Photobucket

Monday, July 12, 2010

Tahniah Sepanyol, Piala Dunia 2010

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:25 PM

Sekadar perkongsian walaupun saya bukanlah peminat bola. BOLA!!!


Ungkapan "Bola Itu Bulat, Macam² Boleh Berlaku" biasa kedengaran & sangat tepat penggunaan & maksudnya. Begitu jugalah selepas tamatnya Piala Dunia 2010, pasukan Sepanyol muncul juara. 


Pada permulaannya, Sepanyol tidak langsung dijangka akan berada di puncak dunia krn pasukan² gergasi bola sepak lebih mendapat tumpuan.


Tahniah Sepanyol kerana muncul juara terbaharu Piala Dunia.


Tahniah Dunia Keseluruhanya krn dgn Piala Dunia pertelingkahan sesama manusia dilupakan sejenak. Temasya 4 tahun sekali ini berjaya mewujudkan keharmonian hidup manusia. 


Selama sebulan, manusia meraikan kepelbagaian & rencam kehidupan. Proses 'li-taarafu' berhasil dgn jayanya. Paling tidak kita sudah mengetahui apa itu vuvuzela & kesan negatifnya kpd kesihatan telinga.


Pada peringkat awalnya, saya melahirkan kebimbangan terhadap saudara² di Gaza yg mungkin diganyang oleh tentera Zionis Israel semasa tumpuan dunia beralih ke Afrika Selatan. 


Ini rentetan drpd tekanan hebat yg Zionis Israel terima krn kebiadapan mereka menangani sukarelawan sedunia di atas Mavi Marmara & kemudiannya Rachel Corrie. Namun, kebimbangan itu tidak berlaku walaupun memang terdapat serangan² kecil kpd penduduk Gaza yg tetap kita kesali.


Justeru, kita akan terus berharap supaya pasukan Malaysia akan turut layak ke pusingan akhir Piala Dunia utk edisi yg seterusnya. 


InsyaAllah, berkat usaha gigih pemain² kebangsaan & sokongan rakyat Malaysia, tidak mustahil Malaysia akan menjadi salah satu drpd 32 pasukan yg akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 nanti.

Saturday, July 10, 2010

Rugi Tak Cuba, Try, Test

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:28 PM

Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat....

Dan alihkan pandangan pd dinding kosong....

Lihatlah keajaibannya....

Subhanallah....

Rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini....



Corat Coret MPP: MSK Melabuhkan Tirai

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:01 AM


Alhamdulillah segala puji bagi Allah akhirnya Minggu Suai Kenal (MSK) ambilan Julai 2010/2011 melabuhkan tirainya. Tahniah diucapkan kpd Kak Shai selaku Pengarah Program & juga sahabat² yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dlm menjayakan MSK. Tanpa sokongan padu kalian MSK tidak mungkin dapat dilaksanakan dgn jayanya. Moga setiap perkara yg baik kita lakukan menjadi amalan & bekalan di akhirat kelak. InsyaAllah.


Terlalu banyak coretan sepanjang MSK bermula dgn bengkel MSK, gerak kerja MSK & semasa MSK sehingga pelbagai ragam & reaksi yg ditonjolkan bagi memastikan kejayaan sepanjang MSK.


Khas buat semua Sekretariat Aku Janji, PTPTN & Bersama Fakulti


Kak Ikin, Rizal, Ariff, Kak Sue, Kak Ayu, Kak Hani, Anis, Mimi, Atiqah Sya, Atika, Mazni, Yana, Bella, Fatin, Sutha, Syah.


☑ Syukran jazilan wana ucapkan atas komitmen & semangat yg diberikan utuk melaksanakan tugas yg diberikan. Hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian semua.  


☑ Ampun & maaf dipinta andaikata telah menguris hati sahabat² tanpa sedar ataupun sedar. 


☑ Moga kenangan & pengalaman yg dilalui menjadi memori utk mendidik kita semakin dewasa. Salam Ukhuwah.


Khas buat semua Mahasiswa/siswi baru ambilan Julai 10/11
☑ Tahniah diucapkan krn dapat menjejakkan kaki ke UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris @ Universiti Pentarbiyahan Syuhadah Islam) & Takziah juga diucapkan memandang kalian juga bakal memikul tanggungjawab besar utk mendidik anak bangsa kelak. 


☑ Bukan mudah utk bergelar mahasiswa mahupun bakal pendidik memandangkan kita perlu mengubah cara hidup kpd yg lebih baik & terdidik agar mudah mendidik kelak. 


☑ Carilah ilmu sebanyak mungkin bukan sahaja berkaitan dgn bidang masing² malah ilmu yg dipelajari di luar dewan kuliah. 


☑ Carilah sahabat yg mampu membimbing kalian mengenal Allah. Semoga kalian merasai kemanisan berada di alam kampus selama berada 3 @ 4 tahun di bumi UPSI. InsyaAllah.


Semoga kalian semua dirahmati Allah


Wallahualam

Monday, July 5, 2010

Wanita Berbonggol UNTA!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:36 AM

Alhamdulillah hari ini wana baca satu artikel dari satu facebook yang ingin dikongsi pada sahabat sekalian. Semoga ia bermanfaat pada semua sahabat muslimat yang dikasihi kerana Allah.



Wanita Berbonggol UNTA!



Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawapan saya yang mungkin dapat membantu rakan² muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.


Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata². Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing² yang mengaku sebagai muslim


Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka². Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.


Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.


Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua² (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua².


Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?


Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at² tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.


Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.


Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar² sempurna.


Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Barulah redha Allah dengan ilmu yang sahih!



"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)



“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda² kekuasaan Allah, mudah²an mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)

Saturday, July 3, 2010

Jiwa Kacau, Damaikan Hatiku

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:27 AM

Ya Allah...
Kau damaikanlah hatiku...
Kau tenangkanlah jiwaku...

Ya Allah...
Kau Maha Tahu tiap sesuatu.
Andai benar ini ujian bagiku.
Redhakanlah hatiku.
Tabahkanlah jiwaku.

Aku bersyukur atas kurniaanMu Ya Allah
Namun hanya Kau yang benar tahu

Friday, July 2, 2010

Daun Besar

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:53 PM


Pada sebatang pohon kecil, hiduplah beberapa daun yang tumbuh bersama. Di antara daun² tersebut terdapat sebuah daun yang sangat besar dan kuat. Daun itu diagung²kan kerana kekuatannya. Dialah yang dianggap pelindung bagi daun-daun lainnya dari badai, hujan, panas matahari yang terik, dan bahaya lainnya.


Suatu ketika datanglah musim kemarau yang panjang. Daun² di pohon kecil itu mulai layu kerana tidak mendapat air dan makanan.

Daun besar yang tadinya kuat dan besar mulai terlihat keriput. Ia berusaha melindungi daun² lainnya dari matahari yang bersinar sangat terik sehingga daun² sahabatnya itu kian layu. Hari berganti hari, daun besar itu sudah sampai pada puncak usahanya. Ia mulai terkoyak sehingga sinar matahari mulai menembusnya. Ia mulai kehilangan kekuatannya dan daun² lainnya pun sudah mulai mengabaikannya kerana ia tidak kuat lagi seperti dulu.


Beberapa hari kemudian daun besar itu merasa tidak kuat lagi akhirnya ia berkata kepada teman²nya:


“Teman², aku tidak lagi mempunyai kekuatan untuk melindungi kalian, aku akan gugur. Selamat tinggal.”

Setelah berkata demikian akhirnya daun besar itu pun gugurlah. Musim kemarau terus berlanjut, daun² di pohon kecil itu saling bertahan untuk hidup. Mereka sama sekali sudah melupakan daun besar yang telah berjasa melindungi mereka sehingga mereka dapat bertahan sampai sekarang.

Musim kemarau tidak juga berakhir. Daun² di pohon kecil itu sudah mulai kehilangan harapan.

Mereka merasa sangat kelaparan, kehausan dan akan mati. Di saat mereka putus asa, tiba tiba dirasakan adanya air dan makanan dari tanah. Mereka kehairanan dengan keajaiban itu. Setelah lama mencari², mereka menyedarinya. Mereka melihat daun besar itu sudah membusuk dan menghasilkan air dan sari makanan bagi mereka. Akhirnya dengan air dan sari makanan dari daun besar tadi, daun daun di pohon kecil itu berhasil bertahan sampai musim hujan datang.

Daun² di pohon kecil itu sangat menyesal kerana telah melupakan daun besar itu. Padahal sampai akhir hayatnya daun besar itu tetap menjadi pahlawan bagi daun² lainnya.

Renungan bagi kita,

Janganlah menilai seseorang dengan penampilan dan kekuatannya.

Tuhan memberikan bantuan kepada kita melalui siapa saja bahkan melalui orang yang kita anggap telah jatuh dan hina.

Ingatlah rencana Tuhan itu ajaib dan tidak pandang bulu terhadap semua hambanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...