Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Hari ini nak share tentang biasiswa KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) iaitu biasiswa paling ditunggu oleh semua mahasiswa yang ambil bidang PENDIDIKAN di IPTA.
Alhamdulillah biasiswa KPM dah buka awal tahun ini setelah 2 tahun ura² dibekukan. Hal ini membuat hati berbunga² bagi yang layak memohon tapi mengecewakan bagi yang tidak layak terutamanya adik² fakulti saya iaitu FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK serta beberapa kursus lain.
Sebenarnya masa permohonan mula dibuka pad 3 Januari 2011, saya pun nak cuba memohon memandangkan masa permohonan saya 2009 terkecundang. Tapi malangnya permohonan hanya dibuka kepada ambilan Julai 2009/2010 hingga Julai 2010/2011. Niat pun terpadam begitu saja sebab sebenarnya saya DAH TUA.
Tentang permohonan biasiswa KPM saya masa 2009, peristiwa tu bila cerita dengan NURUL HANIS BINTI ABU NOH akan buat kami tergelak. Peristiwa bermula bila mana awal tahun kami (pelajar Math ambilan Julai 08/09) ramai² mohon biasiswa KPM. Alhamdulillah kebanyakan berjaya pada peringkat pertama iaitu pengisian borang. Peringkat ke-2 adalah ujian ala² ujian MEDSI, tak ingat berapa soalan. Ujian itu kami ambil dekat AUDI 1 dalam bulan Mac.
Tapi rezeki bukan pada saya sebab masa check keputusan ujian anda tertera ANDA TIDAK LAYAK UNTUK KE TEMUDUGA. Waktu tu saya sebilik dengan HANIS dan dia pun tak layak. Apalagi sepanjang hari tu kami menangis mengenang nasib memandangkan hampir semua kawan² kami layak ke temuduga yang dijalankan pada bulan Mei. Pada mulanya memang tidak dapat terima kenyataan apatah lagi keputusan di atas 3.7 dan alhamdulillah saya diketemukan beberapa orang kakak² dan ustazah yang banyak menasihati untuk menerima kenyataan.
Tapi rezeki bukan pada saya sebab masa check keputusan ujian anda tertera ANDA TIDAK LAYAK UNTUK KE TEMUDUGA. Waktu tu saya sebilik dengan HANIS dan dia pun tak layak. Apalagi sepanjang hari tu kami menangis mengenang nasib memandangkan hampir semua kawan² kami layak ke temuduga yang dijalankan pada bulan Mei. Pada mulanya memang tidak dapat terima kenyataan apatah lagi keputusan di atas 3.7 dan alhamdulillah saya diketemukan beberapa orang kakak² dan ustazah yang banyak menasihati untuk menerima kenyataan.
Selepas peristiwa itu saya yakin bahawa "SETIAP REZEKI MANUSIA DI TANGAN ALLAH", mungkin rezeki saya di tempat lain dan Allah nak saya sambung MASTER selepas SARJANA MUDA kot. (",). Dan kebanyakkan kawan sekelas saya mempunyai BIASISWA KPM dan suatu perkara yang perlu diketahui bilamana kita tidak lulus TEMUDUGA boleh buat RAYUAN SEMULA.
Oleh itu, saya nak membuat kenyataan pada semua kawan sekelas:
"Wana nak memohon maaf sebab tidak pernah join program yang kamu anjurkan memandangkan perlu rancang kewangan untuk setiap semester. Wana memang hanya bergantung pada PTPTN termasuk untuk beli tiket flight"
"Wana nak memohon maaf sebab tidak pernah join program yang kamu anjurkan memandangkan perlu rancang kewangan untuk setiap semester. Wana memang hanya bergantung pada PTPTN termasuk untuk beli tiket flight"
Berbalik pada permohonan KPM yang tidak dibuka untuk semua kursus di UPSI dan IPTA yang ada pendidikan, saya telah hantar email kepada bahagian KPM pada 4 Januari 2011 yang lalu:
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berhubung dengan PERMOHONAN ONLINE BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM yang dibuka 3 hingga 31 Januari 2011, saya ingin mengajukan soalan:
1. Mengapakah hanya beberapa kursus pengajian sahaja yang ditaja oleh KPM?
2. Mengapakah subjek pendidikan SAINS (Biologi, Kimia, Fizik), pendidikan Matematik dan lain-lain tidak diberi peluang untuk memohon?
3. Untuk pengetahuan pihak KPM juga kebanyakan pelajar Pendidikan Sains (Biologi, Kimia, Fizik) dan pendidikan Matematik ambilan Julai 2009 di Universiti pendidikan Sultan Idris mengambil minor Pendidikan Kemahiran Hidup memandangkan pada tahun awal 2010 yang lalu mereka tidak dibenarkan mengambil minor Pendidikan sains (Biologi, Kimia, Fizik) atau pendidikan Matematik atas alasan lambakan GURU-GURU SAINS dan MATEMATIK. Adakah kenyataan ini benar? Mengapakah mereka tidak diberi peluang untuk memohon?
Setahu saya permohonan KPM baru dibuka kembali setelah pembekuan sejak ambilan Disember 2008.
Harap pihak KPM dapat memberi maklum balas terhadap beberapa persoalan yang saya ajukan.
Jasa baik dari pihak KPM saya ucapkan ribuan terima kasih..
" Ke arah melahirkan generasi Murabbi"
HERWANA HERMAN
PELAJAR UPSI
Selepas dah hantar tiba² suatu bisikan syaitan berbicara dalam hati. Habislah lepas nie.. Apa²pun saya doa supaya hati sentiasa ditetapkan pada ISLAM. Alhamdulillah beberapa jam saya dapat respon dari KPM tapi bukan jawapan dari soalan saya.
“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Tuan/Puan,
AKUAN TERIMA
Sukacita dimaklumkan bahawa pertanyaan tuan/puan rujukan : 151965 bertarikh 4hb Januari 2011 telah diterima dan sedang diambil tindakan. Maklumbalas akan diberikan dalam tempoh 4 hari bekerja.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM ( KPKPM ) di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan tuan/puan seperti di atas.
Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.
Sekian.
“SEDIA BANTU”
Yang benar,
FARADINA BINTI MUSTAPA
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat PelangganKementerian Pelajaran Malaysia.
9 hari kemudian baru pihak KPM respon soalan saya iaitu pada 13 Januari 2011 iaitu sehari sebelum kecoh PTPTN dikreditkan selewat²nya 31 Januari 2011.
“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan Puan/Cik Herwana Herman No. Rujukan : 151965 yang bertarikh 4hb Januari 2011 berkaitan dengan tawaran biasiswa dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Untuk makluman, permohonan Program Biasiswa Perguruan Persekutuan bagi pelajar Program Ijazah Pertama (Pendidikan) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi tahun 2011 adalah terbuka kepada bidang-bidang yang kritikal sahaja. Ini adalah disebabkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengalami kekangan dari segi peruntukan yang terhad.
Oleh itu, calon-calon yang sedang mengikuti kursus-kursus yang relevan, bersesuaian dan selaras dengan keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah disarankan untuk mengemukakan permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama (Pendidikan) di IPTA Sesi 2011 secara atas talian melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my/ .
Justeru itu, bagi bidang pengajian yang tidak terdapat di dalam senarai bidang/kursus pengajian yang ditaja adalah digalakan untuk membuat permohonan tajaan biasiswa atau pinjaman pelajaran yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.
Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu Puan/Cik Herwana Herman.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM) di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan puan seperti di atas.
Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.
Sekian.
“SEDIA BANTU”
Yang benar,
FARADINA BINTI MUSTAPAEksekutif Khidmat PelangganBahagian Khidmat PelangganKementerian Pelajaran Malaysia
Inilah jawapan yang diterima dari KPM tentang biasiswa KPM yang tidak dibuka untuk semua kursus. Saya minta maaf sebab setakat ini saja usaha yang saya lakukan sebagai MPP. Saya faham biasiswa KPM amat bermakna bagi semua pelajar UPSI. Tapi mungkin rezeki kita bukan di sini.
Wallahualam.
2 123 Bingkisan Sahabat:
Assalamualaikum..
syg kak wana. =)
wsalam dik..
syukran,,,,
Post a Comment