Photobucket

Monday, July 11, 2011

AKU, ISABELLA & TOK KENALI

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:39 AM No comments


Alhamdulillah akhirnya dapat membaca buku AKU, ISABELLA & TOK KENALI. Dah lama buku tengok kat saya untuk tunggu dibaca tapi buku lain juga yg saya baca dulu. Nasib baik buku ni tak merajuk.. Mengarutlah pula saya. >_<.  Travelog Hidayah mengisahkan perjalanan hidup Bob Lokman sehinggalah berhijrah kepada yg lebih baik. Jom baca sedikit sinopsis buku ini:
Anak remaja ini seolah² melepaskan rasa dendam semasa kecilnya yg dipasung oleh bapa yg sangat prihatin dgn akhlak anaknya. Ini kerana mereka adalah legasi Tok Kenali, ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga. Dia menggelinjang keseronokan berada di wilayah baru tanpa ayah garang yg melotot pandangan mata yg tajam. Dia berlari sesuka hati & menjadi tarikan pesona kepada bajingan tengik di asrama yg ditakluknya sebagai ‘wilayah jajahan’.

Hukum karma akhirnya menerkam & menikam ubun2nya yg hijau di dataran kehidupan yg berupa pentas opera. Bob Lokman terkucil dgn keonaran yg diciptanya sendiri. Dia terhukum kejam dgn dibuang asrama. Bagaimana akhirnya anak muda kail panjang sejengkal ini mengharungi hidup selepas SPM & tanpa kertas maruah yg bernama ijazah, beliau menempuh carut-marut kehidupan di tengah bandaraya Kuala Lumpur yg tidak bersahabat dgn manusia malas. Dia menjadi pemandu bas dgn menyanyi riang di tengah hiruk-pikuk anak sekolah yg melemaskan, berniaga kecil²an untuk menampung kehidupan, & menjadi kuli kasar di gedung studio.

Bob Lokman akhirnya terselit di tengah² fenomena rock pada dekad 1980-an. Dia menjadi pencipta lirik yg akhirnya di tengah keriuhan anak seniman, dia terus membina nama di persada seni tanah air. Bob Lokman tersungkur dgn kegemerlapan namanya. Dia tersadung dgn kesakitan. Keperitan & kejerihan hidup bertindan² menerpa, meluluh lantak jiwa seorang bapa & suami. Ujian demi ujian yg akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.

Dia akhirnya menyapa hidayah Tuhan yg datang, & kini sanggup berdada dgn sebongkah ujian. Dia sanggup menjalani kehidupan yg sederhana, membuang pakaian kesombongan yg dipakainya dalam dunia seni dgn seribu sihir yg memukau. Dia telah merasai dunia ketawa, & kini tibalah masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain bagi bersama² merengkuh kasih-sayang Tuhan, Sang Pencipta yg penuh dgn sifat Ar-Rahman & Ar-Rahim.


Sejarah hidup & pengalaman beliau sungguh menjanjikan pengajaran, ibrah & kesedaran. Sungguh unik & menginsafkan. Anda perlu membacanya jika anda enggan berada di pihak yg rugi macam UMNO & pengikutnya. Sungguh, beliau begitu mahu kisah & perjalanannya menuju hidayah Allah dikongsikan bersama. Beliau yakin perjalanan hidup di jalan penuh liku & duri saat remaja & dewasanya jika dikongsi akan menjanjikan kesedaran bersama. Itulah yg beliau sedang kongsikan bersama khalayak yg menghadiri ceramahnya yg tak putus² hari ini.

Kini, Bob Lokman adalah pendakwah di medan dakwah & masyarakat. Menambah serinya, beliau bersama PAS berdakwah di dalam & untuk masyarakat. Siapa tidak kenal PAS & jasanya?


Beli & bacalah buku travelog hidayah ini. Isinya berat, bahasanya ringan. Ia tidak seperti buku pecah panggung Ustaz Riduan sebelumnya, ‘Menerjang Badai’ yg berat bahasanya bagai seberat isinya jua. Kedua2nya amat baik untuk dibaca.


“Aku akan mati berjuang bersama dakwah dgn panduan alim ulama. Doakan aku teman…” ujar Bob Lokman dgn lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini. – TRAVELOG HIDAYAH : AKU, ISABELLA & TOK KENALI.


Wallahualam

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...