Assalamualaikum & salam sejahtera.
Tadi belek² blog Teratak Pendidik utk membaca entri yg dah ditulis masa mula² berjinak menulis di blog.
Kadangkala membuat cik Wana tersenyum, kadangkala membuat cik Wana malu. Kenapa? Baca sendirilah baru tahu.
Salah satu entri lama yg dibaca bertarikh 14 Disember 2009 bertajuk Jom ke Lembah Lenggong, Perak. Cik Wana baru perasan tak kongsi pun cerita yg berlaku di sana. Dgn kekuatan otak yg dikurniakan Allah berbantukan gambar yg comel, cik Wana nak kongsi cerita walaupun sudah hampir 3 tahun ia berlalu.
Sepanjang program nie saya rapat dgn adik Puteri Nor Aisyah. Seingat saya, bila malam menjelma memang tak pernah tidur di khemah bersama ahli khemah memandangkan menemani Aisyah yg sakit di bilik bersebelahan dgn bilik felo. Sangat asyik, bilik ber'air cond' & tandas yg selesa sedangkan yg lain tidur di khemah & berkongsi tandas. Langsung tidak merasakan erti berkhemah =)
Suasana pada siang hari memang cantik apalagi kalau nak bergambar. Tapi kalau malam menjelma insyaAllah gigi yg putih pun tak nampak sebab gelap gelita.
Antara aktiviti yg dijalankan sepanjang program adalah;
River Crossing [sangat mencabar sebab arus sungai deras, yg pakai kasut insyaAllah kasutnya hilang & yg pakai stokin hampir hilang juga dibawa arus sungai]
Flying fox [agak menarik juga sebab nie pertama kali main flying fox tempat nak berlepas agak tinggi & perjalanan agak jauh. Thumbs up]
Berakit [Rakit nie diperbuat drpd paip & pelampung hitam. Selepas rakit siap, rakit kami diperiksa agar tidak pecah semsa dlm perjalanan. Sangat mencabar. Hampir 3 jam meredah arus sungai mengawal rakit supaya sampai ke destinasi yg ditetapkan & kumpulan kami hampir di bawa arus]
Selepas program berakhir, ole² yg kami bawa balik ialah sunburn & sakit badan. Walau bagaimanapun, pengalaman sepanjang program sukar diulang semula apatah lagi ia tidak mungkin berlaku lagi dlm hidupku.
InsyaAllah kenangan tidak dapat dilupakan. Wallahualam


Herwana Binti Herman
Kak Ateh
Akhi Akmal
Khaider

0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment