

7. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kami guna air rebusan ayam ^_^.

8. Masukkan tomato segar. Kacau sos sambil ditekan² tomato yg nampak berbiji hingga hancur.

9. Masukkan kiub, garam & gula secukup rasa.

10. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.

Dan inilah hasilnya masakan kami hari ini sehingga membuatkan kami kenyang. Sedap hingga nak tambah lagi tapi perut tak muat dah. Alhamdulillah ya Allah..

Setakat nie je perkongsian utk hari nie. Rasa gembira dapar belajar satu resepi baru & insyaAllah boleh diaplikasikan pada masa akan datang. Syukran ummi DG, adik DG I & adik DG III. "Ana uhibbukumfillah abadan abada." 

Adik DG II jangan jeles tau, insyaAllah nanti kita belajar resepi lain pula.

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati² ini,
Telah berkumpul krn mengasihi-Mu,
Bertemu utk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati² ini telah mengikat janji setia utk mendaulat & menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati² ini,
Akan jalan-Nya yg sebenar,
Penuhkanlah hati ini dgn cahaya Rabbani-Mu,
Yg tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati² ini dgn limpahan Iman & keyakinan,
& keindahan tawakkal kpdMu,
Hidup suburkanlah hati² ini dgn ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu,

Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati² ini,
Sebagai para syuhada dlm perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik² sandaran & sebaik² penolong,

YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."
Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...