Monday, February 28, 2011

Necmettin Erbakan Kembali bertemu Allah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:54 PM 2 comments

Semalam (27 Februari 2011) sesama m'belek² FB (macam belek buku pula..) saya t'baca status seorg ustaz iaitu mantan Perdana Menteri Turki kembali kerahmatullah... Otak pun ligat m'cari maklumat di mana saya pernah dengar nama ni... Rupa²nya dlm buku Ustaz Hasrizal iaitu

Secangkir Teh Pengubat Letih
buku yg saya beli tahun lalu, 2010... Al-Fatihah buat allayarham... Jom sama² kita m'genali bagi yg belum kenal..

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/0/0e/Necmettin-Erbakan.jpg
Necmettin (Najmuddin) Erbakan, seorg pemimpin gerakan Islam politik di Turki & mantan perdana menteri negara itu, dilaporkan telah meninggal dunia. Erbakan, 85 tahun, meninggal di Hospital Ankara Guven pada Ahad (27/2). Nama Erbakan tidak asing dlm gelanggang gerakan Islam. Beliau pernah menerajui gerakan Islam di Turki dgn m'bawa byk p'baharuan & ijtihad yg baharu.

Pemergian beliau dirasai seluruh gerakan Islam di dunia t'utamanya di Turki. Jika kita lihat Erdogan seorg yg lantang, berani serta b'strategi, perlu diketahui bahawa Erbakan adalah sifunya.


Namun mungkin ada kalangan kita yg belum m'genali beliau secara lanjut. Di sini saya cuba kongsikan sedikit latar belakang kpd sosok yg b'jasa besar kpd revolusi kebangkitan rakyat yg berlaku di Timur Tengah hari ini.


Siapa Dia Erbakan?
Necmetin Erbakan adalah Perdana Menteri Turki dr tahun 1996-1997. Beliau lahir pada 29 Oktober 1926 di Sinop, Utara Turki. Beliau m'besar b'sama 6 org adik-beradiknya dlm sebuah keluarga yg b'pegang teguh pd paksi Islam.

Beliau m'dapat didikan awal di Trabzon. Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tinggi Lelaki Istanbul Lisesi. Kembara ilmunya diteruskan di peringkat universiti apabila ditawarkan ke Universiti Teknikan Istanbul dlm bidang Kejuruteraan Mekanikal pd tahun 1948. Beliau antara pelajar yg cemerlang dlm akademik b'mula di bangku sekolah hingga ke peringkat universiti.

Pengajiannya di universiti tersebut tidak t'henti di peringkat ijazah bahkan beliau b'jaya m'peroleh ijazah kedoktoran (PhD). Tidak cukup dgn itu, beliau b'musafir ke Jerman demi memenuhkan ilmu di dada. Beliau m'peroleh PhD keduanya di RWTH Aachen University, Jerman dlm bidang Kejuruteraan Termo-dinamik. Erbakan merupakan rakyat Turki pertama yg m'dapat ijazah kedoktoran dr sebuah universiti di Jerman.

Mencipta Kereta Kebal
Semasa berada di Jerman dr tahun 1954-1956, Erbakan bekerja sebagai jurutera & saintis. Beliau pernah dilantik sebagai ketua jurutera dlm projek mereka bentuk Kereta Kebal German Leapord 1A. Tahun 1957 beliau pulang ke tanah air & m'dirikan kilang enjin bermotor Deutz. Ia adalah satu kejayaan besar bagi negara & rakyat Turki krn b'jaya m'bangunkan industri p'motoran b'taraf dunia.

Pada masa yg sama Erbakan turut m'jadi p'syarah di Universiti Teknikal Istanbul. Beliau dianugerahkan gelaran profesor dlm bidang fizik pd tahun 1965. Tahun berikutnya beliau t'pilih sebagai Pengerusi Dewan Perdagangan & Industri (TOB) iaitu sebuah p'tubuhan industri yg b'pengaruh. Erbakan juga pernah diberi kepercayaan utk m'yandang jawatan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.


Bertukar Haluan Demi Nasib Sejagat
Melihat nasib Islam & umatnya yg b'terusan diinjak di tanah air t'cinta, Erbakan m'gambil keputusan utk memasuki kancah politik. Cubaan kali dgn b'tanding di atas tiket bebas dlm pilihan raya bagi merebut kerusi Parlimen Konya. Beliau memenangi kerusi t'sebut dgn kemenangan yg besar. Dgn itu beliau m'jadi anggota Dewan Perhimpunan Kebangsaan Turki.

Pada tahun 1970. Erbakan m'jadi pemimpin Milli Selamet Partisi (NSP) atau Parti P'yelamat Nasional. Tahun berikutnya mahkamah m'haramkan parti tersebut dgn tuduhan cuba menimbulkan kesedaran & kebangkitan agama yg b'tentangan dgn dasar sekular negara t'sebut.

Undang² bobrok Republik Turki yg m'haramkan NSP langsung tidak memadamkan obor p'juangan beliau. Bahkan makin marak m'julang keadilan. Rentetan drpd itu, dgn lebih berani Erbakan menubuhkan parti Islam pertama di Turki iaitu Milli Nizam Partisi (MNP). Sayap Islam terus merebak & m'capah ke seluruh Turki. Beliau b'jaya m'buka cawangan parti ke seluruh negara. MNP m'dapat sambutan & dokongan drpd rakyat mahupun media massa dlm negara krn dasar Islamisasi seperti m'perjuangkan akhlak mulia, keadilan sosial & kebebasan b'suara. Cubaan pertama parti ini pada pilihan raya 1973 b'jaya memenangi 49 drpd 450 kerusi yg dipertandingkan.

Erbakan pernah dilantik m'jadi menteri dlm kerajaan campuran pd tahun 1974 di bawah Bulent Ecevit dr Cumhuriyet Halk Partisi (Parti Republikan Rakyat). Namun kerajaan campuran ini tidak kekal lama. Ia digulingkan tentera pd tahun 1979. Rampasan kuasa dilakukan oleh pihak tentera setelah m'yedari dasar sekular Turki kian t'ancam oleh kerajaan campuran tersebut. Erbakan juga dilarang melibatkan diri dgn politik selama 7 tahun.


Berjaya Menawan Turki
Setelah penarikan balik p'haraman b'politik oleh pihak tentera, Erbakan meneruskan survival Islam dgn menubuhkan Parti Refah (Parti Kebajikan) pd tahun 1983. Sokongan & dokongan padu rakyat t'hadap Parti Refah t'utamanya golongan kelas bawahan krn parti ini m'bela mereka. Pd pilihan raya 1995 parti ini menang besar sbyk 158 kerusi.

Kemenangan besar Parti Refah b'sama Dogru Yol Partisi (Parti Haluan Benar) yg m'dapat 135 kerusi m'bolehkan 1 kerajaan campuran dibentuk seterusnya Erbakan diberi kepercayaan memegang tampuk Perdana Menteri. Namun, musuh tidak b'diam diri. Tekanan pihak sekular Turki m'desak Erbakan meletak jawatan & akhirnya Parti Refah diharamkan pd tahun 1998. Walaupun singkat tempoh pemerintahan Erbakan, beliau b'jaya melaksanakan beberapa dasar² Islam seperti pemakaian menutup aurat di tempat kerja.

Patah tumbuh hilang b'ganti. P'haraman Parti Refah bukan penutup p'juangan Erbakan. Seterusnya beliau menubuhkan Parti Fazilet. Parti ini turut menang besar dlm pilihan raya 1999 apabila memenangi 111 kerusi parlimen. Namun, seperti mana nasib parti² sebelumnya, Parti Fazilet turut diharamkan pd tahun 2001 atas alasan m'hidupkan gerakan anti-sekular.

Seterusnya panji p'juangan m'daulatkan Islam di Turki diserahkan kpd anak didik beliau iaitu Recep Tayyip Erdogan. Benarlah telahan bhw Islam itu tetap t'pelihara & akan didatangkan 'rijal' utk m'jadi penolong agama Allah.

"Necmetin Najmullah Erbakan telah melangsaikan hutang p'juangannya & pergi m'hadap Allah dgn senyuman kemenangan. Erbakan telah memulakan p'juangan m'julang nama Allah setingginya serta m'yebar luaskan idea faham Islam ke seluruh ceruk muka bumi. Pusaka p'juangan yang takkan lapuk, kitalah pewarisnya! "

Al Fatihah buat Allahyarham...

http://www.eramuslim.com/fckfiles/image/internasional/erbakan.jpg

2 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...