Photobucket

Wednesday, January 6, 2010

Senarai Yang di-Pertuan Agong

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:33 PM



Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong sejak Hari Merdeka Malaysia hingga sekarang.





Yang di-Pertuan Agong Raja & Permaisuri Agong

:)Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad

Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
Tempoh memerintah 31 Ogos 1957 - 1 April 1960 Negeri Sembilan

:)Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah

Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad
Tempoh memerintah 14 April 1960 - 1 September 1960 Selangor

:)Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail

Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
Tempoh memerintah 21 September 1960 - 20 September 1965 Perlis

:)Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III

Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja
Tempoh memerintah 21 September 1965 - 20 September 1970 Terengganu

:)Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Tunku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Tempoh memerintah 21 September 1970 - 20 September 1975 Kedah

:)Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra

Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra
Tempoh memerintah 21 September 1975 - 30 Mac 1979 Kelantan

:)Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah

Tengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang
Tempoh memerintah 26 April 1979 - 25 April 1984 Pahang

:)Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail

Sultanah Zanariah bintii Tengku Ahmad Panglima Raja
Tempoh memerintah 26 April 1984 - 25 April 1989 Johor

:)Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu

Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
Tempoh memerintah 26 April 1989 - 25 April 1994 Perak

:)Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Tempoh memerintah 26 April 1994 - 25 April 1999 Negeri Sembilan

:)Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj

Tuanku Siti Aisyah binti Abdul Rahman
Tempoh memerintah 26 April 1999 - 21 November 2001 Selangor

:)Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
Tempoh memerintah 13 Disember 2001 - 12 Disember 2006 Perlis

:)Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Tuanku Nur Zahirah

Tempoh memerintah 13 Disember 2006 - Sekarang Terengganu


* Selepas ini YDPA dari KEDAH pula & TYDPA dari KELANTAN.. 

Friday, January 1, 2010

Gerhana Bulan & Gerhana Matahari

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:13 AM

PUTRAJAYA - Hanya sejam selepas orang ramai menyambut ketibaan tahun baru tengah malam esok, satu gerhana bulan separa dijangka berlaku bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi.


Ia bermula dgn fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi & mencapai tahap gerhana maksimum pada 3.24 pagi.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dlm kenyataannya semalam menjelaskan, gerhana yg jelas dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi.

Serentak dgn itu, Jakim menggalakkan umat Islam menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yg disertai dgn khutbah khas gerhana bulan bersempena dgn kejadian itu.

Jakim juga menjemput orang ramai menyaksikan fenomena alam semula jadi itu & turut serta menunaikan solat sunat khusuf yg akan diadakan di Masjid Negara.

"Program anjuran bersama Masjid Negara, Jakim & Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,'' kata Jakim.

Monday, December 28, 2009

Pijak Kerongkong, Ubati Selesema

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:49 PM

Seorang lelaki 'suci’ ditangkap semalam atas tuduhan mendera kanak² selepas beberapa ibu bapa melihat dia memijak kerongkong anak mereka, kononnya untuk mengubati penyakit selesema.


Jamun Yadav, 50, memberitahu polis, kuasa kesucian Hindunya membolehkan dia memindahkan tenaga saktinya menerusi tapak kakinya.

Dia juga mendakwa kuasanya membolehkan dia mengubati semua penyakit di Katihar, timur India.

Jurucakap polis, Santosh Singh berkata: “Kejadian itu sungguh memeranjatkan.

Kami sudah menangkap lelaki itu. Orang ramai tidak tahu bagaimana dia merawat pesakitnya apabila mereka bersetuju membenarkan dia mengubat anak mereka.

“Dia mendakwa tidak memerlukan sebarang pembelaan di mahkamah atas alasan dia bercakap untuk Tuhan.

“Saya yakin ia pasti akan menjadi perbicaraan yang menarik.”



Monday, December 21, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:33 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

:: Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1431H ::



Kullu Aam Wa Antum Bikhair kpd seluruh Umat Islam & pengunjung blog Wana. 

Moga tahun baru ini membawa keberkatan & limpahan kurniaan rezeki dari Allah s.w.t.

Tahun baru so azam baru semangat yg baru & semualah yg baru yg baik kpd kita semua.

Jaga diri & hiasi peribadi.

Semoga dgn kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yg terbaik drpd sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik drpd tahun² yg sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kpd sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah.

:girl_4:


"SIANG itu TERANG, JANGAN GELAPKAN dgn DOSA"

"MALAM itu PANJANG, JANGAN PENDEKKAN dgn TIDUR"

"MANFAATKAN MASA MUDA dgn MENJADIKAN TAQWA sebagai PERAHU, IMAN sebagai ISI & TAWAKKAL sebagai LAYARNYA"

KUATKAN AZAM dgn BERANIKAN DIRI MENGHADAPI SEGALA RINTANGAN & DUGAAN...

SALAM MAAL HIJRAH 1431H

Wallahualam

Bengkel RPA: Aku jadi NaQibah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:59 PM


Bermula semalam 20 Disember 2009 hingga 24 Disember 2009, aku bersama sahabat² yang lain mengikuti Bengkel Pemantapan Rakan Penggerak Ad-Din yang dijalankan di Kolej Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tahniah & Takziah diucapkan kepada semua naqib & naqibah yang dipilih oleh Allah untuk menjalankan tugas baru bagi menyampaikan Islam pada sahabat yang lain.

InsyaAllah, Bengkel Pemantapan RPA ini bakal memberikan pendedahan kepada semua peserta dalam menggerakkan RPA.

" Pendidik Pemangkin Muttaqin"

Sunday, December 20, 2009

Potong Kuku ikut Sunnah Nabi S.A.W

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:52 PM

Assalamualaikaum & salam sejahtera.

Jom perhatikan sunnah cara memotong kuku yg betul. Potong kuku sambil boleh dapat PAHALA.

potongkuku25.jpg (389×550)

Cara memotong kuku kaki 


Dimulai daripada kelingking kaki kanan dan disudahi kepada jari kelingking kaki kiri mengikut tertib semua jari.


Sementara kuku tangan pula; [1]

Dimulai dengan kuku 
[1]jari telunjuk tangan kanan, kemudian [2]jari tengah tangan kanan, kemudian [3]jari manis tangan kanan, kemudian [4]jari kelingking tangan kanan, kemudian [5]jari kelinking tangan kiri, kemudian [6]jari manis tangan kiri, kemudian [7]jari tengah tangan kiri, kemudian [8]jari telunjuk tangan kiri, [9]ibu jari tangan kiri & diakhiri [10]ibu jari tangan kanan.

Begitulah susunan memotong kuku setiap jari kita..

Subhanallah…

Islam mengajar segala-galanya.

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...