Photobucket

Friday, July 12, 2019

Doa Buat Hati

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:55 PM No comments


Dengan NamaMu Ya Allah,


Ya Allah, 
Izinkan aku mengadu padaMu tika aku terasa lemah kerana aku tidak tahu tempat mengadu selainMu.


Ya Allah, 
Kau gagahkanlah diriku tika aku benar² terasa lemah. Aku terpempan mendengar bicaranya namun tak menitis air mataku. Ku cuba menahan rasa & memandang diri, mencari di mana silap sendiri.


Ya Allah,
Ketarakah ketidakmatanganku pada setiap bicara biasaku? Atau mungkin pada bahasaku memanggilnya? Atau mungkin juga pada tingkah spontanku?


Ya Allah, 
Kutahu aku bukanlah hambaMu sebaik Siti Fatimah mahupun Aishah & kutahu jua aku bukanlah wanita dambaan setiap jejaka soleh.


Ya Allah, 
Andai bicaraku kedengaran tidak matang pada pendengarannya, Engkau kelukanlah lidahku daripada berbicara yang tidak penting dengannya. Andai tingkahku seperti keanak²an, Kau hijabkanlah matanya daripada memandangku. Dan kumohon padaMu semoga pemikiran, bicara & tingkahku seiring dengan usia hidupku.


Ya Allah, jadikanlah aku muslimah yang mampu menepis rasa cinta yang wujud kerana aku tak kuat menangkis rindu yang hadir tanpa diseru. Kau tunjukkanlah perbezaan antara cinta & nafsu agarku sentiasa berada atas landasan Iman & Taqwa.


Ya Allah, sampaikanlah padanya kata hatiku agar tak tersalah faham dirinya akan rasaku.


Ya Allah, katakanlah padanya, kupohon maaf andai bicara & tingkahku merimaskan & mengganggu hari² indahnya.


Ya Allah, aku jatuh hati padanya bukan kerana pandangan mata juga bukan kerana manisnya bicara. Tertarik hatiku padanya kerana itulah dia. Namun tak telintas di hatiku untuk bercinta sebelum ijab kabul yang sempurna di sisiMu. Kerana itu tidak pernah bibirku menitipkan kata cinta buat dirinya.


Ya Allah, terima kasih memberiku peluang merasakan manisnya cinta walau untuk sebentar cuma. Hadirnya membuatkan hari²ku indah, hadirnya membuatkan kutersenyum senang, hadirnya memberiku semangat utk terus memperbaiki kelemahan diri.


Ya Allah, Kau berikan senyumnya untuk membahagiakan hariku & kau berikan kata²nya supaya kutersedar daripada alpa, berpijak semula di dunia nyata. Akhirnya kuterima hakikat, pipit takkan pernah bisa terbang seiringan dengan enggang.


Ya Allah, jika dulu berat untuk kulepaskan cinta ini. Namun kini kusandarkan sepenuhnya redhaku padaMu. Jika benar rasa ini bukan untuk kunikmati, ambillah ia daripadaku supaya aku sedar ia bukanlah takdir & milikku.


Ya Allah, Kau tutupkanlah hatiku untuk cinta lelaki ajnabi buat masa ini kerana ku tak kuat menahan pedihnya rasa hiba. & Kau bukakanlah seluas²nya hatiku untuk cintaMu yang tak pernah putus agar kusentiasa berada dalam dakapan rahmatMu.


Ya Allah, hapuskanlah namanya daripada fikiranku & lenyapkanlah bayangannya daripada hidupku andai itu memang mahunya jua.


0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...