Photobucket

Thursday, May 5, 2011

Movie EMAK INGIN NAIK HAJI

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:26 AM


Sebenarnya nak "promote" satu filem Indonesia yg bertajuk "eMaK iNGiN NaiK HaJi". Mungkin filem ini tidak se"fomous" Ketika Cinta Bertasbih 1 @  Ketika Cinta Bertasbih  2 tapi sebenarnya filem ini boleh juga saya katakan sebuah filem yg baik krn mempunyai unsur tarbiyah.

Alhamdulillah melihat filem ini banyak sekali membuatkan air mata menitis pada beberapa babak. Melihat kesungguhan seorang emak yg mempunyai keinginan yg tinggi utk menjejak kaki ke tanah suci. 

Dah lama saya tengok filem ini & suatu hari terbuka hati nak tunjuk pada "my roomate" walaupun dia tak suka tengok cerita Indonesia sebab tak faham.

Seingat saya seorang sahaja yg menitiskan air mata melihat filem ini tapi bila mem"promote roomate" saya Fiezah Halim tengok rupa-rupanya dia pun tersentuh melihat filem ini.

Bukan itu sahaja, kak Kinah Mamat pun turut menitiskan air mata melihat filem ini.

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # 

Mengapa mereka bersedih?

Hebat sangatkan sutradara (pengarah) filem ini hingga mampu membuatkan penonton menitiskan air mata?

Mahu tahu?

Jom saksikan "eMaK iNGiN NaiK HaJi"

Tuesday, May 3, 2011

16 Produk Plum, Prun Haram

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:54 AM

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengharamkan 16 jenama produk buah kering yang diimport dari China,Taiwan dan beberapa negara Asia kerana mengandungi logam plumbum melebihi paras yang dibenarkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, produk buah kering antaranya plum & prun itu mengandungi paras plumbum yang agak tinggi iaitu antara 0.11 & 30.3 bahagian sejuta (ppm) atau miligram (mg)/kilogram (kg).

Beliau berkata, paras plumbum yang ditetapkan di negara ini ialah 2 bahagian sejuta ppm atau mg/kg di bawah Peraturan 38 Peraturan² Makanan 1985 & jika kandungan logam melebihi paras tersebut, tindakan undang² akan dikenakan.

“Mana² pihak yang terlibat, jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua²nya sekali,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Kementerian Kesihatan baru² ini.


Ni adalah salah satu contoh..

Monday, May 2, 2011

As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:17 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

"Dari kerusi roda itu, dia menggoncang dunia untuk kemerdekaan Palestina"

Tahu tak siapa beliau?

Hari ini nak berkongsi tentang seorang tokoh kontemporari iaitu AS-SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN 1938-2004. Sahabat² kenal tak dgn beliau? 

Hmmm.. Sebenarnya saya pun tidak seberapa kenal dgn siapa beliau sebelum ini. Kenapa ramai sangat orang kagum dgn beliau? Tapi alhamdulillah, kak Anisa Husna (AniUna) telah menceritakan sedikit latar belakang beliau sehingga bagaimana beliau menemui ajal berdasarkan sebuah buku yg pernah dibacanya. (tapi kak AniUna tak ingat buku apa. Kalau ada yang tahu tajuk buku tu inform saya ya). 



:: Kagum dengan beliau. Kenapa? 


Sebab walaupun beliau lumpuh, cacat anggota, berkerusi roda & suda tua namun tidak menjadi penghalang kepadanya utk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam & jihad menghadapi penjajah Yahudi. Hatinya tegar, jiwanya besarAllahuakhbar!!!




Keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan baginya baik penjara regim Sekular Palestin, PLO (Yaser Arafat) – sekarang "Fatah" atau "penjara Israel".




Sebahagian besar hidupnya dihabiskan di atas kerusi roda yg ditolak oleh pembantunya. Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, 


*☆ Namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yg kabur  &  telinga yg tidak dapat mendengar lagi dgn baik. Ditambah dgn penyakit jantung serta gangguan pencernaan.


Siksaan berterusan membuatkan fizikalnya menjadi semakin lemah. 


*☆ Namun, fizikalnya yg rosak bukan penghalang baginya utk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah  &  para pejuang Palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi Israel. Setiap patah kata ² nya diterima pakai & dilaksanakan.


Tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’  &  memprovokasi massa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dgn penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan.


Tahun 1987, "Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah(Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Ahmad Yasin diangkat menjadi amir pertama. 


Hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Namun, mereka tetap menjaga hubungan dgn gerakan kemerdekaan Palestin yg lain seperti PLO yg agak berhaluan sekular. Tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar²an Palestin kali pertama dibangkitkan.

***************************************

:: Sedih dengar cara kematian beliau. JAHATNYA YAHUDI. YAHUDI LAKNATULLAH (pernah dengar satu ceramah kalau dengar perkataan YAHUDI sambung dgn perkataan LAKNATULLAH). Tak sanggup nak tengok gambar beliau ditembak di kepala seusai solat subuh. Kugagahkan diri untuk melihatnya  &  beginilah keadaannya...


Melihat gambar ini sahaja begitu meruntun hatiku








Dan ini lagi. MasyaAllah begitu kejam kamu YAHUDI LAKNATULLAH


Bayangkan sahaja mayat As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin dikutip satu persatu memandang berterabur selepas ditembak 3 peluru sekaligus. Saya tak dapat bayangkan..


Sedih tak? 

Kalau kita yg tidak berada ditempat kejadian sedih, inikan pula mereka berjuang bersama dgn beliau yg melihat depan mata peluru menghancur-beraikan otaknya. 





Allahurabbi. Lihatlah bagaimana keadaan beliau...



Nak tahu bagaimana ini semua berlaku? Teruskan membaca...(",)

Detik² akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah utk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yg ditembak oleh helikopter Apache tepat mengenai kepala  &  tubuhnya. Kepalanya hancur  &  tangannya putus. Kerusi roda yg dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu  &  dimasukkan ke dlm plastik.

Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari² terakhir suaminya sudah dirasai oleh As-Syahid Sheikh Yasin sendiri. 

“Saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan  &  memang itulah yg saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata² As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin pada anak²nya.

Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy  &  berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudian beliau menunaikan Solat Subuh. 


Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid  &  mereka bertindak mengambil tayar² serta membakarnya agar asap yg naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Ahmad Yasin melarangnya. 

Beliau terus keluar dari pintu masjid  &  sejurus itu, peluru menghentam beliau  &  para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.


Sedih memang sedih tapi bila dihitung², bila dicongak², bila dibilang² kita ini sedar tak tanggungjawab memperjuangkan Islam di bumi PALESTIN? Kita ini sedar tak tanggungjawab membebaskan PALESTIN daripada genggaman YAHUDI LAKNATULLAH? Macam mana? InsyaAllah jika diberi kesempatan satu entry tentang "Tanggungjawab Kita Pada Palestin" akan saya tulis

*******************************************

Hayati setiap bait kata² As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pada kita..


:x Wahai anak²ku, telah tiba saatnya kalian 1-kembali kpd ALLAH dgn meninggalkan pelbagai keseronokan, kealpaan kehidupan & menyingkirkannya jauh drpd kehidupan kalian. 

:xTelah tiba saatnya kalian 2-bangun & melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya utk kalian 3-menghiasi diri dgn akhlak yg mulia, 4-mengamalkan kandungan al-Quran serta 5-mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

:xAku menyeru kalian wahai anak²ku untuk 6-solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak ² ku, utk 7-mendekat diri kpd sunnah Nabi kalian yg agung.

:xWahai para pemuda, aku ingin kalian 8-menyedari & menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dgn meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian utk 9-menghadap ALLAH SWT & memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yg berkat kpd kalian. Aku menyeru kalian supaya 10-menghormati orang yg lebih tua & 11-menyayangi orang yg lebih muda.

:xAku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan² muzik yg melalaikan, melupakan kata² yg menyebutkan cinta kpda manusia & dunia serta menggantikannya dgn kata amal, kerja & zikir kpd ALLAH. Wahai anak²ku, aku amat berharap kalian 12-tidak sibuk dgn muzik13-tidak terjerumus ke dlm arus syahwat.

:xWahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kpd ALLAH akan 14-mengenakan hijab secara jujur & betul. Aku meminta kalian berjanji kpd ALLAH bahawa kalian akan 15-mengambil peduli tentang agama & Nabi kalian yg mulia. Jadikanlah ibunda kalian, 16-Khadijah & Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian utk melakukan sesuatu yg boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

:xKepada semua, aku ingin kalian 17-bersiap sedia utk menghadapi segala sesuatu yg akan datang. 18-Bersiaplah dgn agama & ilmu pengetahuan. Bersiaplah utk belajar & mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dlm kegelapan yg pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik & peralatan elektronik. Latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakan kehidupan yg sukar.

:xBiasakan diri kalian agar dapat 19-melindungi diri20-membuat perancangan utk masa depan. Berpeganglah kpda agama kalian. Carilah sebab²nya & tawakal kpd ALLAH.


".... meskipun mereka membunuh As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, maka akan dikeluarkan utk mereka 100 orang As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.. Mereka mimpi jika menganggap bahawa pembunuhan akan menghentikan perlawanan.. yg terjadi adalah pembunuhan akan menambah kekuatan kami di atas kekuatan sebelumnya....."

Allahuakhbar, melihat pengorbanan As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin, terasa malu pada diri sendiri. Belum layak & jauh sekali diri ini dikira sebagai mujahidah agama. Masih banyak lagi tugas yg perlu saya & kita² lakukan. 


Mari kita usahakn bersama² utk memperbaiki diri & mengajak sahabat yg lain ke jalan perjuangan Islam ini. 


Semoga Allah menguatkan hati² kita utk memperjuangkan & menegakkan Islam sehingga hela nafas yg terakhir & janganlah pula Allah campakkan kita menjadi golongan yg tercicir..

Syukran Jazilan Khatiron krn sudi membaca hingga akhir.


Al-Fatihah buat As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin

Saturday, April 30, 2011

"Ayah! saya dah bersedia..."

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:32 AM

"(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yg menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yg engkau akan kandungkan semata²  dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yg terkemuka di Dunia & di Akhirat, dan ia juga dari orang² yg didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). & ia akan berkata² kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, & semasa ia dewasa, & ia adalah daripada orang² yg soleh." [Ali Imraan 3: 45-46]


Moga cerita ini bermanfaat pada semua yg membaca. Moga Allah rahmati kalian..

Ceritanya bermula di sini...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam & anaknya yg berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu & menyebarkan risalah bertajuk "Jalan²  Syurga" & beberapa karya Islamik yg lain.

Pernah dengar cerita nie?
Jom kita teruskan membaca..


Pada satu Jumaat yg indah, pada ketika Imam & anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah² Islam itu, hari itu menjadi amat dingin & hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yg masih kering & panas, seraya berkata:
:)"Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut & berkata:
:)"Bersedia untuk apa?" 


Si anak berkata:
:)"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

Si Ayah:
:)"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu & hujan juga agak lebat"

Si anak:
:)"Ayah bukankah masih ada manusia yg akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah: 
:)"Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu: 
:)"Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu² namun menyerahkan risalah² itu kepada anaknya:
:)"Pergilah nak & berhati²lah. Allah bersama² kamu!"

Si anak:
:)"Terima kasih Ayah" 

Dengan wajah bersinar² anaknya itu pergi meredah hujan & susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah² tersebut kepada sesiapa pun yg dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah & memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing² ke sana & ke mari mencari siapa yg akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yg agak terperosok di jalan itu & mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar & ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. 

Ada sesuatu yg memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50-an. Mukanya suram & sedih. 
:)"Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar² seolah² malaikat yg turun dari langit.
:)"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yg ALLAH amat sayangkan makcik & sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini & makcik adalah orang yg paling bertuah". 

Dia senyum & tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
:)"Terima kasih nak & Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yg lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya:
:)"Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba² sekujur tubuh bangun dengan perlahan & berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. 


:)"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yg kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim."


:)"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas & meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" 

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


:)"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi & tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas & hujung satu lagi diketatkan di leher."


:)"Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba² loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yg menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan & loceng ditekan sekali lagi".


:)"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yg tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher & terus pergi ke pintu"


:)"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yg comel itu. Senyumannya benar² ikhlas & suaranya seperti malaikat".


:)"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yg ALLAH amat sayangkan makcik & sentiasa memelihara makcik. Itulah kata² yg paling indah yg saya dengar".


:)"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu & terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi & tali yang hampir² menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".


:)"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yg bahagia, yg menjadi hamba kepada Tuhan yg satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini & itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yg datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yg berteriak & bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yg berada di kaki mimbar & menangis sesungguh² hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yg paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yg amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yg sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yg seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


Saya abadikan petikan kisah ini di dalam blog saya, dengan satu pertanyaan: "Apa yang telah aku lakukan untuk bawa diri & manusia lain dapat mengabdikan diri kepada Allah?"

Hanya airmata yg telah menjawabnya... Oh Allah!


Wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...