Photobucket

Tuesday, July 28, 2009

Musim H1N1, Amalkan Doa ini

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:29 AM No comments

Telah lama menjadi perbualan di dlm negara kita, akhirnya wabak ini dikenalpasti telah menular dlm kalangan pelajar UPSI.


Inilah saat² yg ditunggu² semua pelajar U m'dapat cuti memandangkan kebanyakan U seperti UUM, UPM & UITM telah ditutup akibat wabak ini.


Wajarkah kita bergembira dgn keadaan seperti ini? 


Semestinya jawapan 'TIDAK' memandangkan terdapat segelintir sahabat kita disyaki dihidapi wabak ini. 


Tentu sahabat yg kurang sihat ini berasa dlm kesusahan, ketakutan & pelbagai lagi perasaan yg tidak dapat digambarkan. 


Jangan bersedih sahabat krn ini merupakan ujian drpd Allah.


Bagi yg sihat sama²lah kita berdoa kpd Allah semoga sahabat kita sihat & kita semua dijauhi drpd penyakit yg tak diingini ini. 


Tapi bagaimana pula dgn perasaanku?


Adakah aku gembira @ sebaliknya?


Jujur aku katakan pada awalnya dgn pengumuman cuti aku gembira memandangkan ada masa lagi utk menyiapkan assignment krn sedikit tekanan yg kurasai pd minggu ini utk menyiapkan assignment yg banyak bakal dihantar minggu ke-5 & kuiz yg bertalu² pd minggu yg sama. 


Tapi perasaan sedih & pilu menyelubungi hati krn w/pun cuti tapi aku tetap menjadi teman yg setia pd kolejku tercinta. 


Semua orang dlm rumahku akan pulang pada pagi ini & akhirnya aku ditinggalkan sendiri sehingga 9 Ogos.


Begitulah lumrah menjadi musafir di negeri orang.


Ingin pulang tapi hajat takkan kesampaian.


Satu perkara yg menyedihkan aku apabila ibu mengatakan 2 orang adikku sakit selepas pulang dari Melaka krn menyertai perkhemahan kebangsaan JPA.


Mereka juga dikuarantin & m'dapat perhatian drpd hospital. 


Masuk 4 hari sudah mereka deman tapi pihak hospital tidak membawa ke hospital krn masih dlm keadaan terkawal. 


Ya Allah selamatkanlah ahli keluargaku, guru²ku, pensyarah²ku, sahabat²ku & seluruh umat Islam drpd penyakit ini.


Ya Allah ini adalah ujian drpdMu.


Ini adalah tanda² hari kiamat di mana akan ada satu penyakit muncul.


Inilah masanya kita semua bermuhasabah diri & berdoa kpd Allah semoga dijauhi drpd malapetaka ini.


Perbanyakkanlah solat hajat & jangan terlalu gembira dgn keadaan ini.

*Marilah sama² kita mengamalkan doa ini.


0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...