Photobucket

Wednesday, November 30, 2011

KEKREATIFAN JEPUN yang MELAMPAU²

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:41 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Lama dah tak post entry yg buat diri tersenyum...

Jom saksikan ^_^

Senyum je tau..
Jangan ketawa terbahak².


Baju Bayi Pengelap Lantai

Tak sia² bayi ni merangkak ke seluruh rumah, lantai tetap bersih. Tak payah nak upah orang gaji untuk mengelap lantai.

Payung Elak Hujan

Dengan cara yg macam nie, confirm you all akan kering sentiasa. Tapi kalau banjir, kena cari payung elak banjir la pula ye. Entah macam mana pulalah rekaannya.

Topi Selesema

Dengan topi selesema ni, you all sentiasa akan dibekalkan dgn tisu sepanjang masa. Kalau dah habis tisunya, pandai²lah ganti yg baru.

Chopstick Berangin

Yg nie pulak bagi orang yang malas nak tiup makanan yg panas. On je suis, terus dah boleh makan.

Rambut Palsu Khas

Tujuan rambut ni direka adalah utk orang yg tak boleh terima kenyataan bahawa kepalanya dah botak & tak boleh tumbuh rambut lagi. Dengan adanya rambut palsu khas ni, sekurang²nya mereka boleh ber'posing' sekejap & menangis kegembiraan selepas melihat rambut tersebut di cermin.

Botol Susu Gantian

Yg ni sesuai digunakan oleh suami yg ditinggalkan isteri. 
Aduhai, botol susu takda ke pakcik!!

Apa tak lucu?
Hurmmm...

Mgkin yg nie LUCU


[Mood GELISAH: TESIS tak siap² lagi]

Orang Jawa Suka TEMPE !!!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:03 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Malas nak ulas panjang² jom baca kisah nie, kat bawah baru Wana ulas ^_^.


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa, di situ ada seorg perempuan tua yg sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe & menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu²nya sumber pendapatannya utk menyara hidup. Tempe yg dijualnya merupakan tempe yg dibuatnya sendiri. (Teringat kisah Khairul Azam dlm Ketika Cinta Bertasbih)

Pada suatu pagi, seperti biasa ketika beliau sedang bersiap² utk pergi menjual tempenya, tiba² dia tersedar yg tempenya yg diperbuat drpd kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yg lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. (Mesti mak cik nie sangat sedih)

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yg masih belum menjadi pastinya tidak akan laku & tiadalah rezekinya pd hari itu. Dlm suasana hatinya yg sedih, dia yg memang kuat beribadah teringat Allah SWT dapat melakukan perkara² ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yg mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa: 
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yg dipanjatkan dgn sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dgn tenang perempuan tua itu menekan² bungkusan bakal tempe dgn hujung jarinya & dia pun membuka sikit bungkusan itu utk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. (Patutlah adik² yg lain putih, mungkin masa mengandung mak suka makan tempe & kacang soya)


Namun, dia termenung seketika sebab kacang soya tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan.

Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula & berdoa lagi.
"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yg mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe krn inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kpd tempe, Amin".

Dgn penuh harapan & debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yg terjadi? Dia termangu & hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai org. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yg belum terkabul. Walau bagaimanapun krn keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang utk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.

Perempuan tua itu pun berserah pd Allah SWT & meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dgn harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah SWT akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya utk berdoa. 
"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". 

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dlm hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang²nya. Hatinya betul² yakin yg tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dgn hati yg berdebar² dia pun membuka bakulnya & menekan² dgn jarinya setiap bungkusan tempe yg ada.

Perlahan² dia membuka sedikit daun pembungkusnya & melihat isinya. Apa yg terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun muram seketika lalu menarik nafas dlm². Dlm hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa & putus asa kpd Tuhan krn doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan pdnya, inilah satu²nya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada org yg akan membeli tempe yg baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang & pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau² kawan² sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yg boleh dibawa pulang. 


Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kpd Allah SWT, pasti Allah akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pd hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir: 
"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yg belum menjadi ni." 

Tiba² dia dikejutkan dgn teguran seorang wanita.

"Maaf ya Makcik, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yg belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini utk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung & terpinga² seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yg belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat² dia berdoa di dlm hatinya: 
"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dlm hatinya & bersyukur pd Allah SWT.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yg belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu: 
"Mengapa anak hendak membeli tempe yg belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yg kini berada di England teringin makan tempe dr desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yg belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yg sempurna. Kalau dikirimkan tempe yg sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi & rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu yg masih dlm keadaan terkejut, mengalirkan air matanya. Tidak menyangka bahawa betapa besarnya kuasa Allah SWT & betapa sayangnya Allah SWT pd hambanya & memberikan keajaiban kpd hambanya.

Tempe yg tidak menjadi, difikirkannya sebagai satu keburukan akhirnya menjadi satu kebaikan. Perempuan tua itu menadah tangan tanda syukur, setiap apa yg berlaku ada hikmahnya. Hikmah yg kita sendiri tidak dpt fikirkan & berada di luar jangkauan kita. Dlm diam dia berfikir rupa²nya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah SWT.

Moral of the kisah:

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kpd Allah SWT sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui apa yg kita perlukan & apa yg terbaik utk diri kita. (Perlu YAKIN dgn PERTOLONGAN ALLAH)

2. Sentiasalah berdoa dlm menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yg lemah. Jangan sekali² berputus asa terhadap apa yg dipinta. Percayalah bahawa Allah SWT akan mengabulkan doa kita sesuai dgn rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita.

3. Tiada yg mustahil bagi Allah SWT.


4. Rajin²lah makan TEMPE macam org JAWA. (Kesimpulan yg tak ada kaitan)

Wallahualam

Sunday, November 27, 2011

Janji Allah itu PASti bagi yang INGIN BERKAHWIN

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:03 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Alhamdulillah  segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Sekadar mengucapkan Alhamdulillah rasanya masih tidak cukup membalas nikmat² yg Allah kurniakan pd diri seorg hambaNya.


Alhamdulillah sekali lagi krn Allah mengizinkan Wana utk hadir ke Majlis Ilmu pagi td utk pengisian rohani bagi mempersiapkan diri utk membina Baitul Muslim kelak. InsyaAllah.  

Yg bestnya, kebetulan pula kedua² org penceramah membincangkan tentang FiQh Munakahat. :)

"Nak KAHWIN kena ada ILMU, bukan time dah kahwin baru nak cari"

Berpandukan Kitab FiQh Sunnah Imam Syafie & Apa Ertinya Saya Menganut Islam, kedua² org penceramah menghuraikan tentang perkahwinan.

Entry kali nie nak jd DOKTOR ♥ CINTA  sekejap. Wana nak share sedikit ilmu yg dipelajari hari nie. 

Apabila seorg muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si dia. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi org yg akan berkahwin. Bergembiralah…

“Wanita² yg keji adalah utk lelaki yg keji, & lelaki yg keji adalah buat wanita² yg keji (pula), & wanita² yg baik adalah utk lelaki yg baik & lelaki yg baik adalah utk wanita² yg baik (pula)”. 
(An Nuur: 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yg baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dgn ajaran Islam & Sunnah Nabi s.a.w. 
☑ Jadilah lelaki yg soleh
☑ Jadilah wanita yg solehah. 

Semoga Allah memberikan hanya yg baik buat kita. Amin.

“Dan kahwinkanlah org² yg sendirian di antara kamu & org² yg layak (berkahwin) dr hamba² sahayamu yg lelaki & perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dgn kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yg merasa bingung & bimbang utk berkahwin. Betul tak? 

Salah satu sebabnya adalah krn belum mempunyai pekerjaan. Dan yg telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dlm fikiran mereka: 
“Apakah gaji ini cukup utk berkeluarga dgn gaji sekian?”

Surah An Nuur ayat 32 merupakan jawapan buat mereka yg ragu utk melangkah ke jinjang pernikahan krn alasan ekonomi. Yg perlu ditekankan kpd para pemuda dlm masalah ini adalah kesanggupan utk memberi nafkah & terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.


Allah akan menolong mereka yg menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah dgn kewajipan memberi nafkah kpd isteri & anak²nya, maka Allah akan memberikan rezeki yg lebih. 

Penegasan: REZEKI tidak semestinya HARTA semata²

Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yg miskin tidak mempunyai apa² ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yg berlimpah & mencukupkan keperluannya.

“Ada 3 golongan manusia yg berhak Allah tolong mereka, iaitu seorg mujahid fi sabilillah, seorg hamba yg menebus dirinya supaya merdeka & seorg yg menikah krn ingin memelihara kehormatannya”. 
(HR. Ahmad Tirmidzi)

Bagi siapa sahaja yg berkahwin dgn niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dr Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dlm hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

“Dan di antara tanda² kekuasaanNya ialah Dia menciptakan utkmu isteri dr jenismu sendiri, supaya kamu cenderung & merasa tenteram kpdnya, & dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih & sayang. Sesungguhnya pd yg demikian itu benar² terdapat tanda² bagi kaum yg berfikir”. 
(Ar Ruum : 21)

:PMacam mana nak lakukan?

"Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya org² yg menyombongkan diri dr menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dlm keadaan hina dina’ ". 
(Al-Mu’min: 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kpd Allah nescaya akan diperkenankanNya. Termasuk di dlmnya ketika kita berdoa memohon diberikan peneman hidup yg agamanya baik, cantik, taat, & sebagainya.


Dlm berdoa, perhatikan adab & sebab terkabulnya doa. Di antaranya adalah: 
☑ Ikhlas, 
☑ Bersungguh²
☑ Merendahkan diri, 
☑ Menghadap kiblat, 
☑ Mengangkat kedua² tangan 
☑ Lain².

Perhatikan juga waktu² yg mustajab dlm berdoa. Di antaranya adalah berdoa
☑ Pd waktu sepertiga malam yg terakhir di mana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia 
☑ Pd waktu antara azan & iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah: ☑ Makan & minum dr sumber yg haram
☑ Berpakaian dr usaha yg haram 
☑ Melakukan apa yg diharamkan Allah,

Manfaat lain dr berdoa bererti kita: 
☑ Meyakini keberadaan Allah
☑ Mengakui bahawa Allah itu tempat meminta
☑ Mengakui bahawa Allah Maha Kaya
☑ Mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian org apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun² berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis² berikut yg merupakan peringatan keras dr Rasulullah s.a.w:

“Barang siapa yg mendatangi peramal/dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kpdnya, maka tidak diterima solatnya selama 40 malam”. 
(HR Muslim).

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, 
“Maka janganlah kamu mendatangi dukun² itu.” 
(HR Muslim)

Telah bersabda Nabi SAW:
“Sesungguhnya jampi² (mantera) & guna² itu adalah (hukumnya) syirik.” 
(HR Abu Dawud).

;)Apa nak buat kalau JODOH tak ada lagi?

"Mintalah pertolongan (kpd Allah) dgn sabar & solat". 
(Al-Baqarah: 153)

Mintalah tolong kpd Allah dgn sabar & solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dgn Sunnah Nabi s.a.w & terbebas dr bid’ah².

"Krn sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". 
(Al-Insyirah: 5-6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yg dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kpd Allah & yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan 2 kali dalam Surah Al-Insyirah.

"Hai org² yg beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu & meneguhkan kedudukanmu". 
(Muhammad:7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dgn: ☑ Berinfak di jalanNya
☑ Membantu penyebaran dakwah Islam dgn penyebaran buletin atau buku² Islam
☑ Membantu penyelenggaraan pengajian 
☑ Sebagainya. 
Dgn itu semoga Allah menolong kita.

“Sesungguhnya Allah pasti menolong org yg menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah benar² Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. 
(Al-Hajj:40)

“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. 
(Al-Baqarah:214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak/belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah & kasih sayang Allah yg lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kpd Allah. Inilah keyakinan yg harus ada pd setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu² dgn janji Allah?


Maka yg telah bertemu jodoh, NIKAH dgn segera agar tidak bergelumang dgn dosa semasa alam PERTUNANGAN yg terlalu lama.

Yg masih menanti, BERSABAR krn janji ALLAH itu pasti.

Kalau bukan bertemu si dia di DUNIA, insyaAllah di syurga MENANTI 

Yg pasti siapkan diri menjadi SOLEH/AH.


Jom Baca: Ketika Allah Memilihmu Untukku

Wallahualam

* Sedih sbb nie Pengajian Pondok Universiti terakhir yg dihadiri sepanjang bergelar mahasiswa UPSI.

Muhasabah MAAL HIJRAH 1433H...

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:04 AM


Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu ,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dgn maksiat & noda,

Lemahnya jiwa berdepan dgn dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya ,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah .

Aku sedar,
Jiwa yg tandus taQwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi ,
Yg difikir hanyalah utk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka drpd pencipta-Nya .

Namun, bila IMAN hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar betapa diri jauh dari-Mu Tuhan ,
Asyik sibuk utk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dgn kata² dusta,
Mata ini tak kujaga drpd perkara dosa,
Telinga ini mendengar perkara yg tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah ,
Jauh sekali diriku dgn peribadi kekasih-Mu ,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu Ya Rasulullah s.a.w ,
Meskipun dirimu (Rasulullah s.a.w ) suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau (Rasulullah s.a.w ) lupa,
Munajatmu (Rasulullah s.a.w ) di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu (Rasulullah s.a.w ) pd Tuhan ♥ terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yg penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu Ya Nabiyullah .

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu  yg taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dgn dahsyatnya neraka-Mu ,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan ,
Campakkan ke dalam hati ini niat yg tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu  dgn jiwa yg tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu  dgn hati yg pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu  dgn penuh kehambaan,

Ya Rahim ,
Sucikan hatiku drpd sifat munafik,
Sucikan amalku drpd riak,
Sucikan lidahku drpd dusta & mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yg solehah,
Yg bisa mendamaikan hati Ummi & Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Krn mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran utk menunaikan ketaatan pada-Mu ,
Anugerahkan aku kesabaran dlm meninggalkan maksiat pada-Mu ,
Jadikanlah hati ini hati yg sentiasa mengingati-Mu ,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yg tenang,
Jauh drpd hasad dengki & kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu  mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yg terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yg hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....

Salam Maal Hijrah 1433H

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...