Photobucket

Wednesday, December 5, 2012

Janganlah Engkau bersedih kerana dirimu masih Bujang

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:30 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera. 

Jom baca & moga terbuka hati utk terus bersabar. SABAR itu INDAH.



Terdetik di hati ini ketika melalui beberapa friendster & weblog rakan & teman yg kini sudah bergelar suami & isteri kpd orang serta tidak kurang yg bakal bergelar ibu & ayah membuatkan hati ini terasa perlu memberi peringatan buat teman & sahabat yg masih belum kesampaian & belum berkemampuan.

Ukur baju di badan sendiri menjadi pembuka kata satu nasihat mulia dari ana bahawa orang yg bujang itu tetap mulia di sisi Islam. Artikel kali ini akan mengungkapkan kedudukan bujang & keadaan mereka dlm Islam.

“Janganlah kamu merasa hina & janganlah kamu merasa sedih krn sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Surah Ali-Imran: 139)

Maksud Bujang
Bujang dlm bahasa arab disebut (عزب) iaitu bermaksud tidak mempunyai keluarga yg secara khusus jika lelaki disebut tidak mempunyai isteri & perempuan yg tidak mempunyai suami. (lihat Ibn Manzur dlm Lisan Arab m/s 224 Jilid 6)

Manakala dlm bahasa English disebut bujang sebagai single yg membawa erti tidak mempunyai ikatan atau komitmen dgn sesiapa & masih belum berkahwin. 

Merujuk kpd takrifan yahoo & MSN atau friendster serta tickle match.com, single bermakna belum mempunyai pasangan & ikatan komitmen.

Bahkan bagi yg belum berkahwin atau belum bernikah itu pun mempunyai beberapa taraf iaitu:
In a relationship: Sudah menjumpai pasangan & kini dlm hubungan secara tidak rasmi tetapi masing² sudah menjelaskan perasaan.

In a commitment: Sedang dlm komitmen terhadap hubungan yg serius & bakal membawa perkahwinan.

Dlm Islam kedudukan belum bernikah tetapi sudah mempunyai komitmen & hubungan secara tidak rasmi dinamakan sebagai “khitbah” iaitu pertunangan dgn syarat hubungan itu memang berhasrat kpd perkahwinan bukan sekadar bersuka².

“Tidaklah berdosa bagi kamu jika kamu meminang perempuan dgn kata sindiran atau kamu sembunyikan dlm hati kamu…” (Surah Al-Baqarah: 235)

Khitbah dibaca dgn mengkasrahkan (خ) “kha” membawa maksud usaha peminangan atau permintaan utk pernikahan yg menjadi pemula kpd perkahwinan. (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 107 Jilid 3)

Menurut Mazhab Syafie r.a, khitbah (pertunangan) ialah sunat yg dituntut (lihat Raudatu Talibin m/s 30 Jilid 7) & ianya merupakan sunnah Nabi ﷺ seperti yg dilakukan oleh baginda  kpd isterinya iaitu Aisyah binti Abu Bakar r.a & Hafsah binti Umar r.a. (lihat Hadith Sahih Riwayat Bukhari no. 5081)

Para ulama’ mensyaratkan khitbah itu dilakukan dgn melalui walinya namun sebahagian yg lain membolehkan peminangan itu terus kpd pihak perempuan itu sendiri jika dia seorang perempuan yg berakal & cerdik. (Sahih Fiqh Sunnah m/s 109 Jilid 3)

Kembali kpd tajuk perbincangan kita iaitu perihal golongan bujang maka yg ingin ditujukan isi pesanan ini ialah kpd mereka yg masih belum beristeri & masih belum berkhitbah, belum berkomitmen dgn mana² perempuan atau lelaki, belum mempunyai pasangan & belum pun mempunyai teman istimewa baik dlm apa jua bahasa & istilah baik arab, english atau parsi atau hindi.

Seperti kata syair:
Bujang ertinya engkau seorang
Bujang ertinya engkau tidak dikehendaki orang

Kedudukan Bujang Dlm Islam
Islam merupakan agama fitrah yg diturunkan oleh Allah s.w.t bagi memenuhi fitrah manusia menurut syariatNya. Salah satu dari fitrah & kehendak manusia ialah perkahwinan krn manusia semuanya diciptakan dgn mempunyai fitrah berpasang²an.

“Sesungguhnya fitrah yg diciptakan Allah & ditetapkan manusia dgnnya (tertakluk kpd fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum: 30)

“Dan di antara tanda² kebesaranNya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri² supaya kamu bersenang² kpdnya..” (Surah Ar-Rum: 21)

Pembujangan dlm Islam ialah salah satu perkara yg dibenci & diharamkan bagi sesiapa yg mampu bernikah ini disebabkan Rasulullah ﷺ pernah bersabda:
“Dan aku ini bernikah maka barangsiapa yg membenci sunnah aku maka dia bukanlah dari golongan aku” (Hadith Sahih Riwayat Bukhari no. 5063 & Muslim no. 1301)

Islam mengalakkan pernikahan supaya dapat berkembang biaknya umat manusia melalui jalan yg halal & menepati syariat sebagaimana sabda baginda :
“Bernikahlah perempuan yg subur & melahirkan anak krn aku berbangga dgn mempunyai umat yg ramai” (Hadith Sahih Riwayat Abu Daud no 2050 & Nasaie)

Dari riwayat Abu Zar r.a bahawa nabi  pernah bersabda: 
“Dan pada kemaluan (persetubuhan) kamu itu sedekah” 

Lalu baginda ﷺ ditanya oleh sahabat, 
“Wahai Rasulullah ﷺ apakah seseorang yg memenuhi syahwatnya (dgn isteri) itu mendapat pahala? 

Maka dijawab oleh baginda 
“Apakah kamu tidak melihat bahawa jika seseorang itu meletakkan syahwatnya pada yg haram itu satu dosa? Maka demikianlah jika dia meletakkan syahwatnya pada yg halal maka baginya pahala” (Hadith Sahih Riwayat Muslim no. 1006 & Abu Daud no. 1286)

Sesungguhnya tidak adalah golongan yg membenci perkahwinan & pernikahan melainkan dia telah berlaku zalim kpd dirinya sendiri & kpd agama Allah yg didatangkan dgn pertunjuk yg jelas.

“Wahai orang² yg beriman janganlah kamu mengharamkan apa yg baik yg dihalalkan oleh Allah kpd kamu & janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kpd golongan yg melampaui batas” (Surah Al-Maidah: 87)

Kembali kpd topik perbincangan, kita tidak mengalakkan pembujangan & sesiapa yg mampu bernikah maka hendaklah dia berusaha menikah & berkahwin namun tujuan penulisan ini demi memberikan semangat & pemahaman kpd golongan bujang yg miskin, susah & tidak mampu bernikah bahawa mereka juga merupakan sebahagian dari golongan yg mulia & penting dlm Islam sekalipun mereka tidak mampu bernikah lantaran kesusahan, masalah & kesempitan yg mereka hadapi dlm menunaikan ibadah nikah.

Wahai Orang² yg Bujang
Sesungguhnya Islam itu agama rahmat & memahami keadaan umatnya & sesungguhnya manusia sekarang sudah tidak menurut panduan syariat Al-Qur’an & sunnah lalu terjadilah kalian sebahagian golongan yg tersisih & terpinggir dlm kumpulan masyarakat.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan keadaan kamu & dia Maha pengasih lagi Maha penyayang lalu Dia berpesan kpd kalian dgn firmanNya:
“Dan orang² yg tidak mampu bernikah lantaran kesusahan maka mereka itu hendaklah memelihara kesucian mereka sehingga dikurniakan Allah dari kesenangan dari rahmatNya” (Surah An-Nur: 33)

Di akhir zaman ini melaksanakan ibadah kpd Allah tidaklah mudah akibat jahil & sesatnya umat dari pertunjuk kitab & sunnah serta salah satu ibadah yg sukar dilaksanakan ialah nikah. Dewasa ini ramai pemuda & pemudi Islam menghadapi masalah utk bernikah akibat beberapa perkara:
Tidak mampu dari sudut kebendaan & kewangan
Tidak mendapatkan calon yg sesuai
Tidak dikehendaki oleh orang lain akibat memiliki kekurangan, kecacatan atau kelemahan fizikal atau mental
Tidak mampu bernikah lantaran pernah kecewa, putus cinta & menghadapi tekanan jiwa
Mendapat tentangan dari keluarga & dihalang dari bernikah

Golongan bujang yg tidak mampu bernikah disebabkan mempunyai masalah, kesulitan & kesusahan mereka ini mendapat perhatian dlm Islam & Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Islam memberikan pertolongan kpd golongan bujang yg tidak mampu bernikah krn masalah kewangan & kesusahan kebendaan dgn membenarkan mereka bernikah dgn hamba baik perempuan atau lelaki.

“Dan hamba perempuan yg mukminah itu lebih utama & baik bagi kamu dari perempuan musyrik yg kafir walau dianya menarik perhatian kamu” (Surah Al-Baqarah: 221)

Namun pada zaman sekarang sudah tidak ada lagi penghambaan namun sebenarnya masih banyak jalan Islam membantu antaranya ialah dgn membolehkan sedekah & zakat diberikan kpd golongan yg ingin bernikah seperti yg dilakukan pada zaman Khalifah Umar Ibn Aziz r.a dgn memberikan harta & bantuan kpd lelaki & perempuan yg tidak berkemampuan supaya dapat bernikah seperti dari riwayat Yahya ibn hamzah dari Sulaiman bin Daud dari Abdah ibn Abi Lubabah akan kisah ini.

Ini dibolehkan berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yg dari baginda ﷺ pernah bersabda: 
“3 golongan yg menjadi hak ke atas Allah utk membantu mereka iaitu pejuang di jalan Allah, golongan berhutang yg ingin membayarkan hutang mereka & golongan yg mengingini nikah demi menjaga kehormatan” (Hadith Hasan Sahih Riwayat Tirmidzi, Ahmad dll)

Islam juga membolehkan bernikah dgn mahar yg murah & rendah sehingga dibolehkan bernikah dgn hanya menggunakan mahar dari ayat² suci Al-Qur’an. Seperti hadith yg diriwayatkan dari Sahl bin Said r.a bahawa baginda  menikahkan seorang sahabat dgn mas kahwin dari ayat² Al-Qur’an krn sahabat tersebut terlalu susah tidak mempunyai apa² utk dibuat sebagai mas kahwin (lihat Hadith Sahih Riwayat Bukhari no. 5126 & Muslim no. 1425)

Islam membolehkan nikah dgn mahar yg murah & memudahkan dari ayat² suci Al-Qur’an walau bagaimanapun pada hari ini para pemuda Islam & pemudi tidak dapat bernikah krn mereka kesempitan kewangan & harta benda yg diperketatkan oleh keluarga & adat setempat yg langsung jauh dari pertunjuk Islam lalu kesalahan bukan ke atas bujang sebaliknya ke atas masyarakat.

Para bujang menjadi mangsa keadaan & kezaliman masyarakat lalu bukankah menjadi golongan yg dizalimi itu satu kemuliaan?

“....Dan orang² yg sabar di atas kesusahan, kemelaratan & ketika peperangan maka mereka itulah golongan yg benar & mereka itulah golongan yg bertaqwa” (Surah Al-Baqarah: 177)

Golongan bujang yg tidak dapat bernikah krn tiada calon yg sesuai, tidak menjumpai pasangan yg serasi, tidak menemui pasangan krn kecacatan atau kekurangan fizikal & sebagainya sesungguhnya mereka tidaklah perlu merasa risau & bimbang sebaliknya bersyukur kpd Allah s.w.t dlm apa jua keadaan & membanyakkan mendekat diri kpd Allah krn dunia ini hanyalah sementara & hidup manusia ialah demi Akhirat.

“Di antara kamu ada golongan yg menginginkan dunia & ada pula golongan yg mengingini akhirat” (Surah Ali-Imran: 152)

Kelebihan Orang Bujang tg Tidak Mampu Bernikah
Golongan bujang yg tidak mampu bernikah & terpaksa menahan dirinya & menahan nafsunya akibat kesusahan yg dialaminya maka mereka ini dijanjikan oleh Allah s.w.t dgn syurga & ganjaran yg besar.

“Adapun golongan yg takut kpd kebesaran Tuhan mereka maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu) maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka” (Surah An-Na’ziaat: 40)

Sebenarnya tidaklah Islam menyebut kelebihan golongan yg bujang disebabkan bujang tidak digalakkan dlm Islam namun bagi mereka yg terpaksa hidup bujang maka melalui pemahaman terhadap sunnah & syariat kita akan dapat melihat bahawa mereka ini sebenarnya mempunyai kelebihan dlm beberapa hal.

:)Golongan bujang tidak dibebani tanggungjawab terhadap keluarga krn tidak mempunyai keluarga
Sesungguhnya tanggungjawab terhadap keluarga itu bukanlah sesuatu yg ringan, dgn mengabaikan tanggungjawab dapat menjerumuskan seseorang itu ke dlm neraka & mendapat azab siksa.

“Wahai orang² yg beriman peliharalah diri kamu & keluarga kamu dari api neraka…” (Surah At-Tahrim: 6)

Kita orang bujang tidak akan ditanya tentang isteri & anak² sebaliknya golongan yg berkahwin akan ditanya tentang anak² mereka, isteri mereka & lain² tanggungjwab.

“Setiap dari kamu merupakan pemimpin & setiap dari kamu akan ditanyai mengenai apa yg kamu pimpin” (Hadith Sahih Riwayat Bukhari no. 893 & Muslim no. 1829)

Sesungguhnya golongan yg telah bernikah sekalipun mereka memang bahagia dari kita tetapi jika isteri mereka misalnya tidak menunaikan solat atau melakukan maksiat maka suami itu terpaksa menanggung dosa & demikianlah bagi bapa terhadap anak² yg di dlm jagaannya.

:)Golongan bujang dapat mengunakan masa & waktunya yg banyak terhadap ilmu, dakwah & jihad memperjuangkan Islam
Sebagai golongan bujang yg tidak mempunyai anak & isteri yg dapat melalaikan kita dlm beribadah maka kita mempunyai masa yg banyak yg dapat kita gunakan dlm ibadah, menuntut ilmu & berjuang serta berdakwah di jalan Allah s.w.t.

“Wahai orang² yg beriman janganlah harta benda kamu & anak² kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah & barangsiapa yg melakukan demikian maka mereka itulah golongan yg rugi” (Surah Al-Munafiqun: 9)

Kita hidup sendiri, kita tidak diganggu oleh kanak² & kita tidak diganggu oleh kecantikan isteri yg melalaikan kita sekalipun di satu aspek kita menderita krn tiada belaian kasih isteri & tiada ketawa riang anak² menghibur hati namun kita dapat gunakan peluang ini utk menambah ilmu & beribadah kpd Allah utk bekalan kita di hari akhirat kelak.

:)Golongan bujang lebih dekat kpd Allah s.w.t krn tidak mudah dilalaikan oleh dunia, kesedihan & penderitaannya membantu mendekatkan dirinya kpd Allah
Disebabkan kita kurang dilalaikan oleh anak & isteri serta dunia & kita pula merupakan golongan yg dizalimi oleh keadaan, sering merasa sedih & kecewa, merasa derita maka kita akan lebih mudah mencapai khusyuk dlm ibadah & merasa dekat dgn Allah krn bukankah manusia itu lebih dekat dgn Tuhannya di waktu susah?

Disebut dlm hadith yg diriwayatkan oleh Syuhaib r.a yg meriwayatkan baginda ﷺ bersabda:
“Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin krn semua perkara yg menimpanya ialah kebaikan & tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kpd orang yg beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dgn musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya” (Hadith Sahih Riwayat Muslim no. 2999)

“Sesungguhnya Allah bersama dgn golongan yang sabar” (Surah Al-Baqarah: 153)

“Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang² yg sering berdoa kpd tuhan mereka” (Surah Al-Kahfi: 28)

Dari Mus’ab bin Said dari bapanya r.a berkata, aku bertanya kpd Rasulullah ﷺ:
Siapakah manusia yg paling dahsyat menerima bala?


Maka dijawab: 
Para nabi kemudian yg seperti mereka & yg seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yg kuat beragama maka kuatlah pula bala yg diterimanya, & jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya. Tidaklah hilangnya bala itu pada seorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dgn telah terhapus segala dosa²nya” (Hadith Hasan Sahih Riwayat Tirmidzi no. 2398, Ibn majah, Ahmad)

Dari riwayat Abu Hurairah r.a bahawa sesungguhnya Nabi ﷺ bersabda: 
“Barangsiapa yg diingini oleh Allah akan kebaikan maka diujinya dgn musibah” (Hadith Sahih Riwayat Bukhari, Muwatho & Ahmad)

“Wahai orang² yg beriman, bersabarlah kalian” (Surah Ali Imran: 200)

:)Golongan bujang mempunyai ketegasan & semangat yg lebih tinggi dlm perjuangan & sanggup berkorban
Mereka yg bujang itu biasanya mampu menjadi kukuh jiwa & tabah hati terhadap perjuangan & tidak takut kehilangan dunia & rela mati demi Islam berbanding orang yg sudah bernikah merasai nikmat dunia yg merasa sayang & cinta kpd dunia & takut mati.

Siapa yg sanggup mati apabila punyai isteri cantik terbaring di atas katil? Namun bujang seperti kita yg tidak mempunyai sesiapa maka kita lebih ke hadapan dibandingkan mereka & kita lebih tabah dlm perjuangan & kita lebih berani berkorban jiwa, nyawa & harta.

“Wahai orang yg beriman sesungguhnya isteri² kamu & anak² kamu itu musuh bagi kamu maka berhati²lah” (Surah At-Taghabun: 14)

Kesedihan & penderitaan dunia yg menimpa orang bujang menyebabkan dirinya sanggup berkorban & berjihad di jalan Allah, mengharap balasan syurga tanpa gentar & tanpa bimbang walau di perjuangan itu dirinya sudah hampir di hadapan musuh & bekalan peluru & senjata sudah kehabisan namun dirinya masih mampu memecut laju ke hadapan krn yakin & tidak goyah oleh tipuan dunia.

“Janganlah kamu merasa hina & janganlah kamu merasa sedih krn sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Surah Ali-Imran: 139)



Terima kasih krn sudah membaca artikel yg ditulis oleh Ustaz Emran Ahmad. Secaranya jujurnya termotivasi membaca artikel ini. Moga pembaca juga termotivasi juga.

InsyaAllah JODOH dah ada cuma ALLAH jadikan rahsia supaya kita bersabar, berdoa, berusaha & bertawakal.


Rabbana hablana milladuka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah

Wallahualam.

Saturday, December 1, 2012

Proses Kelahiran Seekor KUDA

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:51 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (QS. An-Naml: 93)

Hari nak share salah satu KEBESARAN ALLAH iaitu Proses Kelahiran Seekor KUDA. Pernah nampak tak?

Sebelum tue mari kita berkenalan dgn KUDA. 


Kuda (Equus caballus atau Equus ferus caballus) adalah salah satu drpd 10 spesies moden mamalia drpd genus Equus. [Sumber: Wikipedia]


Sebenarnya pertama kali menunggang kuda, main dgn kuda & hampir termakan daging kuda semasa ke Sulawesi, Indonesia.

Kuda dlm bahasa Jawa disebut jaran, bahasa Makassar disebut jarang & bahasa Bugis disebut yarang

:heart:Kuda hanya dapat melahirkan seekor anak kuda setiap kali beranak & mampu beranak sendiri tanpa perlu panggil bidan. Hehe..

Jom kita lihat supaya makin kagum dgn KEKUASAAN ALLAH.  Ucapkanlah SUBHANALLAH tika melihat foto nie. 


Hari kesepuluh


Hari kedua puluh


Hari ketiga puluh


Hari keenam puluh lima

Hari keseratus lapan puluh


Saat kelahiran
Kuda terus bersemangat


Alhamdulillah selamat 
Kepala keluar dulu


Membersihkan anaknya
Subhanallah, kasih ibu kuda pada anaknya

سبحان الله , الحمد لله , الله أكبر

Sangat teruja tengok kekuasaan Allah. :)

Wallahualam

Wednesday, November 28, 2012

Jawapan Chatting yg COOL

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:21 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Chatting... Chatting... Chatting...



Actually, cik Wana paling tak suka chatting terutamanya dgn kaum ADAM yg suka tanya perkara "melalut" apabila berchat.

Nielah menyebabkan malas nak buka chatbox FB.

✿ = ✿ =✿ = ✿ = ✿ = ✿ = 

Hari ni cik Wana nak berkongsi dgn para pembaca blog TERATAK PENDIDIK terutamanya para muslimah tentang 9 soalan & jawapan² terbaik apabila kena kacau lelaki berniat utk suka² sahaja. Cik Wana baca ini di laman muka buku juga.

Bila kita tengah chatting atau tengah berbual² ke, ada sesetengah lelaki/perempuan yg sweet talker & berani utk bercakap luahan isi hati dia. Tapi sweet talkers ini dia tak cakap direct. Utk tackle seseorang, dia mesti ada mukadimah & beberapa ayat utk menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah intim. 

Kat bawah ni ada idea, cara utk mengelakkan diri drpd dikacau.

Soalan: Hai, apa khabar?

Jawapan 1: Sihat je. Awak?

Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim. (bunyi mcm teruk je, nauzubillah) Boleh kau bayarkan kos tak?

Jawapan 3: Khabar pun tak tahu? Kau kena buka Kamus Dewan Edisi ke-4 ni.

Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal & rohani saya utk menentukan mana yg baik & mana yg buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yg baik & lelaki yg buruk. Saya dapat hidu teknik awak yg lemah utk mengurat saya ni.

Soalan: Awak buat apa tu? Busy ke? Sorry ya ganggu.

Jawapan 1: Eh, taklah. Saya tengah upload gambar je. Tak busy pun. Awak buat apa tu?

Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuklah.

Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.

Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk ‘Kepentingan Menjaga Ikhtilat (Pergaulan) Sesama Muslimin & Muslimat’. Lepas baca, saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah, linknya.

Soalan: Awak, nak nombor telefon boleh?

Jawapan 1: Boleh. Nah, 0123456789. Nombor awak berapa?

Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak.

Jawapan 3: Maaflah awak. Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.

Jawapan 4: Kalau kau rasa dgn mengambil nombor telefon ni dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau drpd mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari & kau kena selalu bagi tazkirah dlm SMS lepas solat fardu 5 kali sehari. Kau mampu? Kalau tak mampu tak payah ada nombor telefon aku. Ok.

Soalan: Awak, saya nak kawan boleh?

Jawapan 1: Boleh saja. Saya tak kisah pun siapa² nak kawan dgn saya.

Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.

Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.

Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya utk berkawan seolah² saya terlalu asing bagi awak, padahal kita mengucap kalimah syahadah yg sama. Tapi dlm Islam, kita ada batasan utk berkawan. Lelaki dgn perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dgn saya tapi awak jangan sesekali melampaui apa yg Allah suruh.

Soalan: Awak, awak tahu tak? Awak ni perempuan paling cantik yg pernah saya tengok.

Jawapan 1: Ye ke? Eee... Mana adalah. Saya tak cantik pun.

Jawapan 2: Eh, mestilah. Dah lama awak kenal saya, baru perasan ke saya ni cantik?

Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ya?

Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yg Allah cipta semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah, Allah beri kelebihan kpd saya. Tapi saya sebenarnya takut sangat dgn kecantikan saya sebab dgn kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!

Soalan: Awak, awak asal mana? Duduk kat mana?

Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je. Area Jusco. Awak duduk mana?

Jawapan 2: Apa bengap punya soalan. Saya duduk kat kerusilah! Takkan duduk kat awan!

Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?

Jawapan 4: Saya berasal drpd air mani & rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan & menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yg saya buat di tempat tinggal saya ni, awak boleh pergi ke alam lain.

Soalan: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?

Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hihihi. Saya pun tak ingatlah. Mesti kita jumpa kat kem ke, pertandingan sekolah lama ke kan?

Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.

Jawapan 3: Kau ke yg curi seluar dlm mak aku hari tu?

Jawapan 4: Ya, kita pernah berkumpul di alam roh ketika kita beratur utk masuk ke dlm rahim ibu masing². Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kpd awak.

Soalan: Awak,  saya nak gambar awak boleh?

Jawapan 1: Hehehe. Nak gambar tu buat apa?

Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.

Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport utk aku ya?

Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan utk simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah jumpa dgn mak ayah saya. Pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.

Soalan: Awak, jom keluar nak?

Jawapan 1: Urmmm. Bila?

Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir atau batu nisan ye.

Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang aku, baik tak payahlah ajak aku keluar!

Jawapan 4: Saya tak kisah tapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti, awak tak boleh dekat dgn saya. Kita tak boleh berdua²an & tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak, ayah & adik beradik saya ikut sama.

Soalan: Awak, saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi…Urm…

Jawapan 1: Saya single juga. Jadi apa ya awak? Hehehe. Pelik tiba² awak tanya ni.

Jawapan 2: Padan muka kau! Hahaha.

Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu tiada perempuan nak lekat.

Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak couple dgn saya, adakah awak akan meninggalkan Allah krn saya? Kalau awak tinggalkan Allah krn saya maka saya tak boleh terima ajakan couple awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.

Konklusinya, jagalah  ikhtilat (pergaulan) kita. Hope dapat membantu member²ku yg susah sangat nak lari drpd godaan² dunia. Yg pasti terpulang kpd kita utk menjadi seorang yg kuat/lemah utk melaksanakan perintah Allah SWT. 

Jagalah ikhtilat sebab hati kita, wahai muslimat, mudah rosak
"TuhanMu lebih mengetahui apa yg ada dalam hatimu" (17:25)

Prinsip hidup saya 
"NO CHATTING WITH DIFFERENT GENDER AFTER 00:00am"

Harap faham, berkawan tak salah, asalkan kita tahu batas pergaulan. Sekian =)

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...