Photobucket

Saturday, December 11, 2010

Sinergi-Keimanan Adalah Paksi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:31 AM

Alhamdulillah, baru-baru ini sekitar bulan Zulhijjah 1431H saya dapat menghabiskan satu buah buku yang dipinjam daripada Fiezah Halim.

Allahuakhbar sangat menarik olahan cerita yang ditulis HILAL ASYRAF dalam masa 2 hari sahaja saya dapat menamatkan bacaan.

Persahabatan antara Asid dan Irfan amat mengagumkan saya. Adakah wujud watak mereka ini dalam kehidupan kita hari ini?

Dalam buku ini juga menyampaikan pengajaran di mana sikap seorang USTAZ membuat Disaster FIVE amat membenci orang yang ingin menyeru ke arah kebaikan. Saya rasa pada mereka yang telah membaca buku ini faham apa yang ingin saya sampaikan.

Pentingnya buku ini memang terbaiklah untuk dijadikan bacaan semua. Sapa yang belum baca rajin-rajinkanlah untuk membaca..

Nak baca lagi hasil karya HILAL ASYRAF bolehlah mengunjungi laman web LANGIT ILLAHI..

Moga kita sentiasa dinaungi rahmat ALLAH.

Ingat

"KEIMANAN ADALAH PAKSI"



Tiba-tiba
Terkejut
Motif: Terpandang gambar RAHMAH dekat blog Langit Illahi (klik sini)..

Sekarang sedang baca Novel Sejarah Islam "Abu Bakar Sahabat Setia" karya Pak Latip

Wednesday, December 8, 2010

Membina Baitul Muslim Bermula Dari Diri

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:11 PM


Sebelum mengorak lebih jauh, nak ucapkan Selamat Melayari Rumahtangga buat
Akhi Tg Abd Ghaffar + isteri (7 Dis 2010)
Kak Mastura + suami (11 Dis 2010)
Kak Shaiha + suami (11 Dis 2010)
Kak Fizah + suami (11 Dis 2010)
Yang tak kahwin lagi tu jangan sedih...
Jom baca cerita ini...
Moga ia menjadi titik permulaan sebelum melayari bahtera rumahtangga
[baitulmuslim.jpg]
Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim’?
Atau kadang² orang ada sebut juga baitul dakwah & sebagainya lah. Pernah dengar?
Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di tingkatan 4. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab² kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi² kalau masuk bab cinta² ni.
Baitul Muslim yg membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yg diredhai ALLAH, pada awalnya saya anggap adalah satu konsep yg mengajar kita cara² memilih pasangan dgn baik. 


Saya nampak bahawa Baitul Muslim ini adalah satu konsep supaya lelaki perempuan tahu bercinta dgn betul. Saya yakin, ramai yg beranggapan seperti saya.
Tapi, bila saya membesar, rupanya anggapan saya itu silap.
Baitul Muslim hakikatnya bukanlah setakat berkenaan dua insan, yg satu lelaki & yg satu lagi perempuan. 


Tetapi hakikatnya, Baitul Muslim itu lebih lagi dari sekadar hubungan dua insan. Baitul Muslim adalah salah satu tangga dari tangga² ke arah pembinaan ummah yg diredhai ALLAH sebenarnya.
Masyarakat itu, terbentuk dari keluarga, keluarga itu terbentuk dari individu.
Sebab itu, Baitul Muslim ini bukanlah satu konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan, atau cara memilih pasangan yg betul.


Tetapi, Baitul Muslim adalah satu konsep utk kita nampak 
:)keperluan wujudnya keluarga yg diredhai ALLAH
:)keperluan mencari isteri/suami yg diredhai ALLAH
:)keperluan mentarbiyah anak agar membesar dlm keredhaan ALLAH, 
:)seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kpd masyarakat.
Dan semua itu, BUKAN bermula dari kita hendak mencari pasangan. 


Tetapi, itu semua bermula sedari saat kita berseorangan


Pengislahan diri, adalah permulaan ke arah pembinaan Baitul Muslim sebenarnya.
Hal ini, saya sedari ketika Cikgu Azmi Bahari, seorang guru di MATRI berkongsi pandangan berkenaan hal Baitul Muslim ini.
“Perkara Baitul Muslim ini, bukanlah kita fikirkan bila hampir nak kahwin. Sepatutnya hal ini kita fikirkan semenjak kita remaja lagi. Sebab perkara ini bukan perkara kecil. Perkara ini perkara besar”


Ya. Sebab, Baitul Muslim bukannya fasal nak kahwin dgn siapa, nak kahwin macam mana. Baitul Muslim hakikatnya adalah projek hendak membina ummah. Maka, hendak membina ummah ini, perlu kita mulakan dgn diri sendiri.
Sebab itu, hal ini bukan utk kita fikir ketika hampir kahwin. Kita perlu fikir semenjak kita remaja lagi.
Tapi ramai salah anggap. Mereka kata, mereka tidak mahu berfikir akan hal pembinaan keluarga ini krn mereka tidak mahu masuk campur hal cintan cintun semasa belajar. 


Sebenarnya, anggapan bahawa Baitul Muslim adalah konsep cintan cintun adalah anggapan yg tertolak. Baitul Muslim, adalah konsep pembinaan ummah


Berfikir berkenaannya, bukanlah kita berfikir kita hendak kahwin dgn siapa, tetapi kita berfikir bagaimana kita hendak membinanya bermula dgn diri kita.
Kita perlu mulakan dgn diri kita sebenarnya. Keluarga yg diredhai ALLAH tidak akan mampu dibangunkan hanya dgn usaha suami sahaja atau isteri sahaja. 


Maka, hendak atau tidak, jika kita mahu membina keluarga yg diredhai ALLAH SWT, kita perlu mulakan dgn membina diri kita.
Kita perlu nampak bahawa, nanti bila kita hendak berkahwin, kita perlu menjadi contoh kpd pasangan kita. Manusia itu tidak sama. Jadi, perlu ada rasa hendak lengkap melengkapi. Kita perlu nampak bahawa kita hendak menjadi penyokong kpd pasangan kita. Jadi, menjadi tanggungjawab diri kita utk membina & memperbaiki diri sedari hari ini.
Emosi, cara pandangan, cara pemikiran, harta, akhlak & sebagainya, sudah perlu kita fikirkan. 


【ツ】Adakah kita mampu membina keluarga yg diredhai ALLAH jika kita seorang panas baran
【ツ】Adakah kita mampu menyara kehidupan keluarga kita dgn baik tanpa wang yg mencukupi
【ツ】Adakah kita mampu memandu keluarga kita ke arah yg diredhai ALLAH jika cara pandangan & cara pandangan kita tidak matang
【ツ】Adakah kita mampu mendidik anak jika akhlak kita tidak baik?
Semua itu menyebabkan kita perlu bergerak ‘membina’ Baitul Muslim semenjak hari ini. Bukanlah membina Baitul Muslim itu adalah dgn mencari pasangan mengikut ciri² yg ditetapkan. 


Tetapi, membina Baitul Muslim itu bermula dgn kita membina diri kita sendiri ke arah apa yg ALLAH redha.
Itulah maksud membina Baitul Muslim yg sebenarnya. Bermula dgn diri kita.
Barulah kita ada kekuatan utk membina keluarga yg diredhai ALLAH SWT, mendidik pasangan kita ke jalanNya, membimbing anak² di atas keredhaanNya, sekaligus menjadikan keluarga kita keluarga yg ALLAH SWT suka.
Sebab itulah, kata orang, tarbiyah(pendidikan) anak² itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab, mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak² kita.
Akhirnya, Baitul Muslim ini, bukanlah satu konsep cinta dua insan. Tetapi, Baitul Muslim ini adalah satu konsep utk membina ummah. Pembinaan ummah, bermula dari diri kita sendiri.
Maka, apa lagi yg kalian tunggu?
Bergeraklah membina diri, persiapkan diri dari hari ini, utk melakar masa hadapan yg indahnya abadi.


Wallahualam

Tuesday, December 7, 2010

PTPTN-Ujrah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:40 PM




PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
JAWAPAN RINGKAS KEPADA PERTANYAAN BERKENAAN TAWARAN PENUKARAN UJRAH


A. PERMOHONAN/TAWARAN



1. Siapakah yang layak untuk menerima tawaran Ujrah 1%?


Jawapan: Tawaran perubahan pinjaman sedia ada (3%) kepada pembiayaan Ujrah 1%layak diterima oleh peminjam-peminjam sedia ada yang masih mempunyai baki pinjaman PTPTN pada 1 Jun 2008 kecuali bagi kes-kes berikut:


i. Telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang


ii. Peminjam yang telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu–(batal pinjaman, gagal pengajian, berhenti pengajian dan mendapat penaja lain)




2. Saya masih belajar dan masih menerima pengeluaran pinjaman PTPTN. Bilakah saya boleh menerima tawaran Ujrah?


Jawapan: Anda akan ditawarkan Ujrah sebaik tamat pengajian.



3. Saya mempunyai baki WPP sahaja. Adakah saya layak untuk memohon?


Jawapan: Anda tidak layak untuk ditawarkan Ujrah.




4. Apakah tindakan yang perlu diambil bagi membolehkan saya mendapat tawaran Ujrah?


Jawapan: Peminjam perlu mengambil langkah-langkah berikut:


i. Membuat pendaftaran melalui laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my) dengan menggunakan no kad pengenalan dan memasukkan alamat e-mel peminjam;


ii. Mengemas kini maklumat yang diperlukan melalui link yang dihantar ke alamat e-mel peminjam yang didaftarkan;


iii. Mencetak dan menandatangan dokumen tawaran yang dihantar ke alamat e-mel peminjam; dan


iv. Menghantar dokumen tawaran yang lengkap (sila rujuk panduan pengisian) kepada PTPTN dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tawaran



5. Bilakah peminjam boleh mula membuat pendaftaran dan pengemaskinian maklumat?


Jawapan: Pendaftaran dan pengemaskinian boleh dibuat oleh peminjam mengikut tahun kelulusan pinjaman seperti jadual berikut :


Tahun Kelulusan Pinjaman Tarikh Mula Kemaskini


2006, 2007 dan 2008 20 September 2010
2003, 2004 dan 2005 1 November 2010
2002 dan tahun-tahun sebelumnya 1 Disember 2010




6. Bilakah PTPTN akan mengeluarkan dokumen tawaran Ujrah?


Jawapan: Dokumen tawaran akan dikeluarkan pada 10hb setiap bulan. Bagi peminjam yang telah mendaftar dan mengemas kini pada bulan semasa, dokumen tawaran akan dikeluarkan pada 10hb bulan yang berikutnya.



7. Apakah asas penawaran Ujrah?


Jawapan: Asas yang digunakan adalah seperti berikut :


i. Jumlah pembiayaan: Berdasarkan jumlah baki hutang pada 1 Jun 2008


ii. Tarikh kuatkuasa: 1 Jun 2008


iii. Tempoh bayaran balik baru: Baki tempoh bayaran balik pada 1 Jun 2008 berdasarkan pinjaman asal




8. Apakah yang dimaksudkan dengan baki hutang pada 1 Jun 2008?


Jawapan: Baki hutang pada 1 Jun 2008 bermaksud jumlah prinsipal dan juga kos pentadbiran yang masih belum dijelaskan, mengambil kira semua bayaran balik yang telah dibuat sebelum 1 Jun 2008.



9. Bagaimanakah Ujrah dikira?


Jawapan: Jumlah Ujrah = Jumlah Pembiayaan Pokok x Kadar Ujrah (1%) x tempoh bayaran balik (tahun)


10. Saya telah cuba mendaftar mengikut jadual yang telah ditetapkan tetapi telah diminta mengemaskini maklumat selepas 1 Januari 2011.


Jawapan: Semakan terperinci perlu dibuat ke atas akaun pinjaman sedia ada anda bagi mengelakkan kesilapan tawaran. Walau bagaimanapun tawaran yang akan diberikan masih berkuatkkuasa pada 1 Jun 2008.


B. BAYARAN BALIK/PENGUATKUASAAN



1. Saya telah diluluskan penangguhan bayaran balik, adakah saya layak menerima tawaran Ujrah?


Jawapan: Peminjam yang telah diluluskan penangguhan layak menerima tawaran Ujrah.




2. Setelah Ujrah ditawarkan, saya masih tidak mampu membuat pembayaran balik. Adakah saya boleh membuat penangguhan sekali lagi?


Jawapan : Peminjam boleh mengemukakan permohonan penangguhan. Walau bagaimanapun, keputusan permohonan penangguhan tertakluk kepada budi bicara PTPTN.



3. Saya telah dikenakan tindakan penguatkuasaan tetapi masih belum dikenakan tindakan mahkamah, adakah saya layak untuk memohon dan menerima tawaran ini?


Jawapan: Peminjam layak untuk menerima tawaran Ujrah ini selepas menjelaskan tunggakan dan sebarang kos penguatkuasaan yang telah dikenakan kepada peminjam. Bagi membolehkan tawaran dibuat, peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas pembayaran dibuat.




4. Perlukah saya meneruskan bayaran balik sepanjang tempoh proses penawaran Ujrah ini?


Jawapan: Peminjam adalah dikehendaki untuk terus membuat pembayaran balik. Sebarang pembayaran balik akan diselaraskan ke akaun pembiayaan Ujrah.


5. Saya telah pun mula membuat bayaran balik secara potongan gaji melalui LHDN. Apa yang akan berlaku kepada potongan gaji saya?


Jawapan: PTPTN akan membuat pindaan amaun potongan gaji dengan pihak LHDN. Maklumat berkenaan akan juga diberikan salinan kepada majikan dan juga peminjam.




C. LEJAR/PENYATA



1. Bilakah akaun pinjaman peminjam dikemas kini?


Jawapan: Akaun pinjaman peminjam akan dikemas kini selepas dokumen tawaran diterima dan diproses oleh PTPTN.




2. Apa yang berlaku apabila pengemaskinian dibuat?


Jawapan: Akaun pinjaman yang lama akan diselaraskan ke akaun pembiayaan.



3. Apa berlaku kepada bayaran balik yang dibuat selepas 1 Jun 2008?


Jawapan : Bayaran balik yang telah diterima selepas 1 Jun 2008 akan diselaraskan dengan jadual bayaran balik pembiayaan, dengan mengambil kira jumlah Ujrah (upah) sepatutnya dan kos pentadbiran yang telah dikenakan bagi tempoh 1 Jun 2008 sehingga tarikh semasa. Sebarang lebihan akan digunakan untuk menyelesaikan ansuran bulanan ke hadapan.

Sunday, November 28, 2010

Underconstruction

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:52 AM



*Harap maaf, blog ini sedang dalam proses penambahbaikan..*


*Bukan blog ni saja..*
*Tuan empunya blog ni pun sama juga..*

Saturday, November 27, 2010

aYaH, TaRIK TaNGaN SaYa

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:56 PM

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.


1 September 1994.


Serius mereka berbual hingga dahi berkerut².

Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng²kan kepala.

Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati.
Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.



"Bincang apa tu?

Serius aku tengok,” saya menyapa.



"Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?” kata Jaimi, kawan saya.


"Budak perempuan?

Tak boleh keluar dari kubur?

Aku tak fahamlah,” jawab saya.



Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.


"Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”

Di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.

Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi".



"Kenapa jadi macam tu?” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.

Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya...
Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan² ke Bandar Sandakan.
Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.



''Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.

''Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan.


Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal.

Sudah bertahun² dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

''Maaak… kawan² semuanya keluar.

Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

''Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.


''RM 20 aja !” si gadis berkata.


''Tak ada ,” jawab ibunya.


''Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata² keras.


''Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,


''Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”


''Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung, tapi belum pun habis kata²nya, si gadis memintas lagi,

Katanya; ''kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”


Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu.

Si ibu jatuh ke lantai .



'' Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.

Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes.
Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding.
Dan sementara diluar, suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.
Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.
Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.



Si gadis panik.

Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.

Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.
Melalui jiran², kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.



Jaimi menyambung ceritanya ;

'' Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi.



Pada mulanya tak ada apa² yang pelik,

tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur,

ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.
Suaminya sendiri pun tak dapat bantu.




''Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan.

Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”



Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.

Sekali lagi beramai ² penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.


Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam liang lahad.

Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba² kakinya tidak boleh di angkat .

Ia seperti di paku ke tanah.
Si gadis mula cemas.



'' Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.



Wajahnya serta-merta pucat lesi.



'' Apa pasal,” Si ayah bertanya.



'' Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.

Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.



'' Ayah, tarik tangan saya ni.

Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.



Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal.

Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah.

Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.



'' Ayah… kenapa ni ?? !!


Tolonglah Saida, ayah..” si gadis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.

Mereka cuba menariknya beramai² namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah.
Tangisannya bertambah kuat.



''Tolong saya ayah, tolong saya… kenapa jadi macam ni ayah?” kata si gadis sambil meratap.



'' Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .

Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.



Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun.
Kakinya tetap terpahat ke tanah.


'' Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis .

Sambil itu di peluk dan di cium jenazah.

Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.



'' Maafkan Saida emak,

maafkan, Saida bersalah, Saida menyesal…

Saida menyesal..
Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.



Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar.

Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.

Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.



Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.


'' Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.

Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja…

Kalau hujan macam mana?” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.



'' Habis anak saya?” tanya si bapa.



''Kita akan terus cuba tarik dia keluar.

Kita buat dua² sekali,
Mayat isteri awak di sempurnakan,

Anak awak kita selamatkan,” balas imam.



Lelaki berkenaan bersetuju.

Lalu seperti yang di putuskan,

Upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
Cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur.
Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan.
Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.
Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.
Tapi tidak berhasil.



''Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan.

Dah lapar sangat.

Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.
Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.



''Aku pun nak pergilah,” kata saya.

Lalu kami semua menunggang motosikal masing² menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu² di sana.
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.
Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan &
Berusaha menyusup ke celah² orang ramai yang sedang bersesak².



Setelah penat berusaha,

Akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.

Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali.
Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami & terlindung oleh kubur serta pokok² rimbun.
Di dalam kepungan itu, anggota² polis berkawal dengan senjata masing².



Nasib saya memang baik hari itu.

Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.


''Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil ,

Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.


''Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.


''Mana boleh .

Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan² seperti berbisik.



Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.



''Sekejap aja.

Bolehlah…”saya memujuk.



Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.

Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan² dan

berjalan beriringan dengan Raie seolah² tidak melakukan apa²  kesalahan.
Namun demikian dada saya berdebar kencang.
Pertama, risau, takut di halau keluar.
Kedua; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.



Selepas meredah kubur² yang bertebaran,

akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.

Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.



Raie mendekati mereka & berbisik².

Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau.

Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yg berpangkat mengangguk².
Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.


Bila di jenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak.

Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak². Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad & merintih ;

“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar,
saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”


Selepas mengesat air jernih yg terus berjejeran drpd mata yg bengkak,

gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan drpd arwah ibunya.

''Emak… lepaskanlah kaki saya ni.
Ampunkan saya, lepaskan saya,”
Di tarik²nya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.



Saya lihat bapa & adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.

Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yg hendak di buat utk menyelamatkan gadis berkenaan.



''Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak,”

rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.



Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.

Malah memandang ke atas pun tidak.

Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun drpd arwah ibunya.



Hampir menitis air mata saya melihat Saida.

Tidak saya sangka, cerita datuk & nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.



Begitu besar kekuasaan Allah.

Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas ‘tunai’.



Malangnya saya tidak dapat lama di sana.

Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,

pegawainya mahu saya berbuat demikian.
Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.
Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis & meratap
''Ampunkan saya emak,
ampunkan saya saya, Ya Allah,
lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”



Lantas saya menoleh buat kali terakhir.

Saya lihat bapa Saida & adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,

tapi seperti tadi, tidak berhasil.
Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.



Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.

Beberapa kereta polis datang & anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing².
Wartawan & jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan .
Mereka merayu bermacam² cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa di tolak.



Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam & malam merangkak tiba.

Saida masih begitu.
Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti² meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah & malam itu tidak dapat melelapkan mata.
Suara tangisannya yg saya terngiang² di telinga.



Saya di beritahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. 
Seleranya sudah mati.

Bapa & adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin & berdoa.
Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yg sangat besar.
Saida tetap tidak dapat di keluarkan.



Embun mula menitis.

Saida kesejukan pula.

Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.
Namun dia tidak dapat tidur.
Saida menangis & merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yg berlaku keesokannya.
Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.
Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak² & mendengar orang² bercerita.


Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.

Mungkin kerana terlalu lemah & tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang & kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan & minum.
Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dgn apa yg dilakukannya.



Allah Maha Agung…

Sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan.
Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat² lain.




Kuburnya kini di penuhi lalang.

Di bawah redup daun kelapa yg melambai²,

Tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yg derhaka. 


Sumber: Hidayahnet

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari cerita di atas. Betapa murkanya Allah kepada anak yg derhaka. Tiada keampunan bagi mereka melainkan keampunan & redha ibu bapa itu sendiri. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Ayuh teman², kasihi & hormatilah ibu bapa kita sementara hayat mereka masih ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...