Photobucket

Sunday, February 19, 2012

Jom Cakna: Isu Syria

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:31 AM

BismiLLAHi Rahmani Rahim.



~ Al-Azhar, Kaherah ~


Jom cakna!!! 


InsyaALLAH, ia adalah satu 'segmen' terbaru dlm blog ini yg ana wujudkan khas utk menarik perhatian para pembaca utk cakna & prihatian kpd isu² semasa yg melibatkan saudara² kita, bukan sahaja di Malaysia, akan tapi mencakupi seluruh dunia, antara yg terlepas pandang ataupun yg masih dlm pemerhatian kita.

Semoga ALLAH memberkati usaha ini sebagai satu jalan utk merintis kemenangan... Ameen.


Syria.

Org kata lepas Tunisia, Mesir & Libya, gilirannya pula. Tapi manusia merancang, ALLAH juga merancang & perancangan ALLAH jugalah yg terbaik. ALLAH belum izinkan bahkan ALLAH uji lagi hambaNYA & juga saudara² kita di sana.

Kekejaman rejim Basyar Al-Assad yg membunuh org awam yg setakat ini sudah beratus² ribu org yg gugur syahid. 
Ada yg diseksa dengan kejam. 
Ada yg dibunuh anak² mereka di hadapan mata. 
Ada yg isterinya diperkosa. 
Ada yg disembelih di hadapan keluarga sendiri. 
Ada bayi yg disumbat ke dlm ketuhar. 
Ada dibunuh kejam & menyakitkan, tanpa mengira usia & jantina.

Kanak², orang tua, remaja, perempuan, pemuda malah sesiapa sahaja yg tidak sehaluan & menentang kerajaan akan dibunuh & diseksa.

Adik Marwah ‘Adil Bahar tiada pilihan lain kecuali mati mulia dgn pisau sembelihan tentera Bashar.

Hanya krn mereka menuntut keadilan & ingin melepaskan diri dari penindasan pemimpin diktator yg kejam lagi zalim.

Ya ALLAH, selamatkanlah saudara² kami di Syria. Berikanlah mereka kemenangan... Ameen.

 

Gambar sebahagian rakyat yg Syria yg dibunuh dgn kejam.

Syria. Persengketaan mazhab Sunni-Syiah.

Sedikit info (utk bacaan lanjut klik sini)

Kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad & org yg sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun sepertimana yg dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman & Libya. Mereka;
mencuri harta² rakyat & memakannya dgn cara yg haram,
memenjarakan rakyat sendiri, 
membunuh para ulama, 
melakukan pembunuhan beramai²
merogol & mencabul kehormatan wanita²
menghalang perempuan beriman drpd memakai hijab,
 menindas org yg lemah seperti org tua & kanak².

Komposisi rakyat Syria
6% darinya adalah Syiah Alawiyah
10% beragama Kristian
84% Muslim Ahlussunnah Wal Jamaah (ASWJ)

Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez & Basyar yg membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yg menyokong tindakan Hafez yg merupakan Syiah Alawiyah

Beliau seterusnya menyebut sifat² Syiah yg begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin & isteri² Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran & Hizbullah di Lubnan yg berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.

Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan 
kematian 8,500 org penyokong revolusi, 
39,000 org cedera, 
sementara 19 doktor serta 40 org pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh 
180,000 tahanan dlm penjara diseksa yg mana 413 org darinya mati dlm tahanan.

Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yg tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan & dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.

Imej mayat seorg pejuang di Syria saat ini yg diseksa hingga mati oleh militia ganas Syiah HIZBOLLA dari Lubnan yg datang membantu rejim syiah Assad bersama tentera rejim ASSAD di SYRIA. Disiyat & direntap kulit mukanya lalu dicungkil matanya, kemudian dipukul kepalanya hingga mati.

Ya ALLAH, berikanlah pertolongan & kekuatan kpd pejuangMU... Ameen.

Pandang kpd keupayaan kita.

Ana selalu bercita² utk tumbangkan kezaliman. Dari isu Palestin hingga ke isu Syria. Kalau boleh, ana mahu mengangkat senjata bersama mujahid² & melindungi saudara-mara seagama di sana.

Sentiasa berangan sebegitu krn bagi ana mereka itu sebahagian dari diri ana juga. Kalau mereka terseksa, ana juga akan rasa terseksa juga. Mereka dizalimi, ana pun turut sama merasai kezaliman tersebut.

Namun, sesekali ana jadi buntu. 

"Apa yag perlu ana buat?"

Nak angkat senjata bersama para mujahidin di medan jihad? 

Sanggup? 

Mungkin. 

Tapi mampukah?

Nak pergi tolong mereka carikan tempat perlindungan & siapkan bala tentera utk melindungi mereka?

Huhh.. jauh betul.

Puas ana fikir.

Apa yg boleh ana buat agar dapat memberi kesan walau sedikit kpd para² penzalim ini? 

Biar dgn apa yg ana usahakan ini menyebabkan mereka ini tidak senang duduk. 

Hurmmm...

Kemudian ana kembali memandang kpd diri. Melihat apa keupayaan yg ada.

Alhamdulillah...
683158xrji3b6lpi.gif (32×29)Ana ada kaki, tangan, sihat & hidup dgn selesa. 

683158xrji3b6lpi.gif (32×29)Ana ada blog, yg ana boleh tulis di dlmnya apa sahaja yg ana mahukan.

683158xrji3b6lpi.gif (32×29)Ana ada peluang utk menuntut ilmu & duduk dgn para ulama`, amilin & muktabar.

683158xrji3b6lpi.gif (32×29)Ana ada jemaah yg boleh ana berikan kesedaran agar dapat bergerak.

683158xrji3b6lpi.gif (32×29)Ana ada ramai sahabat² yg sefikrah.

Itu keupayaan yg ana ada. Namun secara logiknya, ana lihat ia tidak cukup utk memberikan satu impak walau sedikit kpd musuh² ISLAM & para penzalim tersebut.

Ia membuatkan ana terus berfikir & berfikir. 


Konklusi yg ana dapat ialah:

1) Perjuangan setiap org itu berbeza. 

ALLAH tidak membebankan seseorg itu dgn bebanan yg tidak sanggup utk dia bebani. Makin kuat iman seseorg makin kuat ALLAH mengujinya. 

Kita kena ingat, berjuang itu perlu tapi mungkin definasi perjuangan itu berbeza bagi setiap org. 
Mungkin ada yg ALLAH campakkannya dlm perjuangan menuntut ilmu krn itu yg mampu dia tanggung & org lain tidak mampu menanggungnnya. 
Mungkin juga, ALLAH campakkan seseorang itu ALLAH campakkan mereka ke medan jihad & peperangan krn itu yg mampu mereka tanggung. 

Tapi, yg penting ialah KITA ADA PERANAN DLM PERJUANGAN MASING². Kekallah bermujahadah & bersungguh² dlm perjuangan. Sedarlah, ramai lagi yg lebih sukar perjuangannya drpd kita!!!  


2) ALLAH mahu kita bergerak. 

ALLAH beri 'signal' kpd org mukmin supaya bergerak. Jgn terlalu berangan² panjang utk berfoya² di dunia. 'Signal' yg menyeru kita bergerak utk menuju ILAHI dlm keadaan redha & diredhai. 
ALLAH mahu kita berhenti dari bersuka-ria di dunia yg sementara & dipenuhi dgn masalah. 
ALLAH mahu lihat usaha kita. 
ALLAH mahu lihat kecaknaan kita. 
ALLAH mahu lihat sejauhmana pengorbanan kita. 


3) Kita ada peranan, mereka pun sama.

ALLAH menegur manusia yg semakin lupa peranan mereka. Teguran itu hanya akan diangkat bila org yg ditegur itu mula sedar & kembali mengingati apa peranannya. 

Kita pula bagaimana? 

Memberi kesedaran kpd masyarakat itu peranan kita, jangan marahkan si penzalim jika mereka tidak menjalankan peranan mereka, kalau kita pun sama. 

Hakikatnya si penzalim itu perlu ada krn dia hadir sebagai peringatan buat kita yg lupa akan peranan sendiri. Ayuh kita laksanakan peranan kita, insyaALLAH apabila kita sedar peranan kita, ALLAH akan kembali teguran, saat itu ISLAM mencapai kemenangan. 


4) Semua ini percaturan ALLAH.

Segala yg berlaku ini merupakan percaturan ALLAH. ALLAH tidak menzalimi hambaNYA. Yakinlah ALLAH sentiasa memeliharanya. Yg perlu ada pd kita sekarang ialah percaya & terus percaya & jangan berputus asa. 

Semua percaturan ALLAH itu adalah yg terbaik buat hambaNYA, kalau pun gugur dlm perjuangan krn disiksa, nescaya kelak ALLAH akan balas dgn syurga yg penuh nikmat.

SubhanaALLAH.

Ya ALLAH, masukkanlah kami ke dlm golongan syuhada`mu... Ameen.


(bersambung)


Sebelum, penutup blog Wana mari saksikan video yg sy letakkan di bawah. Pastikan sahabat² mematikan lagu di blog Wana dulu ^__^. Wallahualam...

Wednesday, February 15, 2012

URGENT CALL: Pray for SYRIA

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:27 PM

Nota ini adalah hasil perkongsian Tokoh Ulama' Syria, Syeikh Hassan di UPM yg datang ke Malaysia akhir tahun lepas  & menceritakan peristiwa sebenarnya yg berlaku di Syria.



683158xrji3b6lpi.gif (32×29)PERISTIWA SYRIA683158xrji3b6lpi.gif (32×29)

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pd 1945, & telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yg telah memerintah selama 32 tahun & diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yg telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yg diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pd Syiah Nusairiyah, yg menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya drpd MUSLIM SUNNI, yg mencaci & menghina Saidina Aisyah & Ummahatul Mukminin r.a, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yg pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (Ahli Sunnah Wal Jamaah).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yg terkenal dgn Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yg mana 
✔ 6% drpdnya merupakan Syiah Alawie
✔ 10% drpdnya beragama Kristian
✔ 84% drpdnya rakyatnya beragama Muslim Sunni


Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yg membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.



683158xrji3b6lpi.gif (32×29)BERMULA ZAMAN AYAHNYA683158xrji3b6lpi.gif (32×29)


Konflik berdarah di Hama pd tahun 1982 yg berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yg berlaku semenjak 8 bulan yg lalu.

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar² lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.



683158xrji3b6lpi.gif (32×29)PUNCA KEBANGKITAN683158xrji3b6lpi.gif (32×29) 


Ada sekumpulan kanak² seramai lingkungan 28 org bermain² & telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yg ditulis oleh kanak² ini ialah 
RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN 


Slogan ini telah dilaungkan di negara² yg berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak² ini. Mereka telah diseksa dgn cara mencabut kuku² kaki & tangan mereka. 


Salah seorang kanak² itu telah meninggal dunia & keluarganya meminta mayat kanak² itu serta kanak² lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat di mana bila mahu lepaskan kanak² itu, mereka perlu memberi wanita² dlm kalangan mereka utk dinikahi oleh puak² kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.



683158xrji3b6lpi.gif (32×29)BENTUK KEZALIMAN YG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.683158xrji3b6lpi.gif (32×29)

Dlm masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 org rakyat Syria.

39000 org telah cedera, mereka tak dirawat & dibiarkan sahaja.

Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital & 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.


9000 tahanan ditahan.


413 org telah syahid di dlm penjara.


Wanita² diculik & dibawa ke tempat yg tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang², ayah, anak² & ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.


Seorg ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap & mahu diperkosa oleh tentera yg menangkapnya. Tapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh & telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yg dikerat itu dimasukkan ke dlm plastik lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.


Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yg tidak disukai.


Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.


 Basyar Assad juga drpd kelompok Syiah yg terkeluar drpd Islam & mengharuskan utk membunuh Muslimin Sunni.


✔ 84% drpd posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yg terdiri drpd 3 keluarga besar, 
✔ 6% drpd posisi tersebut pula drpd kaum Ajam,  
10% lagi drpd golongan Kuffar


Tiada posisi bagi Ahli Sunnah wal Jamaah...


Kezalimannya terhadap wanita & kanak² juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat² Sunni dibunuh sesuka hati tapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah.


Hasbunallahu wa ni'mal wakil
"Cukuplah ALLAH (menjadi penolong) bagi kami & Dia sebaik² pelindung" (Ali-Imran:173).


RAKYAT YG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI & BERWUDHU' KRN MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI.




683158xrji3b6lpi.gif (32×29)FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA683158xrji3b6lpi.gif (32×29)


Rabitah Ulama Syria yg diasaskan oleh Dr. Ali As-Sobuni & Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kpd rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka drpd keganasan tentera walaupun dgn menggunakan pisau dgn berdalilkan hadis berikut;
"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" (Hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dlm Sunannya (2/275) An-Nasaie & Tirmidzi & disahihkan oleh Imam Al-Albaniy & Ahmad (1652  & 1653) dari jalan Said Bin Zaid & sanadnya Shahih).



683158xrji3b6lpi.gif (32×29)PERKARA TERBARU683158xrji3b6lpi.gif (32×29)


Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan & semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yg terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi org² yg turun berdemo krn tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yg sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

Pertubuhan² Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yg telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai² Syria memasuki tanah mereka. Tapi ada 2 negara yg tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq & Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian krn pemimpin Syria merupakan org Syiah & mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yg terbunuh dlm keadaan yg sebegini adalah seorang yg SYAHID....


95% ulama Syria telah bersama dlm kebangkitan rakyat ini.


19% negara² Arab telah mewajibkan sekatan politik & ekonomi ke atas Syria.



683158xrji3b6lpi.gif (32×29)KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DGN JELAS ISU SYRIA?683158xrji3b6lpi.gif (32×29)

Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media² krn itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan perkara sebenarnya yg berlaku di SYRIA.


Media² barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan perkara sebenarnya yg berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.


Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia & bertemu dgn seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai org menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yg menyokong Kerajaan Syria yg dipimpin oleh Basyar Al-Assad


Perkara yg berlaku sebenarnya ialah kerajaan telah mengumpulkan pegawai²nya supaya berkumpul dlm erti kata lain mahu menunjukkan kpd dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yg menyokong beliau.


Jgn terpedaya dgn kenyataan² yg kita dengar dari ahli intelektual Syria & ahli politik Syria bahawa yg Syria menentang Israel. Tapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yg singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yg terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.


Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria utk membuat liputan. Segala gambar & video yg menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman drpd para pendemonstrasi yg bertekad utk merakam sendiri kezaliman tersebut & kebanyakan drpd mereka telah menemui syahid. 


Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dgn harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara utk menyampaikan & menyebarkan berita sebenar.

683158xrji3b6lpi.gif (32×29)PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA683158xrji3b6lpi.gif (32×29)

✔ Mendoakan saudara kita di Syria
✔ Menghulurkan bantuan utk mereka dari segi kewangan
✔ Menyebarkan berita sebenar tentang apa yg berlaku di SYRIA.

Ingatlah saudaraku, Nabi SAW bersabda yg bermaksud:
"Barangsiapa yg tidak mengambil tahu hal orang Islam yg lain, maka bukan dlm kalangan KAMI"

Kalam Saidina Ali; 
"Sesungguhnya negeri yg batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yg benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah dlm Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah, telah datang kebenaran (Islam) & hilang lenyaplah perkara yg salah (kufur & syirik); sesungguhnya yg salah itu sememangnya satu perkara yg tetap lenyap".

Firman Allah dlm Surah Ar-Ra'd ayat 17; 
"Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda² yg berfaedah kpd manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal² perbandingan".

Disampaikan pd 6 Disember 2011 di Universiti Putra Malaysia

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...