Photobucket

Friday, February 8, 2013

YA HANANA: Betapa Beruntungnya Kami

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:47 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera...


"Ya Hanana..."


Rasanya dah ramai suka dgn qasidah nie semenjak alunan qasidah Ya Hanana oleh kumpulan Al-Mawlid berkumandang dlm program Cinta Masjid, Majlis Selangor Berselawat di Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


Cik Wana pula baru saja jatuh cinta dgn qasidah nie sejak dengar berulang kali di kaca televisyen. Dah bangas baru suka. Hihi.


Sebenarnya tak pernah buka lagi qasidah nie masa ia mula² famous sebab line internet slow. Nak buka youtube pun susah. Tapi sejak Maulidurrasul 1434H yg lalu TV AL-HIJRAH sering putarkan qasidah nie, terus suka. Kiranya nie "CINTA DENGAR PERTAMA". (biasanya CINTA PANDANG PERTAMA)


Drpd layan celotehku yg memang susah nak berhenti baik lagi layan qasidah nie. Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.




يَا هَنَانَا
Ya Hanana
(Betapa Beruntungnya Kami)



 

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
Dzoharoddiinul muayyad   bidzhuhuurin nabi ahmad
(Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad)


يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
Ya Hanana bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
(Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad ﷺ,  itulah anugerah daripada Allah SWT)


يَا هَنَانَا
Ya Hanana
(Betapa Beruntungnya Kami)



خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
Khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
(Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna)


مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
Ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
(Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad ))


يَا هَنَانَا
Ya Hanana
(Betapa Beruntungnya Kami)


مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
Min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
(Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad ))


وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
Waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
(Lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad ﷺ)  dibanggakan oleh seluruh manusia)


يَاهَانَانَأ
Ya Hanana
(Betapa beruntungnya kami)


اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
Athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
(Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya)


ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
Dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
(Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT)


يَاهَنَانَا
Ya Hanana
(Betapa beruntungnya kami)


صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
Shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
(Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad ﷺ)  yang terpilih, sang bulan purnama)


صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
Shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
(Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan)


يَا هَنَانَا
Ya Hanana
(Betapa beruntungnya kami)


Tuesday, January 29, 2013

Aku dah Guna REBAT RM 200

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:52 PM


Assalamulaikum & salam sejahtera...


Dah lama benar blog nie bersawang. Zaman muda dulu banyak saja masa duduk menghadap blog & FB, tapi memandang usiaku semakin dewasa banyak lagi tugas lain perlu diselesaikan dahulu.


Tidak terlalu lewat lagi rasanya utk mengucapkan SALAM MAULIDURRASUL 1434H buat semua pembaca blog cik Wana. Semoga kecintaan pada Rasulullah ﷺ semakin bertingkat². InsyaAllah.


Tiada yg lebih hebat & lebih indah darinya.. Di tangannya ada berkah, di hatinya ada cinta, senyuman di bibirnya tak pernah sirna.. Maaf jika selama ini kami mengaku mencintaimu tanpa mampu memberi bukti.. Terima kasih atas doa² indahmu, terima kasih atas kasih sayangmu utk kami.

Sanah helwah ya Rasulullah 


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 



Berbalik kpd tajuk entri hari nie, mungkin ramai sudah belia seusia saya telah tuntut Rebat RM 200 utk bagi Pembelian 3G smartphone seperti yg telah diwar²kan semasa Pembentangan Bajet 2013 di Malaysia. 


Rebat RM 200 hanya utk golongan belia berpendapatan RM 3000 ke bawah & berusia 21 hingga 30 tahun. Syarat² lain boleh rujuk di SINI.


Pada mulanya tak berminat pun nak miliki telefon canggih² nie apatah lagi saya dah berazam utk menukar telefon selepas bekerja. Tapi dah dapat tawaran begini, saya manfaatkanlah utk mencarikan teman telefon Nokia 3310 saya. 


Di sini cik Wana nak berkongsi cara² mendapatkan Rebat RM 200.
1. Memohon BRIM 2.0 di web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 
2. Mengisi Borang Permohonan Dalam Talian (Pekerja/Pelajar).
3. Print Borang Pemohonan yg mempunyai No. Rujukan Permohonan.
4. Sediakan Salinan IC & Salinan Kad Pelajar (jika pelajar)
5. Tuntut rebat RM 200 di wakil penyedia perkhidmatan. Saya tuntut kat Celcom Centre di Labuan & dapatlah telefon Samsung Galaxy ........, prepaid XPAX RM 8.50 & kad topup RM 30. 

Buat pilihan telefon sebelum membuat tuntutan rebat & sediakan wang yg mencukupi utk membeli telefon pilihan hati.

Di sini saya nak kongsi 
 Senarai wakil² penyedia perkhidmatan yg sah utk tebusan rebat RM 200
 Senarai telefon yg boleh ditebus utk rebat
 Syarikat penyedia telefon pintar 3G
 Model telefon pintar utk ditebus dgn pakej internet
 Jenis telefon & harga selepas rebat


 Senarai Cawangan Blue Cube (Central,  East, North, South, Sabah, Sarawak)




Central (Alamanda, Gardens, Klang, KLCC, Pavilion, Selayang, Sunway Pyramid, Taman Tun)
 East (Kota Bahru, Kuala Terengganu, Kuantan)
 North (Alor Star, Ipoh, Langkawi, Penang, Queensbay, Seberang Prai, Taiping)
 South (BP Mall, Danga Bay, Mahkota Parade, Seremban, City Square, Taman Molek)
 Sabah (Sandakan, Warisan Square)
 Sarawak (Kuching, Miri, Sibu)


DIGI 



 Alamanda Putrajaya Shopping Centre
 Berjaya Times Square
 Klang Lot Unit B-G-8, BBT One, Bandar Bukit Tinggi
 Sunway Pyramid
 SoHoKL (DiGi 360°)
 SS2/66,  Petaling Jaya
 Gardens Mall, Mid Valley City
 Bangsar Shopping Centre
 Berjaya Megamall, Kuantan
 De Garden Ipoh
 KB Mall
 Pulau Tikus, Penang 
 Seberang Jaya, Jalan Todak 2, Penang
 Johor Bahru - Taman Molek
 Seremban, Jalan Kong Sang
 Plaza Merdeka, Melaka
 Miri - Center Point 2
 KTLD, Kuching, Jalan Kulas Tengah 
 1 Borneo, Kota Kinabalu
 Api-api Centre



 Berjaya Times Square Store
 AEON AU2 Stor
 PIKOM ICT Mall
 U Mobile Kiosk The Gardens, Mid Valley Borders Bookstore
 U Mobile Kiosk Mid Valley Megamall



SenQ Stores (The Mines / IOI Mall / Klang Parade / SACC Mall / 1 Utama )

YES - Samsung 4G Smartphone (Yes Buzz 4G Cloud Phone)
 Yes Store (Johor / K.Lumpur / Selangor / Pahang / Penang)



 ClixsterPhone (Nokia Asha 311 / Black Pearl III i9400 / Samsung Galaxy Y / Palette i5300 / Sony Xperia Tipo / ZTE Acqua / Insight i9430 / Stealth II i9500)



 East Malaysia (Sabah & Sarawak)

Tekan perkataan berwarna MERAH HATI utk menyambungkan ke LINK yg sepatutnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...