Photobucket

Tuesday, October 25, 2011

TASAWWUR ISLAM yang sebenar II

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:48 PM

TASAWWUR ISLAM yang sebenar I



Islam sebagai Ad-Din yg lengkap & sempurna yg akan membicarakan segala perkara dlm kehidupan manusia & tiada sedikit kekurangan & kecacatan dlm ajarannya. Oleh itu, Islam merangkumi aspek aqidah, ibadah, syariah, akhlak, kebudayaan, ilmu pengetahuan, ekonomi, politik, dakwah, pergaulan, jihad & bermacam² lagi. Di sini diselitkan beberapa takrif berkenaan dgn tasawwur Islam tersebut:

Ialah kepercayaan kpd Allah yg tersimpul kukuh dlm jiwa manusia tanpa ada sedikit keraguan terhadap kesemprnaan ajaran Islam. Inilah dasar & pokok ajaran Islam & seruan yg dibawa oleh Nabi² & Rasul² sebagaimana yg difirmankan oleh Allah swt:
“Sesungguhnya kami telah mengutuskan pd setiap umat seorang rasul supaya mereka menyembah Allah & menjauhi taghut”(Surah An Nahl: 36)


Satu ketundukan & pengabdian kpd Allah yg esa dlm seluruh aspek kehidupan, dlm erti kata yg lain seluruh pekerjaan & amalan yg dilakukan semata² krn Allah & mengikut syariat Islam, maka ia dinamakan ibadah. Firman Allah swt:
“Tidak Aku jadikan jin & manusia kecuali untuk mengbdikan diri kepadaKu” (Surah Az Zariyat: 56)

Iaitu perundangan yg telah ditetapkan oleh Allah kpd manusia & tidak boleh diubah dgn apa cara sekalipun. Syariat Islam memelihara 5 prinsip; iaitu agama, nyawa, maruah, akal & harta.


Imam Al Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah “bawaan sifat jiwa yg tersembunyi atau melahirkan perbuatan dgn mudah tanpa perlu berfikir terlebih dahulu”.

Berdasarkan definisi inilah Imam Al Ghazali menyatakan bahwa akhlak itu ialah sifat² yg telah menjadi tabiat seseorang. Ia bukan sesuatu yg bersifat takalluf (sesuatu yg dibuat²) tapi telah menjadi perangai & miliknya yg sebenar bukan ia berpura² berperangai baik di hadapan orang pd masa² tertentu. 

Akhlak ialah satu ajaran drpd Islam, utk memperbaiki tingkahlaku manusia & ia mempunyai tempat yg tinggi & pengaruh yg besar dlm gerakan dakwah krn akhlak yg baik merupakan besi magnet kpd Islam.


Islam mengikitraf kebudayaan asalkan ia berlandaskan kpd Islam. Di antara kebudayaan yg berlandaskan Islam adalah cara berpakaian, Islam tidak menetapkan cara khusus berpakaian krn masing² kaum mempunyai cara berpakaian tersendiri namun kewajipannya adalah menutup aurat bagi lelaki & perempuan yg tidak menampakkan susuk tubuh serta fitnah yg lebih buruk. Kaum lelaki dilarang memakai pakaian serupa perempuan begitu jugalah sebaliknya.


Islam datang dgn menghapuskan kejahilan manusia & digalakkan supaya menuntut ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan mendapat tempat yg tinggi di sisi Islam & para penuntutnya dianggap mulia. Ayat al-Qur’an yg pertama menyuruh manusia supaya membaca (menuntut ilmu pengetahuan) & banyak lagi dalil² yg meminta umat Islam supaya belajar & menuntut ilmu.


Ekonomi adalah penting utk kehidupan manusia, lantaran itulah Islam mengiktiraf & menerima ekonomi sebagai satu usaha meningkatkan taraf hidup manusia. Ilmu yg berkaitan dgn ekonomi dlm Islam telah banyak diperluaskan oleh ulama’ yg pd dasarnya Allah menyebut tentang halalnya jual beli & diharamkan riba’, begitu juga diwajibkan mengeluarkan zakat, bererti ia menyentuh perihal ekonomi.

Manusia adalah makhluk yg perlukan hubungan sosial (sosial kontrak), justeru itu ia memerlukan bimbingan drpd pemimpin². Rasulullah saw telah meninggalkan kita dgn meninggalkan soal kepimpinan (khilafah) sebagai sesuatu yg penting di dlm membangunkan umat. 

Politik adalah sebahagian drpd Islam & sesiapa yg menganggap politik bukan sebahagian drpd Islam bererti ia telah memisahkan agama dr landasan yg sebenarnya. Inilah fahaman ideologi yg ditanam oleh musuh² Islam supaya dgnnya umat Islam akan terpisah secara berjuzuk² dr amalan Islam yg sebenar.


Dakwah ialah menyeru, mengajak manusia kpd pengabdian kpd Allah, ia adalah tugas mulia yg amat penting & inilah tugas para Nabi & rasul di utuskan ke muka bumi oleh Allah swt. 


Manusia adalah makhluk yg memerlukan sosial utknya berinteraksi dgn manusia lainnya. Oleh itu, Allah menjadikan manusia ini berpasang² supaya manusia berasa damai & tenteram dlm kehidupan. Dlm kehidupan bermasyarakat, Rasulullah banyak mengajar umatnya bagaimana tatacara hidup bermsyarakat yg sebenarnya seperti menghormati orang tua, memuliakan jiran, menziarahi orang lain, memuliakan tetamu, & sebagainya.


Perkataan jihad berasal drpd kata “jahada” yg bermaksud kesungguhan. Menurut syarak ialah pengerahan tenaga dr seorang Muslim dlm mempertahanakan & menyebarkan Islam krn menuntut keredhaan Allah. Krn itu jihad adalah satu kalimah yg besar maknanya & tuntutannya juga amat besar dipikul oleh umat Islam. Jihad dlm konteks yg luas boleh difahami & diaplikasikan dlm pelbagai cara seperti lisan, berjihad menentang hawa nafsu, berjihad dgn peperangan, & pelbagai lagi.

Konklusi:
Aqidah, ibadah, syariah, akhlak, kebudayaan, ilmu pengetahuan, ekonomi, politik, dakwah, pergaulan & jihad tidak boleh dipisahkan dgn ISLAM.

Bersambung..... 

Monday, October 24, 2011

TASAWWUR ISLAM yang sebenar I

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:37 PM

PENGERTIAN ISLAM

Islam adalah sebagai Ad-Din yg merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yg terkandung dlmnya aqidah,  amalan² & hukum berhubungan dgn rohani & jasmani, fardiyyah & jamaiyyah, agama & politik & segala urusan hidup di dunia & akhirat. Secara khususnya Islam sebagaimana yg dikemukakan oleh ulama² berdasarkan kpd Al-Qur’an & As-Sunnah adalah:

* Islam bererti tunduk & menyerah diri kpd Allah swt serta mentaatiNya yg lahir dr kesedaran dgn tidak dipaksa krn ketundukan yg seperti itu tanpa perhitungan pahala & dosa.

Firman Allah swt:- 
"Apakah mereka mencari agama yg lain dr agama Allah padahal kpdNya menyerah diri segala apa yg ada di langit  & bumi, baik dgn suka mahupun terpaksa & kepada Allah mereka dikembalikan" (Surah Ali Imran: 83)

Sesungguhnya tanda bukti penuh ketundukan kpd Allah swt ialah reda menerima agamaNya yg diiringi pula dgn penuh kesedaran. Ini adalah lantaran Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama yg diredai Allah, agama yg diwahyukan kpd Rasul² a.s. utk disampaikan kpd manusia. 

* Islam adalah peraturan (an Nizam), perundangan yg lengkap bagi mengatur kehidupan manusia & menjadi dasar akhlak yg mulia yg dibawa oleh Rasulullah saw drpd Allah swt, disampaikan kpd manusia serta menyatakan apa yg mengenai orang yg mengikut & menentang samada dosa & pahala.

Firman allah swt: 
"Dan barangsiapa yg mencari selain drpd Islam maka dia tidak akan diterima drpdnya & di akhirat nanti dia termasuk dlm kalangan orang² yg rugi"  (Surah Ali Imran:85)

* Islam adalah kumpulan peraturan yg diturunkan oleh Allah swt kpd RasulNya saw, yg terkandung dlmnya peraturan² yg berbentuk aqidah, akhlak, muamalat & segala berita yg disebut dlm Al-Qur’an & As-Sunnah adalah perintah utk disampaikan kpd manusia.

Firman Allah swt: 
"Wahai Rasul, sampaikanlah apa yg diturunkan kpdmu dr Tuhanmu & jika tidak kamu kerjakan (apa yg diperintah itu) beerti kamu tidak menyampaikan risalah Allah & Allah memelihara kamu dr gangguan manusia"

* Islam ialah keseluruhan Ad-Din yg dibawa oleh Nabi Muhammad saw yg terkandung dlmnya perkara² yg berhubung dgn aqidah, amalan & hukum yg disertai dgn kepatuhan secara zahir & batin dgn penuh keikhlasan.

Firman Allah swt: 
"Bahkan sesiapa yg menyerah dirinya kpd Allah sedangkan dia berlaku baik, maka baginya ganjaran di sisi Tuhannya & tiada takut bagi mereka & mereka juga tidak berdukacita" (Surah Al-Baqarah:112)

* Islam dgn makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dgn tiada iman dlm hati. Islam yg seperti ini tidak memberi apa² faedah kpd penganutnya.

Firman Allah swt:
“Orang Arab Badwi berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah kpd mereka: “Kamu belum beriman”, tetapi katakanlah: “Kami telah Islam, krn iman itu belum masuk ke dlm hati² kamu" (Surah Al-Hujurat:14)

* Islam merupakan jawapan yg tepat kpd 3 pertanyaan yg dikemukakan kpd setiap manusia, iaitu:

i) Dari mana ia datang?
ii) Mengapakah ia dijadikan?
iii)Ke manakah ia dikembalikan?

Jawapan soalan satu adalah terkandung dlm Firman Allah:
Hai manusia, jika kamu dlm keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), Maka (ketahuilah) Sesungguhnya kami Telah menjadikan kamu dari tanah, Kemudian dr setetes mani, Kemudian dr segumpal darah, Kemudian dr segumpal daging yg Sempurna kejadiannya & yg tidak sempurna, agar kami jelaskan kpd kamu & kami tetapkan dalam rahim, apa yg kami kehendaki sampai waktu yg sudah ditentukan, Kemudian kami keluarkan kamu sebagai bayi, Kemudian (dgn beransur²) kamu sampailah kpd kedewasaan, & di antara kamu ada yg diwafatkan & (ada pula) di antara kamu yg dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yg dahulunya Telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, Kemudian apabila Telah kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu & suburlah & menumbuhkan berbagai macam tumbuh²an yg indah. (Surah Al Hajj:5)

Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dr suatu saripati (berasal) dr tanah. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dlm tempat yg kokoh (rahim). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, & segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dgn daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yg (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yg paling baik.(Surah Al Mukminun:12-14)

Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan? (Surah At-Tariq:5)

Jawapan soalan dua terkandung dlm firman Allah:
Dan Aku tidak menciptakan jin & manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku (Surah Az-Zariyat:56)

Jawapan soalan tiga terkandung dlm firman Allah:
Hai manusia, Sesungguhnya kamu Telah bekerja dgn sungguh² menuju Tuhanmu, Maka pasti kamu akan menemui-Nya (Surah Al Insyiqaq:6)

Allah menciptakan (manusia) dari permulaan, Kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali; Kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan (Surah ar Ruum:11)

Jika kamu kafir Maka Sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu & dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya; & jika kamu bersyukur, nescaya dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu; & seorang yg berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kpd Tuhanmulah kembalimu lalu dia memberitakan kpdmu apa yg Telah kamu kerjakan. Sesungguhnya dia Maha mengetahui apa yg tersimpan dlm (dada)mu. (Surah Az-Zumar:7)

Dan bahwasanya kpd Tuhamulah kesudahan (segala sesuatu). (Surah An Najm:42)

Sesungguhnya Hanya kpd Tuhanmulah kembali(mu). (Surah al-Alaq:8)

Islam merupakan penghayatan yg sebenar bagi manusia; merupakan cahaya petunjuk dlm kehidupan; merupakan ubat yg mujarab utk mengatasi; memperbaiki masyarakat & jalan yg sebenar yg tidak mungkin sesat kpd sesiapa yg melaluinya.


Bersambung....

Thursday, October 20, 2011

Dakwah & Pelajaran, Bukan Jongkang-jongket.

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:22 AM


Mari sama² kita muhasabah diri.


ABANG: Adik, jomlah pergi usrah, jomlah berdakwah, ummah semakin koyak, jomlah kita bangkit mengubah segalanya ...

ADIK: Abang, adik tidak mahu!! Adik kena study!! Markah semester lepas dah cukup teruk gara² dakwah, tarbiah & program!! Adik menyesal mengikuti semua itu!! Bosan. Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan, tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke Islam tu syumul. Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah. Esok kalau dah berjaya, adik buatlah kerja dakwah tu. Kalau adik buat kerja dakwah, adik gagal dalam pelajaran nanti. Kan nanti adik menutup mata orang lain terhadap Islam!!




ABANG: Adik, dakwah & pelajaran bukan macam jongkang-jongket.



ADIK: Jongkang-jongket? Apa abang merepek ni?



ABANG: Ya, dakwah & pelajaran BUKAN macam jongkang-jongket. Apabila dakwah di atas, pelajaran di bawah! Apabila pelajaran di atas, dakwah di bawah. Tu bukan dakwah namanya. Dan tu bukan belajar namanya.



ADIK: Habis tu?



ABANG: Hmm, dakwah & pelajaran kena berkadar terus. Tak boleh inversely proportional



ADIK: Apa maksud abang?



ABANG: Orang yg melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya.



ADIK: Adik tidak faham.



ABANG: Takpa, abang terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study

Apabila belajar tentang Accounting dalam debit kredit misalnya boleh bayangkan betapa hebatnya Allah wujudkan dosa & pahala. 

Apabila belajar tentang Ethics, terasa kerdilnya diri. 

Apabila belajar tentang Islamic Axiom, terasa akrab dengan Pencipta.

ADIK: Kenapa? 



ABANG: Sebab diri tahu bahawa hukum² tersebut adalah hukum Allah. Ilmu² tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja!!



ADIK: Sebab apa?



ABANG: Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu!!



ADIK: Adik tak pernah rasa semua itu. Kiranya, selama ni abang nak cakap yang adik ikut program tarbiyah & dakwah tu tak ikhlas ek?



ABANG: Tak, itu bukan maksud Abang!! Cuma kena checklah sikit hati tu, waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.





ADIK: Apa maksud abang tarik tali dengan Allah?



ABANG: Ok, abang berikan contoh. Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, terdetik tak kat hati, banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi, Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati seolah² tidak yakin dengan janji Allah. 

"Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya!!" 



Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi.



Kita berdoa, tapi tak ada kesungguhan dalam doa kita. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.



ADIK TERMENUNG SEKETIKA...



ADIK : Adik dah faham. Adik kena banyak muhasabah. Adik dah study dari tadi, tapi tak masuk². Adik tahu itu maksudnya peringatan dari Allah. Adik tahu hukum berdakwah, tapi tidak mengerjakan kerja tersebut.



ABANG: Adikku... Seorang ibu pernah mengatakan "Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman & Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam. Adik, itulah yang ingin abang bentuk dalam diri abang. Abang nak setiap perbuatan abang menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaran abang, hubungan abang dengan keluarga & sahabat, segalanya adalah dakwah!!



Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya.



Adik, abang ingin berkongsi satu kisah, mengenai kisah As-syahid Imam Hassan Al Banna. 



Adik, adik  pastinya arif mengenai As-syahid Imam Hassan Al Banna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung² yg tinggi. Semua manusia mengenalinya! Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan As-syahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah. 

Adik, abang akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. 

Tapi dik, 
Kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata², dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.
Adik, abang kongsikan pembacaan abang dalam buku Detik² Hidupku karangan As-syahid Imam Hassan Al Banna:



Allah, dengan sifat Ar-Rahman & Ar-RahimNya, memberi ketenangan & kepuasan kepada hambaNya yg beriman, apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan, Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya. 



Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama² ulama yg terkenal. Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang² di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya. Buka ke muka surat sekian². Saya pun membuka ke muka surat yg disebutkannya & mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga!! 



Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat yg saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam!!



Pasti adik ingat lagi As-syahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. 



Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMMAS berdiri dengan izzah!! Musuh menggeruninya!!



Adik, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam!!



Ayuh berada dalam saf perjuangan!! 


Allahuakhbar...Allahuakhbar...Allahuakhbar...




“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yg dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yg makruf & mencegah yg mungkar, & beriman kepada Allah.” [Surah Ali Imran: 110]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...