Assalamualaikum & salam sejahtera..
Hari nak kongsi email dikirimkan oleh seorang sahabat. Mungkin dah ramai tahu tentang perkara ni memandangkan tak pernah dah nampak iklan tentangnya di mana² laman web.
Sekadar perkongsian.
Pernah dapat "offer" atau kena "tag" di facebook dgn satu produk yg hebat & canggih, yg diwar²kan sebagai teknologi terkini dlm bidang perubatan?
Satu produk dgn nama "Detox Foot Patch". Macam² jenama ada, samada org jual cara "direct-selling" ataupun ada yg buat MLM.
So, pagi ni aku pergi kedai nak beli paper, aku ada nampak produk tu (yg sama waktu dgnnya) tergantung² m'gamit mesra hatiku yg dah lama "curious" pasal benda ni.
Ada ke letak "patch" tu kat tapak kaki utk semalaman boleh nyah-toksin semua benda merapu yg dah masuk dlm badan seorang manusia?
Seumpama aku ni lah kiranya. Aku kuat makan, dan aku makan macam², kamu pun tahu. Lepas tu, toksin tu semua keluar sampai "foot patch" tu jadi hitam beb!
Bloody freaking 'ell! It's just out of this world man!
Cuma, selama aku membesar & dah jadi orang dewasa yg pernah masuk U, aku selalu berfikiran bahawa memang ada banyak toksin & banyak lagi masuk badan manusia, tapi Allah dah bagi kita hati & buah pinggang yg berfungsi sebagai organ yg memproses semua toksin tu & menyingkirkannya melalui air kencing & najis kita.
Proses penyingkiran tu teramatlah kompleks & memerlukan pelbagai enzim reductase, transaminase, phosphatase & seribu satu macam enzim yg lain. Itu kamu belajarlah sendiri. Tengok kat wikipedia pun ada penerangan.
OK... Cuba kamu tutup mata & lupakan sekiranya ada iklan & hasutan drpd kawan² kamu yg suruh beli benda ni. Bayangkan, kalau kamu letak "detox patch" ni kat tapak kaki semalaman, macam mana ah agaknya toksin tu semua nak keluar?
Ikut liang peluh tapak kaki (tapak kaki kita ada kulit tebal - jangan lupa), ikut resapan kulit?
What? How?
What? How?
Anyway, dahlah tu beb. Buka mata. Tengok gambar aku ni. Ini gambar yg aku tangkap dgn iPhone aku dlm sejam lepas.
Ini produknya - tapi kat facebook ada jenama lain jugak. Berbaloi² tu!
Dlm kantung ni ada herba yg macam², yg akan menyerap toksin tu semua. Yahoo!
Dia bagi satu pelekat & patch tu lekatkan kat situ.
Ini cawan, aku isi air suam
(bukan mendidih, tapi air suam - hangat² macam badan manusia).
So I put the thing on top.... like so.
5 minit lepas tu. Waaaaah! Banyaknya toksin dlm air suam tu!!!
Tak payah tunggu 8 jam. 5 minit dah cukup utk kamu tahu bahawa benda ni merapu. Ada mala'un dlm umat Melayu tu memang suka sgt mengelentong orang lain & ada pula yg suka sungguh dikelentong di siang hari. Demi duit.
Tak payahlah kita berdolak-dalik. Gusar juga hati aku kadang² memikirkannya. Kita dah masuk abad ke-21 dah ni beb. Ketinggalan zaman betul ke orang Melayu?
Pesan aku kpd si penjual pula - sudah²lah buat kerja lagha & satu sen tak guna ni bang, kak.
Ini namanya mungkar & laknatullah tuan-puan, sekalian.
Janganlah telan duit untung sebegini, & bagi anak makan & sekolah. Tak berkat tu.
Ini semua bukan cerita baru.
Wallahualam
1 123 Bingkisan Sahabat:
huhuhu..
ntah la yg mn nak percaya..
=)
Post a Comment