Photobucket

Sunday, May 25, 2014

Peganglah Api Bila Teringatkan Zina

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:22 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Mari kita pakat baca sekejap.


Ada seorang pemuda soleh yg sangat patuh kpd perintah agamanya & sentiasa menjaga diri drpd segala rupa maksiat & keburukan, sehingga pada suatu malam terlintas di dlm hatinya hendak berzina dgn seorang gadis jelita krn terpesona dgn kejelitaannya.




Kebetulan pada ketika itu, di sampingnya ada sebuah pelita yg sedang baru dinyalakan utk menerangi rumah pemuda soleh itu. 



Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kpd api yg sedang bernyala² pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:
Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dgn wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yg menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.


Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. & dia cuba menahan diri drpd kepanasannya, sehingga hampir
² nyawanya akan tercabut krn tidak tahan panas yang di deritanya itu. Lalu dia berteriak:
Wahai diriku, tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan, padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan, apatah lagi menghadapi api neraka yg panasnya berkali² ganda lebih dashyat dari api dunia ini.


Lalu orang soleh itu pun berpaling drpd niatnya yg mula
² tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.


Jadi kita sebagai manusia mestilah kena selalu ingat kpd Allah. InsyaAllah Dia akan menjaga kita. Ingat wahai sahabat
² azab Allah sangatlah PEDIH.





Surah An-Nisa, ayat 31: 
Jika kamu menjauhkan dosa² besar yg dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan² (dosa kecil) kamu & kami akan masukkan kamu ke tempat yg mulia (Syurga).


Surah Al-Israak, ayat 32:
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yg keji & satu jalan yg jahat (yg membawa kerosakan).

Tuesday, March 18, 2014

Aku Rindu Kamu Dik T_T

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:49 PM

Masih terbayang-bayang wajahnya,
Masih terbayang-bayang senyumnya,
Masih terngiang-ngiang rengekan manjanya,
Masih terngiang-ngiang suara kartunnya...

Aku rindu kamu dik,
Sudah 79 hari dikau meninggalkan kami,
Moga dirimu bahagia di alam kubur,
Dirimu tetap dalam doa dan ingatan kami,

TETAP, TETAP & TETAP...
InsyaAllah...


اللّهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها



Semoga adikku mendapat keredhaan Allah dan ditempatkan disyurgaNya. Untung kamu dik diambil Allah semasa usia yg masih muda.


Wednesday, January 15, 2014

Kehilangan Adik Manis

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:18 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat & kasih sayangnya Allah masih beri kesempatan untuk hidup bagi memperbaiki diri.


Tanpa disedari kini sudah 15 hari berada di tahun baru 2014. Tapi kehadiran tahun 2014 langsung tidak menghiburkan hati ini memandangkan sudah 16 hari kehilangan adik tersayang. Adik manis itulah panggilan untuknya sebab dia yang mulakan panggil ahli keluarga lain dengan gelaran manis.


Allah... 


Kadangkala terasa dia masih ada, macam tiada apa-apa yang berlaku pada 31 Disember 2013 yang lalu. Tapi hakikatnya dia sudah kembali kepada Penciptanya.


Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan aku 18 tahun 11 bulan 20 hari seorang adik yang 
 sangat baik pada diriku & keluarga

♥ paling ceria & menghiburkan hatiku & keluarga

♥ membantuku dalam banyak perkara.


Tidak mampu untuk menulis lebih panjang. InsyaAllah ada kesempatan cik Wana akan menulis lagi.


Wallahualam.

Wednesday, December 11, 2013

Best Quotes [11 Disember 2013]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:59 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera..


Selamat bercuti semua.. 


Opsss... 


Bukan semua tapi untuk pelajar-pelajar sekolah saja ^^


Alhamdulillah, sehingga saat & ketika ini masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumiNya ini. 


Alhamdulillah, Allah juga masih memilih kita untuk merasai nikmat IMAN & ISLAM. Moga ia berterusan hingga menuju ke SyurgaNya. InsyaAllah.


Ayuh teman-teman, andaikata hari ini belum zikir ucaplah sekurang-kurangnya SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, ALLAHUAKHBAR. Macam kat bawah tu:


Allahuakhbar!!! 


Dalam merasai nikmat cuti sekolah, Allah menguji aku dengan perkara yg remeh buat sesetengah orang tapi susah bagi aku. Huhu..



Mohon doa sahabat-sahabat agar Allah permudahkan ujian yg diberikan kepadaku.


"SABAR HERWANA HERMAN. ALLAH BERSAMAMU "
SENYUM =)


Wallahualam.

Wednesday, November 27, 2013

AIR LIUR BASI: Najis

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:45 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Moga semua pembaca blog Teratak Pendidik di bawah lindungan Allah. Ceh, perasan ada pembaca. Hihi...


Berdasarkan tajuk entri pada hari ini, sebenarnya cik Wana pun baru tahu AIR LIUR BASI itu NAJIS pada hari ini. Alhamdulillah.


Jom baca hasil dapatan ilmu yang saya perolehi hari ini. Moga ia bermanfaat buat diriku & kalian yang membaca.


Mengikut Imam As-Syafie, air liur basi hukumnya najis. Air liur basi adalah air yang keluar dari perut, bukan yang ada di dalam mulut. Cara nak kenal air liur basi atau tidak, ada dua petanda iaitu ia berbau dan meninggalkan 'peta' bila kering.


Sebab itu, untuk orang yang selalu solat Subuh tanpa mandi, pastikan rambut dan tubuh kita tidak terkena air liur basi. Bimbang tak sah pulak solat nanti.


Semak juga bantal masing-masing. Kalau ada air liur basi, cara membasuhnya sama macam basuh pakaian yang terkena najis. Mesti dibasuh dahulu sebelum dimasukkan dalam mesin basuh. Jangan main campur je semua. Nanti pakaian lain pun bernajis jadinya.


Perkara kecil sahaja tapi ada kesannya pada ibadah kita. Kalau nak penerangan lebih jelas jom tengok video Ustaz Azhar Idrus ^_^. 


------------------------------------------------------------
SEBARKAN KEBAIKAN. SALING BERPESAN-PESAN.



Wallahualam 

Tuesday, November 26, 2013

Best Quotes [26 November 2013]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:23 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Hari nie nak share quote yang diambil dalam facebookku:

Ada orang kata bahagia itu diiktiraf dengan harta, ada juga yang kata bahagia itu tandanya bila hati dekat pada Pencipta



p/s: Tiada mood nak tulis tentang PRK UPSI 2013 nie. Aku tengah bersedih dengan perpindahan ramai guru-guru lama di SM Sains Labuan. =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...