Photobucket

Sunday, August 22, 2010

YAHUDI LAKNATULLAH, Save PALESTIN

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:58 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah hari ini [21 Ogos 2010] jiwa ini diisi dgn pengisian ilmu tentang Palestin lagi. Ceramah Bersamamu Palestin sempena Minggu Halawatur Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Fazali bin Abdul Manas. 

Tahniah buat Hafizan, JMK KHAR, Sahabat Ar-Rashidin, rexco KHAR & siapa saja menjayakan program ini. Harapan semoga program ini mencapai objektifnya.

'Halawatur Ramadhan, Manisnya Ramadhan'

Sedikit perkongsian tentang kejahatan YAHUDI LAKNATULLAH terhadap saudara SEAGAMA kita. 

PLEASE READ & PASS ON! 
 
Israeli soldiers passing out candy to the kids

Making sure they get to school

 
So lovely human being!!!

 
Helping Ladies across the street

Providing childcare

 
Allowing them a place to rest (permanently) 
Construction projects (demolition)

  
 Access to Healthcare


   
Respecting American & British pacifist resisters (such as American Rachael Corrie)

And others.

And if you are not satisfied, now, with the truth the following pictures are war crimes as defined by the UN, The Hagueand the Geneva Convention.
 
 

Using images of your enemy dead or alive (violation), Human shields (violation), 
Live Burial Torture (violation) &
as a last res ort, Execution (violation)


Apa yg timbul di lubuk hati anda selepas melihat gambar ini?

Rasa simpati, geram, sedih?


Tahniah jika perasaan ini timbul dalam diri.


Tapi kenapa masih kita tidak memboikot barangan ISRAEL & SEKUTUNYA?

Kenapa masih menggunakan Johnson & Johnson, KOTEX, COLGATE, PALMOLIVE?

Kenapa masih makan KFC, MAGGI, PIZZA HUT, KIT KAT?

Kenapa masih minum MILO, COCO-COLA, PEPSI, SPRITE, NESCAFE?

Dan banyak lagi...

Wah sungguh banyak dah barang yg kita beli & sedar tidak sedar kita turut menyumbangkan wang kpd YAHUDI utk memusnahkan PALESTIN. Astaghfirullahalazim.

Jika hanya dilihat, tanpa tindakan itu semua tidak berhasil. Jom sahabat kita boikot barangan ISRAEL & SEKUTUNYA semampu upaya & kudrat kita.

Jom beralih pada barangan umat ISLAM.

TAKBIR.... ALLAHUAKHBAR...


Insan yg belajar dari kesilapan.
Bertatih menjadi Pengguna HPA yg sejati

Wallahualam

Thursday, August 19, 2010

3 Biji Tembikai itu ALLAH yg Cipta

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:43 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Saya nak ceritakan satu kisah antara si isteri, suami & 3 biji tembikai.



Satu hari, si suami pulang dari kerja dgn membawa 3 biji tembikai yg dibelinya. Dgn hati yg gembira, si suami segera menyuruh isterinya membelah sebiji tembikai. Akan tetapi, tembikai pertama itu tidak manis.

Lalu si suami menyuruh si isteri membelah tembikai kedua pula. Kali ini, tembikai yg dibelah tidak cukup masak


Si suami yg dari tadi menunggu dgn sabar terus menggesa isterinya membelah tembikai yg ketiga.

Jeng... Jeng... Jeng...

Tembikai yg ketiga itu pula busuk isinya.

Dgn hati yg membara, si suami terus menendang dinding rumah mereka sambil meradang, 
"Kenapa semua tembikai ni busuk? Tadi saya cuba rasa sebelum beli OK je! Ni mesti apek tu tipu saya! Nak kena apek ni. Siap kau!"

Dgn nada selamber tapi sopan, si isteri berkata, 
"Abang...Abang marah kat siapa ni?"

"Awak tak boleh teka ke? Mesti la saya marah kat apek jual tembikai ni! Bengang betul saya!" balas si suami.

"Owh...Abang marah dekat Allah ye?" sahut si isterinya lagi.

Terkejut mendengar kata² si isteri, si suami berkata lagi, 
"Eh eh isteri aku ni... Awak sakit telinga ke? Bila masa pulak saya marah kat Allah ni? Ada awak dengar saya kata macam tu?"

Sambil tersenyum si isteri menjawab, 
"Abang...mana apek tu dapat tembikai?"

Suami: 
"Dari petani la!"

Isteri: 
"Dari mana petani tu dapat tembikai pula bang?"

Suami: 
"Mestilah dia tanam! Takkan tu pun nak bagitau."

Isteri: 
"Macam mana dia tanam bang?"

Suami: 
"Dia pakai benih tembikai la. Takkan benih jagung!"

 Dlm hati si isteri (Kerek jugak suami aku ni).


Isteri: 
"Siapa yg buat benih tembikai tu bang?"

Suami: 
"Mestilah Allah yg ciptakan."

Isteri: 
"Jadi...Betullah abang marahkan Allah ye? Abang nak marah apek, dia cuma menjual tembikai sahaja. Abang nak marahkan petani, dia cuma menanamnya aja. Jadi, abang sebenarnya marahkan Allah krn Dia yg menciptakannya."

 Sang suami terus terdiam

*****************************************************


Kita sering mencela makanan yg kita dapat, ujian yg kita tempuh & cabaran yg kita hadapi. Tanpa memikirkan dari mana datangnya semua itu. Sememangnya sebagai manusia biasa, kita sering terlupa. 


Tapi ingatlah, dari Allah datangnya semua ini & kpd Allah jugalah kita perlu bersangka baik. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Cubalah cari hikmahnya. 


Moga kita akan berlega hati dgn ketentuan yg diberiNya.

Buat renungan kita semua.

Selamat menjalani ibadat puasa.

Selamat menunaikan solat tahajjud.

Tuesday, August 17, 2010

Cinta Sebelum Nikah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:45 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Jom baca kisah nie...




"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik² ya~…-Amin, UK -"


Aku mencapai telefon mobilku & membelek² SMS ucapan hari lahir yg diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya² mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? 



Jika tidak, tahun² sebelum ini pasti sudah ada kad besar & bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahirku. Dahlah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu². Menyangka sesuatu yg tak baik sedang berlaku.



Adakah dia sudah ….? 

Argh, tak mungkinlah! 

Dia dah kata takkan ….



Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat² baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM & juga friendster



Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu & telah bercadang utk turun ke KL dgn kakak melawat saudara-mara & sambil² itu bolehlah juga berjumpa dgn si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. 



Melepas rindulah sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dlm 3 jam 1/2 dah. Ulang alik setiap hari pun boleh.



Di KL. Aku telah menghubunginya & cuba mengajak utk berjumpa. Dia menolak ajakan aku utk keluar berjalan² drpd pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dgn ku seketika sahaja pada petang hari. 



Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak. Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. 



Dan petang itu kami taklah ke mana² sangat. Ronda² sahaja dgan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran & kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yg agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dlm perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…



Dia ada bertanya 
"Apa beza kita dgn mereka kat situ tu ye?" 



Amin menunjuk² ke arah beberapa pasang 'couple' yg sedang lepak berdua²an di tempat² duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. 


"Ala , kita ni baik sikit. Tak ada pegang². Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk².

"Dlm Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok belok masalah benda² macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahajalah!

"Erh, abaikan sajalah. Saja² saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK utk menyambung sesi pelajarannya yg baru, dia ada menghantar satu email kpda ku utk menerangkan kedudukan & tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit sebanyak yg aku perlu mengawal hubungan yg masih tidak 'rasmi' ini. 



Dan sejak drpda itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dgn jari. 



Aku bersyukur & gembira krn dialah yg membuat aku berubah utk jadi lebih baik & lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat & singkat, kini sudah banyak yg labuh & longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yg memperkenalkan padaku apa itu usrah & dakwah. Dia juga ada berpesan:
'Jaga hubungan dgn Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'



Jadi, apakah yg akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam² sangkaan buruk bermain² dlm hati yg mula busuk ini. 



Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki² lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dgn perempuan² lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yg 'playboy' pada masa kini.



Ops! Mungkin agak kasar utk berkata sedemikian.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi.


Nombor Amin yg terpapar.


"Esok free tak? Boleh kita chatting?"


"Boleh... Saya free saja." jawab aku ringkas.


Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja utk 'wish birthday'. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.


"Ok. Thank you..." balasnya pula.


Keesokannya. Aku menanti awal dia online.



Amin has signed in.



Oh, tepat sungguh waktunya...


Amin: Assalamualaikum wbt.


Wani: Waalaikumussalam wbt.


Amin: Apa khabar? Sihat? Iman baik?


Wani: Alhamdulillah... Sihat²..=) Awak?


Amin: Alhamdulilah… Baik² juga… Iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni… Tapi tak mengapa, ok saja semua..


Wani: Awak tak balik ke tahun ni? Btw, thanks for the birthday wish last week...


Amin: Tak balik... Banyak kerja sikit tahun ni… Lagi pun saya nak try bekerja… Cari duit...


Wani: Wah, rajinnya... Baguslah!


Amin: Hurmmm... Study macam mana?


Wani: Ok saja... New sem ni berat sikit.. Jadual pack.


Amin: OIC... Tak mengapa, study rajin² ye... Hurmmm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…


Wani: Apa dia? Tanyalah… Sila²..


Amin: 1st of all sorry dulu ye… Hurmmm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?


Wani: Erh… Macam awak kata dlm email tu dulu yg kita ni kan 'kawan'… Tak lebih drpd tu… Tapi, special sikit… Tiada couple² macam org lain… Declare pun tak kan? So, statusnya kawan saja lah…


Amin: Hurmmm…


Wani: Erh, tak betul ke?


Amin: Hurmmm.. ni opinion sajalah - antara lelaki & perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yg lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… Yg lain² atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..


Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…


Wani: Jadi…


Amin: Saya rasa kita harus stopStop utk berpisah… Sebab… Sebab saya sedar yg semua ini adalah salah & juga keliru… Benda ni akan buatkan hati ternodai… Zina hati akan banyak berlaku… Walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…


Amin: Huhhh… Saya bercakap itu & ini pada org ramai… Tapi dlm masa yg sama saya meyelindungi sesuatu yg tak sepatutnya saya buat…


Amin: Kononya Islamik… Saya rasa cara ni tak betul… Kita sebenarnya yg dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… Then, org nampak Islamik…


Amin: Saya rasa tak ada beza pun kita dgn org lain yg duduk ber'couple²' ini..


Amin: Hurmmm... Jadi, saya rasa kita harus berpisah… Demi menjaga diri…& sama² utk kembali harungi hidup dlm redha Ilahi…


Amin: Sorry… Sorry banyak² utk segala apa yg telah kita buat… Dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yg lupa pada-Nya…


Amin: Andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazim. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. 



Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yg jelas membuat aku tak dapat membantah & berkata². Sedih, pilu, kecewa, & sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…



Aku tak mampu lagi utk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah & terima sahaja keputusan yg dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yg bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. 



Dialah juga tempatku pohon keampunan atas segala kekeliruan yg telah aku timbulkan. Rupa²nya selama ini aku telah tertipu dgn bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal & haram, serta mengandunkan yg Islam & al-hawa…



Cinta hakiki hanyalah pada Allah…



Tiba² aku teringat hadis halawatul iman yg pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama² sekali mestilah mencintai Allah & RasulNya lebih drpd makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya krn Allah & akhir sekali, mesti benci utk kembali kpd kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dlm api neraka. Dgn demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.



Hanya Allah sahajalah yg layak memberi hidayah kpd sesiapa yg dikehendakiNya. Moga² Dia kuatkan & teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini & moga² diringankan beban yg kupikul ini.



Aku terus menjawab ringkas….
Wani: Thanks & sorry too… Saya terima… Alhamdulillah


Wani: Moga awak bahagia & sukses selalu di sana. Doakan saya juga.


Wani: wassalam.

Signed out



Aku merasakan hubungan 3 tahun yg terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yg menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa



Ya, kami memang saling menasihati & bertazkirah, saling mengejut Qiamulail, saling menghantar SMS ayat² Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya. Aku sedar yg kami telah mempergunakan Islam utk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. 



Syukur padaMu ya Allah krn lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.


--------------------------------------------------------------------------------

"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Opsss! Tersedar drpd lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil utk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul & Amin.



"Ya bang, Wani turun…"


Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku & bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia utk membentangkan 'presentation' kpd beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dlm program 'Belia Negara 2057' esok. 



Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini & aku mengharapkan belia² harapan negara dapat kembali kpd cara fitrah yg sebenar dlm menguruskan soal cinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...