Photobucket

Friday, July 22, 2011

Novel *HANI* Mencuit Hatiku

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:39 PM


Hani m'gisahkan cabaran hidup seorang remaja perempuan bernama Ummu Hani yg periang & cemerlang dalam akademik & kokurikulum. Dia berazam m'yambung pelajaran di luar negara.

Hani yg selalu sakit kepala & pening (migrain) telah disahkan m'punyai ketumbuhan dalam otak sebelum menghadapi peperiksaan SPM. Dia perlu m'jalani p'bedahan otak tetapi akan menerima satu kesan sampingan iaitu menjadi buta!

Berita itu umpama hukuman mati kepadanya dalam m'gapai cita² menjadi pensyarah & m'gejar cintanya kepada seorang pelajar b'nama Irfan.

Emosi Ummu Hani t'tekan selepas m'jadi orang buta. Ummu Hani yg 'sebenar' telah kembali ke rahmatullah di depan pintu Masjidil Haram selepas menyempurnakan hafalan 30 juzuk al-Quran di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Alhamdulillah akhirnya dapat menyelesaikan membaca Novel Tarbiyah Dewasa yg bertajuk HANI. Pada mulanya saya fikir jalan cerita novel nie tak "best". 

Kononnya novel yg tak "best" nie yang satu²nya novel yg telah mencuit lubuk hati nurani ini. Tak sampai separuh bahagian novel lagi dibaca saya dah nangis teresak² membacanya.

Kata Ilya, Fiza & Kak Jaa, saya terlalu menjiwai watak dalam novel ini sampai nangis tak henti² hinggalah muka surat terakhir novel.

Dalam sehari sahaja novel ni dah abis baca.

"Best" sangat².

Bacalah baru tahu kisah sebenarnya.


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar... 


~ Pergorbanan 

~ Persahabatan 

~ Kasih Sayang 

~ Keagamaan 

~ Keazaman 


Dan banyak lagi pengajaran yang terdapat dalam cerita nie.


Wallahualam 

Wednesday, July 20, 2011

Detox Foot Patch: Karut Belaka

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:34 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hari nak kongsi email dikirimkan oleh seorang sahabat. Mungkin dah ramai tahu tentang perkara ni memandangkan tak pernah dah nampak iklan tentangnya di mana² laman web.  

Sekadar perkongsian.

Pernah dapat "offer" atau kena "tag" di facebook dgn satu produk yg hebat & canggih, yg diwar²kan sebagai teknologi terkini dlm bidang perubatan? 

Satu produk dgn nama "Detox Foot Patch". Macam² jenama ada, samada org jual cara "direct-selling" ataupun ada yg buat MLM. 

So, pagi ni aku pergi kedai nak beli paper, aku ada nampak produk tu (yg sama waktu dgnnya) tergantung² m'gamit mesra hatiku yg dah lama "curious" pasal benda ni. 

Ada ke letak "patch" tu kat tapak kaki utk semalaman boleh nyah-toksin semua benda merapu yg dah masuk dlm badan seorang manusia? 

Seumpama aku ni lah kiranya. Aku kuat makan, dan aku makan macam², kamu pun tahu. Lepas tu, toksin tu semua keluar sampai "foot patch" tu jadi hitam beb! 

Bloody freaking 'ell! It's just out of this world man! 

Cuma, selama aku membesar & dah jadi orang dewasa yg pernah masuk U, aku selalu berfikiran bahawa memang ada banyak toksin & banyak lagi masuk badan manusia, tapi Allah dah bagi kita hati & buah pinggang yg berfungsi sebagai organ yg memproses semua toksin tu & menyingkirkannya melalui air kencing & najis kita. 

Proses penyingkiran tu teramatlah kompleks & memerlukan pelbagai enzim reductase, transaminase, phosphatase & seribu satu macam enzim yg lain. Itu kamu belajarlah sendiri. Tengok kat wikipedia pun ada penerangan.

OK... Cuba kamu tutup mata & lupakan sekiranya ada iklan & hasutan drpd kawan² kamu yg suruh beli benda ni. Bayangkan, kalau kamu letak "detox patch" ni kat tapak kaki semalaman, macam mana ah agaknya toksin tu semua nak keluar? 

Ikut liang peluh tapak kaki (tapak kaki kita ada kulit tebal - jangan lupa), ikut resapan kulit? 


What? How? 

Anyway, dahlah tu beb. Buka mata. Tengok gambar aku ni. Ini gambar yg aku tangkap dgn iPhone aku dlm sejam lepas.


Ini produknya - tapi kat facebook ada jenama lain jugak. Berbaloi² tu!


Dlm kantung ni ada herba yg macam², yg akan menyerap toksin tu semua. Yahoo!


Dia bagi satu pelekat & patch tu lekatkan kat situ.


Ini cawan, aku isi air suam 
(bukan mendidih, tapi air suam - hangat² macam badan manusia).


So I put the thing on top.... like so.  


5 minit lepas tu. Waaaaah! Banyaknya toksin dlm air suam tu!!!


Tak payah tunggu 8 jam. 5 minit dah cukup utk kamu tahu bahawa benda ni merapu. Ada mala'un dlm umat Melayu tu memang suka sgt mengelentong orang lain & ada pula yg suka sungguh dikelentong di siang hari. Demi duit. 


Tak payahlah kita berdolak-dalik. Gusar juga hati aku kadang² memikirkannya. Kita dah masuk abad ke-21 dah ni beb. Ketinggalan zaman betul ke orang Melayu? 



Pesan aku kpd si penjual pula - sudah²lah buat kerja lagha & satu sen tak guna ni bang, kak. 


Ini namanya mungkar & laknatullah tuan-puan, sekalian. 

Janganlah telan duit untung sebegini, & bagi anak makan & sekolah. Tak berkat tu.


Ini semua bukan cerita baru.


Wallahualam

Monday, July 18, 2011

Transformasi Ramadhan: Dimensi Perubahan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:35 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Alhamdulillah beberapa minggu yg lalu dapat menghabiskan bacaan sebuah buku yg b'tajuk "TRANSFORMASI RAMADHAN"


Melihat saja akan tajuknya sudah memberi makna pelbagai & yg penting bicara pokoknya ada PERUBAHAN.

Biarlah Ramadhan kali ini menjadi medan tarbiyah diri. Medan transformasi diri agar bergraduasi drpd Universiti Ramadhan dgn Ijazah kelas pertama.

Menjadi insan yg baru.

Segar.

Minda Islami.

Terlalu banyak ilmu baru yg dipelajari drpd buku ni. Pada sahabat yg belum berpeluang utk membaca jangan ketinggalan utk membacanya. Tidak rugi. Moga Ramadhan kali ini kita melaluinya dgn satu momentum yg baru.

Sedikit perkongsian yg dicoretkan dlm blog Ustaz Hasrizal.


Ramadhan tiba berulang masa.


Di suatu ketika, ketibaan Ramadhan sinonim dgn kegemilangan umat.  Ramadhan mencatat   kemenangan di medan Badar  pembebasan Kota Makkah


Ramadhan juga mengiringi   ketibaan Islam di bumi Andalus


Ramadhan mewarnai   kejayaan Salahuddin al-Ayyubi membebaskan al-Masjid al-Aqsa drpd cengkaman Tentera Salib


Malah Ramadhan juga menyaksikan   kejayaan Saifuddin Qutz menumpaskan kemaraan Moghol di medan ‘Ain Jalut.


Demikianlah Ramadhan & kejayaan silam. 


Masihkah Muslim & Ramadhan, intim dlm hubungan yg gilang gemilang itu? 

Bagaimana Ramadhan semalam & bagaimana pula Ramadhan hari ini? 

Masihkah Ramadhan itu suatu latihan & proses Rabbani, atau hanya adat di limpahan nikmat?


TRANSFORMASI RAMADHAN mengajak kaum Muslimin menjernihkan pandangan.


Ia bukan manual Fiqh pd membicarakan teras hukum & perundangan.


Ia adalah senaskhah peringatan buat renungan.


Agar Ramadhan ditempuh dgn penghayatan.


Bukan bulan manusia rancak memusimkan agama tanpa makna.


Jangan berpuasa tanpa agama.

Jangan beragama tanpa Tuhan.



Wahai orang² yg beriman, puasa diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelummu, agar (dengan puasa itu) kamu menjadi insan yg berTaqwa  [al-Baqarah:185]

(",) Baca Saya (",)

Wallahualam

Sunday, July 17, 2011

Corat Coret Praktikal: Grand Final InfoHunt

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:59 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


16hb Julai, saya & Fiezah menjadi guru pengiring pelajar yg menyertai "Grand Final Info Hunt" anjuran MSU/PTPL utk pelajar sekolah sekitar Klang kat Taman Pertanian Bukit Cerakah, Shah Alam atau kini lebih dikenali dengan nama Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.

Kasihan Fiezah terpaksa membatalkan niat pulang kampungnya di Melaka utk sama² ke program nie. Nasib baiklah pelajar yg nak diiring nie Form 5, kira kenallah juga dgn mereka sebab pernah berkampung bersama² waktu Perkampungan Ilmu yg lalu.

Nak dipendekkan cerita terasa muda pula bila bersama dgn budak nie (Miera, Hajar, Adibah, Fatin, Fadila, Farahiyah, Zahar, Farid, Syazwan, Mustakim, Shahrul, Fazlin). Macam sebaya pula dgn mereka. Mentang²lah beza umur 5  tahun je. >_<

Best.

Cantik tempatnya.


Sesuai utk menguruskan badan lagi bila berjalan² di sekitar kawasan rekreasi. 


Program Infohunt tu dijalankan dekat Taman Haiwan. Waktu budak nie bertanding saya & Fiezah berjalan di sekitar taman sambil melihat haiwan² yg ada seperti kuda, arnab, landak, monyet & macam² lagi. 

Cuma waktu kami datang rumah 4 musim terpaksa ditutup memandangkan proses penambahbaikan. So tiada rezekilah nak merasa ke tempat tue.



Keputusan pertandingan:

SAMSHSB tak dapat apa². Walau bagaimanapun, mereka tetap pulang dgn hati yg gembira.

Apa²pun TAHNIAH buat kamu semua (Miera, Hajar, Adibah, Fatin, Fadila, Farahiyah, Zahar, Farid, Syazwan, Mustakim, Shahrul, Fazlin).

Gambar Kenangan



Wallahualam

Wednesday, July 13, 2011

Pendingin Hawa?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:25 AM



Pendingin hawa @ penghawa dingin? Hurmm.. Tak kisah yg mana satu cuma nak kongsi satu artikel yg saya baca beberapa hr yg lalu..



*****************************


Dilarang m'hidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap t'lebih dahulu sebaik memasuki kereta anda & jgn sama sekali m'hidupkan pendingin hawa.

Benzene adalah sejenis toksik yg boleh m'cemar buah pinggang & hati, & sukar pula bagi tubuh manusia utk m'yahkeluarkan toksik t'sebut.

B'pandukan kpd kajian yg dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara m'hasilkan Benzene, sejenis toksin yg m'yebabkan kanser (carcinogen - ia dpt dikenalpasti melalui bau yg t'hasil dr haba bhn plastik di dlm kereta). 

Di samping m'yebabkan kanser, ia jg b'tindak sebagai racun bg tulang, m'yebabkan anemia & m'gurangkan sel darah merah. Tindakan ini jika dibiar b'larutan akan m'yebabkan Leukemia, meningkatkan risiko m'hadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar p'dedahan Benzene yg dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kwsn b'bumbung dgn tingkap tertutup m'hasilkan 400-800 mg Benzene. 

Jika dibiarkan di kwsn yg t'dedah dgn tingkap yg t'tutup pd suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dr tahap yg dibenarkan... & penumpang di dalamnya akan m'yedut toksik yg b'lebih²an secara tidak sedar.

Cara yg dicadangkan utk m'gelakkan perkara ini dr b'terusan ialah dgn m'buka tingkap pintu terlebih dahulu utk memberi udara di dlm beredar keluar.

Sekadar p'kongsiaan utk keselamatan b'sama...

Monday, July 11, 2011

AKU, ISABELLA & TOK KENALI

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:39 AM


Alhamdulillah akhirnya dapat membaca buku AKU, ISABELLA & TOK KENALI. Dah lama buku tengok kat saya untuk tunggu dibaca tapi buku lain juga yg saya baca dulu. Nasib baik buku ni tak merajuk.. Mengarutlah pula saya. >_<.  Travelog Hidayah mengisahkan perjalanan hidup Bob Lokman sehinggalah berhijrah kepada yg lebih baik. Jom baca sedikit sinopsis buku ini:
Anak remaja ini seolah² melepaskan rasa dendam semasa kecilnya yg dipasung oleh bapa yg sangat prihatin dgn akhlak anaknya. Ini kerana mereka adalah legasi Tok Kenali, ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga. Dia menggelinjang keseronokan berada di wilayah baru tanpa ayah garang yg melotot pandangan mata yg tajam. Dia berlari sesuka hati & menjadi tarikan pesona kepada bajingan tengik di asrama yg ditakluknya sebagai ‘wilayah jajahan’.

Hukum karma akhirnya menerkam & menikam ubun2nya yg hijau di dataran kehidupan yg berupa pentas opera. Bob Lokman terkucil dgn keonaran yg diciptanya sendiri. Dia terhukum kejam dgn dibuang asrama. Bagaimana akhirnya anak muda kail panjang sejengkal ini mengharungi hidup selepas SPM & tanpa kertas maruah yg bernama ijazah, beliau menempuh carut-marut kehidupan di tengah bandaraya Kuala Lumpur yg tidak bersahabat dgn manusia malas. Dia menjadi pemandu bas dgn menyanyi riang di tengah hiruk-pikuk anak sekolah yg melemaskan, berniaga kecil²an untuk menampung kehidupan, & menjadi kuli kasar di gedung studio.

Bob Lokman akhirnya terselit di tengah² fenomena rock pada dekad 1980-an. Dia menjadi pencipta lirik yg akhirnya di tengah keriuhan anak seniman, dia terus membina nama di persada seni tanah air. Bob Lokman tersungkur dgn kegemerlapan namanya. Dia tersadung dgn kesakitan. Keperitan & kejerihan hidup bertindan² menerpa, meluluh lantak jiwa seorang bapa & suami. Ujian demi ujian yg akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.

Dia akhirnya menyapa hidayah Tuhan yg datang, & kini sanggup berdada dgn sebongkah ujian. Dia sanggup menjalani kehidupan yg sederhana, membuang pakaian kesombongan yg dipakainya dalam dunia seni dgn seribu sihir yg memukau. Dia telah merasai dunia ketawa, & kini tibalah masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain bagi bersama² merengkuh kasih-sayang Tuhan, Sang Pencipta yg penuh dgn sifat Ar-Rahman & Ar-Rahim.


Sejarah hidup & pengalaman beliau sungguh menjanjikan pengajaran, ibrah & kesedaran. Sungguh unik & menginsafkan. Anda perlu membacanya jika anda enggan berada di pihak yg rugi macam UMNO & pengikutnya. Sungguh, beliau begitu mahu kisah & perjalanannya menuju hidayah Allah dikongsikan bersama. Beliau yakin perjalanan hidup di jalan penuh liku & duri saat remaja & dewasanya jika dikongsi akan menjanjikan kesedaran bersama. Itulah yg beliau sedang kongsikan bersama khalayak yg menghadiri ceramahnya yg tak putus² hari ini.

Kini, Bob Lokman adalah pendakwah di medan dakwah & masyarakat. Menambah serinya, beliau bersama PAS berdakwah di dalam & untuk masyarakat. Siapa tidak kenal PAS & jasanya?


Beli & bacalah buku travelog hidayah ini. Isinya berat, bahasanya ringan. Ia tidak seperti buku pecah panggung Ustaz Riduan sebelumnya, ‘Menerjang Badai’ yg berat bahasanya bagai seberat isinya jua. Kedua2nya amat baik untuk dibaca.


“Aku akan mati berjuang bersama dakwah dgn panduan alim ulama. Doakan aku teman…” ujar Bob Lokman dgn lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini. – TRAVELOG HIDAYAH : AKU, ISABELLA & TOK KENALI.


Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...