Photobucket

Sunday, April 17, 2011

Awak Sayang Saya Tak?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:54 AM

Pada suatu hari..


Saya: Mamak, semua berapa?


Mamak: 4 ringgit, 10 sen.


Saya: Nah, 4 ringgit dan 2 biji gula-gula hacks.


Mamak: Ayyo miss, mana boleh ini macam. Mana ada orang bayar pakai gula-gula.


Saya: Habis semalam lu bagi balance 10 sen kat gua pakai gula-gula hacks boleh pula?


Saya blah. Mamak tu pening. Hahaha…(Bukan kisah sebenar)
Sapalah samapai hati buat banner nie??
Assalamualaikum wbt...


Agak-agak, jika anda adalah mamak berkenaan, dan situasi tersebut benar-benar berlaku terhadap anda, apa kemungkinan reaksi anda?
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Simpan jawapannya.


Saya bawakan satu kisah tidak benar dalam pembukaan entry kali ini. Mungkin ada kaitan dengan yang di bawah, mungkin tidak.. Teruskan membaca..

You know yourself better than others..

Sungguh, saya percaya, apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat kembali. “What u give, u get back”.

Jika kita pernah menyakiti hati insan lain, jangan pula apabila suatu hari nanti, bila kita pula disakiti, kita melenting, mengamuk dan marah-marah. Seeloknya, apa yang terbaik harus kita lakukan adalah periksa diri sendiri, muhasabah diri dan imbas kembali, adakah mungkin dalam diri kita atau pada masa yang sudah, kita ada melakukan kesilapan samada kita sengaja ataupun tidak. 


Lazami dirimu untuk muhasabah diri setiap hari agar kau tidak mengulangi kesalahan yang sama

Tambahan pula.. Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Kiri kanan kita sentiasa ada dua malaikat yang setia mencatit dan di alam akhirat kelak, syurga dan pahala sedang bersedia menanti kita. Mahu ke neraka atau ke syurga? Tepuk dada, tanya iman..

Dua jari menunding ke arah orang lain, sedangkan 3 jari lagi menunding ke arah kita, oleh itu, sebelum menuduh atau menyalahkan orang lain maka adalah lebih elok sekiranya kita bermuhasabah terlebih dahulu.

Semua orang mahu dihormati dan dihargai... 

Jika kita mahu dihormati dan dihargai, maka kita terlebih dahulu hendaklah menghormati dan menghargai insan lain. Begitu juga dengan keikhlasan, jika kita mahu sahabat kita ikhlas dengan kita, apa yang perlu kita lakukan adalah ikhlaskan diri kita terlebih dahulu. 


Ikhlas dalam bersahabat. 
Ikhlas dalam bantu membantu. 
Ikhlas dalam memberi. 
Ikhlas dalam mendengar dan meminjamkan bahu.

prev-senyum-ikhlas-ceria1.jpg (480×300)
Cantik tau kalau tengok orang yang sentiasa senyum.

Jangan sekali-kali menyimpan hasrat yang tidak baik, kerana walaupun keikhlasan itu tidak mudah dilihat, umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap, tetapi ingat, hati yang jernih dan bersih pasti dapat melihat dan merasainya. Dan ingat juga, Allah itu Maha Mengetahui. Tiada keikhlasan adalah umpama kita menipu diri sendiri, orang yang luka tapi kelak kita yang berdarah.

Lumrah kehidupan seorang remaja, selalunya ingin berteman dan punyai ramai sahabat. Biasanya, makin ramai sahabat, pelbagai masalah pula yang timbul. Banyak yang merungut dan mengadu tentang sahabat masing-masing, kecewa, marah, bengang, keliru, serba salah, sedih dan macam-macam lagi. Namun begitu, common sense kuat mengatakan, bukan sahabat mereka yang bermasalah tapi sebaliknya, dirinya sendiri yang bermasalah.

Kenapa begitu?

Bukan niat saya ingin menuduh atau berprasangka. Tapi logiknya, jika kita seorang sahabat yang baik, pemaaf, ikhlas dan sabar, pastinya masalah-masalah itu sedikitpun tidak mampu memberi apa-apa kesan kepada kita. Formula saya mudah dalam bersahabat..

"Jika mereka susah untuk memahami aku, maka aku hendaklah berusaha lebih sedikit untuk memahami mereka."

Masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek. Kita harus tahu membawa diri dan sesuaikan diri kita dengan sikap kawan kita. Jangan sampai hipokrit. Cukup sekadar, bila kita tahu sahabat kita suka bercerita, maka pinjamlah telinga ini untuknya. Cukup sekadar, bila kawan kita suka bercakap kasar, maka persiapkan diri untuk tidak mudah terasa setiap kali berhadapan dengannya.


Tapi macam mana caranya?

Fahamilah, untuk mengubah dunia bukanlah suatu kerja yang mudah. Bukan senang untuk kita mengubah sikap kawan kita yang suka cemburu, iri hati, hipokrit, menunjuk-nunjuk, suka mengata, dan macam-macam lagi kerenah. Kadang-kadang, ianya mustahil. Mampukah setitik dakwat menghitamkan seluruh lautan? Tidak. Tapi, setitik dakwat itu pasti mencukupi untuk menghitamkan secawan air. 


Lautan itu adalah sahabat dan masyarakat di sekeliling kita. Dan cawan itu adalah diri kita sendiri. Sebelum kita menyimpan hasrat untuk mengubah insan lain, adalah lebih adfhal sekiranya kita mengubah diri kita terlebih dahulu, kerana ia lebih mudah di lakukan dan hasilnya nanti pastilah bermanfaat untuk diri kita sendiri, insyaAllah.

Sahabat Dunia & Akhirat
Syukran kerana mengajar aku erti segalalah

Habis tu sampai bila?

Namun begitu, itu tidak bermakna kita harus diamkan terus segala salah silap sahabat kita. Amar makruf mesti seiring, usahalah setakat termampu dan selebihnya bertawakkal dan pasrahlah kepada Allah. Jangan kecewa jika kita tidak mampu meruntuhkan bukit, sebaliknya bersyukurlah sekiranya kita sudah berjaya menarah busut.

Dalam bersahabat, keikhlasan dan kejujuran itu perlu. Dalam memberi jangan mengharapkan balasan. Sentiasalah bersiap sedia untuk membantu sahabat yang dalam kesusahan. Jika tidak mampu membantu dari segi kewangan, adalah memadai dengan meminjamkan telinga untuk dia meluahkan segala masalah di hatinya. 


Satu lagi adab yang mesti dipegang dalam bersahabat adalah pandai menyimpan rahsia. Jangan sekali-kali membuka keaiban sahabat kita atau menjatuhkan maruah mereka. Menyimpan rahsia adalah amanah dan janganlah di khianati. Kelak, Tuhan juga akan memberi balasan kepada manusia yang gagal dalam memegang amanah.

Dalam bersahabat, kita hendaklah sentiasa saling memaafkan. Sebagai manusia yang normal, sesiapa sahaja pasti akan melakukan kesilapan oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan. Kerana mungkin suatu hari nanti, kita juga bakal melakukan kesilapan yang serupa. Jangan sekali-kali menyimpan dendam permusuhan. Maafkanlah dan lupakan kejahatan mereka terhadap kita.. Selalulah mengingati kebaikan mereka terhadap kita. Pasti, hati kita juga tidak akan sakit dan sentiasa berasa bahagia. Moga Allah izinkan.

23652mn7.jpg (363×415)
Awak, awak, awak sayang saya tak?

Sahabat datang dan pergi, 


Namun, sahabat sejati tetap kekal sentiasa di hati. Berjauhan tidak semestinya tidak diingati. Tidak berhubung bertanya khabar tak bermakna dilupai. Ada dalam tiada. Tidak nampak tapi dapat merasai ketulusan seorang sahabat. 


Saya tidak takut sekiranya sahabat saya tidak menghubungi saya. Kerana saya tahu, saya adalah seorang sahabat yang tidak mudah untuk dilupai kerana saya bukanlah sahabat yang mudah melupai. Indahnya ukhuwah kerana Allah, bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah, insyaAllah, semoga perasaan ini akan sentiasa kekal dan berpanjangan.

Oleh itu,

Kepada semua sahabat saya, saya sangat menghargai dan menyayangi semuanya. Jika saya ada melakukan kesilapan, mohon diperbetulkan. Jika saya tersilap langkah, mohon ditunjukkan arah yang betul. Kerana saya juga hanyalah insan yang biasa.

Sekian dulu untuk kali ini, semoga bermanfaat untuk kita menempuhi hari-hari mendatang. Sayangi sahabat anda dan hargailah mereka. Walau di mana jua mereka berada, jangan sekali-kali memadamkan mereka terus dari kotak ingatan anda. Mereka yang pernah ketawa bersama kita. Mereka yang pernah menangis bersama kita. Lupakan sengketa dan hubungkan persaudaraan. Bila berkesempatan, hubungi sahabat anda sebagai tanda, mereka sentiasa di hati. 

Saya sayang semua sahabat saya kerana Allah, thanks for being there..

Uhibbukum fillah abadan abada (betul tak nie?)..

Moga Allah sentiasa merahmati ukhuwah yang terbina..

InsyaAllah.

Wallahualam

Saturday, April 16, 2011

Istiharkan HaRi iNi eXaM

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:52 AM

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..

Masih ada masa untuk menulis di blog walaupun sepatutnya perlu berhenti memandangkan MUSIM EXaM. 

Tapi bila difikir kembali adakah ada istilah berhenti @ rehat?

Berhenti @ rehat di sini saya fokus dalam DAKWAH..

Berbalik pada tujuan update blog, saya sebenarnya nak coretkan tentang eXam. 

Alhamdulillah ini kali ke-6 saya akan ambil eXaM kat U P S I (wah semakin berusia dah saya).

Walau bagaimanapun PROPOSAL TESIS tak siap lagi. "Jeles" dengan kawan-kawan yg PROPOSAL TESISnya dah kena hantar & terima oleh KPM.

Sekarang nie mood PROPOSAL TESIS lagi, nak study pun takda selera. (macam nak makan pula)



Ya Allah banyak sungguh dugaan yang datang padaku pada sem nie. (Biarlah rahsia)

Andaikan ditakdirkan kecemerlangan itu dari ALLAH, 
andaikan ditakdirkan kegagalan itu juga dari ALLAH 
tapi ingatlah walau kita cemerlang atau tidak, 
hakikatnya kedua-dua itu ada hikmahnya. 
Moga kita tak kecundang dengan ujian yang diberikan ALLAH. 
Yang penting, kita SUDAH BERUSAHA yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan ALLAH.

............................................................................................................


Semester ni saya mengambil 21 jam kredit untuk 5 mata pelajaran..

Penatnya hanya Allah saja yang tahu walaupun sedikit...

Tapi aku redha dengan ketentuan Allah...

Semua telah dirancang dengan baik oleh Allah...




Tapi secara jujurnya sem nie saya tidaklah sesibuk semasa terlibat dalam organisasi tapi itu tidak bermakna 24 jam saya berkurung dalam bilik. 

Waktu senggang beginilah bnyk program @ aktiviti saya pi sampai pasar malam TM pun boleh kira sekali dua saja dilawati utk sem ni. 

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."(Surah Al Baqarah : Ayat 286)

............................................................................................................

Alhamdulillah hanya 3 mata pelajaran sahaja diuji untuk peperiksaan semester ini kerana 2 mata pelajaran lain telah diberikan tugasan yang mencabar sepanjang 14 minggu kuliah...

TKT - 21 APRIL 11
TMU - 27 APRIL 11
TKF - 29 APRIL 11

Wah, dekat kalkulator pun boleh taip sesuatulah.
.............................................................................................................

Ya Allah, berikan kami kejayaan di Dunia dan kebahagian di Akhirat..
Selamat Menempuh Final Yang Masih Belum Final Melainkan Di 'Hari Final' Kelak..

Open Image in New Tab utk perbesarkan



"Salam imtihan untuk sahabat-sahabatku yang akan menghadapi imtihan semester ni..".

Doakan kejayaan untuk semua agar berjaya dunia dan akhirat

InsyaAllah..


Firman ALLAH:
 "DAN ORANG2 YG BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH2 KERANA MEMENUHI AGAMA KAMI, NESCAYA KAMI TUNJUKI MEREKA KE JALAN KAMI.."


Semoga kita semua tergolong dlm org-org yg sentiasa cemerlang di dlm ibadah dan imtihan di dunia dan akhirat..

Amin..

Mudah-mudahan dgn segala ilmu yg di kurniakan oleh NYA dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya demi Islam tercinta..

Mana mungkin manusia mencapai kejayaan tanpa pengorbanan..

Kiranya exam ini adalah medan perjuangan kita, maka bertarunglah sedaya upaya kerana Allah.

Beberapa waktu berlalu, kita telah diturunkan segala ilmu dari guru kita, maka manfaatkanlah ia semampu akal kita untuk mempertingkatkan kedudukan ummah, bukan semata-mata untuk kepuasan diri.


TUHAN TAK MENILAI AKAN NATIJAHNYA, TAPI KESUNGGUHAN KITA.


Berjuanglah wahai sahabat, dengan kalimah Tuhan, dengan segala ilmu yang telah dipinjamkan sementara kepada kita.

Selebihnya, sandarkan pada ketentuanNYA. Selamat Berjuang!

....KEJAYAAN DGN USAHA 1 KEPUASAN,

....KEJAYAAN TANPA USAHA 1 KEBETULAN,

....KEJAYAAN DENGAN KEGALALAN 1 KETENTUAN,

....KEGAGALAN TANPA USAHA 1 PENYESALAN...
.....YAKIN PADA ALLAH BUKANLAH MENGHARAP TERKABULNYA SEGALA HARAPAN,

.....YAKIN PADA ALLAH BUKANLAH KEINDAHAN NIKMAT,

.....YAKIN PADA ALLAH ADALAH MELETAKKAN KEREDHAAN PADA KETENTUANNYA..

Goodluckforexam.jpg Good luck for exam image by saijyougorou

Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat atas segala kesalahan yang disedari atau tidak disedari...

Terutama untuk Sahabat-Sahabat Perjuangan...

Minta maaf sekiranya "kurang komitmen" dengan kumpulan membuat tugasan:

TKT - Linda, Ijah, Hanis
TMU - Zainab, Zati
TKF - Linda
TMR - Buat Sendiri
EDU - Fiza, Ilya, Fira

LOGO RAKAN SURAU

Buat Adik-adik dan sahabat-sahabat Rakan Surau Ar-Rashidin selamat berjuang di dunia yang fana yang mencapai akhirat yang kekal abadi.

Kepada sahabat-sahabat usrah (Linda, Azlina, Ain Fikri), syukran atas perkongsian ilmu selama ini. Dan buat Kak Yani (mak usrahku) maaf kurang komitmen dalam usrah tapi saya gembira setiap datang usrah. Uhibbukifillah Abadan Abada. (Terasa sedih pula nak berpisah dgn akak-Nangis tau tulis nie)

Buat anak-anak usrah RPA akak(Lai, Lela, Rabiatul, Hanan, Fatin, Yana, Ami, Marhani, Fadhilah, Wani), syukran jazilan meluangkan masa datang ke usrah. Moga ukhuwah yang dibina berpanjangan walaupun kita tidak lagi seusrah utk masa hadapan. Carilah ilmu sebanyak mana sepanjang berada di UPSI. InsyaAllah akan kau temui mutiara berharga di sepanjang perjalanan itu. Maaf sekiranya tidak mampu jadi Naqibah yang baik.

Paling utama buat keluarga yang amat dirindui, syukran atas dorongan dan semangat yang diberikan kepada wana walaupun jauh dimata tapi sentiasa bertakhta dihati...

Buat yang mengenali saya HERWANA HERMAN ampun maaf diminta...


............................................................................................................

Ya Allah...
Cabutkanlah ketakutan dr hatinya...
Gantikanlah ia dgn ktenangan...
Bukakanlah pintu taubatMu utk sahabatku ini agar NUR menembusi sanubarinya...
Bukakanlah pintu rezekiMu agar rezekinya melimpah ruah,
Bukakanlah pintu langitMu agar para malaikat mendoakan kejayaannya.
Bukakanlah pintu rahmatMu agar usahanya slama ini diberkatiMu...
KAU sendiri menyaksikan usahanya maka permudahkan penjuangan ini...
Bittaufiq Wannajah fil imtihan kepada semua sahabatku...

WALLAHUALAM

Tuesday, April 12, 2011

Mencari Muka Surat Al-Quran

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:52 PM

Assalamualaikum semua. 


Sebelum membaca entry ini pastikan ambil wudhu' terlebih dahulu kemudian capai al-Quran yg ada dalam simpanan anda. Al-Quran yg berhabuk tu lap takut² mengganggu pengajian kita hari ini. 


Saya bukan nak mengajar Al-Quran tapi nak kongsi artikel drpd Panduan Islam iaitu Cara Untuk Mencari Muka Surat Setiap Awal Juzuk Al-Quran (Mesti Cuba Tau!!)


Untuk pengetahuan kawan²ku, di dalam al-Quran Rasm Uthmani. 



Setiap satu juzu’ mengandungi 20 muka surat. 



Manakala, setiap satu muka surat mengandungi 15 baris ayat.

KAEDAH RINGKAS MENGENAL PASTI MUKA SURAT SETIAP AWAL JUZUK

Formulanya amat mudah: (x – 1) 2 +2

Sekali pandang macam rumus algebra pula jadinya. Saya sengaja berbuat demikian agar mudah untuk anda mengingatinya. 

x yang dimaksudkan itu adalah juzu’ yg hendak anda cari muka suratnya.

Jadi, juzu’ yg hendak dicari ditolak dengan angka 1. Kemudian jumlah yg telah anda dapati tersebut di darab pula dengan 2. Hasil jawapan tersebut hendaklah ditambah dengan angka 2 dihujungnya. (Mesti pening..)

Lihat contoh ini:

Katakan juzu’ yang anda ingin ketahui muka suratnya adalah juzu’ 6. Maka, pengiraannya adalah seperti berikut:

6 – 1 = 5

5 x 2 = 10

10 ditambah angka 2 dihujungnya  = 102

Anda tidak percaya dengan jawapan tersebut? Lihat gambar al-Quran di bawah:


Begitu juga jika anda ingin mendapatkan awal muka surat dalam juzu’ lain. Contohnya juzu’ 30:

30 – 1 = 29

29 x 2 = 58

58 ditambah angka 2 dihujungnya = 582



Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai digunapakai pada al-Quran Rasm Uthmani sahaja, tidak kira sama ada mushaf fizikal atau digital. 


Manakala al-Quran yang menggunakan Rasm Imla’i atau lebih dikenali dengan istilah “al-Quran Majeed” adalah berlainan.

Selamat mencuba & saksikan keajaiban yang berlaku…!!!


Kalau dah malas letak stiker warna-warni kat setiap juzuk jelah...


Lagi mudah..

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...