Photobucket

Thursday, August 19, 2010

3 Biji Tembikai itu ALLAH yg Cipta

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:43 AM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Saya nak ceritakan satu kisah antara si isteri, suami & 3 biji tembikai.



Satu hari, si suami pulang dari kerja dgn membawa 3 biji tembikai yg dibelinya. Dgn hati yg gembira, si suami segera menyuruh isterinya membelah sebiji tembikai. Akan tetapi, tembikai pertama itu tidak manis.

Lalu si suami menyuruh si isteri membelah tembikai kedua pula. Kali ini, tembikai yg dibelah tidak cukup masak


Si suami yg dari tadi menunggu dgn sabar terus menggesa isterinya membelah tembikai yg ketiga.

Jeng... Jeng... Jeng...

Tembikai yg ketiga itu pula busuk isinya.

Dgn hati yg membara, si suami terus menendang dinding rumah mereka sambil meradang, 
"Kenapa semua tembikai ni busuk? Tadi saya cuba rasa sebelum beli OK je! Ni mesti apek tu tipu saya! Nak kena apek ni. Siap kau!"

Dgn nada selamber tapi sopan, si isteri berkata, 
"Abang...Abang marah kat siapa ni?"

"Awak tak boleh teka ke? Mesti la saya marah kat apek jual tembikai ni! Bengang betul saya!" balas si suami.

"Owh...Abang marah dekat Allah ye?" sahut si isterinya lagi.

Terkejut mendengar kata² si isteri, si suami berkata lagi, 
"Eh eh isteri aku ni... Awak sakit telinga ke? Bila masa pulak saya marah kat Allah ni? Ada awak dengar saya kata macam tu?"

Sambil tersenyum si isteri menjawab, 
"Abang...mana apek tu dapat tembikai?"

Suami: 
"Dari petani la!"

Isteri: 
"Dari mana petani tu dapat tembikai pula bang?"

Suami: 
"Mestilah dia tanam! Takkan tu pun nak bagitau."

Isteri: 
"Macam mana dia tanam bang?"

Suami: 
"Dia pakai benih tembikai la. Takkan benih jagung!"

 Dlm hati si isteri (Kerek jugak suami aku ni).


Isteri: 
"Siapa yg buat benih tembikai tu bang?"

Suami: 
"Mestilah Allah yg ciptakan."

Isteri: 
"Jadi...Betullah abang marahkan Allah ye? Abang nak marah apek, dia cuma menjual tembikai sahaja. Abang nak marahkan petani, dia cuma menanamnya aja. Jadi, abang sebenarnya marahkan Allah krn Dia yg menciptakannya."

 Sang suami terus terdiam

*****************************************************


Kita sering mencela makanan yg kita dapat, ujian yg kita tempuh & cabaran yg kita hadapi. Tanpa memikirkan dari mana datangnya semua itu. Sememangnya sebagai manusia biasa, kita sering terlupa. 


Tapi ingatlah, dari Allah datangnya semua ini & kpd Allah jugalah kita perlu bersangka baik. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Cubalah cari hikmahnya. 


Moga kita akan berlega hati dgn ketentuan yg diberiNya.

Buat renungan kita semua.

Selamat menjalani ibadat puasa.

Selamat menunaikan solat tahajjud.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...