Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi nikmat Iman dan Islam. Hari ini sudah 5 hari bergelar Guru Praktikal.
❝Kehidupan yang amat berbeza daripada alam kampus❞
Betullah kata seorang sahabat hari pertama berada di sekolah pasti merindui alam kampus. Setakat hari kelima berada di sekolah memang banyak perkara telah dilalui ibarat makanan yang cukup rasa masam-manis-pahit-tawar dan paling penting adalah sedar akan kelemahan dalam diri. Terasa diri amat kerdil.
Entry hari ini saya nak kongsi pengalaman berada di SAMSHSB atau Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamudin, Sungai Bertih, Klang Selangor Darul Ehsan.
Beberapa hari sebelum praktikal
Seminggu sebelum praktikal lagi kami1 (saya & Fiezah) telah berulang-alik dari Tanjung Malim ke Klang untuk menguruskan rumah sewa, telefon sekolah dll. Tapi hari Khamis (5/5/11) kami1 akhirnya menjejak kaki ke SAMSHSB di mana kami1 akan berpraktikal selama 4 bulan di situ.
Kehadiran kami ke sekolah itu sebenarnya pada hari di mana seorang guru bersara dan nasib baik sebelum datang dah telefon pejabat SAMSHSB.
Kehadiran kami ke sekolah itu sebenarnya pada hari di mana seorang guru bersara dan nasib baik sebelum datang dah telefon pejabat SAMSHSB.
Kami1 disambut oleh Penolong Kanan (PK) Pentadbiran iaitu Ustazah Nazian. Memandangkan surat ULM belum sampai ke SAMSHSB ia menjadi kesukaran pada kami. Kami2 (saya, Fiezah & Farid) sebenarnya golongan Perintis daripada UPSI yang praktikal di SAMSHSB memandangkan sebelum ini hanya UM sahaja yang menghantar pelajarnya praktikal di situ.
Kami1 juga sebenarnya golongan Perintis bukan aliran agama yang mohon praktikal di situ. Memandang terlalu banyak masalah yang dihadapi maka PK tidak dapat memberikan kata putus sama ada kami boleh menerima kami praktikal atau tidak. Jawapan YA atau TIDAK hanya dapat diketahui keesokan hari setelah berbincang dengan dengan pengetua.
Kami1 juga sebenarnya golongan Perintis bukan aliran agama yang mohon praktikal di situ. Memandang terlalu banyak masalah yang dihadapi maka PK tidak dapat memberikan kata putus sama ada kami boleh menerima kami praktikal atau tidak. Jawapan YA atau TIDAK hanya dapat diketahui keesokan hari setelah berbincang dengan dengan pengetua.
Ketika itu hanya Allah saja tahu perasaan di hati. Rasa nak “extend” sem pun terlintas tapi perasaan itu dapat diubati sebentar selepas melihat “generasi baru” yang akan sama2 bergerak kerja dalam Islam.
Alhamdulillah, berkat hari Jumaat kegelisahan dapat diatasi bilamana mendapat SMS daripada PK Pentadbiran yang berbunyi
❝Boleh datang hari ISNIN❞
Senyuman terukir dgn ucapan Alhamdulillah.
Hari 1
Seawal pagi bersiap ke sekolah sebagai Guru Praktikal. Bercampur aduk perasaan ketika itu. Hari pertama ke sekolah agak kelewatan iaitu jm 7.25am memandangkan baru tahu keadaan kesesakan jalan raya bermula dari rumah sewa kami (Jalan Raja Nong Kiri) sehingga ke SAMSHSB. Bak kata guru lama di SAMSHSB
Kami berazam keluar sebelum 6.45am dari rumah.
❝Kalau kamu keluar jam 7 pagi konfirm lambat datang sekolah❞
Kami berazam keluar sebelum 6.45am dari rumah.
Agak teruja memasuki laman SAMSHSB sebab kami disambut dengan bacaan Al-Mathurat yang dialunkan oleh pelajar melalui corong suara di pejabat sekolah di mana semua pelajar & guru dapat mendengarinya.
Sekali lagi kami disambut oleh PK Pentadbiran mengalu-alukan kehadiran kami di SAMSHSB sebagai guru PELATIH. Banyak juga nasihat yang telah diterima.
:: Ikhlaskan hati menjadi pendidik
:: Datang awal ke sekolah dan kelas
:: Terlibat dengan semua program yang dianjurkan sekolah.
:: Bergaul dengan semua orang.
Seterusnya kami berjumpa pengetua sebelum berjumpa Cg Suria Hani yang akan mengurus jadual kelas kami.
Alhamdulillah penerimaan yang baik daripada warga SAMSHSB walaupun terkejut memandangkan langsung tidak mendapat tahu bakal guru pelatih UPSI berpraktikal di SAMSHSB.
Hari pertama dilalui dengan bertemu dengan PK HEM, Guru Kanan Bidang Sains & Matematik, melawat Pusat Sumber Sekolah & berbincang dengan Pengarah Program Pekampungan Ilmu PMR & SPM iaitu Cg Radhiah. Tugasan pertama diberikan pada kami1 ialah menyiapkan “pamplate” untuk program tersebut.
Hari 2
Hari ini kami mula mendapat kelas ganti @ “relief” memandangkan ramai ramai guru yang ada urusan lain di luar sekolah. Sehari mendapat 3 kelas ganti. Perkara ni menjadi titik sejarah dalam hidupku memandangkan pertama kali memasuki kelas sebagai seorang guru. Waktu masuk ke kelas 1 Ibn Nafis, pada mulanya mereka terkejut memandang seorang yang tidak dikenali masuk ke dalam kelas. Arahan yang kuberikan turut tidak didengari.
Aku memberanikan diri.
Pada mulanya kupandang seorang demi seorang muka pelajar yang berada dalam kelas itu. Pada waktu itulah kelas mula senyap dan mereka melihat ku dengan penuh tumpuan.
Selepas itu, mulanya interaksi antara aku dan mereka. Agak janggal juga sehingga aku beberapa kali tersasul membahasakan diri “kakak” kepada mereka. Aku pula memanggil mereka “murid-murid”. Terasa kekok di situ. Aku cuba membawa mereka dengan suatu situasi iaitu tujuan mereka datang ke sekolah. Alhamdulillah semuanya mengambil bahagian.
Kelas ganti yang kedua ialah 5 Ibn Rusyd. Kelas akhir untuk tingkatan 5. Pelajar lelakinya agak ganas juga. Bayangkan sepatutnya waktu itu kelas mereka masih bertenggek di koridor sehingga sebelum masuk kelas tersebut saya perlu mengarahkan mereka masuk dalam kelas. Nasib baik nak masuk. Dahlah suara & ketinggian saya tenggelam bila berdepan dengan mereka.
Baru sekejap tadi semasa melalui kelas itu aku terdengar seorang cikgu marah mereka sebab bermain daun terup. Tapi mungkin persepsi itu lahir hanya pada pandangan saya yang baru mengenali mereka. “ Don’t judge the book by its cover”
Baru sekejap tadi semasa melalui kelas itu aku terdengar seorang cikgu marah mereka sebab bermain daun terup. Tapi mungkin persepsi itu lahir hanya pada pandangan saya yang baru mengenali mereka. “ Don’t judge the book by its cover”
Aku suruh mereka buat kerja sendiri memandangkan esok hari bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk Tingkatan 4 & 5. Dalam masa 10 minit sahaja kelas riuh macam pasar.
Wah.. Apa harus kubikinin ya sama mereka?
Aku mula berjalan-jalan disekeliling kelas sambil memerhatikan mereka satu persatu. Dengan seberapa usaha aku membesarkan mataku. Mungkin agak kehairanan dengan tingkahlakuku. Mereka senyap & memerhatikan aku pula. Setelah “round” kelas tu 1 pusingan aku mula bersuara.
❝Antum tahu tak?❞
Kuulang soalan tu sebanyak 3 kali untuk menarik perhatian mereka.
❝Antum tahu tak berapa jumlah UMAT ISLAM di seluruh dunia?❞
Mereka terdiam sambil berfikir. Memandangkan mereka tidak tahu aku pun berkata:
❝Jumlah UMAT ISLAM adalah sebanyak buih-buih di lautan, banyak tak?❞
Mereka khusyuk mendengar. Maka dari situ aku cuba memberi sedikit nasihat yang bermula dengan soalan yang kulemparkan.
Alhamdulillah mereka diam selepas itu & ada beberapa orang pelajar yang datang padaku meminta ajar subjek sains.
Hari 3
Kami2 telah diberikan jadual kelas masing-masing. Aku akan mengajar 2 kelas tingkatan 2 untuk subjek Matematik iaitu 2 Ibn Nafis menggantikan En. Khairul (Guru Disiplin) & 2 Ibn Qayyim menggantikan Pn. Murni (Panatia Matematik). 1 kelas lagi aku menggantikan kelas Pn. Sharifah (Pengetua) bagi subjek Sains iaitu 1 Ibn Nafis.
Hari ketigaku diisi dengan “relief” kelas & membuat temu janji dengan guru-guru yang bakal aku gantikan untuk meminta Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), dan senarai nama pelajar dalam kelas tersebut untuk diisi dalam buku Persediaan Mengajar.
Ada yang dapat dan ada yang tidak.
Malamnya aku membuat “exercise” tangan menulis nama2 pelajarku di dalam buku itu. Setelah dicongak2 aku akan mentarbiyah 121 orang pelajar secara langsung bagi sepanjang praktikum ini.
Hari 4 & 5
Hari ke-4 & ke-5, jadual yang agak sama kulalui memandangkan setiap hari aku akan ada “relief” kelas, jaga kelas peperiksaan dan jumpa sesiapa yang kurasa berkepentingan untuk jumpa.
Setiap “relief“ kelas yang aku masuk pasti akan minta buat kerja sendiri & sebarang pertanyaan tentang soalan yang nak dibincangkan boleh tanya saya. Waktu itulah mereka akan terkejut bila aku mengatakan aku GURU MATEMATIK.
Setiap “relief“ kelas yang aku masuk pasti akan minta buat kerja sendiri & sebarang pertanyaan tentang soalan yang nak dibincangkan boleh tanya saya. Waktu itulah mereka akan terkejut bila aku mengatakan aku GURU MATEMATIK.
Rasanya sampai sini saja celotehku.
Mungkin TERATAK PENDIDIK akan bersawang selalu memandangkan buat masa ini aku belum lagi berkesempatan membeli “broadband”. Wifi sekolahlah menjadi harapan.
Wallahualam..
3 123 Bingkisan Sahabat:
hehe...sampai tersasul pnggil 'kakak' wana (**,)~ entry yg menarik cikgu wana...hehe (^_^)~ l
teruskan menulis,,hehe
insyaAllah ^^
Post a Comment