Photobucket

Monday, May 2, 2011

As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:17 AM 28 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...


"Dari kerusi roda itu, dia menggoncang dunia untuk kemerdekaan Palestina"

Tahu tak siapa beliau?

Hari ini nak berkongsi tentang seorang tokoh kontemporari iaitu AS-SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN 1938-2004. Sahabat² kenal tak dgn beliau? 

Hmmm.. Sebenarnya saya pun tidak seberapa kenal dgn siapa beliau sebelum ini. Kenapa ramai sangat orang kagum dgn beliau? Tapi alhamdulillah, kak Anisa Husna (AniUna) telah menceritakan sedikit latar belakang beliau sehingga bagaimana beliau menemui ajal berdasarkan sebuah buku yg pernah dibacanya. (tapi kak AniUna tak ingat buku apa. Kalau ada yang tahu tajuk buku tu inform saya ya). 



:: Kagum dengan beliau. Kenapa? 


Sebab walaupun beliau lumpuh, cacat anggota, berkerusi roda & suda tua namun tidak menjadi penghalang kepadanya utk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam & jihad menghadapi penjajah Yahudi. Hatinya tegar, jiwanya besarAllahuakhbar!!!




Keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan baginya baik penjara regim Sekular Palestin, PLO (Yaser Arafat) – sekarang "Fatah" atau "penjara Israel".




Sebahagian besar hidupnya dihabiskan di atas kerusi roda yg ditolak oleh pembantunya. Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, 


*☆ Namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yg kabur  &  telinga yg tidak dapat mendengar lagi dgn baik. Ditambah dgn penyakit jantung serta gangguan pencernaan.


Siksaan berterusan membuatkan fizikalnya menjadi semakin lemah. 


*☆ Namun, fizikalnya yg rosak bukan penghalang baginya utk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah  &  para pejuang Palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi Israel. Setiap patah kata ² nya diterima pakai & dilaksanakan.


Tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’  &  memprovokasi massa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dgn penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan.


Tahun 1987, "Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah(Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Ahmad Yasin diangkat menjadi amir pertama. 


Hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Namun, mereka tetap menjaga hubungan dgn gerakan kemerdekaan Palestin yg lain seperti PLO yg agak berhaluan sekular. Tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar²an Palestin kali pertama dibangkitkan.

***************************************

:: Sedih dengar cara kematian beliau. JAHATNYA YAHUDI. YAHUDI LAKNATULLAH (pernah dengar satu ceramah kalau dengar perkataan YAHUDI sambung dgn perkataan LAKNATULLAH). Tak sanggup nak tengok gambar beliau ditembak di kepala seusai solat subuh. Kugagahkan diri untuk melihatnya  &  beginilah keadaannya...


Melihat gambar ini sahaja begitu meruntun hatiku








Dan ini lagi. MasyaAllah begitu kejam kamu YAHUDI LAKNATULLAH


Bayangkan sahaja mayat As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin dikutip satu persatu memandang berterabur selepas ditembak 3 peluru sekaligus. Saya tak dapat bayangkan..


Sedih tak? 

Kalau kita yg tidak berada ditempat kejadian sedih, inikan pula mereka berjuang bersama dgn beliau yg melihat depan mata peluru menghancur-beraikan otaknya. 





Allahurabbi. Lihatlah bagaimana keadaan beliau...



Nak tahu bagaimana ini semua berlaku? Teruskan membaca...(",)

Detik² akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah utk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yg ditembak oleh helikopter Apache tepat mengenai kepala  &  tubuhnya. Kepalanya hancur  &  tangannya putus. Kerusi roda yg dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu  &  dimasukkan ke dlm plastik.

Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari² terakhir suaminya sudah dirasai oleh As-Syahid Sheikh Yasin sendiri. 

“Saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan  &  memang itulah yg saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata² As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin pada anak²nya.

Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy  &  berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudian beliau menunaikan Solat Subuh. 


Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid  &  mereka bertindak mengambil tayar² serta membakarnya agar asap yg naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Ahmad Yasin melarangnya. 

Beliau terus keluar dari pintu masjid  &  sejurus itu, peluru menghentam beliau  &  para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.


Sedih memang sedih tapi bila dihitung², bila dicongak², bila dibilang² kita ini sedar tak tanggungjawab memperjuangkan Islam di bumi PALESTIN? Kita ini sedar tak tanggungjawab membebaskan PALESTIN daripada genggaman YAHUDI LAKNATULLAH? Macam mana? InsyaAllah jika diberi kesempatan satu entry tentang "Tanggungjawab Kita Pada Palestin" akan saya tulis

*******************************************

Hayati setiap bait kata² As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pada kita..


:x Wahai anak²ku, telah tiba saatnya kalian 1-kembali kpd ALLAH dgn meninggalkan pelbagai keseronokan, kealpaan kehidupan & menyingkirkannya jauh drpd kehidupan kalian. 

:xTelah tiba saatnya kalian 2-bangun & melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya utk kalian 3-menghiasi diri dgn akhlak yg mulia, 4-mengamalkan kandungan al-Quran serta 5-mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

:xAku menyeru kalian wahai anak²ku untuk 6-solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak ² ku, utk 7-mendekat diri kpd sunnah Nabi kalian yg agung.

:xWahai para pemuda, aku ingin kalian 8-menyedari & menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dgn meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian utk 9-menghadap ALLAH SWT & memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yg berkat kpd kalian. Aku menyeru kalian supaya 10-menghormati orang yg lebih tua & 11-menyayangi orang yg lebih muda.

:xAku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan² muzik yg melalaikan, melupakan kata² yg menyebutkan cinta kpda manusia & dunia serta menggantikannya dgn kata amal, kerja & zikir kpd ALLAH. Wahai anak²ku, aku amat berharap kalian 12-tidak sibuk dgn muzik13-tidak terjerumus ke dlm arus syahwat.

:xWahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kpd ALLAH akan 14-mengenakan hijab secara jujur & betul. Aku meminta kalian berjanji kpd ALLAH bahawa kalian akan 15-mengambil peduli tentang agama & Nabi kalian yg mulia. Jadikanlah ibunda kalian, 16-Khadijah & Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian utk melakukan sesuatu yg boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

:xKepada semua, aku ingin kalian 17-bersiap sedia utk menghadapi segala sesuatu yg akan datang. 18-Bersiaplah dgn agama & ilmu pengetahuan. Bersiaplah utk belajar & mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dlm kegelapan yg pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik & peralatan elektronik. Latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakan kehidupan yg sukar.

:xBiasakan diri kalian agar dapat 19-melindungi diri20-membuat perancangan utk masa depan. Berpeganglah kpda agama kalian. Carilah sebab²nya & tawakal kpd ALLAH.


".... meskipun mereka membunuh As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, maka akan dikeluarkan utk mereka 100 orang As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.. Mereka mimpi jika menganggap bahawa pembunuhan akan menghentikan perlawanan.. yg terjadi adalah pembunuhan akan menambah kekuatan kami di atas kekuatan sebelumnya....."

Allahuakhbar, melihat pengorbanan As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin, terasa malu pada diri sendiri. Belum layak & jauh sekali diri ini dikira sebagai mujahidah agama. Masih banyak lagi tugas yg perlu saya & kita² lakukan. 


Mari kita usahakn bersama² utk memperbaiki diri & mengajak sahabat yg lain ke jalan perjuangan Islam ini. 


Semoga Allah menguatkan hati² kita utk memperjuangkan & menegakkan Islam sehingga hela nafas yg terakhir & janganlah pula Allah campakkan kita menjadi golongan yg tercicir..

Syukran Jazilan Khatiron krn sudi membaca hingga akhir.


Al-Fatihah buat As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin

28 123 Bingkisan Sahabat:

aku first dengar pasal beliau nih time first time ikut program shahadatul haq dulu.antara banyak2 cerita yang akak cerita,cerita pasal dialah yang paling aku ingat sebab aku rasa cara dia mati tu memang sangat menyedihkan.semoga roh beliau dicucuri rahmat.Amin.

apanya tidak 3 peluru berpandu mmg tepat pd kepalanya...

SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

mohon inform di sini tajuk buku nya boleh?
atau leh tak cadangkan ape apa tajuk yang menceritakan ttg beliau

salam,mohon share di sini ya tajuk bukunya atau boleh cadangkan ape2 buku yang mencritakan perjuangan beliau..jzk

wsalam..
sy pun tengah mencari bukunya..
buat masa tak tahu pun buku apa..
nnti dah tahu sy inform erk..

Allahuakbar...al-fatihah...

sngguh tegar jiwanya, sungguh suci pengorbanannyam, sungguh hebat perjuangannya...

thabbit quluubana 'ala dinnik wa toatik..amin

salam ukhwah..saya nak dowload lagu arab blog kamu ni..kat mn nak cari..saya dgr membkr semngt mujahidah dlm diri...terima kasih

salam ukhwah..saya nak dowload lagu arab blog kamu ni..kat mn nak cari..saya dgr membkr semngt mujahidah dlm diri...terima kasih

salam ukhwah..saya nak dowload lagu arab blog kamu ni..kat mn nak cari..saya dgr membkr semngt mujahidah dlm diri...terima kasih

salam ukhwah..saya nak dowload lagu arab blog kamu ni..kat mn nak cari..saya dgr membkr semngt mujahidah dlm diri...terima kasih

boleh cari kat youtube Fares - Albi Nadak(seruan hatiku)

terima kasih...tulis g banyak2 ttg tokoh islam..best

Jazakallahu khairan kathira....smlm ade sahabat kuarkan amanat Sheikh Ahmad Yassin dlm fb.Saya mcm terbangun dr tidur...sye hmpir lupe siape sheikh.Malu saye.Tahajud td sye bgn dgn kekuatan dr amanat sheikh...Subhanallah...Nak cari siape sheikh...di sini saye menumpang lalu...

wa iyyaki..
Subhanallah..
Allah masih beri ruang & kesempatan mengenali al-marhum syeikh ahmad yassin.. =)

Assalamualaikum. Jazakallahu khairan kathira. MashaAllah, sungguh kuat semangat almarhum untuk berjuang demi palestine tercinta :'( Dan menitis air mata baca entry nih. Mohon share yer :-)

waalaikumussalam...
Wa iyyaka =)
Betul tue..smgtnya patut dicontohi..
share je...tafadhol

Assalamu'alaikum..terima kasih..sedih saya baca post ini.

Sy mula tahu hal as syahid syeikh ahmad yasin setelah daurah..

manakan tidak, penceramahnya syeikh nader yang sanggup turun dari mesir ke jakarta dan singgah di malaysia.

dia tunjukkan gambar syeikh ahmed yassin dan tanya, " Siapa dia?"

satu dewan sunyi..dan sy rasa malu kerana tak tahu.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali... semoga roh beliau tenang disisi Allah yang dicintai...amin...

To Maryam Ahmad

Waalaikumussalam..Alhamdulillah sekurang2nya dah kenal.. ^^

Jazakillahu khairan kathira tentang perkongsian tokoh islam ini.

Antara tokoh yang amat saya kagumi selepas Sayyidina Umar Al Khattab. Saya amat bersyukur walaupun tidak sempat melihat beliau 'in person' tetapi saya dapat mendengar ceramah yang disampaikan oleh anak beliau sewaktu anak beliau, Abdul Hamid berkunjumg ke Malaysia beberapa tahun yang lepas. Wajah anaknya mirip beliau.

Semasa menunaikan umrah awal tahun ini saya terpaku seketika di hadapan pintu King Fahad melihat seorang lelaki Arab yang sedang berdiri kerana wajahnya mirip As syahid Sheikh Ahmad Yasin... Semoga Allah menempatkan beliau bersama para syuhada...Al Fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...