Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti² kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari² biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas & bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringlah hari ni”, anda akan benar² malas & boring. Maka jika anda ingin cemerlang & berjaya, bijak²lah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, "Kita sendirilah yg meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, & jika ingatan anda itu jujur, ikhlas & bertanggungjawab, & tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yg menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yg baik², dalam masa yg sama insyaALLAH dia akan mengingat yg baik² juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat² tertentu anda terkenangkan seseorang yg telah lama anda tidak temui secara tiba². Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda & gelombang mindanya telah mengembara & akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yg lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang² yg lebih kuat yg sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yg mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yg rapat misalnya suami isteri, ibu & anak, adik-beradik kembar & rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yg beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yg akan menarik sebarang pemikiran yg sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang² negatif yg mengembara & akhirnya sampai kepada orang yg anda benci itu. Oleh itu, seseorang yg menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yg sama akan dipulangkan kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yg boleh membuatkan anda marah jika anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yg tersentuh adalah perasaan yg boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yg melampau² pula bermula daripada emosi yg ditarik², diiya²kan, diransang² & disungguh²kan, ibarat api yg dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yg berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yg beremosi pada satu masa tetapi pada masa yg sama bercakap seolah² tidak menghadapi sebarang masalah & ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yg beriya² tetapi dalam masa yg sama dia menghadiahkan anda senyuman & mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yg ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda terangsang melalui solat dan doa
Solat itu doa & doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yg erat antara dirinya dengan alam ghaib & yg terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yg sentiasa berdoa & sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk & meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yg lebih terfokus.
Seorang yg berjaya adalah seorang yg tenang & ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yg ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.
2 123 Bingkisan Sahabat:
salam
saya amat tertarik dengan isi blog saudari. tapi, saya jadi pening nak baca dengan adanya tulisan bergerak mengikuti mouse icon saya, tambah pulak dengan slide show di tepi blog.terlalu sarat dengan grafik. mungkin saudari boleh upgrade blog supaya simple dan mudah dibaca. KISS. keep it simple n sweet.sekali lg sy nak bgtau, sy suka sgt dan amat tertarik dgn isi blog ni. tp nak explore lebih, pening la kak... ok, sori komen byk2. tq. hehe..nanti saya dtg lg, insya Allah.
syukran atas komen yang membina..
&
syukran atas kunjungan ke blog saya
Post a Comment