Photobucket

Sunday, November 25, 2012

Genjatan Senjata "Selamatkan Palestin"

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:19 AM No comments


Assalamalaikum & salam sejahtera.

6 hari lalu cik Wana ada meng'update' blog berkenaan dgn Kerasukan Yahudi Laknatullah ingin menguasai bumi Palestin dgn tajuk Kuhijrahkan Doaku Buatmu Palestin selepas perbuatan terkutuk tentera Israel yg dilakukan sejak awal Muharram 1434H terhadap penduduk Gaza.

Keadaan Palestin bermula 1946 hingga 2012. 
Nilaikan sendiri kerasukan Yahudi yg hanya menumpang di bumi Palestin, 
tapi akhirnya dah buat macam rumah sendiri.


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Akhirnya, Israel telah mengumumkan gencatan senjata ke atas Gaza pada 8 Muharam 1434H (22 November 2012) bersamaan hari Khamis yg lalu.

Menteri Hamas, Khaled Mesyaal mengulas mengenai genjatan senjata ini dgn berkata: 
"Israel telah gagal dlm mencapai segala tujuan & sasaran mereka. Dan mereka terpaksa tunduk kpd tuntutan genjaran senjata ini."

Isi kandungan genjatan senjata antara Israel & Hamas

Walaupun, peperangan telah dihentikan tetapi usah sesekali kita lupakan nyawa yg telah pergi mengadap Ilahi. Al-Fatihah

Sejak serangan tentera Israel terhadap Gaza pada 1 Muharam 1434H sehingga bermula genjatan senjata, tentera Israel  "hanya" membunuh lebih drpd 162 rakyat Palestin & "hanya" mencederakan lebih drpd 1100 orang.

Kebanyakan mangsa adalah kanak², wanita & warga tua disebabkan kpd fakta bahawa tentera membedil rumah di kawasan² yg sangat sesak & kemudahan awam di samping mensasarkan pejuang & kem pertahanan di serata rantau pantai.




 
 
Si ayah & ibu kehilangan anak,
Si anak kehilangan ayah & ibu,
Ciuman buat kali terakhir yg tersayang,
Moga mereka aman & gembira di alam sana.
Syahid milik kalian.
Allahuakhbar!!!

Setiap pejuang memberikan apa sahaja kemampuan mereka menyediakan diri bertemu Ilahi.

"Dan jangan sekali²  engkau menyangka orang² yg terbunuh (yg gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dgn mendapat rezeki" (3:169)

Allahuakhbar!!!

Semoga darah para Syuhada dari dahulu hingga kini masih mengalir dlm jiwa² umat ini.


Semoga Allah merahmati roh mereka & berkati perjuangan mereka membebaskan bumi Palestin yg tercinta.



1) Asy Syahid Ir Imad Aqal
2) Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaasin 
3) Asy Syahid Ir Yahya Ayyash
4) Asy Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi
5) Asy Syahid Dr Said Syiam
6) Asy Syahid Al-Qaid, Ahmad Al-Ja'abarri


Mereka telah berikan apa yg mereka punya, kini giliran kita menyediakan & memberi apa yg kita punya!!!



==========MOGA KITA TERSENTAK DARI LAMUNAN==========


Inilah dia! 
Bumi Gaza yg sedang meraikan kemenangan agung mereka. 


Oleh itu, marilah sama² menyumbangkan dana utk mereka. 


Semoga perkongsian ini, membuka mata & hati kita sebagai umat Islam agar tidak bermusim membantu saudara kita di bumi Palestin. Isu Palestin bukan hanya tahun 2012 sejak tahun 1946 lagi.

Teruskan berdoa. Wallahualam




P/S: Kebanyakan gambar diambil daripada FB Aman Palestin Mesir. Sekian, terima kasih 

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...