Mari sama² kita muhasabah diri.
ABANG: Adik, jomlah pergi usrah, jomlah berdakwah, ummah semakin koyak, jomlah kita bangkit mengubah segalanya ...
ADIK: Abang, adik tidak mahu!! Adik kena study!! Markah semester lepas dah cukup teruk gara² dakwah, tarbiah & program!! Adik menyesal mengikuti semua itu!! Bosan. Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan, tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke Islam tu syumul. Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah. Esok kalau dah berjaya, adik buatlah kerja dakwah tu. Kalau adik buat kerja dakwah, adik gagal dalam pelajaran nanti. Kan nanti adik menutup mata orang lain terhadap Islam!!
ABANG: Adik, dakwah & pelajaran bukan macam jongkang-jongket.
ADIK: Jongkang-jongket? Apa abang merepek ni?
ABANG: Ya, dakwah & pelajaran BUKAN macam jongkang-jongket. Apabila dakwah di atas, pelajaran di bawah! Apabila pelajaran di atas, dakwah di bawah. Tu bukan dakwah namanya. Dan tu bukan belajar namanya.
ADIK: Habis tu?
ABANG: Hmm, dakwah & pelajaran kena berkadar terus. Tak boleh inversely proportional.
ADIK: Apa maksud abang?
ABANG: Orang yg melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya.
ADIK: Adik tidak faham.
ABANG: Takpa, abang terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study.
Apabila belajar tentang Accounting dalam debit kredit misalnya boleh bayangkan betapa hebatnya Allah wujudkan dosa & pahala.
Apabila belajar tentang Ethics, terasa kerdilnya diri.
Apabila belajar tentang Islamic Axiom, terasa akrab dengan Pencipta.
ADIK: Kenapa?
ABANG: Sebab diri tahu bahawa hukum² tersebut adalah hukum Allah. Ilmu² tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja!!
ADIK: Sebab apa?
ABANG: Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu!!
ADIK: Adik tak pernah rasa semua itu. Kiranya, selama ni abang nak cakap yang adik ikut program tarbiyah & dakwah tu tak ikhlas ek?
ABANG: Tak, itu bukan maksud Abang!! Cuma kena checklah sikit hati tu, waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.
ADIK: Apa maksud abang tarik tali dengan Allah?
ABANG: Ok, abang berikan contoh. Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, terdetik tak kat hati, banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi, Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati seolah² tidak yakin dengan janji Allah.
"Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya!!"
Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi.
Kita berdoa, tapi tak ada kesungguhan dalam doa kita. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.
ADIK TERMENUNG SEKETIKA...
ADIK : Adik dah faham. Adik kena banyak muhasabah. Adik dah study dari tadi, tapi tak masuk². Adik tahu itu maksudnya peringatan dari Allah. Adik tahu hukum berdakwah, tapi tidak mengerjakan kerja tersebut.
ABANG: Adikku... Seorang ibu pernah mengatakan "Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman & Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam. Adik, itulah yang ingin abang bentuk dalam diri abang. Abang nak setiap perbuatan abang menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaran abang, hubungan abang dengan keluarga & sahabat, segalanya adalah dakwah!!
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya.
Adik, abang ingin berkongsi satu kisah, mengenai kisah As-syahid Imam Hassan Al Banna.
Adik, adik pastinya arif mengenai As-syahid Imam Hassan Al Banna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung² yg tinggi. Semua manusia mengenalinya! Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan As-syahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah.
Adik, abang akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah.
Tapi dik,
Kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata², dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.
Adik, abang kongsikan pembacaan abang dalam buku Detik² Hidupku karangan As-syahid Imam Hassan Al Banna:
Allah, dengan sifat Ar-Rahman & Ar-RahimNya, memberi ketenangan & kepuasan kepada hambaNya yg beriman, apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan, Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya.
Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama² ulama yg terkenal. Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang² di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya. Buka ke muka surat sekian². Saya pun membuka ke muka surat yg disebutkannya & mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga!!
Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat yg saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam!!
Pasti adik ingat lagi As-syahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda.
Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMMAS berdiri dengan izzah!! Musuh menggeruninya!!
Adik, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam!!
Ayuh berada dalam saf perjuangan!!
Allahuakhbar...Allahuakhbar...Allahuakhbar...
“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yg dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yg makruf & mencegah yg mungkar, & beriman kepada Allah.” [Surah Ali Imran: 110]
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment