TUJUAN SYARIAT ISLAM.
Allah menghukum org yg menukar agama (murtad) dgn hukuman bunuh sebagai balasan demi menjaga agama Allah yg agung ini sentiasa terpelihara bukan utk dipermainkan. Allah telah menerangkan di dalam Al-Qur’an:
“Dan barangsiapa dari kamu yg berpaling drpd agamanya, lalu ia mati padahal ia tetap kafir, maka gugurlah amal² mereka di dunia & akhirat. Dan mereka akan jadi ahli neraka yg mereka (akan) kekal di dalamnya” (Al Baqarah: 217)
Allah mengharamkan benda² yg memabukkan krn hendak memelihara akal manusia. Kita dapat perhatikan org² yg mabuk disebabkan bahan² tersebut perangainya sama seperti binatang mereka sanggup melakukan sesuatu yg tidak baik tanpa perasaan malu. Islam telah menjelaskan bahawa arak adalah ibu segala yg keji & kotor. Sebagaimana sabda Rasulullah saw:
“Arak adalah ibu segala kejahatan”
Islam menghukum kpd mereka yg sabit melakukan kesalahan dgn 40 kali sebat berdasarkan kpd hadis Nabi saw:
“Bahawasanya Rasulullah saw telah menyebat org yg minum arak sebanyak 40 kali sebat” & Abu Bakar menyebat 40 kali & Umar menyebat 80 kali”
Islam telah menetapkan bahawasanya sesiapa yg menghilangkan nyawa manusia lain akan dikenakan hukuman bunuh balas. Ini beerti bahawa qisas terhadap seorang adalah perlu utk memelihara keselamatan hidup (nyawa) org lain, dgn ini akan memberi pengajaran yg berkesan kpd sesiapa sahaja yg berani melakukan perbuatan tersebut.
Harta perlu dipelihara dgn baik, maka Allah mensyariatkan supaya mereka yg mencuri harta dikenakan hukuman apabila mempunyai syarat² & bukti yg sahih. Oleh itu, balasannya adalah dipotong tangannya apabila syarat² atau bukti² telah mencukupi bagi si pencuri tersebut. Inilah keadilan Islam supaya manusia itu sentiasa menghormati harta atau hak org lainnya.
Islam menjamin keselamatan ummah & keturunan pemeluknya. Utk melangsungkan zuriat manusia di dunia ini maka disyariatkan perkahwinan. Perkahwinan juga merupakan satu saluran yg sah bagi memenuhi naluri manusia. Justeru itu, Islam mengharamkan sama sekali hubungan jenis tanpa mengikut saluran yg sah di sisi syarak.
Hukuman yg setimpal dikenakan kpd mereka yg melakukan jenayah tersebut adalah 100 kali sebatan bagi yg belum berkahwin manakala yg sudah berkahwin direjam dgn batu yg sederhana sampai mati. Ini berdasarkan kpd Firman Allah swt:
Hukuman yg setimpal dikenakan kpd mereka yg melakukan jenayah tersebut adalah 100 kali sebatan bagi yg belum berkahwin manakala yg sudah berkahwin direjam dgn batu yg sederhana sampai mati. Ini berdasarkan kpd Firman Allah swt:
“Perempuan yg berzina & lelaki yg berzina hendaklah kamu sebat tiap² seorang drpd keduanya 100 kali sebat; & janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dlm menjalankan hukum Allah swt, jika benar kamu beriman kpd Allah & hari akhirat; & hendaklah disaksikan hukuman seksa yg dikenakan kpd mereka itu oleh sekumpulan dari org² yg beriman” (An-Nuur: 2)
SUMBER PERUNDANGAN ISLAM
Dalil² sumber perundangan Islam:
--> Dalil yg disepakati oleh semua org Islam iaitu Al-Qur’an & As-Sunnah.
--> Dalil yg disepakati oleh jumhur muslimin iaitu Ijma’ & al-Qiyas.
--> Dalil yg disepakati oleh jumhur muslimin iaitu Ijma’ & al-Qiyas.
Sumber yg berlaku perbezaan pendapat dlm kalangan para ulama’, hatta dlm kalangan para ulama’ yg beramal dgn konsep qiyas. Bahagian ini merangkumi al-urf, al-istishab, al-istihsan, al-Masalih al-Mursalah.
Syar’u man Qablana & Mazhab al-Sahabi di mana sebahagian ulama’ mengambil ia sebagai sumber hukum sedangkan lain tidak menganggap ia sebagai hukum.
Syar’u man Qablana & Mazhab al-Sahabi di mana sebahagian ulama’ mengambil ia sebagai sumber hukum sedangkan lain tidak menganggap ia sebagai hukum.
“Lafaz dlm bahasa Arab diturunkan kpd Nabi Muhammad saw yg dpt melemahkan dgn sesuatu surah, dipindahkan dgn jalan mutawatir, bacaannya merupakan amal ibadah”
Petunjuk ayat² al-Qur’an Nas² Al-Qur’an terbahagi kpd 2 perkara:
a) Dalil yg merupakan nas yg terang.
Dalil² ini tiada berkehendakkan penjelasan atau huraian yg lain lagi. Contohnya:
Dalil² ini tiada berkehendakkan penjelasan atau huraian yg lain lagi. Contohnya:
“Dan bagimu (suami) separuh dari harta yg ditinggalkan oleh isteri²mu, jika mereka tidak mempunyai anak” (Surah An Nisa’:12)
b) Dalil yg berupa hukum mumjal, am, musytarak (bersekutu).
Ayat yg seperti ini berkehendakkan kpd penerangan hadith. Hadithlah yg menentukannya kpd maksud ayat tersebut. Contohnya:
Ayat yg seperti ini berkehendakkan kpd penerangan hadith. Hadithlah yg menentukannya kpd maksud ayat tersebut. Contohnya:
“Dirikanlah olehmu akan solat” (An-nur: 77)
* Ayat ini mumjal krn ia tidak menerangkan cara atau peraturan solat, syarat atau rukunnya. Untuk mengetahui perkara ini perlu kita mengambil dalil dengan hadith Rasulullah saw:
“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”
Peranan Al-Qur'an
i) Sebagai perundangan yg menjadi dasar hukum Islam yg sesuai dijalankan pd bila² masa & segenap tempat.
ii) Petunjuk kpd seluruh manusia drpd kekufuran kpd hidayah.
iii) Sebagai khabar gembira kpd org yg mentaati perintahnya & amaran keras bagi org yg melampaui batas.
"Perjalanan, perlakuan, amalan method atau cara hidup."
"Membuka/merintis jalan samada yg baik atau yg buruk."
"Apa² yg lahir drpd baginda Nabi saw samada perkataan atau sifat kejadian atau akhlak atau sirah (sejarah) samada sebelum diutuskan Nabi atau selepas diutuskan Nabi menjadi rasul."
"Apa yg diambil drpd Nabi saw drpd perkataan, perbuatan atau perakuan."
Ini dapat menyimpulkan bahawa Sunnah terbahagi kpd 3 bahagian:
a) Sunnah Qauliyah (perkataan) yg juga dinamakan hadith & al-Khabar. Contohnya sabda Nabi saw:
“Sesungguhnya segala macam amalan itu mengikut niatnya”
b) Sunnah Fikliah (perbuatan) seperti solat yg ditunjukkan oleh Nabi saw sepertimana Sabda baginda:
“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat”
c) Sunnah Taqririyyah (pengakuan) iaitu apabila Nabi saw melihat sesuatu tingkahlaku atau mendengar satu pertuturan para sahabat tetapi baginda tidak mengingkarinya, misalnya seperti pengakuan Nabi terhadap para sahabat yg memakan Himarulwahsyi (keldai liar).
“Persepakatan ulama’ mujathidin drpd umat Nabi Muhammad saw terhadap sesuatu hukum syara’ pd sesuatu masa selain drpd zaman baginda”
Makna (ittifak) ialah ijma' atau sepakat, samada dlm bentuk I’tiqad atau kata atau perbuatan atau kelakuan.
Makna “Mujtahidin” takrif ini akan mengeluarkan orang awam, krn biasanya mereka tidak mempunyai dalil atau sandaran. Dan mengeluarkan ijma’ sebahagian drpd ulama’ mujtahidin, krn jaminan ‘Ismah hanya kpd ijma’ semua ulama’ mujtahidin.
Sebenarnya Ijma’ mulai muncul sejak zaman sahabat di mana Abu Bakar ketika dikemukakan dgn sesuatu masalah, baginda akan menyelidikanya dlm Al-Qur’an & terus menghukum jika terdapat dlm Al-Qur’an; tapi sekiranya tiada didapati dlm al-Qur’an beliau akan menyelidiki pula dlm sunnah Rasulullah, jika ada akan dihukum menurut as-Sunnah, jika tiada beliau akan mengumpul para sahabat utk bermesyuarat mengenai masalah tersebut. Kaedah persetujuan dlm menentukan hukum melalui mesyuarat ini dinamakan sebagai ijma’.
Sebenarnya Ijma’ mulai muncul sejak zaman sahabat di mana Abu Bakar ketika dikemukakan dgn sesuatu masalah, baginda akan menyelidikanya dlm Al-Qur’an & terus menghukum jika terdapat dlm Al-Qur’an; tapi sekiranya tiada didapati dlm al-Qur’an beliau akan menyelidiki pula dlm sunnah Rasulullah, jika ada akan dihukum menurut as-Sunnah, jika tiada beliau akan mengumpul para sahabat utk bermesyuarat mengenai masalah tersebut. Kaedah persetujuan dlm menentukan hukum melalui mesyuarat ini dinamakan sebagai ijma’.
Syarat² Ijma’
i) Para ulama’ mujtahidin bersifat adil & sentiasa menjauhi perbuatan bid’ah.
i) Para ulama’ mujtahidin bersifat adil & sentiasa menjauhi perbuatan bid’ah.
ii) Semua ulama’ mujtahidin mengeluarkan pendapat yg serupa dlm satu zaman.
iii) Terdapat beberapa ulama’ mujtahidin. Kalaulah kebetulan hanya seorang ulama’ mujtahidin sahaja dlm zaman itu pendapatnya tidak berupa ijma’.
iv) Hukum yg diijmakkan adalah hukum syara’.
v) Tiada seorang ulama’ mujtahidin menarik balik pendapatnya.
Sebagai menerangkan hukum sesuatu perkara yg tidak terdapat dlm nas, dihubungkan dgn perkara² yg telah diketahui hukumnya dgn nas yg terdapat dlm al-Qur’an & As-Sunnah.
Contohnya, seperti diharamkan memukul kedua ibu bapa dinisbahkan dgn haramnya si anak, berkata (ah) kpd keduanya.
Takrif dlm bahasa Arab:
Contohnya, seperti diharamkan memukul kedua ibu bapa dinisbahkan dgn haramnya si anak, berkata (ah) kpd keduanya.
Takrif dlm bahasa Arab:
Ertinya: “Ialah persamaan antara sesuatu tempat dgn tempat yg lain pd illat hukum syarak. Illat ini tidak begitu mudah faham dari dalil hukum itu semata² berpandukan fahaman bahasa.”
Drpd takrif di atas, dapat difahami bahawa qiyas mempunyai 4 rukun iaitu:
i) Asal iaitu tempat hukum yg sabit dgn dalil al-Qur’an atau hadith atau ijma’ seperti arak yg telah sabit hukumnya dgn al-Qur’an.
ii) Hukum Asal: iaitu hukum syarak yg sabit dgn dalil yg hendak diluaskan kpd tempat lain seperti hukum haram arak.
iii) Furuk: iaitu tempat & hukumnya tidak ditegaskan dlm al-Qur’an atau hadith atau ijma’.
iv) Illat: iaitu suatu sifat yg serupa sebab atau mewujudkan hukum asal yg serupa dgn illat furuk seperti sifat arak & tuak yg boleh memabukkan.
Semua entry yg bertajuk TASAWWUR ISLAM yang sebenar diambil drpd laman web DPPWP. Moga bermanfaat dalam melengkapkan diri sebagai MUSLIM.
Wallahualam.
Wallahualam.
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment