Photobucket
Showing posts with label Sabar. Show all posts
Showing posts with label Sabar. Show all posts

Wednesday, May 30, 2018

Kisah "Saya & Awak"

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:39 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Salam 14 Ramadhan 1439H.

Bagaimana ibadah Ramadhan tahun ini? 
⭕Semakin baik
⭕Sama saja
⭕Semakin teruk

Masing² boleh tanya pada DIRI sendiri. 

***********

Terlalu lama sudah tidak menulis. Kekangan masa & banyak sangat media sosial sampai terlepas pandang blog Teratak Pendidik.

Terlalu lama hingga rindu kenangan menulis dulu² walaupun Tak HEBAT mana. 

Hari nak tulis pendek saja. Malas nak membebel. Membebel panjang pun tiada guna. Hahaha. 

Memandangkan usia semakin meningkat tapi belum berkahwin, nasihat cik Wana "jangan bercinta sebelum berkahwin".


Entahlah, cik Wana rasa sangat buang masa. Menyesal kenal lelaki yang memulakan perkenalan & dia juga yang mengakhiri perhubungan.  

Maaf awak saya tulis di sini utk kenangan perkenalan yg mengecewakan saya. Haha. Saya janji tak bagitau nama awak. 

2012
Tahun pertama awak mesej saya tapi saya tak layan. Memandangkan belum bekerja tetap & prinsip saya tidak berkenalan dgn mana² lelaki hanya mampu membaca mesej itu. Dan saya tidak approve pun friend request fb kamu. 

2013
Tahun kedua awak masih lagi berusaha mesej saya. GIGIH. Tapi maaf saya masih membiarkan mesej tanpa balasan. Memandangkan saya baru posting & komitmen sebagai anak sulung, fikiran belum ke arah perkahwinan.

2014-2015
Tahun ketiga masih GIGIH. Tahniah. Sebelum membalas & approve request friend di fb, seorang sahabat mesej 
"bgini c **** bgtaw aq yg dia berkenan dgn ko"
Setelah ditimbang² maka dgn hati yg terbuka bermulalah perkenalan saya & awak. Antara sebab saya terima:
1. Awak seorang yg berterus terang.
2. Kita pernah jumpa di UPSI pd tahun 2009.

Berhubung dgn bermesej SAJA dgn prinsip:
1. Mesej tak boleh lebih 12 malam & bukan perkara yg melalaikan.


Sepanjang perkenalan, banyak mesej yg sama saja.

"Apa khabar?"
"Buat apa"

Kita janji nak kawen hujung tahun 2015. Di saat waktu itu, banyak pula lelaki lain nak berkenalan tp terpaksa ditolak kerana janji kita. 

Sepanjang perkenalan langsung tidak berjumpa sebab saja di Labuan, awak jauh di nun sana. 

Tak jadi nak kawen hujung tahun 2015 sebab awak kata kewangan tidak mencukupi. Tangguh tahun 2016. Perkara yg saya ingat awak nak pinjam duit kononnya nak beli tanah utk buat rumah "kita".

Saya tak pinjamkan pun atas sebab belum ada ikatan yg sah. Minta maaf.

2016
Hampir sebulan tak mesej, tiba² Januari 2016 dapat mesej

"Wana, awak terlalu baik untuk saya"

"Wana, saya minta maaf sebab nak kawen dgn orang lain tahun baru Cina ni"

Terkejut
Kecewa

Maka berakhirlah kisah kita. Dan bermulalah kisah saya membesar dgn jayanya. Kerana kecewa makan tak henti² sepanjang tahun 2016. 
Buat awak, 
Moga bahagia bersama isteri hingga ke syurga. 

Buat lelaki, 
Jangan mainkan perasaan perempuan.

Buat perempuan, 
Jangan mudah percaya janji lelaki.

Buat cik Wana, 
Kita merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah adalah terbaik. Rezeki, Jodoh & Ajal di tangan Allah. Usah khuatir, hiduplah dgn gembira walaupun hakikatnya menyakitkan dgn gelaran yg ada. 

Buat Mr. Right, 
Dari sujud ke sujud berdoa bertemu dgnmu. Maaf terjumpa salah orang sebelum mengenalimu. Andai tidak berjumpa di dunia, kita berjumpa di akhirat nanti. 


"Ya Allah, maafkan dosaku"

Waallahuam. 

Sunday, December 25, 2016

Kamulah yang TERINDAH

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:32 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca blog Teratak Pendidik. Terlalu lama rasanya tidak menulis.

Rupa-rupanya bila semakin dewasa semakin banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Hobi menulis di blog pun terpaksa ditinggalkan buat sementara.

InsyaAllah sebelum tahun 2016 tamat, cik Wana akan berusaha update blog setiap hari. Hihihi..


Perempuan diuji di dunia...
Perlu pakai tudung
Perlu pakai stokin
Perlu tutup aurat dgn sempurna
Kena banyak fitnah
Kena taat perintah suami
Kena menjaga maruah diri
Tak boleh berlebihan dlm berhias



Di akhirat...

SABAR + REDHA = InsyaAllah Syurga menanti



Lelaki diberi kemudahan di dunia...
Tak payah pakai tudung
Tak payah pakai stokin
Aurat senang dijaga
Tak risau dgn fitnah
Mudah nak buat apa saja


Di akhirat...

Tanggung 
Dosa diri sendiri
Dosa isteri
Dosa anak² 
Dosa tanggungjawab yg tak dibuat
Dosa tak beri nafkah
Dosa tak menjaga pandangan
Dosa adik² 
Dosa sesama manusia
Dosa tak solat
& lain².

SABAR + REDHA belum cukup krn lelaki akan ditanya tanggungjawab mereka dibuat atau tidak di dunia.

Kalau melakukan tanggungjawab dgn baik = InsyAllah syurga menanti

Itulah kelebihan yg Allah berikan. Lelaki & perempuan masing² ada kelebihan & Allah itu Maha Adil. Janganlah kita merungut & tidak redha atas apa yg dah ditentukan oleh kita. Apa yg kita ada itulah yg terbaik buat kita yg Allah ciptakan. Bersyukurlah.


kata pagi...
"embun itu indah"

kata siang...
"matahari itu indah"

kata malam...
"bulan itu indah"

kata karang di lautan...
"laut itu indah"

kata kupu²...
"bunga itu indah"

Dan kamu adalah yg terindah ciptaan Allah

Surah At-Tin ayat 4 yg bermaksud:
“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dgn sebaik² kejadian."

"Kamulah yg terindah"
Allah memilih kita menjadi manusia, bersyukurlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...