Wednesday, November 27, 2013

AIR LIUR BASI: Najis

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:45 AM 4 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Moga semua pembaca blog Teratak Pendidik di bawah lindungan Allah. Ceh, perasan ada pembaca. Hihi...


Berdasarkan tajuk entri pada hari ini, sebenarnya cik Wana pun baru tahu AIR LIUR BASI itu NAJIS pada hari ini. Alhamdulillah.


Jom baca hasil dapatan ilmu yang saya perolehi hari ini. Moga ia bermanfaat buat diriku & kalian yang membaca.


Mengikut Imam As-Syafie, air liur basi hukumnya najis. Air liur basi adalah air yang keluar dari perut, bukan yang ada di dalam mulut. Cara nak kenal air liur basi atau tidak, ada dua petanda iaitu ia berbau dan meninggalkan 'peta' bila kering.


Sebab itu, untuk orang yang selalu solat Subuh tanpa mandi, pastikan rambut dan tubuh kita tidak terkena air liur basi. Bimbang tak sah pulak solat nanti.


Semak juga bantal masing-masing. Kalau ada air liur basi, cara membasuhnya sama macam basuh pakaian yang terkena najis. Mesti dibasuh dahulu sebelum dimasukkan dalam mesin basuh. Jangan main campur je semua. Nanti pakaian lain pun bernajis jadinya.


Perkara kecil sahaja tapi ada kesannya pada ibadah kita. Kalau nak penerangan lebih jelas jom tengok video Ustaz Azhar Idrus ^_^. 


------------------------------------------------------------
SEBARKAN KEBAIKAN. SALING BERPESAN-PESAN.



Wallahualam 

4 123 Bingkisan Sahabat:

good sharing..! nice infoo. heee
keep it up ehh~ :)

WaNa pun baru tahu info nie... InsyaAllah, sama2 kita berkongsi ilmu...

aku jdi bngung air liur basi najis atau ga ya bca d sini najis bca di sini tdak http://ustaznaim.blogspot.com/2011/02/air-liur-basi-najis-ataupun-tidak.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...