Photobucket

Thursday, November 3, 2011

Tutorial: Alert a Welcome Message

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:09 AM

Assalamuaikum & salam sejahtera.


Nak tanya..


Terharu tak bila buka satu blog nie tiba² muncul ayat seperti ini
"Selamat Datang ke blog TERATAK PENDIDIK. Moga dirahmati Allah selalu"
Simpan jawapan kamu & mana² sahabat blogger yg nak try letak alert a welcome message nie bolehlah ikuti tuto kat bawah.


______ Alert a Welcome Message ______

1. Dari Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/javascript

2. Copy code Alert a Welcome Message di bawah, kemudian paste di ruangan HTML/javascript.
<script> function MYALERT() {
alert("TULIS AYAT KAMU KAT SINI"); } MYALERT()
</script>


3. Save & lihat hasilnya.:)


NOTA KAKI: 
Para blogger bolehlah mengubah TULIS AYAT KAMU KAT SINI dengan ayat masing².

______Kalau Dapat Jangan Lupa Komen ______

Tutorial: Button Top of The Page

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:08 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Kal nie saya nak share tuto meletakkan Button Top of The Page kat blog masing².
Kegunaan button nie:
Memudahkan pembaca blog kita kembali ke page atas setelah membaca entry kita  yg panjang berjela².^_^


_____ Button Top of The Page ______

1. Dari Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/javascript

2. Copy code Button Top of The Page di bawah, kemudian paste di ruangan HTML/javascript.

<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:5px;right:5px;" href="#" title="Top"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnJZQJ96I0eLRMRIf0bDmezmHS9vOR8W4D1cZWJyUt5hm9WdK5FRhjjcejqfDzpn6XjxJuumJvzq0NP92qStVnwakIuW4ypH2u2d8keoWHAc66OtQZzcBnlVPTZ7Mm_mr6vj-k8jynQF4/s1600/button.png" /></a>
3. Save & lihat hasilnya.:)

NOTA KAKI:
1. URL berwarna merah ialah contoh button yg saya gunakan & ia boleh diubah².


2. Kedudukan button juga boleh diubah (RIGHT or LEFT) di tulisan RIGHT berwarna biru pada kod mengikut keselesaian pemilik blog.

______Kalau Dapat Jangan Lupa Komen ______

Wednesday, November 2, 2011

TASAWWUR ISLAM yang sebenar IV

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:48 AM

Allah menghukum org yg menukar agama (murtad) dgn hukuman bunuh sebagai balasan demi menjaga agama Allah yg agung ini sentiasa terpelihara bukan utk dipermainkan. Allah telah menerangkan di dalam Al-Qur’an: 
“Dan barangsiapa dari kamu yg berpaling drpd agamanya, lalu ia mati padahal ia tetap kafir, maka gugurlah amal² mereka di dunia & akhirat. Dan mereka akan jadi ahli neraka yg mereka (akan) kekal di dalamnya”   (Al Baqarah: 217) 

Allah mengharamkan benda² yg memabukkan krn hendak memelihara akal manusia. Kita dapat perhatikan org² yg mabuk disebabkan bahan² tersebut perangainya sama seperti binatang mereka sanggup melakukan sesuatu yg tidak baik tanpa perasaan malu. Islam telah menjelaskan bahawa arak adalah ibu segala yg keji & kotor. Sebagaimana sabda Rasulullah saw: 
“Arak adalah ibu segala kejahatan” 

Islam menghukum kpd mereka yg sabit melakukan kesalahan dgn 40 kali sebat berdasarkan kpd hadis Nabi saw: 
“Bahawasanya Rasulullah saw telah menyebat org yg minum arak sebanyak 40 kali sebat” & Abu Bakar menyebat 40 kali & Umar menyebat 80 kali” 

Islam telah menetapkan bahawasanya sesiapa yg menghilangkan nyawa manusia lain akan dikenakan hukuman bunuh balas. Ini beerti bahawa qisas terhadap seorang adalah perlu utk memelihara keselamatan hidup (nyawa) org lain, dgn ini akan memberi pengajaran yg berkesan kpd sesiapa sahaja yg berani melakukan perbuatan tersebut. 

Harta perlu dipelihara dgn baik, maka Allah mensyariatkan supaya mereka yg mencuri harta dikenakan hukuman apabila mempunyai syarat² & bukti yg sahih. Oleh itu, balasannya adalah dipotong tangannya apabila syarat² atau bukti² telah mencukupi bagi si pencuri tersebut. Inilah keadilan Islam supaya manusia itu sentiasa menghormati harta atau hak org lainnya. 


Islam menjamin keselamatan ummah & keturunan pemeluknya. Utk melangsungkan zuriat manusia di dunia ini maka disyariatkan perkahwinan. Perkahwinan juga merupakan satu saluran yg sah bagi memenuhi naluri manusia. Justeru itu, Islam mengharamkan sama sekali hubungan jenis tanpa mengikut saluran yg sah di sisi syarak. 


Hukuman yg setimpal dikenakan kpd mereka yg melakukan jenayah tersebut adalah 100 kali sebatan bagi yg belum berkahwin manakala yg sudah berkahwin direjam dgn batu yg sederhana sampai mati. Ini berdasarkan kpd Firman Allah swt: 
“Perempuan yg berzina & lelaki yg berzina hendaklah kamu sebat tiap² seorang drpd keduanya 100 kali sebat; & janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dlm menjalankan hukum Allah swt, jika benar kamu beriman kpd Allah & hari akhirat; & hendaklah disaksikan hukuman seksa yg dikenakan kpd mereka itu oleh sekumpulan dari org² yg beriman”  (An-Nuur: 2) 

SUMBER PERUNDANGAN ISLAM

Dalil² sumber perundangan Islam:
--> Dalil yg disepakati oleh semua org Islam iaitu Al-Qur’an & As-Sunnah.


--> Dalil yg disepakati oleh jumhur muslimin iaitu Ijma’ & al-Qiyas.

Sumber yg berlaku perbezaan pendapat dlm kalangan para ulama’, hatta dlm kalangan para ulama’ yg beramal dgn konsep qiyas. Bahagian ini merangkumi al-urf, al-istishab, al-istihsan, al-Masalih al-Mursalah


Syar’u man Qablana & Mazhab al-Sahabi di mana sebahagian ulama’ mengambil ia sebagai sumber hukum sedangkan lain tidak menganggap ia sebagai hukum.


“Lafaz dlm bahasa Arab diturunkan kpd Nabi Muhammad saw yg dpt melemahkan dgn sesuatu surah, dipindahkan dgn jalan mutawatir, bacaannya merupakan amal ibadah” 

Petunjuk ayat² al-Qur’an Nas² Al-Qur’an terbahagi kpd 2 perkara:
a) Dalil yg merupakan nas yg terang. 
Dalil² ini tiada berkehendakkan penjelasan atau huraian yg lain lagi. Contohnya:
“Dan bagimu (suami) separuh dari harta yg ditinggalkan oleh isteri²mu, jika mereka tidak mempunyai anak”  (Surah An Nisa’:12) 

b) Dalil yg berupa hukum mumjal, am, musytarak (bersekutu). 
Ayat yg seperti ini berkehendakkan kpd penerangan hadith. Hadithlah yg menentukannya kpd maksud ayat tersebut. Contohnya: 
 “Dirikanlah olehmu akan solat” (An-nur: 77)             


* Ayat ini mumjal krn ia tidak menerangkan cara atau peraturan solat, syarat atau rukunnya. Untuk mengetahui perkara ini perlu kita mengambil dalil dengan hadith Rasulullah saw:  
“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”         


Peranan Al-Qur'an
i) Sebagai perundangan yg menjadi dasar hukum Islam yg sesuai dijalankan pd bila² masa & segenap tempat.
ii) Petunjuk kpd seluruh manusia drpd kekufuran kpd hidayah.

iii) Sebagai khabar gembira kpd org yg mentaati perintahnya & amaran keras bagi org yg melampaui batas.

"Perjalanan, perlakuan, amalan method atau cara hidup."


"Membuka/merintis jalan samada yg baik atau yg buruk." 


"Apa² yg lahir drpd baginda Nabi saw samada perkataan atau sifat kejadian atau akhlak atau sirah (sejarah) samada sebelum diutuskan Nabi atau selepas diutuskan Nabi menjadi rasul."


"Apa yg diambil drpd Nabi saw drpd perkataan, perbuatan atau perakuan." 


Ini dapat menyimpulkan bahawa Sunnah terbahagi kpd 3 bahagian:
a) Sunnah Qauliyah (perkataan) yg juga dinamakan hadith & al-Khabar. Contohnya sabda Nabi saw:
“Sesungguhnya segala macam amalan itu mengikut niatnya” 

b) Sunnah Fikliah (perbuatan) seperti solat yg ditunjukkan oleh Nabi saw sepertimana Sabda baginda:
“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat” 

c) Sunnah Taqririyyah (pengakuan) iaitu apabila Nabi saw melihat sesuatu tingkahlaku atau mendengar satu pertuturan para sahabat tetapi baginda tidak mengingkarinya, misalnya seperti pengakuan Nabi terhadap para sahabat yg memakan Himarulwahsyi (keldai liar).

“Persepakatan ulama’ mujathidin drpd umat Nabi Muhammad saw terhadap sesuatu hukum syara’ pd sesuatu masa selain drpd zaman baginda” 

Makna (ittifak) ialah ijma' atau sepakat, samada dlm bentuk I’tiqad atau kata atau perbuatan atau kelakuan.  

Makna “Mujtahidin” takrif ini akan mengeluarkan orang awam, krn biasanya mereka tidak mempunyai dalil atau sandaran. Dan mengeluarkan ijma’ sebahagian drpd ulama’ mujtahidin, krn jaminan ‘Ismah hanya kpd ijma’ semua ulama’ mujtahidin. 


Sebenarnya Ijma’ mulai muncul sejak zaman sahabat di mana Abu Bakar ketika dikemukakan dgn sesuatu masalah, baginda akan menyelidikanya dlm Al-Qur’an & terus menghukum jika terdapat dlm Al-Qur’an; tapi sekiranya tiada didapati dlm al-Qur’an beliau akan menyelidiki pula dlm sunnah Rasulullah, jika ada akan dihukum menurut as-Sunnah, jika tiada beliau akan mengumpul para sahabat utk bermesyuarat mengenai masalah tersebut. Kaedah persetujuan dlm menentukan hukum melalui mesyuarat ini dinamakan sebagai ijma’. 

Syarat² Ijma’ 
i) Para ulama’ mujtahidin bersifat adil & sentiasa menjauhi perbuatan bid’ah.

ii) Semua ulama’ mujtahidin mengeluarkan pendapat yg serupa dlm satu zaman.

iii) Terdapat beberapa ulama’ mujtahidin. Kalaulah kebetulan hanya seorang ulama’ mujtahidin sahaja dlm zaman itu pendapatnya tidak berupa ijma’.

iv) Hukum yg diijmakkan adalah hukum syara’.

v) Tiada seorang ulama’ mujtahidin menarik balik pendapatnya.

Sebagai menerangkan hukum sesuatu perkara yg tidak terdapat dlm nas, dihubungkan dgn perkara² yg telah diketahui hukumnya dgn nas yg terdapat dlm al-Qur’an & As-Sunnah. 


Contohnya, seperti diharamkan memukul kedua ibu bapa dinisbahkan dgn haramnya si anak, berkata (ah) kpd keduanya. 


Takrif dlm bahasa Arab: 
Ertinya: “Ialah persamaan antara sesuatu tempat dgn tempat yg lain pd illat hukum syarak. Illat ini tidak begitu mudah faham dari dalil hukum itu semata² berpandukan fahaman bahasa.” 

Drpd takrif di atas, dapat difahami bahawa qiyas mempunyai 4 rukun iaitu:
i) Asal iaitu tempat hukum yg sabit dgn dalil al-Qur’an atau hadith atau ijma’ seperti arak yg telah sabit hukumnya dgn al-Qur’an.

ii) Hukum Asal: iaitu hukum syarak yg sabit dgn dalil yg hendak diluaskan kpd tempat lain seperti hukum haram arak.

iii) Furuk: iaitu tempat & hukumnya tidak ditegaskan dlm al-Qur’an atau hadith atau ijma’.

iv) Illat: iaitu suatu sifat yg serupa sebab atau mewujudkan hukum asal yg serupa dgn illat furuk seperti sifat arak & tuak yg boleh memabukkan.

Semua entry yg bertajuk TASAWWUR ISLAM yang sebenar diambil drpd laman web DPPWP. Moga bermanfaat dalam melengkapkan diri sebagai MUSLIM.


Wallahualam.

TASAWWUR ISLAM yang sebenar III

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:23 AM

TASAWWUR ISLAM yang sebenar I
TASAWWUR ISLAM yang sebenar II



SYARIAT ISLAM: PENGERTIAN  & CIRI² KEISTIMEWAAN 

Takrif Al-Syariah Al-Islamiyyah

--> Syariah dlm bahasa Arab bererti aliran (al-mazhab) & jalan yg lurus. 

--> Syariah Islamiyyah menurut istilah ialah hukum² yg disyara’kan oleh Allah s.w.t. utk hambaNya, samada yg berkaitan dgn aqidah, ibadat, akhlak, muamalat & sistem² hidup dlm pelbagai aspek demi utk kebahagiaan mereka di dunia & akhirat. 

--> Ia juga diertikan sebagai saluran air yg mengalir yg menjadi sumber minuman.  Hukum² ini dinamakan Syariah krn lurus & tidak menyimpang sistemnya dari matlamatnya, seperti landasan yg lurus tiada bengkang-bengkok. 

Berdasarkan penjelasan di atas maka syariat Islam drpd segi istilah syara’ adalah 
“Semua hukum yg diciptakan oleh Allah utk hambanya samada hukum² ini diperundangkan melalui al-Qur’an atau Sunnah Nabi saw dlm bentuk perkataan, perbuatan atau perakuan baginda”.   

Ciri² keistimewaan Syariah Islamiyyah

--> Ianya membawa erti bahawa hukum & peraturan Syariah ini drpd Allah swt & bukan ciptaan manusia. Beerti sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah swt yakni wahyuNya kpd Nabi Muhammad saw dgn lafaz & makna (al-Qur’an) atau dgn makna tidak lafaz (as-Sunnah). 

Ciri ini membezakannya sama sekali dari semua perundangan duniawi krn ia bersumberkan drpd manusia sedangkan Syariah Islamiyah sumbernya pencipta manusia itu sendiri. 

Natijah Syariah Islamiyyah:
i) Prinsip² Syariah & hukum-hakamnya bersih drpd sebarang rupa bentuk kezaliman, kelemahan & menurut hawa nafsu krn penciptanya ialah Allah yg mempunyai kesempurnaan mutlaq. Undang² duniawi pula mempunyai kelemahan krn ia lahir drpd manusia yg memiliki kelemahan seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman, kelemahan, kekurangan, terpengaruh dgn hawa nafsu, alam persekitaran, kaum atau bangsa, & sebagainya.

ii) Hukum² Syara’ mempunyai kehebatan & kehormatan dlm jiwa org² yg beriman dgnnya samada pemerintah mahupun yg diperintah, justeru krn ianya drpd Allah & pasti memiliki sifat Ad-Din. Atas dasar inilah ia tetap dihormati & dipatuhi dgn rela hati yg didorongi oleh jiwa yg bersih & keimanan yg mendalam tanpa ada unsur paksaan.

Balasan Duniawi & Ukhrawi
Balasan duniawi ini ada yg bersifat kanun jenayah & ada yg dikatakan kanun sivil sepertimana juga dgn undang² buatan manusia tapi skopnya lebih luas drpd balasan yg terdapat dlm undang² buatan manusia. 

Justeru undang² Islam itu mencakupi seluruh urusan individu termasuklah soal² keagamaan & akhlak, tidak sepertimana undang² buatan manusia. 

Balasan ukhrawi adalah dikenakan ke atas setiap perlanggaran hukum syara’ samada ia amalan had mahupun amalan anggota lahir, yg berkaitan dgn muamalat maliyyah (sivil) mahupun jenayah & samada yg bersalah itu dikenakan hukuman keseksaan atau tidak, selagi tidak bertaubat nasuha & mendapat penghalalan hak drpd og tertentu.  

Syariat Islam menjadi keistimewaan dgn ciri ini, ia menjadi rahmat utk sekalian alam, menjadi petunjuk kpd seluruh umat manusia & merupakan peraturan utk manusia sejagat pd semua masa & tempat. 

Ia bukan perundangan utk satu jenis manusia, Negara, bangsa  & kabilah tertentu sahaja, bahkan ia utk manusia di mana jua mereka berada. Islam meraikan kehendak & keperluan manusia dlm beberapa perkara seperti:
a) Dharuriyyat: iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dgn ketiadaannya. Perkara² dharuriyyat ini perlu utk menjaga akal, agama, jiwa, keturunan & harta. 

b) Hajiyyat: perkara yg diperlukan manusia utk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya. 

c) Tahsiniyyat: iaitu perkara yg diperlukan manusia utk hidup lebih mulia. Contohnya Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupan mengikut tempat & suasana.

Syariat Islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh & tiada perubahan. Ia merupakan Syariat Islam terakhir & penutup syariat² samawi. Nabi Muhammad saw adalah rasul terakhir, tiada Nabi lagi selepas baginda. 

Kesejagatan Syariat Islam, umum utk seluruh manusia & tidak menerima sebarang pembatalan & tukar ganti, sudah pasti segala peraturan & hukum-hakamnya itu dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang zaman & disemua tempat & mampu memenuhi segala keperluan yg dihajati oleh manusia setiap masa, dijadikannya sebagai penutup semua syariat, peraturan, prinsip & hukum²nya sesuai dilaksanakan utk semua masa & tempat. 

Syariat Islam itu suatu sistem yg syumul mencakupi semua urusan hidup yg menggariskan manusia jalan iman, menerangkan dasar² aqidah, menyusun hubungan manusia dgn Tuhannya, memerintah bersihkan jiwa, & mengatur hubungan manusia sesama manusia. 

Kesyumulan Islam ini dapat dilihat pada 3 kelompok:- 
i) Hukum² yg berkaitan dgn aqidah seperti beriman kpd Allah & hari akhirat. Perbahasan hukum² aqidah ini & kajiannya terdapat dlm ilmu kalam atau Tawhud.

ii) Hukum² yg berkaitan dgn akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji. Hukum² akhlak ini kajiannya adalah dlm ilmu akhlak atau Tasawwuf.

iii) Hukum² yg berkaitan dgn perkataan & perbuatan manusia dlm hubungan mereka dgn yg lain. Hukum amali ini dinamakan dgn al-fiqh, perbincangannya dlm ilmu al-Fiqh.

* Ia terbahagi kpd 2 bahagian yg besar iaitu:
a) Ibadat seperti solat, puasa, zakat yg mana ia bertujuan mengatur hubungan antara individu dgn Tuhannya.

b) Adat & muamalat yg bertujuan utk mengatur hubungan antara sesama manusia.

Syariat Islam bersifat kemanusiaan sejagat krn ianya diturunkan oleh Allah swt utk seluruh manusia & rahmat Allah kpd mereka sepanjang zaman & di semua tempat. 

Keadilan mutlak
Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pd tempatnya menurut hitungan sebenarnya drpd Allah. Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan mutlak dlm kalangan manusia seluruhnya dgn menegakkan persaudaraan dlm kalangan mereka, memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan & harta benda dengan bermatlamat dunia & akhirat. 

Bersambung.....

Tuesday, November 1, 2011

Jom Couple, Couple Islamic!!!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:35 AM

Assalamualaikum...

Ya Allah, apa dah jadilah dengan Herwana Herman nie?

Biar betul?

Rasa²nya mungkin perkataan ni yg terkeluar daripada peminat blog Wana (perasan jap) apabila melihat tajuk entry saya hari ni. Betul tak? ^_^


Sebenarnya nak kongsi kisah tentang COUPLE ISLAMIC & entry ni ditujukan khas buat mereka yang mempertahankan COUPLE ISLAMIC mereka sebelum nikah.



Jom ikuti kisah ni...

Kisahnya mengenai 3 orang iaitu Aiman, Ain & Asyraf. Aiman & Ain sama² belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Aiman jatuh hati pada keayuan Ain. 


* Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri² dengan cahaya keimanan. 


Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. 


Tetapi, Aiman cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Ain sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah (BADAR - Badan Dakwah & Rohani).

Beberapa tahun berlalu...


Akhirnya, apabila Aiman berada di Tingkatan 4, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah & akhirnya, Ain tewas pada pujuk rayunya. 


Walau bagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber'couple'. 


Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple


"COUPLE ISLAMIC"!!!


Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap² ni. Bukan itu sahaja, Ain kena pakai tudung labuh. Aiman pula pakai serban & jubah. Lepas itu, mereka keluar bukan membuang masa tapi keluar bawa Al-Quran. 


Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, tiada pegang² tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. 
Lelaki di depan, perempuan di belakang. 


Bila balik rumah, missed call pagi². Suruh qiamullail. 


Hah!!! Kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Aiman ditakdirkan bertemu dengan Asyraf. Ketika itu Aiman & Ain sedang bertadarrus di RFC (Radix Fried Chicken). 


Asyraf tiba² datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. 


Bila duduk, Asyraf bertanya, "Have you married?". 


"No.", jawab Ain. 


"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Asyraf. 


"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Aiman. 


Asyraf hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Asyraf pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. 


Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. 


Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam


Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat² pengharaman contohnya ARAK. 


Tapi aku…TIADA


Jadi, time kat hospital tu aku fikir. 


Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecil aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap² hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Beginilah kehidupan aku & babi tu selama 2 tahun. 


Lepas 2 tahun, masa yang ditunggu² tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok² babi ni tiada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi. 


Lepas tu, aku pun masaklah bakut teh. Tengah² makan, nampak seorang ustaz tengah jalan². Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. 


Ustaz!!! Jom makan. BABI ISLAM ni.”

Bila terdengar kisah itu, Aiman & Ain pun sedar. 


Kalau benda itu HARAM, ia tetap HARAM. Yang HALAL itu jelas & yang HARAM itu jelas.


Tamat....

Best tak kisah ni?



Mungkin agak kasar tapi sesuai nak bagi peringatan kepada mereka sedang kemaruk COUPLE ISLAMIC yg tegar dgn hujah² yg menghalalkan cara.


Moga kita (saya & pembaca) tidak tergolong...

P/s: Yang HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba pelbagai cara sekalipun untuk mengHALALkannya. Peringatan untuk diri  sendiri terutamanya. 

---> Boleh je couple tapi lepas nikahlah so jadilah couple Islamic juga.

No Couple before Nikah 
"Selagi belum akad, selagi itulah ada jarak pemisah di antara kita. Selagi itulah ada murka Allah dalam hubungan kita."

Wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...