Photobucket

Saturday, April 30, 2011

"Ayah! saya dah bersedia..."

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:32 AM 5 comments

"(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yg menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yg engkau akan kandungkan semata²  dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yg terkemuka di Dunia & di Akhirat, dan ia juga dari orang² yg didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). & ia akan berkata² kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, & semasa ia dewasa, & ia adalah daripada orang² yg soleh." [Ali Imraan 3: 45-46]


Moga cerita ini bermanfaat pada semua yg membaca. Moga Allah rahmati kalian..

Ceritanya bermula di sini...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam & anaknya yg berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu & menyebarkan risalah bertajuk "Jalan²  Syurga" & beberapa karya Islamik yg lain.

Pernah dengar cerita nie?
Jom kita teruskan membaca..


Pada satu Jumaat yg indah, pada ketika Imam & anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah² Islam itu, hari itu menjadi amat dingin & hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yg masih kering & panas, seraya berkata:
:)"Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut & berkata:
:)"Bersedia untuk apa?" 


Si anak berkata:
:)"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

Si Ayah:
:)"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu & hujan juga agak lebat"

Si anak:
:)"Ayah bukankah masih ada manusia yg akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah: 
:)"Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu: 
:)"Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu² namun menyerahkan risalah² itu kepada anaknya:
:)"Pergilah nak & berhati²lah. Allah bersama² kamu!"

Si anak:
:)"Terima kasih Ayah" 

Dengan wajah bersinar² anaknya itu pergi meredah hujan & susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah² tersebut kepada sesiapa pun yg dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah & memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing² ke sana & ke mari mencari siapa yg akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yg agak terperosok di jalan itu & mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar & ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. 

Ada sesuatu yg memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50-an. Mukanya suram & sedih. 
:)"Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar² seolah² malaikat yg turun dari langit.
:)"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yg ALLAH amat sayangkan makcik & sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini & makcik adalah orang yg paling bertuah". 

Dia senyum & tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
:)"Terima kasih nak & Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yg lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya:
:)"Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba² sekujur tubuh bangun dengan perlahan & berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. 


:)"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yg kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim."


:)"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas & meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" 

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


:)"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi & tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas & hujung satu lagi diketatkan di leher."


:)"Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba² loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yg menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan & loceng ditekan sekali lagi".


:)"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yg tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher & terus pergi ke pintu"


:)"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yg comel itu. Senyumannya benar² ikhlas & suaranya seperti malaikat".


:)"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yg ALLAH amat sayangkan makcik & sentiasa memelihara makcik. Itulah kata² yg paling indah yg saya dengar".


:)"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu & terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi & tali yang hampir² menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".


:)"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yg bahagia, yg menjadi hamba kepada Tuhan yg satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini & itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yg datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yg berteriak & bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yg berada di kaki mimbar & menangis sesungguh² hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yg paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yg amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yg sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yg seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


Saya abadikan petikan kisah ini di dalam blog saya, dengan satu pertanyaan: "Apa yang telah aku lakukan untuk bawa diri & manusia lain dapat mengabdikan diri kepada Allah?"

Hanya airmata yg telah menjawabnya... Oh Allah!


Wallahualam..

5 123 Bingkisan Sahabat:

Entry yang baik.. =)
membuatkan kita berfikir..
kanak-kanak itu fizikal kecil namun berjiwa besar..

betul2x..
=)

moga Allah juga m'beri kekuatan pd kita beramal pd org lain..

cinta sebenar cinta ni sapa ek?
huhuhu..

lupa walaupun wana merupakan follower ke-5

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...