Photobucket

Tuesday, January 10, 2012

Panglima KHALID AL-WALID diPECAT oleh AMIRUL MUKMININ

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:56 AM 3 comments

Marilah kita menelaah semula peristiwa pemecatan Khalid ibnu Al Walid R.A dari jabatannya sebagai panglima tertinggi angkatan tentera Islam yg dilakukan oleh Khalifah Umar Al Khattab R.A. Pemecatan tersebut adalah satu peristiwa sejarah yg sangat mengkagumkan, peristiwa yg menayangkan keunggulan peribadi pejuang fi sabili' Llah. Dlm perhitungan rakyat jelata, tentu sahaja pemecatan tersebut merupakan tindakan yg tidak bijaksana. 

Bagi mereka yg tidak berada di lapangan pentadbiran, mereka melihat Khalid dgn sifat kepahlawanannya yg luar biasa itu merupakan orang yg paling tepat utk jabatan panglima agung & tidak ada sebab yg jelas mengapa ia harus dipecat. Tapi Umar dgn ketajaman pandangannya dapat melihat apa yg orang lain tidak mampu melihatnya. Lalu beliau mengambil tindakan pemecatan tersebut dgn bertawakkal kpd Allah & menuluskan niat utk mencari keredhaanNya semata. 

☑ Siapa yg tidak kenal Sahabat Rasulullah S.A.W, Saidina Umar al Khattab R.A yg memikul amanah sebagai seorang khalifah selepas Saidina Abu Bakar as Siddiq R.A

☑ Dan siapa pula yg tidak mengenal pakar strategi di medan perang, Khalid bin Al Walid

Kedua²nya adalah tokoh pejuang di belakang Baginda Nabi S.A.W.

Apabila arahan pemecatan dikeluarkan oleh Khalifah Umar Al Khattab, Khalid R.A yg digelar pedang Allah menerima berita pemecatan tersebut dgn hati yg lapang. Dgn penuh rela diserahkan jabatannya kpd pengganti yg baru ditauliahkan oleh Umar iaitu Abu Ubaidah ibnu Al Jarrah

Khalid R.A sendiri barangkali tidak tahu dgn pasti mengapa pemecatan ini dilakukan, tapi yg jelas ialah Khalid tidak meragui keikhlasan Umar Al Khattab & menghormati kewibawaan pimpinannya.

Khalid meyakini bahawa pemecatan tersebut adalah utk kebaikan seluruh umat: 
 bukan kerana motif jahat, 
 bukan motif menjatuhkan Islam, 
 bukan motif kroni & sebagainya, 
Tapi adalah bermotifkan keyakinan kpd perjuangan Nabi S.A.W. 

Krn itu, Khalid dgn spontan patuh kpd perintah Umar & tidak terlintas langsung sebarang tindakan penentangan, cakap² mulut yg berterusan & krn itu ia tidak menghebohkan kpd orang ramai, khuatir ia akan menimbulkan reaksi yg kurang menyenangkan.

Nabi S.A.W pernah bersabda memuji Abu Ubaidah bin Al Jarrah,
 Setiap umat memiliki orang kepercayaan. Dan orang kepercayaan umat ini ialah Abu Ubaidah bin Al Jarrah.

Namun, pujian melangit Baginda S.A.W kpd Abdullah bin Al Jarrah tidak membuatkan Khalid berkecil hati. Jika kita merenung akal manusia yg cetek ini pasti terdetik dlm fikiran kita, 
Apa lebihnya Abdullah bin Jarrah? Apa kurangnya Khalid bin Al Walid?

Namun, bukan soal kehebatan personal kedua² tokoh ini, tapi sebaliknya adalah soal disiplin & akhlak yg disemat sebaik²nya oleh kedua² tokoh para pejuang agama Allah ini.

Setelah diserahkan jabatannya kpd Abu Ubaidah, Khalid terus berkhidmat dgn setia di bawah pimpinan yg baru & semangat perjuangannya itu kekal utuh sama seperti beliau menjadi pemimpin tentera. 

Komen spontan yg terbit dari tindakan Khalid menampakkan ketulusan hatinya, 
Aku berjuang krn Allah, bukan krn Umar. 

Inilah jiwa besar Khalid, bukannya menentang pimpinan setelah beliau dipecat, bukannya terbit perasaan tidak puas hati, bukannya membantah keputusan Umar.

Di pihak Abu Ubaidah pula, tidak pula beliau menampakkan kerakusannya terhadap jawatan, beliau akur agar perlantikannya dirahsiakan buat beberapa ketika. 

Sementara itu, pihak tentera & umat Islam pula telah menerima perubahan tersebut dgn tenang, tidak ada yg membantah, yakin bahawa tindakan Umar adalah tindakan yg didasari tawakkal & petunjuk Allah. Bukannya tindakan semberono, tindakan pengekor hawa nafsu & peribadi, tindakan tanpa syura.

Seluruh tentera Islam merelakan pemecatan Khalid, sebagaimana Khalid merelakan dirinya dipecat & mereka juga menerima perlantikan Abu Ubaidah sebagai Khalid menerimanya dgn ikhlas. Kewibawaan & reputasi Abu Ubaidah tidak pernah dipertikaikan & Khalid melihatnya sebagai alternatif yg berhak menggantikannya.

Demikianlah peristiwa besar, jiwa tarbiyah Khalid yg terus abadi dlm rakaman sejarah, menjadi lambang keunggulan umat yg ikhlas mengabdi & berbakti hanya kpd Allah, hormat kpd pimpinan & setia kpd pimpinan perjuangannya. 

Sesungguhnya bertuahlah umat yg sedia belajar drpd sejarah ini, baik yg berkedudukan sebagai Umar, Khalid & Abu Ubaidah radhiAllahu anhum ajma'ien. 

Betapa tingginya taqwa Para Sahabat, inilah hati² yg berada dlm satu saff yg dipuji oleh Allah Taala di dlm Al Quran:
Sesungguhnya Allah menyukai orang yg berperang di jalanNya dlm barisan yg teratur seakan² mereka seperti suatu bangunan yg tersusun kokoh. (Surah As Saff: 4)

Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. 

»» Bagaimana mereka jika berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab R.A
»» Bagaimana jika mereka dipecat seperti Khalid bin Al-Walid R.A? 
»» Bagaimana pula jika mereka mengundang jawatan seperti Abu Ubaidah bin Al Jarrah R.A

Sumber: Majalah TARBAWI Isu No 2

 
PAS memecat Hassan Ali bukan krn DAP, bukan krn 901, bukan krn soal Anwar, tetap beliau telah membelakangi 'manhaj' & disiplin parti, beberapa kali membuat kenyataan terbuka yg mengkritik pandangan & dasar parti walaupun sudah diberi amarah berkali²... NAMUN PAS tetap beri peluang utk membuat rayuan. Kalau beliau ikhlas bersama jemaah, beliau akan kembali membuat rayuan, jika tidak fikir²kanlah sendiri?? (Putera Idaman, 2012)
 

3 123 Bingkisan Sahabat:

Dari Putera Idaman Via Fb


‎1. SAYANG, Semangat Islamnya tinggi tp kurang memahami fiqh politik. Nak bawa Islam mesti penuh strategi.

2. PAS memecat dr Hassan Ali bukan kerana DAP, bukan kerana 901, bukan kerana soal Anwar, tetap beliau telah membelakangi 'manhaj' dan disiplin parti, beberapa kali membuat kenyataan terbuka yg mengkritik pandangan dan dasar parti walaupun sudah diberi amarah berkali².....NAMUN PAS tetap beri peluang utk membuat rayuan...kalau beliau ikhlas bersama jemaah, beliau akan kembali membuat rayuan..jika tidak??...faham²lah sendiri...

3. Syeikh Qaradhawi, Muhd Al Ghazali, Syd Sabiq dll pernah diambil tindakan oleh Ikhwan Muslimin. Namun mereka menunjukkan keikhlasan dan kekal bersama pjuangan Islam hingga penghujung usia...Ketika Muhd Al Ghazali dipecat, Hasan Hudhaibi berkata:

"Kami memecat beliau bkn sebagai menafikan ilmu dan tawadhu'nya, tetapi kepentingan menjaga disiplin dalam kerja jamaah adalah diutamakan."

4. Barbalik persoalan pemecatan keahlian ini, PAS tak pernah gugurkan perjuangan Islam. Tp hanyalah strategi seperti mana strateginya Nabi Saw membawa Islam sehingga terpaksa gugurkan Kalimah Bismillah dan Rasulullah dlm Perjanjian Hudaibiyah.

5. Gugur kalimah bukan bererti gugur perjuangan...Gugur kalimah 'islamic State' dan swing kpd 'welfare state' hanya semata² strategi yg langsung tak bercanggah dgn Islam..

6. Insyaallah, Majlis Syura Ulama' dipenuhi tokoh agama dan orang² alim, mereka pastinya arif dan sudah melakukan 'istikharah' sebelum membuat keputusan..

7. Pada HASSAN ALI, anda boleh perjuangkan perjuangan dan cita² anda melalui NGO, luar drpada PAS...sbb PAS ada perlembagaan, PAS bukan milik individu, tapi jemaah, kena faham fiqh politik dan adab jemaah kalau nk sertai haraki PAS...lepas ni kalau nak pakai tv3, Utusan Malaysia hari² pun xpa...=)

Selamat berjuang diucapkan kepada Hassan Ali...kpd harakah islamiah (PAS), teruskan perjuangan!..ALLAHUAKBAR!!

Kepada HARAKAH ISLAMIAH PAS teruskan berjuanhg bersama KAFIR HARBI DAP semoga bersama-sama merosakkan akhidah ummah Melayu Islam amnya di malaysia ini.

akidah umat Islam rosak sebab DAP?

Fitnah tue.. Apa peranan BN yg banyaknya pemimpin Islam terhadap umat Islam?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...