Photobucket

Wednesday, July 28, 2010

Majlis Imu

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:21 AM



Alhamdulillah...

Begitu banyak Majlis ILMU...

di KOLEJ mahupun di KAMPUS

Ya Allah berilah kami kelapangan masa untuk menuntut ilmuMu...

Jadikanlah kami bakal pendidik yang penuh ilmu di dada bukan saja dalam bidang yang kami ceburi...

Jom Sahabat...

Jangan lepaskan peluang ke Maljis lmu...

Ke Arah Melahirkan Generasi Murabbi...

U.P.S.I di HATI

Universiti Pentarbiyahan Syuhadah Islam...

~ Herwana Herman~

Salam Mujahidah...


Tuesday, July 27, 2010

BENGKEL PENGHAYATAN IBADAH SOLAT

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:49 PM


InsyaAllah PUSAT ISLAM dgn kerjasama EXCO LATIHAN & PEMBANGUNAN SAHSIAH MPP akan mengadakan BENGKEL PENGHAYATAN IBADAH SOLAT..

Jom ramai² memeriahkan majlis ILMU..


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Siapa yg keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”.(Riwayat At-Tarmizi &Ad-Darimi)


✔ Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yg boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan & usaha yg dilakukan oleh seseorang itu.

✔ Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yg dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yg tinggi berbanding dgn orang yg tidak berilmu.

✔ Oleh itu, selaku umat Islam kita hendaklah berusaha utk menambahkan ilmu masing² dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yg berkaitan dgn Islam krn darjatnya lebih tinggi di sisi Allah.

✔ Malah salah satu drpd petanda ilmu yg berkat itu adalah apabila seseorang itu dgn bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya & semakin bertakwa dia kepada Allah S.W.T.


Sampaikan Walaupun Sepotong Ayat

~ KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI MURABBI ~

Monday, July 26, 2010

Di Sebalik Wajahmu...

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:48 PM


“Su, ana minta maaflah jika menyakiti hati enti,” Rozita menyiku Sumayyah tiba-tiba.

“Enti marahkan ana tak jika ana tanya satu soalan?” Rozita menyambung sambil matanya meliar melihat dua orang pelajar siswi yang berpurdah sedang menyeberang jalan di Bulatan Antarabangsa. Seorang memakai tudung kelabu dan purdah kelabu serta berjubah hitam. Dan seorang lagi tudung hitam dan purdah hitam berbaju kurung merah gelap.

“Tak. Tanyalah, ada apa?” Sumayyah menjawab tenang. Hatinya tenang kerana seharian kuliah, akhirnya baru dapat makan berdua dengan sahabat yang dirinduinya.

“Ana tengok, hari demi hari makin ramai yang pakai purdah di kolej. Enti tak rasa ke diorang ni pakai sesedap rasa je, main suka2 je. Perangai belum tentu baik tapi dah pakai purdah.” Rozita menjelaskan berterus-terang.

“Ita, betul ke apa yang ana dengar ni?” “ Lain macam je bunyinye…” Sumayyah memerhatikan arah tumpuan Rozita. Sambil membayar nasi goreng ayam radix kegemarannya, Sumayyah melihat air muka sahabatnya seperti sedang menahan marah. Sumayyah tahu Rozita lah sahabat yang paling akrab dan pendokong paling kuat kepada perjuangan sahabat-sahabatnya mempertahankan pakaian wanita Islam di kolej.

“ Ada apa-apa ke ni?” Sumayyah menambah.

Rozita menggeleng. Sumayyah sedar perubahan pada diri sahabatnya. Sememangnya Rozita agak tidak suka bermesyuarat dengan muslimin. Balik dari mesyuarat sahaja, dia beremosi.

“ Hmm..Ana cakap betul lah…mana ada main-main. Enti patut bertanggungjawab. Diorang ni banyak terpengaruh dengan tulisan enti tentang purdah” kata Rozita sambil meletakkan beg di meja makan bahagian siswi. Meja itu sudah menjadi kegemaran mereka kerana ia menghadap tasik.

Sumayyah diam agak lama, sambil menyusun gelas, pinggan, beg dan fail-failnya agar teratur. Sumayyah cuba mengaitkan apa yang biasanya menjadi kemarahan sahabatnya.

“ Macam mana meeting tadi?” Sumayyah cuba meneka permasalahan sebenar.

“ Enti,” Rozita meletakkan sudu dan garfunya.

“Ok, ok, ana tanya enti…” Sumayyah memberhentikan kata-katanya, menunggu mata mereka bertentang untuk mendapat tumpuan sahabat yang dikasihinya. “ Salahkah berpurdah? Islam tidak pernah mengajarkankah pada kita? Apa yang mereka lakukan bertentangan dengan agama kita ke?”

“ Ana tak kata begitu, cuma bercouple la, berdating la, bukan-bukan je diorang ni. Pakai purdah, tapi perangai tak ubah macam budak tak pakai tudung” Rozita menghamburkan apa yang tersimpan di hati.

Sumayyah terkedu. Namun bertenang sahaja. Baginya adik-adik mujahidah purdah yang dikenalinya ramai yang sedang berusaha bermujahadah mengejar cinta Allah. Kalau ada yang perangai buruk pun itu kisah lama. Dan kalau ada yang masih bermasalah mungkin hanya dua, tiga orang sahaja. tak adil rasanya meletakkan kesalahan itu di bahu semua. Biasalah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi, jelas padanya Rozita tentu mahu suburkan kembali kekuatannya dengan hujah. Selalunya begitulah, jika pemakai purdah dihina, mulalah dia menambah hujah dengan cara mendapatkan maklumat dari Sumayyah.

“Tak perlulah berpurdah, perangai tu kena baik dulu. Main hentam sahaja” Rozita menambah lagi. Rozita baru balik dari meeting persatuan. Dalam meeting tadi, Muslimin hebat menghentam pemakai purdah, terutama Ketua Unit Kebersihan Masjid, Azrol Hazim. Biasanya, Rozita yang hebat mempertahankan sahabat-sahabat yang berpurdah. Tapi, dia mula mati hujah bila Azrol membangkitkan nama pensyarah yang mereka kasihi dan hormati, Puan Zaitun.

“Pertama, enti ada bukti ke mereka ni berdating dan bercouple? Siapa yang enti maksudkan? Enti tak boleh hanya mendengar khabar angin, terus meletakkan salah itu pada pemakai purdah tanpa menyelidiki sebaiknya. Kedua, jika salah seorang yang berdating, adakah semua kain kecil di muka mereka yang dipersalahkan? Dan adakah semua pemakai purdah bersalah? Ketiga, yang pakai tudung biasa, yang pakai tudung labuh takda ke yang berdating dan bercouple? Semuanya baik?” Sumayyah bertanya kembali kepada Rozita.

Rozita terdiam, tunduk.

“Adakah mereka perlu jadi baik dulu sebelum menutup aurat dengan memakai tudung? Apakah terdapat syarat mempunyai akhlak yang baik baru memakai pakaian seperti yang digariskan syarak?”

Rozita menggeleng.

“Adakah jika pemakai tudung itu bercoule, berdating malah berzina, maka tudung itu yang salah? Adakah tudung yang salah dan purdah yang salah? Ataukah perbuatan berdating atau berzina itu yang salah? Adakah dalam Islam ni, bila kita nak mengamalkan sesuatu perintah Allah, mesti sudah sempurna perintah yang lain baru boleh lakukan perintah seterusnya?

Rozita terdiam. Mukanya merona merah.

“ Berhakkah ana menapis mereka semua sebelum diluluskan untuk memakai purdah? Siapa ana? Perlukah ana interview mereka seorang demi seorang? Hanya kerana ana kalangan orang pertama yang memakai purdah di kolej ni? Pada ana, Ita, memakai purdah ni adalah cara mendekatkan diri kepada Allah, maka sedikit demi sedikit pemakai purdah akan menjadi muslimah yang solehah. Ia bergerak selari dengan perubahan diri ke arah menjadi muslimah sejati. Pada ana, mereka mampu dan kuat untuk menutup wajah mereka sudah menjadi satu usaha yang baik untuk memelihara diri mereka,” Sumayyah cuba menjelaskan keadaan sebenar yang menjadi kekeliruan sahabatnya.

“ Tak mungkin menunggu perangai sempurna baru memakai purdah, hidayah sudah sampai, pastilah adik-adik menyambutnya,” sumayyah menambah lagi. Sumayyah mengangkat tangan, sambil menganggukkan kepala kepada siswi yang lalu-lalang berhampiran tasik yang mengenali mereka.

“Tapi, enti terangkanlah pada mereka tentang hukum berpurdah ni. Bukannya wajib pun,” Rozita menambah lagi. Dia menjelaskan dalam keadaan tenang.

“ Ita, sahabatku yang kukasihi, yang bakal menjadi temanku di mahligai syurgawi, adakah ia haram?” “ Ada tak ulama’ yang menghukumkannya haram?” Sumayyah membalas lembut, hatinya sayu. “ Tak ada, yang ada hanya hukum wajib, sunat mustahab (Yang disukai) sahaja, al-fadhil Ustaz Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti pun menghukumkan wajib berpurdah di zaman penuh kefasadan sekarang ni dalam buku fiqh sirah yang ustaz kupaskan tu, enti dah baca bahagian tu? Islam menyukainya, sahabatku. Jadi, usah kita menjadi penghalang mereka berpurdah,”

Rozita terdiam.

Nantikan sambungan cerita ini...

Thursday, July 22, 2010

Corat Coret MPP: Bas Oh Bas

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:51 AM

  






Alhamdulillah masih diberi sedikit waktu utk mencoretkan sesuatu dlm blog kusayang. Memang tidak dapat dinafikan sejak melangkah kaki ke semester 5 kesibukan memenuhi ruang hidupku dgn tanggungjawab sebagai mahasiswa & MPP. Walaupun banyak perkara yg membuat diri ini tidak bermaya atau kecewa tapi kugagahi diri dgn bantuan sahabat² lain. Rasa sangat bersyukur dapat satu bilik dgn Fiza lagi utk semester ini.

Sekiranya kita lihat masalah utama pelajar UPSI sejak menginjak kaki pada hari pertama kuliah hingga hari ini ialah bas. Bas, bas, bas, bas & bas. Mungkin masalah bas boleh menjadi satu topik perbincangan pelajar tidak kira masa & di mana saja. 

Pada semester lalu, kami di barisan MPP memang menjangka kemungkinan besar masalah ini akan berlaku selepas pihak pengurusan Universiti memaklumkan pembukaan dewan kuliah di Proton City. Realiti sebenar memang kini berlaku di depan mata mahasiwa sekalian.

Sepanjang pantauan selama 2 minggu di bus stop KUO/KHAR bermula 6.50 pagi pd setiap hari mahasiswa kini pandai beratur utk menaiki bas cuma pd hari pertama sahaja sedikit bercelaru & sesak. Hanya FB menjadi medium utama saya gunakan utk menyampaikan maklumat sepanjang minggu lalu. Secara rawak inilah yg dapat saya laporkan setiap hari dalam FB.

☑ Isn (12/7): sampai jam 9am pun student msh ramai...
☑ Sel (13/7): jam 8.30am semua dah naik bas...
☑ Rab (14/7): jam 8.10am bus stop KUO dah lenggang...
☑ Kha (15/7): jam 7.10am pljr baru berpusu² menaiki bas... 

Alhamdulillah semua pljr yg berbaris selesai naik bas jam 7.50 pg, 20 minit awal dr smlm. Cuma mslh pljr nak ke PC lama berbaris tunggu bas. Prof SHAH (TNC HEP) bersama En Ahmad Amri turun padang memantau perjalanan bas di KUO & KAB...

☑ Sel (21/7): barisan kini melengkung memusingi Taman Bahtera
☑ Rab (21/7): bas pertama ke kampus jam 6.45 pagi. Pljr mula semakin ramai jam 7.05 pagi. NC turun bersama MPP yg lain + JMK pd jam 7.10 pagi. Hari ini mmg sgt best sbb hujan lebat.




Pd hari minggu pertama kuliah sahaja saya menerima banyak aduan melalui FB, email, pesanan ringkas & telefon mengenai masalah bas terutama drpd pelajar semester 1 memandangkan mungkin mereka terkejut dgn keadaan realiti sebenar kehidupan yg perlu ditempuhi pd setiap hari.



Kami dr pihak MPP telah berusaha utk memanjangkan masalah ini kpd pihak pengurusan universiti & Prof Shah iaitu TNC HEPA turut mengusulkan pd pihak pengurusan tertinggi utk menambah 11 buah bas UPSI utk digunakan utk kegunaan pelajar terutama pd saat² genting iaitu jam 8am, 10am, 1pm, 2pm, 5pm & 7pm.

Sekali lagi syukur ke hadrat Illahi apabila Dato' NC sendiri turun ke KUO/KHAR kiranya pd waktu yg tepat di mana hujan turun dgn lebat membasahi bumi. Keadaan barisan mahasiswa di KUO/KHAR yg pd waktu itu sangat panjang memandangkan masing² membuka payung sendiri.

Dato' NC berada di tempat kejadian selama 1 jam & kita semua berharap Dato' berbesar hati utk menambah bilangan bas selepas melihat keadaan realiti bukan fantasi.

Wallahualam

Thursday, July 15, 2010

Hati '10

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:41 AM


Hari Sambutan Freshie Borneo 2010
(Hati '10)


Salam Mahabbah kepada semua ahli Family Marsis. Khas untuk kampus sekitar Lembah Klang, pada 18 Julai 2010 (AHAD) ini akan di adakan HATI '10 bertempat di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Semua mahasiswa baru di jemput hadir. Mahasiswa 'lama' Sabah Sarawak pun di alu-alukan hadir sekali.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan khusus untuk adik-adik freshie Sabah Sarawak yang baru menjejaki alam kampus.

* Sukaneka
* LDK Bersama Senior
* Taaruf Mesra
* BBQ dan Makan-makan

Anda berpeluang mengenali rakan-rakan kampus lain dari sekitar lembah klang di samping mengenali senior-senior Sabah & Sarawak. Jom beramai-ramai memeriahkan HATI '10. Yuran penyertaan hanya RM5 sahaja. Untuk pendaftaran, bolehlah menghubungi Sist Fatmawati (UKM) : 0198319107. Tarikh tutup pendaftaran : 16 Julai 2010 (Jumaat).

Jumpa anda di sana nanti !

Tuesday, July 13, 2010

Mana lagi Best: Rejab @ Syaaban?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:57 PM

Alhamdulillah sedar tak sedar kita dah melangkah ke bulan Syaaban...

Bulan Rejab baru ditinggalkan...

Tidak tahu sama ada bulan Ramadhan sempat digapai atau tidak...

Andai tahun lalu Ramadhan terakhirku...

Wah, cukup menyentuh hati...

Jom penuhi bulan Syaaban dgn perkara yg berfaeadah...

Entry tiada kaitan dgn tajuk post...


syaaban by iluvislam.design.


Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yg padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban krn di dalam bulan ini masyarakat Arab pd ketika itu bertebaran ke merata² tempat utk mencari air disebabkan kemarau yg berpanjangan.



Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yg mulia & mempunyai beberapa kelebihan & keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan utk memperbanyak ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll. 


Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan utk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dgn beberapa huruf & ertinya yg tersendiri antaranya:

01. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

02. Keperkasaan & ketinggian.

03. Kebaikkan & kebajikan yg dilakukan pd bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yg besar drpd Allah Taala.

04. Kasih-sayang & kemesraan.

05. Cahaya keimanan & cahaya ibadat yg dikurniakan oleh Allah Taala kpd hambaNya yg bertakwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pd 15 haribulan tahun ke-2H telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam iaitu dr Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pd tahun ke-5H. Kemenangan berpihak kpd Islam.

03. Berlaku peperangan Badar yg terakhir pd tahun ke-4H.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN



Memperbanyakkan puasa sunat.

Saidatina Aisyah berkata:

Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pd bulan Ramadhan & aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pd bulan Syaaban. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:
Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pd bulan Syaaban & baginda telah berpuasa sebulan penuh pd bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yg mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan kamu sehingga kamu merasa berat dgn bebanan. Dan apa yg disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yg sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian. (Riwayat Bukhari & Muslim).

Melazimi Berzikir & Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pd 4 malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban & malam Arafah. (Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kpd ibadat. (Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:
Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kpd Allah) setiap masa. (Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat & Beristigfar

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kpd Allah wahai orang² yg beriman supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur:31).


KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN


Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam² yg dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah menjenguk datang kpd semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali org yg menyekutukan Allah atau org yg bermusuhan. (Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani & Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pd 4 malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban & malam Arafah. (Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pd 5 malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab & malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yg amat digalakkan) menghidupkan hari siang & malam yg mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.

MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dgn 2 cara:
Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai² ke masjid & berjaga di waktu malam utk bersembahyang sunat dgn memakai harum²an, bercelak mata & berpakaian yg terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dgn cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dgn beribadat seperti sembahyang sunat & berdoa dgn cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yg dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pd zaman Rasulullah S.A.W. akan tapi ia berlaku pd zaman tabiin dr penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab & Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak 3 kali pd malam Nisfu Syaaban dgn setiap 1 bacaan dgn niat tersendiri sepertimana yg pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dr dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kpd Rasulullah S.A.W. sendiri akan tapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dgn syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dgn membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir & berdoa dgn berhimpun di masjid² atau rumah² persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dgn apa yg dilakukan oleh para tabiiin itu & dilakukan juga oleh para ulama.


puasa rejab-syaaban-ramadhan by iluvislam.design.


Sumber: Nur Muslimah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...