Photobucket

Wednesday, February 17, 2010

Ainan mahasiswa berusia 10 tahun

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:15 PM

Pada usia tujuh tahun, Ainan mula mendapat perhatian dunia kerana kepintaran luar biasanya dan menjadi kanak² termuda lulus subjek kimia di peringkat GCE O-Level. Hari ini dia mengukir satu sejarah lagi apabila bergelar mahasiswa universiti.



"SEJAK kelahirannya dia merupakan bayi yang luar biasa. Apabila saya bercakap, dia memalingkan kepalanya kepada saya dan terus berhenti menangis," luah Valentine Cawley, 41, mengenai anak sulungnya, Ainan Celeste Cawley, 10.

Petanda lain mengenai kelahiran anak sulung Valentine turut dirasai oleh isterinya, Syahidah Osman Cawley, 30, seorang pelukis potret & penulis.

"Ketika saya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh. Saya & suami dapat menyaksikan gerhana matahari tersebut bersama²," katanya.

Bagi mereka, semua itu merupakan antara petanda baik bahawa anak sulung mereka mempunyai keistimewaan.

Tekaan mereka ternyata benar apabila Ainan menunjukkan perkembangan yang luar biasa selepas kelahirannya.

Ainan mula merangkak pada usia 4 bulan, berjalan ketika 6 bulan & berlari ketika 8 bulan. Malah, pada usia Ainan mencecah 6 tahun, dia mula menunjukkan minat membaca buku kimia.

Kelibat Ainan membaca buku kimia disedari ibu saudaranya. Lalu ibu saudaranya bertanya kepada Ainan sama ada dia faham isi kandungan buku tersebut.

"Ya, saya faham apa yang dibaca," jawab Ainan ringkas.

Sejak itu, buku kimia menjadi santapan mindanya. Ketika kanak² seusianya baru menguasai kemahiran asas membaca, menulis & mengira, Ainan pula sudah mendalami subjek kimia.

"Setiap hari Ainan akan menunjukkan kertas kerja kimianya kepada saya termasuk idea²a kimia yang direka sendiri olehnya. Hasil yang ditunjukkan kebanyakannya menghurai mengenai simbol kimia yang begitu kompleks.

"Otaknya begitu pantas memberi tindak balas kepada subjek kimia," kata Valentine.

Setahun selepas mempelajari subjek kimia, Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya 7 tahun. Kanak² berdarah Ireland di sebelah bapa &n Melayu Singapura di sebelah ibunya itu lulus ujian tersebut menjadikan dia manusia termuda mencapai rekod itu.

Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records.


Sejak tahun 2007, nama genius muda itu sememangnya menjadi sebutan seluruh dunia. Beberapa rekod lain dicipta Ainan selepas itu seperti pelajar politeknik termuda di dunia.

Terbaru dia mencipta satu rekod lagi baru apabila menjadi kanak² pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti. Sejak awal tahun ini Valentine & Syahidah memilih universiti di Malaysia, Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara untuk menyambung pengajian Ainan.

Ini bermakna pada usia 10 tahun, Ainan sudah bergelar seorang mahasiswa. Kanak² itu meneruskan pengajian dalam Ijazah Program Amerika.

Ainan di HELP

AINAN mampu menghuraikan simbol kimia yang kompleks.


Berdepan dengan situasi yang hampir sama dengan ibu bapa kanak² genius lain, Valentine & Syahidah sebenarnya sedikit bergelut dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik buat Ainan.

"Kami berdepan dengan sistem pendidikan yang tidak sanggup membuat pengecualian untuk menampung keperluan Ainan.

"Ramai beranggapan kanak² pintar tidak memerlukan bantuan khas, walaupun pada hakikatnya semakin pintar seseorang itu, semakin banyak yang mereka perlu pelajari," kata Valentine.

Sekiranya kanak-kanak genius dipaksa untuk menuruti sistem pendidikan konvensional, maka mereka akan merasa bosan, kecewa, sekali gus hilang minat terhadap pendidikan.

"Ainan menghadiri sekolah dasar selama 3 tahun di Singapura & merasa bosan," cerita Valentine.

Bapa kanak-kanak genius itu merupakan seorang penulis, pakar fizik kerajaan, pengasas & pengarang majalah Arts. Dia juga seorang artis persembahan yang pernah mendapat liputan saluran televisyen Cabel News Network (CNN) & agensi berita, Reuters.


Mencari sebuah universiti yang dapat memberikan pendidikan terbaik kepada Ainan, usaha Valentine & Syahidah akhirnya berlabuh di Malaysia. Mereka menghubungi Presiden Persatuan Kanak² Bergeliga Malaysia (NAGCM), Zuhairah Ali, untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Dalam masa seminggu, Zuhairah telah mendapatkan tawaran daripada beberapa buah kolej dan universiti di Malaysia.

Mereka mendapati Kolej Universiti HELP paling sesuai untuk Ainan.

Selain menuntut dalam Ijazah Program Amerika Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik & matematik peringkat A-Level.

"Dia juga akan mengambil subjek sastera liberal untuk menjamin satu latar belakang pendidikan yang luas serta sebagai persediaan menghadapi tugas & cabaran akan datang. Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan," kata Valentine.

Memudahkan lagi pemantauan Valentine terhadap anak sulungnya itu, dia bersetuju menerima tugas Penyelidik Psikologi di Jabatan Psikologi, Fakulti Sains Tingkah Laku di Kolej Universiti HELP.

Demi Ainan juga, Syahidah & 2 adik Ainan, Fintan Cawley, 6, & Tiarnan Cawley, 4, juga menetap di Malaysia.



Fintan & Tiarnan turut menunjukkan perkembangan kecerdasan minda yang hampir dengan Ainan cuma mereka memiliki kekuatan masing² dalam bidang berbeza.

Sementara itu, Pengarah Jabatan A-Levels Kolej Universiti HELP, Jahn Cheah, melahirkan rasa gembira & bangga kerana memperoleh seorang pelajar genius di universiti itu.

"Kami akan pastikan Ainan menerima sokongan penuh terutamanya sebagai kanak² istimewa yang memerlukan pendidikan yang berbeza. Kami pasti Ainan akan seronok menimba ilmu pengetahuan & pengalaman yang baru di HELP," katanya.

Tiada makanan tambahan
Tidak terlalu bimbang dengan sajian makanan untuk Ainan di Malaysia, akui Syahidah tiada makanan khas atau istimewa diberikan untuk Ainan.

"Dia makan apa saja yang dia mahu. Apa yang saya tahu, Ainan sangat suka makan biskut cip coklat dan roti canai.

"Semasa saya mengandungkan Ainan, saya tidak mengidam makanan yang pelik². Saya mengandung normal seperti wanita lain," kata Syahidah.

Kanak-kanak pintar

Malaysia juga mempunyai kanak² pintar. Adi Putra Abd. Ghani, 11, yang merupakan seorang kanak² prodigi dalam bidang matematik di Malaysia.

Adi yang dilahir di Bagan Serai, Perak memiliki kepintaran dalam matematik sejak berusia 5 tahun lagi.

Dia mampu mencetuskan formula² baru dalam bidang matematik yang hanya boleh dilakukan oleh profesor matematik di universiti sahaja.

Adi juga begitu mahir dalam bidang matematik terutamanya algebra, trigonometri, darab antara 5 hingga 6 digit.

Menurut Ketua Jabatan Antropologi & Sosiologi, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar, memang dari sudut psikologi beliau bersetuju terdapat faktor genetik & persekitaran yang menyebabkan seorang kanak² itu pintar.

"Kebanyakan kanak² pintar disebabkan oleh faktor genetik. Namun begitu, jika ia ditambah dengan stimulasi, rancangan masa depan & persekitaran yang sihat daripada ibu bapa mereka, kanak² itu akan menjadi lebih pintar apabila mereka dewasa kelak," katanya.

Subhannallah... Begitulah kebesaran Allah... 

Tuesday, February 16, 2010

Corat Coret MPP: MPP 2009/2010

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:20 PM

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sesi 2009/2010































Banner nie saya buat utk letak link pada blog setiap ahli MPP. Walaupun tidak secantik poster yg dibuat oleh Exco Penerbitan & Informasi tapi saya puas hati sebab ini hasil kerja tangan saya sambil belajar kimia organik asas.





Semoga kita dapat menjalankan amanah & tanggungjawab yang dipikul untuk menjaga kebajikan pelajar UPSI.


Wallahualam

SeLaMaT HaRi LaHiR ♥

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:24 AM




Sedikit ucapan buat yang teristimewa

(ucapan² yang dijama' qasarkan dalam satu entry)

Nak wish birthday pada mereka yang lahir pada bulan Februari.

Terlalu ramai orang yang kukenali lahir pada bulan ini termasuklah 3 orang dalam ahli keluargaku...

Bagi sahabat
² yang befday dah lepas dan wana tak wish lagi:

" Happy Belated Birthday"

´. Kak Ain Solehah, Kak Salmiati, Kak Halima, Akh Farid, Akh Zulkifli, Sharaain .´

Maaf semua sebab wana tiada hadiah yang dapat diberikan kecuali doa... InsyaAllah


´. Hari ini birthday seorang kakak yang bernama Adriyani. Kakak yang banyak memberi nasihat, tunjuk ajar, lucu, penyabar, tidak berkira dan banyak lagi. .´

´. Tidak lupa juga nak wish befday buat coursemate, Kak Mubarakah dan x-schoolmate, Tati yang sambut hari lahir hari ni juga  .´ 

´. Buat adikku Syawal selamat Hari Lahir ke-14 pada 20 Februari ni  .´ 

´. Buat ayahku selamat Hari Lahir pada 22 Februari ni. Umur biarlah rahsia.  .´ 

Wahai ayah yang selalu menyayangiku.....
yang selalu mencintaiku....
yang selalu mengasihiku...
dan yang selalu ada untukku.....

titisan embun pagi ini....
semilir angin pagi ini.....
& sinar cerah sang suria....
mengingatkan aku akan
untaian kata dari bibirmu ...
aroma masakanmu....

Ayah...
engkau adalah pelita dalam kegelapan
engkau adalah imam dalam keluarga
engkau telah bekerja keras demi kami semua

terima kasih ayahku tercinta
yang telah mendidik,
merawatku,
membesarkanku,
& yang telah menyayangiku sejak aku lahir,,,,

terima kasih ayahku tersayang
kau abaikan terik panas matahari demi anakmu ini,,,
kau acuhkan rasa letihmu demi puterimu ini
kau korbankan semuanya demi masa depanku....

ayahku yang terhormat
maafkan atas dosa & salahku
maafkan diriku yang selalu menyusahkanmu
maafkan puterimu yang selalu membuatmu gelisa, cemas & menangis.
semoga kepatuhanku bisa membuat hati kalian bahagia, bangga & gembira

Ya Allah....
lindungilah orang tuaku,
sayangilah mereka,
redhailah semua hal yang dilakukan mereka,
ampunilah dosa
²  mereka,
berilah mereka kemudahan dalam mencari rezekiMu yang halal
Ya Allah kabulkanlah doaku ini....
Amin, Amin Amin ya robbal'alamin......


´. Buat adikku, Selamat Hari Lahir ke-19 pada 26 Februari ni.  .´ 


Tidak lupa juga Selamat Hari Lahir buat sahabat², cikgu & pensyarah saya yang bakal menyambut hari lahir pada bulan Februari ini

´. Shah Azwan (February 19)

´. Mr. Mohd Ridhuan (February 20)

´. Cyila Carter (February 21)

´. Muhammad Nazrin Sunarto (February 21)

´. Kak Rohiexa Wahab (February 21)

´. Akh Tg Abd Ghafar (February 21)

´. Alvy Andrew ( February 22)

´. Cikgu Mohd Khairul Isa ( February 22)

´. Kak Sakenah Yehya Syed Noordin (February 24)

´. Kak Wani Paiman (February 27)

´. Kak Norhafizawati Mahmad Rozali (February 28)


:) Doa buat semua  :) 

Ya Allah…


Abadikan kasih sayangnya,


Tunjukkanlah jalannya & penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,

Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman & keindahan tawakal kepada-Mu,

Hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu,

Dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik² Pelindung & sebaik² Penolong.

Amin

Monday, February 15, 2010

Baitul Muslim: Amalina & Abqari

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:06 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera


Selamat menyambut Tahun Baru Cina kpd sesiapa saja yg meraikannya khususnya pada sahabat² saya di SMSL (Edwin, Wong, Steven), Labuan, PLKN, KML (Joanne) & UPSI (Yap, Wong, Maria, Lok, May, Lyan)

Nama² yg tak disebut jangan marah erk okaja*


Tidak lupa juga pada cikgu² & pensyarah² yg pernah mengajar saya...

Nak ang pau!!!!

Special dedication also for my friend Amalina Allen Peter + Suami (Abqari Hamid)

mell by Badruddin Ghazali.

BAROKALLAHU LAKUMA WA BAROKA 'ALAIKUMA WA JAMA'BAINAKUMA FI KHOIR...

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN & SELAMAT MELAYARI BAHTERA KEHIDUPAN RUMAHTANGGA.

Lagu Khas buat Ina & Ab

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Ina Peter merupakan orang pertama dlm batch kami telah berkahwin...

Membuat semua orang jeles terutamanya Nurul Fadhilah Matasan (jangan marah Dla)

Teringat zaman sekolah dulu
Ina yg pakai tudung biru

Ina yg dekat plastik sampah hitam


~Semoga perkahwinan itu menjadi jambatan ke syurga kelak~
InsyaAllah

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...