Photobucket

Sunday, May 13, 2012

Ada Apa Dengan Sekeping IJAZAH?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:03 AM 11 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera teman² semua.

Syukur alhamdulillah, hari ni kita masih diberi izin oleh Allah SWT utk hidup lagi di atas dunia milikNya ini. Allah masih bagi kita peluang utk memperbaiki diri pd mana² kelemahan yg masih kita buat & menambahkan amalan baik agar bekalan kita di hari akhirat lebih banyak. 

Jadi, marilah kita sama² manfaatkan usia yg ada pd hari ini dgn sebaik²nya seolah² kita akan mati bila² masa saja tanpa sebarang amaran.

Alhamdulillah kami konvo seawal usia 23 tahun yg masih 22 tahun pun ada.

Setiap tahun ramai anak² muda sekitar usia awal dua puluhan di seluruh universiti tanah air akan melambung mortarboard (topi graduan) mereka sebagai tanda gembira krn lulus drpd universiti & mendapat ijazah

Topi petak hitam (mortarboard) yg ditiru drpd budaya barat itu berasal drpd pemakaian paderi di gereja Katolik Rom yg memakai biretta.

Namun itu bukanlah isunya yg hendak dibincangkan di sini tapi amalan pengajian umat Islam yg berasaskan sijil itu yg sepatutnya menjadi persoalan.

Ramai ibu bapa akan menangis & tersedu sedan dgn kejayaan anak² mereka merangkul sekeping kertas & mereka pun berkata inilah waktu yg paling gembira dlm hidup mereka iaitu krn mendapat kertas pengiktirafan drpd universiti yg terkemuka yg menyatakan bahawa anak mereka mulai dr saat ini telah bergelar GRADUAN & lulus sebagai pelajar & layak mendapatkan pekerjaan.

Pelbagai bidang ditawarkan di universiti dgn harga bayaran tertentu lalu orang ramai pun boleh melanjutkan pelajaran & kemudian diberikan sekeping kertas sebagai tanda pengesahan bahawa anda telah selesai belajar.

Tahukah kita apakah nilai sekeping ijazah? 

Jawapannya ialah sekeping kertas


Ya, nilai sebuah ijazah ialah hanya sekeping kertas!!!


Tanpa ilmu, ijazah itu tidak akan membawa kita ke mana² & tanpa ketaqwaan kpd Allah SWT maka ijazah itu pun tidak akan mampu membeli pertunjuk mahupun hidayah.

Nilai seseorang ditentukan oleh apa yg dilakukannya bukan krn kertas atau disebabkan pengiktirafan drpd mana² ulama’ terkenal.

Drpd Abu Hurairah ra telah bersabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: 
Barangsiapa yg mempelajari ilmu yg sepatutnya adalah utk mendapatkan keredhaan Allah tapi dia sebaliknya mempelajarinya krn utk ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat mencium bau syurga di hari kiamat. 
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud & Hakim)



Benarkah kita mengaji & belajar krn Allah?
:)Jika benar maka sijil & ijazah seharusnya tidak membawa makna apa² krn apa yg penting ialah ilmu bukannya kertas.

:)Jadi benarkah anda meninggalkan pintu gerbang dgn gembira krn telah selesai mengutip segala jenis ilmu & pengetahuan

:)Atau gembira meninggalkan tempat belajar krn sekeping ijazah di tangan?


Firman Allah SWT: 
Dan janganlah kamu terlalu gembira terhadap apa yg diberikanNya kpdmu. Dan Allah tidak menyukai setiap org yg sombong lagi membanggakan diri.   (Al-Hadid: 23)

Fikir²kan!




Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi akhirnya aku bukan sahaja menggenggam sekeping Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan Kepujian (UPSI baik, tak gulung Ijazah kami... hihi), tapi aku mempelajari pelbagai Ilmu (Duniawi & Ukhrawi) sepanjang berada di UPSI (Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam).


Terima kasih yg tak terhingga buat IBU & AYAH krn sentiasa mendoakan Wana. Pahit menuntut Ilmu tidak pernahku khabar krn aku ingin melihat mereka sentiasa gembira. 


Terima kasih buat semua warga pendidik bermula dari Tadika Perpaduan Gersik II Labuan, Sekolah Kebangsaan Pekan II Labuan, Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan, Sekolah Menengah Sains Labuan, Kolej Matrikulasi Labuan & Universiti Pendidikan Sultan Idris atas kesungguhan kalian mendidik pelajarmu ini. 


Terima kasih buat semua kawan, teman & sahabat yg pernah berjuang bersama-sama di medan Ilmu.


Terima kasih buat SAHABAT² IMAN yg sentiasa mendokongku. Allahurabbi beruntungnya aku dipilih Allah berada dlm saff perjuangan Islam bersama kalian. Moga hati ini thabat.


✿ Jazakumullahu khairan kathira buat semua 


Hanya Allah yg dapat membalas budi kalian semua.


Daisypath - (TYUz)

Moga ilmu yg kuperolehi dapat membentuk diriku menjadi MURABBI yg mendidik anak² muridku utk dunia & akhirat. 


Kejayaan Kita, Kejayaan Islam
~ KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH ~


Akhir kalam, sambutlah SALAM SYABAS & SALAM TAHNIAH dari saya buat sahabat yg lain. Moga² kita sama² menjaga Hubungan dgn Allah SWT & bersyukur di atas kejayaan yg dikurniakanNya. 


Wallahualam

11 123 Bingkisan Sahabat:

Salam.

Tahniah ukhti atas konvonya. Mudahan keluar sebagai orang yang mampu membantu masyarakat dgn fikrah yang ada. Alfu mabruk!

Ukhti, jika tak keberatan boleh bagi nama templete yang ukhti guna untuk blog ni? Jazakillah:)Moga Allah kasih

wsalam..

terima kasih..

InsyaAllah, mohon doanya diri ini tetap dlm jalan dkwh..

Asif ya ukhti..ana tak ingat dah ambil kat mana..InsyaAllah kalo dah jumpa ana letak link ^___^

salam

tahniah la sebab dapat ijazah dah.
saya baru amik diploma.

insyaallah kalau ada rezeki nak sambung ijazah kat upsi nak jadi cikgu lah rasanya.

doakan saya ye. kalau boleh berilah tunjuk ajar kepada saya mcmana nak jadi cikgu.

saya sekarang kat utm amik kos jurutera elektronik tpi mcm dh tak minat. berminat nak jadi cikgu. kalau boleh tolong la ye.

salam

tahniah la sebab dapat ijazah dah.
saya baru amik diploma.

insyaallah kalau ada rezeki nak sambung ijazah kat upsi nak jadi cikgu lah rasanya.

doakan saya ye. kalau boleh berilah tunjuk ajar kepada saya mcmana nak jadi cikgu.

saya sekarang kat utm amik kos jurutera elektronik tpi mcm dh tak minat. berminat nak jadi cikgu. kalau boleh tolong la ye.

wsalam..terima kasih..alhamdulillah..Allah pemudah segala-galanya..^__^

sem brp dah kat utm tue? bnyk cara nak apply guru..InsyaAllah boleh bantu patut...

saya dah sem ke 5
kalau boleh bantu saya berilah beberapa tunjuk ajar atau caranya dengan berhubung dengan saya melalui email atau no. tel.

email. salman_92@live.com

oh..lg senang add je akak kat FB..nama seperti yg ada kat blog ^__^

Allah tingikan darjat orang2 yg menuntut ilmu :)

Salam. Boleh saya tahu kalau peluang pekerjaan untuk graduan ljazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan Kepujian? Saya teringin nak jadi cikgu Math, tapi diploma saya ambik Management.

wsalam.. peluang kerjaya mmg jd cikgu math.. kalau nak sambung ambil saja pendidikan matematik... nnti boleh ajar math.. basic perniagaan pun boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...