Photobucket

Thursday, August 2, 2012

Ana Melamar, Enti Menerima

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:51 PM 6 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Salam Ramadhan Al-Mubarak [13 Ramadhan 1433H]

Tersenyum membaca artikel  Mohd Afiq Mohd Saleh iaitu Pensyarah Pengajian Islam Kolej VETA, Universiti AL al-Bayt, The Hashemite Kingdom of Jordan.

Menarik... Tertarik...

Sangat JELES tengok gambar nie T_T

Rasanya dari tajuk entri & gambar mesti kalian tak sabar nak baca entri cik Wana. Sabar deh. okaja*

Sebelum tue nak bagitau yg penggunaan "Saya" dlm artikel nie bukan bererti cik Wana tau. Jangan salah sangka. okaja*

Satu, Dua, Tiga... Jom teruskan bacaan!!!

ANDALUSIA

Dijat ada seorang sahabiah muslimah yg mahu berkahwin ujarnya kpd saya pada suatu malam. Kami bersembang melalui internet.

Selepas bertanya khabar sepatah dua kpdnya, dia terus menyatakan hasrat seorang dari kawannya yg mahu berkahwin. Katanya seorang hafizah & juga bekas pelajar dari jurusan agama keluaran Al-Azhar.

Tapi dia masih belum ada calon, sambungnya lagi. 

Saya faham. Tapi dlm hati saya masih terdetik, 
Masakan muslimah yg bertaraf ini masih tidak bercalon? 

Namun saya membetulkan semula tanggapan hati itu bahawa; Jodoh bukan ketetapan manusia yg sembarangan.

Dijat tak ada pengalaman nak mencari di mana, umurnya 29 tahun, ujarnya lagi membuatkan saya bertambah terkejut. 

Saya mulai mengerti maksudnya, meminta agar saya membantu muslimah ini utk dicarikan calon suami dlm kalangan penuntut jurusan agama di Jordan.

Akhirnya, saya menolak permintaan drpdnya, krn saya sendiri belum pernah melakukan kerja² mencari jodoh sebegini. Lagipun, penuntut di sini majoritinya berumur 25 tahun ke bawah. Agak sukar utk mendapatkan lelaki seusia dgnnya – 29 tahun!

Saya tidak pasti, bagaimana sembang² malam itu boleh berlanjutan kpd soal Baitul Muslim. Selepas satu, satu yg kami perkatakan hinggalah tiba kpd topik yg menarik perhatiannya.

Awat boleh jadi lagu tu? soalnya, pelik selepas saya menceritakan bahawa masih ramai muslimah di Mesir mengalami situasi yg sama seperti sahabatnya itu.

Bukankah di sana ada sistem Baitul Muslim? soalnya lagi.

Ya, memang ada, jawab saya ringkas. 

Saya mahu dia faham bahawa Baitul Muslim bukanlah jalan utama menyelesaikan masalah ini tetapi hanya alternatif atau pemudah caranya sahaja. Kalau pun tidak wujud Baitul Muslim & orang lelaki bijak memainkan peranan sebagai seorang lelaki muslim, masalah ini akan segera selesai – tiada lagi ‘andalusia’ (anak dara lanjut usia).

Jadi, apa penyelesaiannya? Organisasi perlu berbincang perkara ini, tegasnya. 

Adik saya yg seorang ini mempunyai sikap look forward & rajin berfikir sesuatu.

Muslimat kita terlalu ramai. Muslimin pula macam tiada ‘nafsu’ & buat don’t know saja. Dlm masa yg sama muslimah tertunggu² lamaran dari muslimin, balas saya agak panjang.

Di Mesir, kalau seorang muslimin hendak mencari calon amat mudah. Tapi entah di mana silapnya, muslimah kita di sana masih ramai yg ‘menganggur’ & belum berpunya, kali ini saya cuba memberinya pengalaman & situasi.

Peluang sudah terbuka luas, tapi masalah tidak juga selesai, ini bermakna ada something wrong pada salah satu pihak, samada muslimin atau muslimat. 

Saya segera menyalahkan muslimin dgn alasan mereka tidak menggunakan peluang yg sedia ada – muslimah yg baik² sangat ramai, mengapa masih tiada muslimin yg datang melamar? Akhirnya saya menoktahkan kesalahan pada pihak muslimin terlebih dahulu.

Dijat ada cadangan, dia segera bersuara.

Apa dia?

Drama Tahajjud Cinta – POLIGAMI 

Wah, lekasnya dia menyimpulkan resolusi seperti itu. Alternatif yg bisa menggegarkan dunia sekejap. 

Langkah mayat saya dulu kata seorang muslimah. Itulah yg mungkin akan diucapkan oleh seorang yg bernama WANITA!!!

No, no, no, saya segera menjawab & membantah.

Kenapa? dia pula kurang berpuas hati dgn jawapan saya.

Pertama, muslimin masih lagi mencukupi. Kedua, soal kefahaman seorang muslimah & kesediaan mereka terhadapnya. Bukan semua wanita mampu menerima cara itu, jelas saya.

Lelaki mudah saja memberi poligami sebagai penyelesaian tapi yg menerima adalah wanita, sambung saya lagi.

Habis tu, aulawiyatnya pula bagaimana?

Aulawiyatnya masih lagi seimbang utk zaman ini. Monogami adalah tuntutan manakala poligami hanyalah alternatif terakhir, ujar saya.

Kalau macam tu, tiada isulah. Maknanya muslimah tiada masalah dlm mencari jodoh, dia membuat kesimpulan awal. 

Saya membalasnya bahawa isu pokok tetap ada seperti yg telah saya sebutkan di awal perbincangan, iaitu masalah drpd pihak muslimin yg tidak mahu mencari & membiarkan muslimah terkontang-kanting.

PERANAN MUSLIMIN & LELAKI



Kalau macam tu, Bampit nak tanya Dijat dahulu, Dijat sendiri sudah ‘berpunya’ atau belum? saya memulakan topik perbincangan kedua, main topic kpd sembang² kami malam itu.

Calon tu ramailah, hehe, dia berjenaka, saya tahu jenakanya itu benar. 

Maklumlah dia orang besar & glamour sewaktu menuntut di kampus dahulu.

Ramai calon itu problem kedua, kenapa Dijat masih belum bercalon? soal saya pula.

Dijat belum nak berkahwin lagi. Bahaya ni, soalan dari doktor cinta, saya pula yg terkena. 

OK, soalan yg kedua. Dijat rasa, masalah Dijat ni termasuk tak dlm problem kenapa muslimat kita belum ada yg berpunya?

Termasuk!

Dia mulai faham, saya gembira perbincangan ini telah membuahkan sedikit hasil.

Saya membuat hipotesis awal.

Kalau seorang yg mempunyai situasi seperti Dijat, maka seorang muslimah akan terkorban, cuba bayangkan jika 1000 orang muslimin yg berpendirian seperti itu juga, agak² macam mana nasib muslimah kita? saya memberi sesuatu utk dia berfikir. 

Dia akui kebenarannya.

Resolusi pertama telah kami perolehi, bahawa peranan utama dlm merealisasikan objektif Baitul Muslim terletak di bahu seorang lelaki terlebih dahulu. Lelaki harus mendahului dlm proses mencari agar tiada lagi timbul isu lambakan muslimah yg tidak berkahwin.

Saya kira, jika isu pertama ini telah selesai tapi masih wujud lagi muslimah² yg tidak menemui jodoh, barulah kita beralih kpd alternatif kedua iaitu POLIGAMI

Saya rasa, para muslimah mesti bersetuju, drpd hidup tersisih lebih baik berkongsi kasih, tentu masih ada yg kasih.

PERKAHWINAN ITU DAKWAH


Dia membuka topik perbincangan baru.

Yg Dijat nampak berdasarkan pengalaman, isu yg lain adalah segmen pemikiran seseorang dlm memilih jodoh, mungkin pandangan ini terlalu idealistik

Maksudnya? saya menduga.

Perkahwinan sesama fikrah atau bidang. Ada yg menganggap, jika tidak berkahwin sesama fikrah perkahwinan itu dianggap telah gagal.


Saya bersetuju dgn pandangannya. 

Cuma perlukan sedikit huraian lagi.

Sepatutnya, kita harus menganggap bahawa perkahwinan itu sebagai salah satu cabang dakwah. Dgn sesiapa pun kita berkahwin, perkahwinan itu tetap dikira sebagai saranan Baitul Muslim selagi ia termasuk di dlm batas tuntutan Islam dlm perkahwinan, hujahnya panjang.

Jika si isteri kurang baik atau berlainan fikrah, itu adalah tugas suami utk mendidik atau mentarbiyyah isterinya. Maka jadilah perkahwinan itu sebagai salah satu cabang dakwah di samping utk melebarkan sayap dakwah, malah pahalanya mungkin bertambah², cukup bernas idea yg dilontarkan olehnya, sependapat dgn saya.

Masalahnya, apabila orang menganggap perkahwinan itu sebagai satu masalah, maka jadilah perkahwinan itu bermasalah. Apabila mereka berkahwin tidak sesama bidang, dia dianggap futur (gugur) dari medan dakwah yg pernah diceburi sebelum ini. Keras sungguh pandangan ini.

Maknanya, doktor tidak bolehlah berkahwin dgn ustazah?

Detik saya di dlm hati, memang benar apa yg dikatakan olehnya. Perkahwinan itu sebagai satu medan dakwah. Setiap pasangan berperanan mentarbiyyah & mendidik pasangannya.

Dijat rasa rugi kalau berkahwin sesama bidang atau fikrah, dia memberi pendapat.

Tak boleh juga kalau kita berpandangan macam tu. Jika kita dijodohkan dgn sesama fikrah atau bidang itu suatu kelebihan, jika sebaliknya pula ia sebagai suatu peluang, jawab saya membetulkan sedikit pendapat yg kurang jelas.

Kelebihannya utk memperkemas & memperkuat lagi cabang dakwah, peluang pula utk menyebarkan & meluaskan kerja dlm arena dakwah, tambah saya lagi.

Kalau semua orang berfikiran macam tu, semua masalah tadi mesti akan selesai, kan?

Betul.


Saya gembira dia mulai faham. Saya juga banyak memikirkan sesuatu atas cetusan & ideanya. Lalu saya membuat satu resolusi baru.

Pendek kata, berkahwin sesama bidang atau fikrah adalah satu galakan. Termasuklah jika berlainan bidang, juga satu saranan & galakan. Tapi perkara yg lebih utama, kita menyelamatkan muslimah kita drpd dia diambil oleh orang lain, yg boleh menyebabkan mereka jauh atau gugur dari arena dakwah, jawab saya menggulungkan perbincangan pagi itu. 

Rupanya di Malaysia sudah menjangkau jam 3 pagi. Dia sudah mengantuk katanya.

Akhirnya, saya membuat satu kesimpulan terakhir sebelum menutup bicara pagi itu.

Selepas semua kefahaman yg kita bincangkan di atas ni diterapkan kpd semua masyarakat, siapa yg harus memulakan dahulu langkah ini? Muslimin atau muslimat? soal saya utk dia memberikan pandangannya sendiri.

Muslimin!


Jawapan yg diberikan olehnya padat dgn kefahaman.

Aiwah, muslimin kena mulakan dulu & muslimat akan menyokong serta memperkuatkan lagi, saya menambah pendapatnya.

Nampaknya Dijat kena cari calonlah ye? selorohnya.

Mestilah, kalau tidak semakin ramailah muslimah kita yg terabai, jawab saya.

Kalaulah seorang muslimat kita boleh melahirkan 5 orang pejuang Islam, kalau 10 orang yg “terkorban”, kita dah hilang 50 orang pejuang Islam dgn sia², wahhhh, ruginya kita!!! saya beranalogi.

Kalau macam tu, Bampit tolonglah surveykan kalau² ada muslimah yg sesuai utk Dijat di Jordan, dia berseloroh lagi.

Kalau betul² mahu, kenalah serius. Kalau main² Bampit tak mahu carikan. Siapa yg tak mahu jadi adik ipar bekas Presiden MPPMJ, semua berebut² tau, gurau saya sengaja mahu mengenakannya supaya dia serius memikirkan soal jodohnya yg semakin dilupa²kan.

Aduhh, Bampit baliklah dulu. Nanti kita boleh bincang panjang.


Saya tersenyum di hadapan laptop.

Saya seronok berdiskusi dgnnya, ada saja idea baru yg jarang saya fikirkan. Saya lebih meminati cara berdiskui santai & ilmiah berbanding mendengar ceramah atau membaca buku. Di samping mendapat idea baru, apa yg penting melalui cara ini kita mendapat respon & feedback secara langsung.

Pagi itu, saya mulai berfikir sesuatu. Utk kebaikkan ummah & kemaslahatan muslimah.

Tugas saya & tugas sekalian muslimin.



 Ayuh teman², inilah pesan Nabi saw kpd kita: 
FAL-YATAZAWWIJ

Sabda Rasulullah, 
Yaa ma’syarasy syabaab, manistatho’a minkumul ba’ah, fal yatazawwij. Fainnahu aghadhdhu lil bashari wa ahshanu lil farji, wa manlam yastathi’ fa’alayhi bish shaum, fainnahu lahu wijaa.❞ 
[Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yg mampu menikah, maka menikahlah. Krn menikah lebih dapat menahan pandangan & lebih memelihara kemaluan. Dan barang siapa yg tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa; sebab berpuasa dapat menekan syahwatnya]



Ya Allah temukan aku dgn JODOH yg baik utk melahirkan keturunan yg baik. Jom amalkan membaca Surah An-Anbiya' ayat 89 & Surah Ali Imran ayat 38. ^_____^

Wallahualam

6 123 Bingkisan Sahabat:

Terdengar satu ceramah, "Kalau Wanita tue tidak bertemu jodohnya di dunia jgn bersedih, tetaplah lengkapi diri menjadi solehah. Bersama2lah saudara maramu mengapai redha Allah"

subhanallah...
artikel ni betul2 membuka minda & hati saya.

sy suka perbincangan antara dua insan di atas.. sgt membuka ruang minda.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...