Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan pada Allah Maha Esa.
Kita merancang, Allah pun merancang. Tapi sebaik² perancangan tentulah Allah Maha Esa.
Sebenarnya hari ni saya nak tulis tentang daftar kursus. Walaupun pelajar sem 1 hingga 3 yg daftar kursus bermula 12am pada 10 Nov 2010 yg lalu tapi ia turut mengganggu perjalanan hidup saya.
Kenapa?
Kenapa?
Ramai yang sms dkt hp dan FB, knp mereka tak boleh daftar kursus lagi?
Saya jawab. 'Line busy' kot dik. Cuba tutup FB & laman web lain, mungkin boleh add kalau tutup. Tapi percubaan gagal.
Esok petangnya (Rabu: 10 Nov 2010), saya ke Bangunan Canselori utk bersua muka dgn KJ Math (Dr Rohaidah) utk bincang beberapa perkara. Setelah itu, saya singgah di pejabat Unit Pendaftaran, Bahagian Akademik. Tapi sunyi, hanya beberapa orang pelajar saja yg bertamu ke sana utk selesaikan pendaftaran kursus.
Malamnya apabila buka FB:
Banyaknya org msg kat FB sy (semua tanya tentang MYSIS)
Banyaknya org add sy (kebanyakan sem 1 & sem 3)
Ramainya org on9
Banyaknya org msg kat FB sy (semua tanya tentang MYSIS)
Banyaknya org add sy (kebanyakan sem 1 & sem 3)
Ramainya org on9
Status FB adik² sem 1 hingga 3 semua tentang MYSIS. Majoriti kecewa dgn MYSIS memandangkan kebanyakan mereka tidak dapat menembusi MYSIS.
Seorang demi seorang adik² 'chat' dengan saya utk mohon bantuan maklumkan pada pihak akademik tentang masalah ini. Hanya yg dapat saya katakan
❝InsyaAllah akak tanya esok, sabar ya❞
❝InsyaAllah akak tanya esok, sabar ya❞
Tiba² saya tertarik baca 'note' yg di tulis oleh seseorang pelajar. Menarik!!!
Hampir jam 12am pada 11 Nov 2010, saya membaca status FB salah seorang pelajar,
❝MPP hanya tahu bercakap tapi isu kebajikan pelajar pun tak pandai jaga. Mana Exco Kebajikan & Exco Akademik MPP. Habuk, seorang MPP pun tidak boleh guna❞
Astaghfirullah al-azim, luluh hati bila baca status FB pelajar itu. Terasa dgn statement yg dikeluarkan walaupun saya bukan
Exco Kebajikan & Exco Akademik MPP. Tekad saya perlu bertindak. Kalau tidak banyak lagi tomahan & fitnah ditaburkan. Mereka tidak salah.
Tangan mula menyusun bicara yg sesuai utk dihantar ke email akademik. Setelah yakin susunan ayat tidak menguris hati pihak akademik saya send email tersebut ke <akademik@upsi.edu.my> pada 11 Nov 2010 jam 2am.
Kandungan email:
Assalamualaikum & salam sejahtera pada Unit Pendaftaran, Bahagian Akademik.
Saya mewakili pelajar yg ingin mendaftar kursus ingin bertanya cara penyelesaian yg perlu pelajar lakukan utk mendaftar kursus memandangkan bermula 12 pagi 10 November 2010 yg lalu tiada seorang pelajar pun dapat menembusi sistem MYSIS hingga UPSI PORTAL turut tidak dapat ditembusi.
Saya menerima banyak rungutan ramai pelajar memandangkan ramai yg tidak pulang ke kampung awal semata² utk mendaftar kursus di kolej atau kampus. Walau bagaimanapun, tetap tidak dapat mendaftar kursus. Utk pengetahuan Unit Pendaftaran, Bahagian Akademik ramai pelajar yg telah membeli tiket utk pulang ke kampung selepas 10 November krn beranggapan dapat mendaftar kursus di kolej & kampus.
Selain itu, bagi pelajar yg telah pulang ke kampung halaman pula mereka telah menghabiskan masa & wang berjam² di cybercafe berdekatan tempat tinggal mereka utk mendaftar kursus tetapi hasilnya sama juga tidak dapat menembusi sistem MYSIS.
Harap pihak akademik dapat menyelesaikan masalah ini dgn segera atau mencari alternatif lain utk pelajar mendaftar kursus.
Di sini saya sertakan respon² pelajar tentang masalah pendaftaran kursus ini.
Jasa baik dari pihak akademik saya ucapkan ribuan terima kasih.
HERWANA BINTI HERMAN,
Exco Kesenian & Kebudayaan,
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010
Saya tidak puas hati. Saya turut hantar email dgn kandungan yg sama bersama 'attachment' bertajuk "Sebab² Sistem Pendaftaran yg Diamalkan Sekarang Perlu Ditolak" ke email
Assalamualaikum & salam sejahtera pada Unit Pendaftaran, Bahagian Akademik.
Saya mewakili pelajar yg ingin mendaftar kursus ingin bertanya cara penyelesaian yg perlu pelajar lakukan utk mendaftar kursus memandangkan bermula 12 pagi 10 November 2010 yg lalu tiada seorang pelajar pun dapat menembusi sistem MYSIS hingga UPSI PORTAL turut tidak dapat ditembusi.
Saya menerima banyak rungutan ramai pelajar memandangkan ramai yg tidak pulang ke kampung awal semata² utk mendaftar kursus di kolej atau kampus. Walau bagaimanapun, tetap tidak dapat mendaftar kursus. Utk pengetahuan Unit Pendaftaran, Bahagian Akademik ramai pelajar yg telah membeli tiket utk pulang ke kampung selepas 10 November krn beranggapan dapat mendaftar kursus di kolej & kampus.
Selain itu, bagi pelajar yg telah pulang ke kampung halaman pula mereka telah menghabiskan masa & wang berjam² di cybercafe berdekatan tempat tinggal mereka utk mendaftar kursus tetapi hasilnya sama juga tidak dapat menembusi sistem MYSIS.
Harap pihak akademik dapat menyelesaikan masalah ini dgn segera atau mencari alternatif lain utk pelajar mendaftar kursus.
Di sini saya sertakan respon² pelajar tentang masalah pendaftaran kursus ini.
Jasa baik dari pihak akademik saya ucapkan ribuan terima kasih.
HERWANA BINTI HERMAN,
Exco Kesenian & Kebudayaan,
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010
Saya tidak puas hati. Saya turut hantar email dgn kandungan yg sama bersama 'attachment' bertajuk "Sebab² Sistem Pendaftaran yg Diamalkan Sekarang Perlu Ditolak" ke email
azzah@upsi.edu.my = Timbalan Pendaftar Kanan (Akademik)
mohaieda@upsi.edu.my = Penolong Pendaftar Kanan (Pendaftaran)
redzuan@upsi.edu.my = Penolong Pendaftar (Pendaftaran)
sue@upsi.edu.my = Pembantu Tadbir Kanan (Pendaftaran)
husaini@upsi.edu.my = Timbalan Pendaftar (Kemasukan & Rekod)
abdhadi@upsi.edu.my = Penolong Pendaftar (Kemasukan & Rekod)
mohaieda@upsi.edu.my = Penolong Pendaftar Kanan (Pendaftaran)
redzuan@upsi.edu.my = Penolong Pendaftar (Pendaftaran)
sue@upsi.edu.my = Pembantu Tadbir Kanan (Pendaftaran)
husaini@upsi.edu.my = Timbalan Pendaftar (Kemasukan & Rekod)
abdhadi@upsi.edu.my = Penolong Pendaftar (Kemasukan & Rekod)
Setelah saya puas hati, saya tidur & berharap akan ada maklum balas dari pihak Akademik setelah baca email saya.
Alhamdulillah, jam 9.54 pagi Encik Redzuan, Penolong Pendaftar (Pendaftaran) memberi maklum balas pada email yang saya hantar.
Salam. terima kasih di atas email yg telah diberikan. Saya akan melihat & memberi keutamaan kpd aduan ini. Penyelesaian kpd perkara ini akan saya maklumkan kemudian. Terima kasih
Seusai solat zohor, saya ke pejabat Unit Pendaftaran, Bahagian Akademik sekali lagi utk meninjau keadaan pendaftaran kursus di sana. Sama seperti semalam sunyi, beberapa orang pelajar saja mundar-mandir utk mendaftar kursus.
Encik Salleh memaklumkan pada saya bahawa pendaftaran kursus utk sem 1 & 2 ditutup sementara waktu utk memberi laluan sem 3 daftar kursus sejak pagi tadi hingga 12 malam ini.
Setelah pulang dari kampus, saya buatlah 'note' dlm FB berdasarkan maklumat yg disampaikan oleh pegawai pentadbir akademik tadi.
Selepas saja note tu keluar memang bertalu² pertanyaan melalui chat FB, email, 'message' FB, 'messade' hp yg perlu dijawab.
Seperkara yg saya ingat janji Allah,
❝Apabila kita permudahkan urusan orang lain, Allah permudahkan urusan kita.❞
Seperkara lagi teringat pada ayat 5 & 6 Surah Al-Insyirah
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًاKrn sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًاSesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
Allahuakhbar, Allah suntik semangat membantu adik² utk mendaftarkan kursus.
Sambil menjawab pertanyaan saya membuka email utk melihat sebarang maklum balas terhadap email yg saya berikan.
Jam 3. 27 petang: Bahagian Akademik
Salam,
Tindakan segera akan diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerjasama & perhatian pihak saudara/i amatlah dihargai & didahului dgn ucapan terima kasih.
Jam 5. 31 petang: Pn Azzah, Timbalan Pendaftar Kanan (Akademik)
Salam Cik Herwana yg dikasihi,
Saya sebagai Timbalan Pendaftar Kanan (Akademik) mengambil perhatian & sedang berusaha keras dgn pihak ICT utk mengatasi masalah yg berbangkit. Kami di sini sentiasa berusaha utk memberi perkhidmatan yg terbaik buat mahasiswa/mahasiswi sekalian. Walau bagaimanapun, ada kalanya masalah teknikal yg tak terduga boleh berlaku terutama apabila penggunaan sistem tertumpu pada satu² masa. Saudara & saudari juga diberi tempoh selama 3 minggu utk mendaftar kursus maka cubalah gunakan tempoh panjang yg diberi itu utk mendaftar sekiranya menghadapi kesukaran dlm 2 atau 3 hari ini.
Saya bagi pihak Bahagian Akademik memohon maaf atas segala kesulitan yg timbul & bersedia membantu sekiranya ada yg sudi datang ke pejabat kami utk berurusan. Sekian terima kasih.
Yang benar,AZZAH ABDUL LATIFFTimbalan Pendaftar Kanan
Jam 6.28 petang: Encik Redzuan, Penolong Pendaftar (Pendaftaran)
Salam. Terima kasih atas makluman saudari mengenai pendaftaran kursus semester 2 Sesi 2010/2011.
Unit Pendaftaran, Bahagian Hal Ehwal Akademik memandang serius mengenai aduan saudari & akan mengambil tindakan yg sewajarnya utk menangani permasalahan ini. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yg perlu saya jelaskan kpd saudari seperti berikut:
1. Masalah sistem yg tidak dapat menerima jumlah pendaftaran dalam 1 masa. Unit Pendaftaran, Bahagian Hal Ehwal Akademik telah pun memaklumkan masalah ini kpd pihak yg berkenaan iaitu Pusat ICT UPSI. Maklum balas yg diterima dari Pusat ICT sedang berusaha utk mengatasi masalah server ini.
2. Tarikh Pendaftaran tidak sesuai - Soal tarikh pendaftaran sesuai atau tidak adalah tidak menjadi isu sebenarnya. krn minggu ulang kaji adalah hak universiti. tiada peruntukan sebenarnya dlm hal ini. Minggu ulang kaji bukanlah CUTI utk membolehkan pelajar balik ke kampung, tapi pelajar WAJIB berada di kampus utk menyelesaikan segala urusan sebagai seorang pelajar TERMASUK PENDAFTARAN KURSUS.
3. Berkenaan pelajar terpaksa menunggu berjam² utk mendaftar kursus krn masalah TEKNIKAL yg tidak diduga berlaku, adalah diluar kawalan kami. Kami seboleh²nya berusaha utk memberi perkhidmatan yg terbaik utk pelajar. Secara peribadi, saya sebagai pegawai universiti & juga FELO kolej Kediaman, merasakan isu pelajar terpaksa menunggu berjam² utk mendaftar kursus adalah tidak tepat krn pada hari di mana tiada aktiviti P&P universiti, pelajar sanggup mengadap komputer berjam² semata² melayari laman web sosial seperti facebook. Saya selaku FELO yg telah bertugas selama 4 tahun merasakan, itu adalah alasan pelajar semata².
4. Pembahagian waktu pendaftaran antara semester dikatakan tidak sesuai juga tidak wajar dibangkitkan krn jadual yg dikeluarkan telah mengambil kira bilangan pelajar setiap semester & tempoh yg diberikan utk pelajar membuat pendafataran juga berdasrkan jumlah pelajar semester berkenaan. Keutamaan diberikan kpd pelajar senior utk mendaftar lebih awal adalah keputusan universiti yg diminta oleh Dekan² fakulti bagi memberi peluang kpd pelajar senior memilih kursus yg sepatutnya mereka daftarkan. Pada saya, minggu peperiksaan bukanlah 1 alasan utk tidak boleh membuat pendaftaran, krn jadual kuliah telah lama dikeluarkan iaitu pada minggu ke 12 di mana semua pelajar tidak kira semester boleh merancang kursus & jadual yg ingin diambil.
5. Isu tahap tekanan yg tinggi juga tidak timbul sebenarnya sekiranya setiap pelajar faham akan maksud jadual fleksi. Pelajar tidak wajib utk mengikut pakej semester apabila mendaftar kursus. Soal senior mengambil tempat junior tidak timbul krn senior hanya mendaftar beberapa kursus yg sememangnya wajib diambil oleh pelajar senior sahaja. Isu tempat penuh, tidak dapat kumpulan yg dikehendaki juga bukanlah isu yg patut diperbesarkan krn pada saya kebanyakan pelajar yg menyusun jadual & memilih kumpulan kursus lebih bersifat PERIBADI. Apa yg dimaksudkan di sini ialah pelajar memilih pensyarah utk mendaftar kursus & menyusun jadual mengikut kawan serta sengaja menyusun jadual & tidak memilih kumpulan kuliah yg dijadualkan pada hari Jumaat krn hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada pandangan pelajar adalah waktu CUTI utk pulang ke kampung. Mengenai karenah birokrasi juga tidak timbul krn Unit Pendaftaran sentiasa menerima permintaan fakulti utk menambah kapasiti sesuatu kumpulan kuliah sekiranya kumpulan tersebut telah penuh.
6. Persoalan pelajar keletihan juga tidak timbul hanya krn kelas di Proton City. Hasil penelitian saya yg telah menguruskan pendaftaran kursus pelajar selama ini, saya dapati sikap pelajar yg sengaja memandang REMEH tentang pendaftaran kursus. walau pun telah dibuka awal minggu pendaftaran, namun ramai pelajar tidak menyelesaikan pendaftaran kusrus pada masa yg ditetapkan tetapi suka utk membuat pendaftaran dgn menyalahgunakan MINGGU TAMBAH GUGUR kursus utk mencukupkan jam kredit. Utk makluman saudari, MINGGU TAMBAH GUGUR bukanlah peruntukan yg diberikan oleh Universiti supaya pelajar mendaftar kursus krn tidak mendaftar semasa minggu pendaftaran, tetapi utk memberi peluang kpd pelajar yg GAGAL KURSUS semester sebelumnya selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan utk mengulang kursus tersebut.
7. Jadual pelajar tidak fleksibel adalah tidak benar-di mana yg menyusun jadual tersebut adalah pelajar itu sendiri. Sekira sudah tiada ruang atau gap antara satu² kuliah, kami akan menukar jadual kuliah tersebut bagi membantu pelajar sekiranya pelajar datang ke Unit Pendaftaran. Setahu saya, pelajar sendiri sengaja menjadikan jadual mereka padat pada hari Isnin hingga Khamis malahan ada yg sengaja menyusun jadual hari Isnin hingga Rabu sahaja semata² utk membolehkan hari Khamis, Jumaat tiada kuliah & peluang utk balik kampung.
8. Berkenaan pertembungan antara kusrus major, minor & kursus universiti jarang sangat berlaku krn hakikat sebenar adalah pelajar boleh memilih kursus lain utk menggantikan kursus yg bertembung asalkan kursus tersebut masih dlm struktur pengajian program masing². Isu kursus yg perlu mengikut urutan juga tidak timbul krn dlm sinopsis kursus (RUJUK BUKU PANDUAN AKADEMIK FAKULTI) tiada dinyatakan PRA SYARAT. Kecuali beberapa kursus universiti & kursus Profesional Pendidikan yg meletakkan Pra Syarat.
9. Isu yg dibangkitkan oleh Saudari pada no. 10, 11 & 12 telah terangkum jawapannya pada jawapan saya di atas.
10. Isu merosakkan mata pelajar juga adalah isu yg SANGAT tidak releven utk dikemukakan krn waktu pendaftaran kursus hanyalah sekali dlm satu semester. Kalau pelajar terpaksa menunggu lama utk mendaftar kursus krn masalah server juga tidak akan merosakan mata krn pelajar tidak boleh mencapai sistem pada waktu tersebut. Hakikatnya pelajar akan lebih mengalami masalah kesihatan krn berjaga malam setiap hari dari jam 12 malam hingga 6 pagi semata² melayari laman web sosial.
Saya amat berharap Saudari selaku wakil pelajar dapat menasihati semua pelajar agar belajar menerima sesuatu di luar dugaan seperti MASALAH SERVER yg sememangnya di luar kemampuan kami. Saya juga amat berharap agar saudari dapat menasihati pelajar supaya sentiasa berada di dlm kampus utk berurusan dgn pihak kami bagi melancarkan lagi perjalanan pendaftaran kursus krn Minggu Ulang Kaji bukanlah CUTI utk mereka pulang ke kampung. Walhal saya merasakan pihak universiti tidak sepatutnya memberikan waktu yg begitu istimewa kpd pelajar iaitu Minggu Ulang Kaji & CUTI KHAS jika inilah yg diamalkan oleh pelajar. IPTA lain tidak memperuntukan sebarang cuti kpd pelajar malahan SEKARANG ini kebanyakan pelajar IPTA lain sedang menghadapi peperiksaan akhir. Tapi pelajar UPSI lebih bernasib baik dgn KOMITMEN Pihak Pengurusan UPSI yg memberikan CUTI KHAS & Minggu Ulangkaji kpd pelajar.
Sekiranya dlm tempoh sehari dua ini masih terdapat masalah capaian sistem utk mendaftar kursus, pelajar dialu²kan utk datang ke Pejabat Unit Pendaftaran utk mendaftar kursus. Kami akan membantu mereka dgn komitmen 100% utk mendaftar kursus. Sekian, terima kasih.
Mohd Redzuan Donial
Penolong Pendaftar
Unit Pendaftaran
Bahagian Hal Ehwal Akademik
05-4506923/6992
Setelah membaca semua email saya mengucapkan terima kasih pada setiap email yg dibalas.
Malam itu saya menjawab soalan² yg bertalu² terutamanya drpd sem 1. Timbul rasa kasihan pada mereka.
Alhamdulillah pada malam itu juga ramai memberi respon positif bahawa mereka telah dapat membolosi dinding MYSIS dengan mendaftar beberapa kursus. Tapi lebih ramai masih tidak mendaftar kursus.
Sedikit kata² taujihat diberikan pada adik² supaya tidak patah semangat memandangkan ramai juga yg mengadu 'give up' setelah bersengkang mata 48 jam di hadapan laptop.
Saya menyarankan mereka tidur saja & cuba lagi pada awal pagi selepas subuh utk daftar kursus. Sekiranya tidak dapat juga datang ke pejabat Unit Pendaftaran Bahagian Akademik utk mendaftar kursus di sana.
Saya pun tidak sedar rupa²nya tertidur di meja & terbangun krn badan sengal². Melihat respon di FB, email mahupun hp telah ramai yg dapat membolosi MYSIS dgn jayanya mendaftar semua kursus.
Alhamdulillah itu sahaja ucapan yg layak diucapkan. Di hati kecil ini berharap 'server' UPSI semakin elok & ramai adik² boleh daftar kursus.
Selepas solat jumaat saya ke pejabat Unit Pendaftaran Bahagian Akademik lagi utk melihat keadaan & memang seperti yg dijangkakan ramai pelajar di sana sehingga bersila di sekitar ruang legar Bangunan Canselori utk mendaftar kursus secara manual.
Sementara tunggu utk dapatkan surat tawaran saya yg hilang dari Unit Fail Bahagian Akademik, kami (saya, kak Nadiah & kak Khadijah) berjumpa dgn Encik Redzuan, Penolong Pendaftar (Pendaftaran) utk meminta penjelasan walaupun sebenarnya saya dah tahu jawapan yg bakal diterima.
Memang sibuk Encik Redzuan memandangkan panggilan telefon memang tidak putus².
Alhamdulillah beberapa maklumat diperolehi hasil temu bual bersama Encik Redzuan
Masalah adalah berpunca drpd server & proses penambahbaikan sedang dilakukan oleh pihak ICT.
Pihak Akademik & ICT telah berbincang utk mendapatkan server yg lebih baik bg mengatasi masalah ini.
Tiada denda yg akan dikenakan kpd para pelajar yg lewat mendaftar (kesalahan pelajar yg perlu dikenakan denda akan dikenalpasti melalui sistem)
Tempoh pendaftaran akan dibuka semua bermula 4/12 - 23/12 (utk semua pelajar sem 1 hingga 8 yg masih belum mendaftar kursus). Diharapkan kelonggaran yg diberikan oleh pihak akademik ini tidak disalahgunakan oleh pelajar.
Masalah adalah berpunca drpd server & proses penambahbaikan sedang dilakukan oleh pihak ICT.
Pihak Akademik & ICT telah berbincang utk mendapatkan server yg lebih baik bg mengatasi masalah ini.
Tiada denda yg akan dikenakan kpd para pelajar yg lewat mendaftar (kesalahan pelajar yg perlu dikenakan denda akan dikenalpasti melalui sistem)
Tempoh pendaftaran akan dibuka semua bermula 4/12 - 23/12 (utk semua pelajar sem 1 hingga 8 yg masih belum mendaftar kursus). Diharapkan kelonggaran yg diberikan oleh pihak akademik ini tidak disalahgunakan oleh pelajar.
Sebelum kami meninggalkan pejabat En Redzuan, Pusat ICT menelefon memaklumkan akan menutup pendaftaran kursus secara ONLINE sementara waktu utk penambahbaikan server.
TARIKH : 12 NOVEMBER 2010 (JUMAAT)
MASA : 8.00 PM - 12.00 AM
Sekadar itu sahaja perkongsian drpd saya.
Sebenarnya banyak perkara baik yg kita dapat dgn ujian Allah ini.
Allah nak lihat sejauhmana tahap kesabaran bakal Murabbi yg bakal dikeluarkan UNIVERSITI PERTARBIYAHAN SYUHADA' ISLAM.
Supaya kita "double check" hubungan kita dgn Allah sebab kenapa ramai yg dapat daftar kursus tapi kita tidak dapat.
Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. Saya meminta maaf sekiranya tidak dapat membantu adik² semua utk menyelesaikan masalah ini.
Wallahualam
2 123 Bingkisan Sahabat:
subhanallah...
semoga Allah merahmati perjuanganmu sahabat...
sy kagum!
nora, wana cuma melaksanakan t/jwb..
memikul kepercayaan diberikan terutama mrka bwh fakulti sy.
semoga Allah merahmati perjuangan kita semua...
Post a Comment