Photobucket

Monday, July 12, 2010

Tahniah Sepanyol, Piala Dunia 2010

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:25 PM 2 comments

Sekadar perkongsian walaupun saya bukanlah peminat bola. BOLA!!!


Ungkapan "Bola Itu Bulat, Macam² Boleh Berlaku" biasa kedengaran & sangat tepat penggunaan & maksudnya. Begitu jugalah selepas tamatnya Piala Dunia 2010, pasukan Sepanyol muncul juara. 


Pada permulaannya, Sepanyol tidak langsung dijangka akan berada di puncak dunia krn pasukan² gergasi bola sepak lebih mendapat tumpuan.


Tahniah Sepanyol kerana muncul juara terbaharu Piala Dunia.


Tahniah Dunia Keseluruhanya krn dgn Piala Dunia pertelingkahan sesama manusia dilupakan sejenak. Temasya 4 tahun sekali ini berjaya mewujudkan keharmonian hidup manusia. 


Selama sebulan, manusia meraikan kepelbagaian & rencam kehidupan. Proses 'li-taarafu' berhasil dgn jayanya. Paling tidak kita sudah mengetahui apa itu vuvuzela & kesan negatifnya kpd kesihatan telinga.


Pada peringkat awalnya, saya melahirkan kebimbangan terhadap saudara² di Gaza yg mungkin diganyang oleh tentera Zionis Israel semasa tumpuan dunia beralih ke Afrika Selatan. 


Ini rentetan drpd tekanan hebat yg Zionis Israel terima krn kebiadapan mereka menangani sukarelawan sedunia di atas Mavi Marmara & kemudiannya Rachel Corrie. Namun, kebimbangan itu tidak berlaku walaupun memang terdapat serangan² kecil kpd penduduk Gaza yg tetap kita kesali.


Justeru, kita akan terus berharap supaya pasukan Malaysia akan turut layak ke pusingan akhir Piala Dunia utk edisi yg seterusnya. 


InsyaAllah, berkat usaha gigih pemain² kebangsaan & sokongan rakyat Malaysia, tidak mustahil Malaysia akan menjadi salah satu drpd 32 pasukan yg akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 nanti.

2 123 Bingkisan Sahabat:

Tahniah Sepanyol, juara EURO 2012

Cik Fati mesti suka!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...